Bab 12
Handphone di tangan
ditenung lama. Bukanlah handphone yang menarik perhatiannya ketika ini tetapi
gambar pada skrin utama handphone itu. Gambar itulah kerap dia tatap sejak
tadi. Entah kenapa hati terasa lucu setiap kali gambar itu dipandangnya. Sangat
melucukan sehingga tanpa sedar dia ketawa sendirian.Karl berjalan pada balkoni
biliknya sambil gambar pada handphone itu masih kerap dipandang. Ikutkan
sekarang fikirannya sangat serabut. Entah kenapa dia boleh berperasaan begitu.
Sejak hubungan dia dan Zarra putus jiwanya sedikit tenang berbanding ketika dia
masih ada hubungan dengannya.
Tetapi ketenangan itu
diragut dengan mudah oleh Zarra yang seolah-olah tidak faham bahasa. Kalau Karl
kata hubungan antara mereka putus maka dia harus menerimanya. Sebaliknya Zarra tidak
habis-habis mengganggu-gugat ketenteraman hidupnya. Mana tidaknya panggilan dan
mesej masuk tidak henti-henti. Dia tidak mahu ambil pusing lagi dengan apa
Zarra hendak katakan.
Ikutkan hati dia
matikan terus handphonenya itu dari terus mengganggu. Tetapi mengenangkan dia
sedang menunggu panggilan daripada seseorang dia pekakkan saja telinga. Sengaja
dia letakkan mode senyap pada handphonenya. Setidak- tidaknya hati dia tidak
sakit dan telingapun sangat aman tanpa gangguan.
Ruang inbox mesejnya hanya
dipenuhi oleh mesej datang darinombor Zarra saja. Membosankan betul! Semua
mesej yang datang dari nombor itu dia buat auto delete pada handphonenya. Habis
cerita.
Ini saja cara dia mahu
mengajar bekas teman wanitanya itu supaya jadi lebih menghargai dirinya.
Mungkin sebelum ini dia kurang matang dalam soal berfikir dan dengan mudah dia tidak
ambil kisah dengan apa yang Zarra lakukan. Lagipun hubungan yang terjalin antara
mereka atas kehendak kedua orang tua mereka juga. Jadinya tiada istilah
terhegeh-hegeh bagi Karl.
Tetapi kata-kata budak
perempuan yang memarahi Zarra kerana tidak mampu memilih antara dia dan budak
lelaki itu sedikit banyak membuatkan dirinya tersedar dan mula berfikir jauh
dalam soal hubungan mereka. Karl tak mahu jadi buta hati.
Kalau Zarra ingin
mengatakan dirinya kejam, ya dia mengaku yang dirinya memang kejam!
Terutamanyapada manusia bernama Zarra yang tak pernah menghargai peluang yang diberikan
selama ini. Orang bodoh seperti Zarra saja tidak menghargai peluang yang
terhidang di hadapan mata.
Kalau hendak cakap bab
terhegeh-hegeh memang bukan dirinya. Hubungan yang terjalin antara mereka bukan
atas dasar suka sama suka tetapi kerana terpaksa. Kalau bab Zarra dia tidak
tahu tetapi mungkin dia rela. Siapa yang sanggup menolak menjadi teman
wanitanya selama ini. Setelah peluang terbuka hanya untuk dirinya Zarra dengan
mudah mencampakkan dia ke tepi.
“Karl please jawab
panggilan I.You tahu takkita ada masalah besar sekarang? Karl jawab panggilan I
lahhh...” Zarra mundar- mandir di biliknya. Dia resah tidak tentu hala di bilik
itu. Kalau dia dapat Karl waktu itu ingin saja digigitnya. Dia ni memang keras
kepala betul!Tidak tentu arah hidupnya kala ini dengan sikap egoKarl. Dia terus
mendail nombor itu.
Karl buat-buat tidak
nampak nombor yang tertera nama pemanggil pada skrin handphonenya. Dia malas
hendak melayan. “Ishhh.... kacau betullah! Boleh tak kau stop telefon aku. Perempuan
tak faham bahasa betul!”Dia tarik nafas dalam-dalam masih cuba untuk bersabar.
Banyak mata memandang
ke arah Karl pagi itu. Karl berjalan terus ke kelas walaupun ada kebanyakkan
pelajar yang terserempak dengannyadi laluan sepanjang ke kelas pada pagi itu
mula berbisik sesama sendiri. Bagai ada yang tidak kena dengan pandangan
semacam mereka itu. Ada juga dalam kalangan pelajar perempuan nampak tidak
berpuas hatiterhadapnya lalu pergi dari sana. Dua tiga langkah mahu sampai ke
hadapan pintu kelas kuncu-kuncu geng gedik mendatanginya.
Karl buat muka bosan.
Hampir tiap-tiap hari ada saja taktik mereka ingin mengganggu hidupnya. Kali
ini apa pula mereka hendakkan daripadanya. Sudah tahu orang tidak mahu melayan
tapi masih terhegeh-hegeh mencari perhatian seperti perempuan tidak sedar diri
saja gaya mereka bertiga ini.
“Hai Karl Jhoon...” Mereka
bertiga menyapa Karl serentakdengan suara ceria sambil tersenyum manja gaya
mahu menggoda. Gembira sahaja muka mereka hari ini apabila berhadapan dengan
Karl yang tidak pernah melayani mereka selama ini.Mahu bercakap apatah lagi
tidak.
“Kalau kau orang tak
ada apa-apa nak cakap berambus dari jalan aku!” Kasar saja bahasa percakapannya
langsung tak ada belok-belok.Bagaimana lagi harus dia berkata baik kepada
mereka bertiga ini. Salah seorang daripada mereka dulu pernah menjaja cerita
tentang kononnya Karl pernah menyatakan rasa suka kepadanya. Hilang akal apa!
Satu sekolah tahu siapa
Karl. Mana mungkin dia mudah jatuh hati pada seseorang inikan pula mahu
meluahkan isi hati. Hilang akal apa orang yang menyebarkan berita palsu itu.
Cerita itu sudah pastinya dijaja oleh mereka bertiga. Alih-alih cerita mengarut
itu hanya menjadi bahan gelak ketawa mereka yang mendengarnya.
Sekarang ini dia malas
hendak melayan mereka bertiga kalau bukan menyapanya hanya untuk bertanyakan
soal dia dan Zarra. Zarra sudah pasti dengan rasminya menceritakan soal
hubungan keterpaksaan mereka kepada ahli kumpulannya ini. Karl menolak ke tepi
salah seorang daripada mereka kerana menghalang laluannya masuk ke kelas. Dia terus
berjalan masuk tanpa menoleh lagi.
“Jhoon kau ni sombong
betullah!” Salah seorang daripada mereka bertiga sedikit geram kerana tidak
diendahkan oleh Karl yang berjalan masuk ke kelasnya. Ketika kelas pagi masih
belum bermula berita hubungan antara Karl dan Zarra sudah tersebar luas.
Rangkaian gosip sudah
meliar pada rakan sekelasnya. Cepat sahaja berita itu tersebar dengan mudah.
Bukan Karl tidak tahu siapa yang punya angkara menyebarkan berita itu kalau
bukan kuncu-kuncu rapat Zarra.
Kenapalah mereka
bertiga itu suka sangat menjaja cerita tentangnya. Ada sekumpulan pelajar
perempuan sedang berkumpul pada salah satu meja rakan sekelasnya. Sepertinya
ada yang sedang menangis tetapi cuba dipujuk oleh rakan yang lain. Dahi Karl sedikit
berkerut dengan situasi yang melanda pagi itu.
Budak perempuan yang
menangis itu pernah meluahkan rasa sukanya terhadap Karl beberapa minggu lepas
tetapi tidak dilayan. Mungkin dia sudah termakan cerita tentang geng gedik di
luar kelasnya. Di muka pintu kelas Peniel berlari mendapatkan Karl yang duduk di
meja paling belakang di kelas mereka.
“Bro kau biar betul
couple dengan minah tu? Aku tak percaya!” Peniel masih termengah-mengah setelah
berlari semata-matamahu mencari Karl untuk bertanyakan soal itu.
Peniel selaku kawan
baik Karl sendiri sukar mempercayai berita yang baru dia dengari tadi ketika
salah seorang geng Zarra sedang menyebar luaskan gosip di luar kelas mereka yang
dirasakan langsung tak logik.
“Hey you! Peniel sinilah
I ada berita sensasi untuk you ni.” Salah seorang geng gedik menghampirinya.
Peniel sudah pasti tidak selera hendak melayan mereka. Ada-ada saja mereka mahu
mengganggunya di pagi hari. Tidak dapat Karl mereka cuba mendapatkan perhatian
daripadanya pula.
Dia mendepakan
tangannya menghalang laluan Peniel dari terus berjalan. Nampak sangat dia nekad
kali ini. Peniel macam biasa buat muka tidak berminat mahu melayan. Budak
perempuan yang bernama Elly itu memegang dagu Peniel yang tidak mahu memandang
ke arahnya sejak tadi.
Cepat saja tangan
Peniel menepis tangan Elly yang menggatal mahu memegang dagunya. Dia ingat dagu
aku ni apa boleh main pegang-pegang sesuka hati. Tak ada pun tulis pada dagu
aku ni ‘sila pegang’. Ishhh minah seorang ni. Nasib kau cun hari ni kalau tak
dah lama aku bagi lesing. Sesuka hati dia aje mahu pegang dagu anak teruna
orang.
“Ya kau nak apa!” Suara
yang dilantunkan keluar sangat kuat seperti dia sedang bertempik. Elly hampir terundur
ke belakang kerana terperanjat.
“You cakap baik-baik
tak boleh ke.” Elly jeling geram dengan tempikkan itu.
“Kau yang main hadang jalan aku
mana aku tak marah. Lepas tu main pegang dagu apahal? Ingat dekat dagu ni ada
cop suruh pegang ke?”
“Ok ok I salah. I just nak cakap
yang lepas ni kita boleh jadi family sebab kawan baik you tu dah
tergila-gilakan Zarra.” Dia cuba mendapatkan perhatian daripada Peniel yang
masih buat muka tidak endahnya seperti biasa.
Peniel senyum jahat tidak mahu
percaya cakap Elly yang terlalu ketara nampak mengarutnya. Bodohlah dia kalau
percaya cakap manusia ini.
“Kalau nak mengarutpun
jangan nak libatkan aku. Kau kena tahu yang aku tak pernah dan tak akan pernah
rela nak jadi family kau. Buat cerita tak logik langsung. Gilalah perempuan ni!”
Elly buat tidak dengar
tidak dengar dengan cakap-cakap Peniel yang hanya mahu menyakitkan hatinya
saja. Ditolehnya sekeliling sebentar untuk mencari gengnya yang lain pergi
entah ke mana.
“Ok suka hati youlah.
Tapi Karl and Zarra dia orang dah jadi couple sebab parents dia orang setuju
mahu satukan mereka. Ok chaw.” Elly menjeling tajam dengan gaya gediknya. Dia
tahu kalau dia cakap lebih-lebih nanti Peniel bukan mahu melayannya pun. Mukanya
masam mencuka kerana tidak dilayan dengan baik oleh kawan baik Karl ini.
Sebab itulah Peniel
dari jauh berlari tercungap-cungap untuk mendapatkan kepastian daripada tuan
empunya diri. Walaupun tadi muka dia nampak biasa seperti tidak terganggu
dengan gosip yang Elly sampaikan tadi tapi dia tetap ingin bertanya kepada Karl
sendiri. Kalau setakat mendengar cakap-cakap orang dia tidak mahu percaya
melainkan tuan badan yang buat pengakuan.
Dipandangnya Karl lama untuk
mendapatkan kepastian. Jadi betullah telahannya tadi bahawa gosip hubungan
antara dia dan Zarra sudah tersebar. Malas-malas Karl jawab juga pertanyaan
daripada kawan baiknya itu.
“Mama aku yang plan
semua ni. Kau ingat aku nak sangat ke? Kau tahukan aku macam mana.” Karl duduk
bersandar pada kerusinya. Peniel di meja sebelah geleng kepala kemudian dia
bantai gelak sebab hampir-hampir termakan kata-kata gosip girl di luar sana. Dia
sudah dapat mengagak dari awal. Kenapalah bodoh sangat dia bertanya kalau
terang-terang gosip itu memang mengarut.Jadi khabar angin itu hanya khabar
semata-mata dan bukan betulpun.
“Pandai-pandai saja
perempuan meroyan dekat luar sana buat cerita kononnya kaudah tergila-gilakan
Zarra. Serius aku hampir termakan cakap dia.” Peniel masih ketawa lagi. Kelakar
pula dia rasa.
Mati hidup semulapun
belum tentu Karl akan terhegeh-hegeh dengan seorang perempuan seperti mereka
sebab dia bukan jenis perangai begitu. Dia tahu sangat Karl memang tidak suka
pada Zarra. Inikan pula mahu ada hubungan istimewa. Hilang akal jawabnya. Kalau
benar sekalipun Karl suka pada Zarra confirm dia tersalah makan ubat.
“Patutlah. Mati-mati
aku ingat kau mereng sebab couple dengan minah tu. Boleh pulak kau dengar cakap
mama kau tu. Dia ugut apa kau kali ini?” Peniel seperti tahu-tahu saja perangai
Madam Narsya yang suka memaksa kawannya itu. Karl menjeling sedikit Peniel di
sebelah.
Peniel masak sangat
dengan sikap Karl. Pantang diugut terlebih sikit oleh Madam Narsya dia turutkan
saja. Siapa tidak takut kalau diugut oleh mamanya sendiri. Peniel bolehlah mahu
gelakkan dirinya sebab Peniel tidak berada pada tempat dia sekarang.
Ada kawan pula tidak
sudah mahu menggelakkan dirinya. Memang Karl tak nafikan Peniel orang yang
paling rapat dengannya selain kakaknya, Bella. Tapi gelak Peniel ini buat dia
rasa bengang kerana diperli kawan sendiri.
“Aku akan dibuang dari
senarai nama keluarga kalau tak ikut cakap dia. Nak tak nak aku ikut saja cakap
mama aku tu. Papa aku boleh buat diam batu dia aje. Aku tak faham dengan sikap
papa aku tu. Serius aku rasa jadi macam orang bongok!” Karl nampak sedikit
tertekan setelah dia luahkan apa yang terbuku pada hatinya. Peniel saja kawan
yang mampu mendengar masalahnya kala ini.
Ketawa Peniel sudah
tenggelam timbul selepas mendengar luahan Karl padanya. Sampai begitu sekali
ugutan Madam Narsya terhadap Karl. Kalau bercakap soal mama Karl dia memang tak
mampu hendak cakap apa.
“Kau sabar ajelah bro.
Kau sendiri tahu mama kau tu macam mana. Kita sebagai anak ni mahu tak mahu
kita ikutkan saja kehendak orang tua kita. Tapi kau jangan sangkut pulak dengan
minah tu. Dia tu boleh tahan playgirl. Hati-hati sikit jangan sampai kena
duakan pulak.” Peniel cuba mengingatkan. Kemudian Karl pandang Peniel.
“Dia playgirl ke?” Karl
seperti tidak percaya.
“Yalah. Aku tahulah
minah seorang tu macam mana. Sebab itu aku cakap jangan sangkut dengan dia walaupun
mama kau paksa kau orang ada hubungan istimewa. Hati-hati kawan.” nasihat
Peniel lagi.
Karl angguk faham.
Peniel selaku kawan
baik sudah sedia maklum tentang perangai mama kawannya itu. Selain beri nasihat
itu saja yang mampu dia buat. Sebagai kawan dia hanya mampu memberi semangat
supaya Karl jangan cepat melatah dalam situasi yang dia hadapi ini.
Dia sudah malas untuk
mempertikaikan apa yang Madam Narsya cuba rancangkan untuk dirinya.Setidaknya
dia cuba menjadi anak yang menurut kata. Tidak sangka pula percubaan pertamanya
mampu membuat dia rasa terhinasetelah dibodoh-bodohkan oleh manusia bernama
Zarra kerana cuba memuaskan hati mamanya sendiri.
Kata-kata Peniel ada
benarnya. Tiada guna mencuba kalau hati dari awal tidak rela. Perempuan macam
Zarra tidak sepatutnya diberi muka dari awal. Apa dosa dia sehingga dia
mendapat balasan sebegitu rupa?
Tidak ikhlas!
Siapa yang ikhlas kalau
dipaksa terutama dalam hubungan yang dia sendiri tidak rela?Tidak pula dia menyangka
perempuanseperti Zarra langsung tidak menghargai dirinya. Dia ini tunggulkahsehingga
Zarra tegar menyakiti dirinya? Semakin dia ikutkan perangai Zarra semakin dia
sakit hati.
Dia pun tidaklah
terhegeh-hegeh mahukan Zarra lagi. Kata-katanya minggu lepas adalah muktamad.Tiada
rundingan damai yang akan diterima lagi selepas ini walaupun mamanya sendiri
akan masuk campur.
Cukuplah sekali ini.
Karl sudah tidak sanggup berterusan menipu dirinya lagi. Dia boleh tipu semua orang
bahawa dia sedang dilamun cinta dengan Zarra tetapi lakonan mantapnya itu hanya
sekadar sebuah sandiwara yang bakal membodohkan dirinya demi memuaskan hati
Madam Narsya semata-mata.
“Kenapalah aku ikutkan
saja kehendak mama? Kalau aku tahu perangai kau macam ini punya rupa awal-awal lagi
aku reject! Lantaklah kalau mama mahu buang aku dari senarai keluarga sekalipun.”
Karl duduk pada birai katil sambil memandang panggilan yang tidak putus-putus masuk
pada handphone itu. Ikutkan rasa menyampah handphone itu ingin saja dibalingnya.
Zarra dengan senang
hatinya bermesra-mesra dengan seorang budak lelaki ketika kereta yang dinaiki oleh
Karl melalui jalan raya berhadapan kafe Black’ Smith. Sakit matanya memandang. Terus
dia meminta pemandunya supaya lekas berhenti di tepi jalan. Ditenung lama Zarra
dari luar kafe dengan wajah tanpa riak.
Lama dia memandang dan
dia mula rasa sakit hati. Cemburu? Memang tidak pernah wujud tetapi lebih
kepada rasa menyampah. Inilah perempuan yang dibangga-banggakan oleh mamanya
kerana memiliki sifat lemah-lembut sebagai seorang bakal calon isterinya
kononnya. Pergi mati kesopanan kau tu!
Dia melonggarkan
sedikit tali lehernya sebelum masuk ke dalam kafe. Ketika Karl melangkah masuk
ke dalam Zarra masih tidak menyedari kehadirannya di sana. Sambil itu Zarra
sempat melentokkan kepalanya ke bahu budak lelaki itu.
Dalam situasi dia
sekarang ini siapa sanggup melihat teman wanita sendiri sedang menduakan
dirinya di hadapan mata. Pemandangan itu memang menyesakkan dada. Hatinya makin
menggerutu geram. Terasa setan sedang membisikkan amarah dalam jiwa dan segera
itu dia cepat bertenang.
Dia harus menjaga
imejnya daripada tercemar dengan amarah yang datang berbisik tadi. Kalau boleh
dia mahu pejamkan mata atas apa yang Zarra sedang lakukan di hadapannya kala
itu. Inikah bakal isterinya beberapa tahun lagi?
“Hebat sungguh menantu
pilihan mama aku ni. Mukapun cantik tapi perangai dia lagi cantik aku rasa.
Kalau kau nak berkasih sayangpun bukan di depan aku perempuan miang!” getus
hatinya yang semakin tidak menyenangi perilaku manusia tidak sedar diri di
hadapannya itu. Makin dia bertahan makin itu aksi drama di depan matanya makin
menjadi-jadi.
Karl duduk berhadapan
dengan mereka berdua ketika mereka saling bermesra-mesraan. Mata Zarra nampak
membulat akibat terkejut dengan kehadiran Karl secara mengejut di hadapannya.
Karl sempat lagi tersenyum apabila tiada segaris senyumanpun pada bibir manusia
di hadapannyaitu. Nampak sangat dia terkejut sampai tak mampu hendak bercakap. Karl
geleng kepala perlahan melihat perubahan pada air muka Zarra yang jelas
terkejut melihat kedatangannya itu.
Apabila teringat akan
kejadian minggu lepas hatinya makin tegar. Dia sudah penat menjadi lelaki yang
sering menjaga hati perempuan yang tidak matang seperti Zarra. Kalau Zarra
berani mempermainkan hatinya yang baru belajar erti menyayangi apatah lagi Karl
1000 kali dia sanggup melawan permainan itu. Kali ini no more peluang lagi.
Kali ini dia harus
berubah. Ya, berubah demi kebaikkan dirinya. Dia tidak ambil peduli kalau
selepas ini Madam Narsya akan membuat bantahan secara besar-besaran terhadap
tindakkannya itu. Lantaklah!
“Huhh!” Karl mengeluh
berat.
Panggilan masuk entah
keberapa kali pada hari ini. Apa yang dia mahukan lagi ni? Dia yang tak faham
bahasa atau aku yang tak faham bahasa? Karl pening kepala dengan sikap degil Zarra
itu. Panggilan masuk lagi sejak tadi. Memang tak faham bahasa rupanya. Nak kata
dia ni bongok tapi belajar sama level dengan aku. Lantak kaulah Zarra...
Tatkala hati macam
hendak meletup ada satu ruang pada hatinya bagai terusik sejenak. Marahnya
hilang entah ke mana. Gambar pada skrin handphone dijentik-jentik oleh Karl
geram.Kau dekat mana sekarang haaa...? Kenapa kau tak call call aku lagi. Bukan
ke hari tu aku cakap aku akan tunggu panggilan kau bila-bila masa. Tapi kenapa
kau tak telefon aku lagi? Nampaknya Karl seperti mengharap.
Mengharap?
Apa yang dia harapkan
daripada panggilan tidak kunjung-kunjung tiba itu? Adakah dia memandang Arya
sebagai seorang perempuan atau dalam erti kata lain dia sudah terjatuh suka
padanya? Tapi kenapa pula? Padahal mereka berjumpa hanya sekali. Mudahnya hati
terusik dengan perkenalan hanya sebentar itu.
Dia sendiri takut untuk
mengakui tentang perasaan yang dialaminya sekarang ini. Biarlah masa yang
menentukan segalanya jika benar hatinya memang milik budak perempuan yang
berani bercakap kasar dengannya tempoh hari.
Seumur hidup, manusia di
sekelilingnya tidak pernah bercakap kasar dengannya walaupun dia tidak melayani
mereka dengan selayaknya. Melainkan mamanya, Madam Narsya yang suka mendesak
dirinya.
Itu pun Madam Narsya
masih mengawal cara percakapannya daripada terlihat kurang sopan di hadapan
orang lain. Walaupun sebenarnya dia sering ditempik oleh mamanya setiap kali
memarahinya.Dia seorang sahaja yang berjaya meledakkan kemarahan Madam Narsya
selama ini kerana tidak mendengar kata.
Tetapi sebaliknya pada budak
perempuan seorang ini. Kekasaran itu punca hatinya terusik. Dari saat pertama
mereka berjumpa bermacam-macam perkara telah terjadi pada hari yang sama. Waktu
kereta yang dia naiki berhenti di sebelah bas ketika lampu isyarat merah
menyala aksi Arya benar-benar mencuit hati. Gambar yang diambilnya itulah
sering ditatap tanpa jemu.
Kemalangan di mana dia
dengan tidak sengaja tertumbuk orang yang tidak sepatutnya ketika mahu menarik
Zarra ke luar dari kafe itu betul-betul menimbulkan perasaan bersalah dalam
dirinya. Paling dia bimbangkan andai kata budak perempuan itu mendapat
kecederaan teruk akibat tumbukkan itu.
Karl membelek-belek
tangan yang mendatangkan kecederaan pada seorang perempuan tanpa niat. Kalaulah
dia dapat mengawal kemarahannya waktu itu pasti tiada siapa-siapa yang akan
cedera termasuk dirinya. Menyesalpun tiada guna pada perkara yang sudah terjadi.
Tetapi hatinya tetap
bimbang kalau apa yang difikirkan itu benar. Perasaan bimbangnya itu berasas.
Bagaimana nanti dia mahu meneruskan kehidupan seperti biasa kalau hati dan
fikiran asyik memikirkan tentang budak perempuan itu.
Kepalanya benar-benar terasa
sangat berat untuk berfikir segala kemungkinan yang tak mustahil akan berlaku.
Selagi budak perempuan itu tidak menghubunginya bermakna apa yang dia fikirkan sekarang
berkemungkinan besar adalah benar.
Kesan lebam pada pada
tulang pipinya masih berbekas akibat ditumbuk oleh salah seorang rakan budak
perempuan itu. Diapun tidak menyalahkan kawan budak perempuan itu menumbuknya.
Kalau dia berada pada tempat kawan budak perempuan itu pasti dia juga akan
bertindak melakukan perkara yang sama.Dipandangnya gambar pada skrin
handphonenya.
“Kau tahu tak kau tak
telefon-telefon aku hampir seminggu. Hati aku tak akan tenang selagi kau tak
telefon aku. Semua yang aku buat serba tak kena sebab aku fikirkan kau. Jangan
sampai aku pulak yang kena call kau nanti. Tapi kalau aku yang telefon kau dulu
apa pulak aku nak cakap nanti?” Karl nampak bingung kemudiaannya.
Takkan aku nak cakap, “....hello
ini aku yang tumbuk kau tempoh hari tu. Ingat tak aku cakap yang aku akan bayar
ganti rugi?” memang kerja gilalah aku buat! Macam mana nanti kalau dia gelakkan
aku sebab nampak macam aku yang terhegeh-hegeh hendak telefon dia. Nampak
sangatlah aku ni entah apa-apa. Karl kenapa kau jadi macam ni haa... atau
sebenarnya kau memang dah sukaa...
Karl geleng kepala pusing
dengan apa yang difikirkan. Bagaimana pula kalau keluarga budak perempuan itu
mengemukakan saman terhadapnya? Apa pula keluarganya bakal katakan nanti? Tidak
pernah dalam ahli keluarganya ada yang membuat onar sehingga memalukan nama
keluarga sendiri.
Pasti mereka akan
memang enteng terhadapnya. Bermakna dia telah memecahkan rekod dalam ahli
keluarganya. Karl makin bertambah-tambah serabut. Dia membaringkan badannya
sambil menutup mata dan meletakkan sebelah lengan pada dahinya. Kepala pula terasa
berdenyut-denyut akibat memikirkan perkara di luar kotak pemikirannya.
Pintu beberapa kali
diketuk dari luar. Karl buat tidak reti sahaja. Dari awal pembantu di rumahnya
telah diberi amaran selagi dia tidak memberi arahan untuk masuk maka mereka
harus mengikutinya. Pintu dibuka dari luar walaupun orang di dalam tidak
memberi kebenaran. Karl bingkas bangun dari posisi baringnya.
Pembantu wanita itu
nampak takut-takut ketika berhadapan dengan Karl yang mencerlung tajam
terhadapnya. Dia menundukkan kepalanya sedikit sebagai hormat ketika Karl masih
bermasam muka dengan kehadirannya di situ.
“Maa...afkan saya tuan
muda. Saya diarahkan oleh madam untuk minta tuan muda pakai baju ini pada
majlis pertunangan tuan muda malam ini.” Pembantu wanita itu menerangkan
perkara yang sebenar sebelum tuan mudanya naik angin tidak memasal
kepadanya.
“Ha ha haaa... aku
bertunang....? Ha ha haaa....”
Karl ketawa mendengar
berita itu. Begitulah sikap mamanya kalau membuat satu-satu keputusan tanpa
pengetahuannya. Tahu-tahu saja perkara itu telah dibuat dan dia bagai lembu
dicucuk hidung turut saja kehendak Madam Narsya macam orang tiada pendirian
dalam hidup
Sedikitpun dia tidak
terkejut sebaliknya dia ketawa mendengar berita pertunangan yang bakal
berlangsung malam nanti. Pembantu wanita itu sedikit pelik melihat reaksi luar
biasa Karl yang tersenyum dan mula ketawa. Bukan mudah tuan muda seorang ini
hendak ketawa apatah lagi tersenyum entah kenapa. Tapi senyuman itu ada makna
tersirat di sebaliknya.Baik berhati-hati.
“Eh, dia ni sihat ke
tak?Tadi macam singa lapar sekarang macam orang tak betul aje aku tengok.”
Pembantu wanita itu serba tidak kena. Terus digantungkan pakaian itu pada kayu
penyangkut bersebelahan katil Karl tanpa ambil peduli dengan perubahan angin
tuan muda seorang ini.
Dia menundukkan kepala
sebelum bergegas ke luar dari sana. Hati mana yang tidak bimbang melihat
manusia yang selama ini disangka tidak mampu tersenyum tetapi hari ini
menguntumkan senyuman. Senyuman itu cukup meragukan bagi dirinya selaku
pembantu di rumah itu.Terasa seperti matahari sedang terbit dari arah barat
gamaknya.
Karl perhatikan saja
pembantu wanita itu pergi dari biliknya dengan tergesa-gesa. Nampak sangat dia
takut dengan perubahan mendadak Karl itu. Karl pandang saja baju itu. Kini tiba
masanya untuk membalas segala desakkan yang selama ini dia tidak mampu untuk
melawan. Biarkan mamanya dengan permainan ugutan itu. Dia langsung tidak kisah
kalau sekiranya Madam Narsya selepas ini akan membuangnya dari senarai nama
ahli keluarga. Apa hendak jadi, jadilah.
.
hi good afternoon i would like to buy ur Black' Smith: Let Us Just Love novel book, where can i get it pls? waiting for ur reply, from melaka....
ReplyDelete