Bab 3
Sarra berjalan
terhincut-hincut sambil dipapah oleh Arya ke kawasan letak kereta haram. Nasib
mereka cepat mengelak ketika Jaemin cuba mengekori dari bilik rehat tadi. Mereka
tahu niatnya itu baik hendak menolong tetapi tidak kena pada gayanya. Kalau
tidak bala apa yang akan menimpa mereka nanti. Arya menekan kunci kereta terus
membantu Sarra masuk ke dalam kereta.
Sehelai kertas terselit
pada viper kereta Sarra. Seperti boleh diagak apakah isi kandungan yang
tertulis pada kertas itu.
“Sarra tahniah kau
dapat love letter daripada polis.”
Sempat lagi dia memain-mainkan Sarra yang sudah berkerut dahi seribu. Sudahlah kakinya sakit Arya saja mahu menambah kebingungan pada kepalanya.
Sempat lagi dia memain-mainkan Sarra yang sudah berkerut dahi seribu. Sudahlah kakinya sakit Arya saja mahu menambah kebingungan pada kepalanya.
“Apa yang kau merepek
ni. Mana pulak datangnya surat cinta tengah-tengah malam buta ni?”
Jari telunjuk Arya
tepat pada kertas yang terselit pada hadapan kereta. Sarra jadi bertambah
bingung dengan senyuman penuh makna daripada rakannya itu. Ada saja taktiknya
mahu mengenakan Sarra. Segaris senyuman terpalit pada bibirnya. Arya menahan
senyuman itu sebelum kertas di luar bakal diambilnya.
Arya terus ke luar
mengambil helaian kertas yang masih setia terselit untuk diambil. Masuk saja ke
dalam kereta kertas itu diberikan kepada Sarra yang masih tidak mengerti dengan
kewujudan kertas itu. Diambilnya kertas tadi tanpa banyak soal daripada
rakannya di sebelah. Lampu dinyalakan dan waktu itu....
“SAMAN!!!” Sarra ketuk dahi.
Dia memalingkan wajahnya memandang Arya di sebelah. Arya angkat bahu buat tidak mahu masuk camur berkenaan surat saman itu. Baru dia faham apa yang dimaksudkan dengan surat cinta daripada Arya tadi. Arya yang sedang memandu sudah tergelak terbahak-bahak. Orang di sebelahnya sudah panas hati dengan gelakkan daripada manusia yang sedang memandu itu.

“Janganlah marah cik adik manis. Awak yang cakap akan bertanggungjawab atas surat saman tu. So sila
bayar ya. Aku tak mahu terlibat.” Sengaja diangkat sebelah tangannya mahu lepas
tangan soal bayaran saman. Janji harus dikotakan.
“Ya ya aku bayar!
Menyesal aku cakap nak bayar tadi. Duit lagi.” Sarra merungut sambil menyimpan
surat saman itu dalam beg tangannya.
Pada masa yang sama kereta yang dipandu Arya sudah berhenti di hadapan klinik 24 jam. Perlahan-lahan Sarra keluar dari kereta kemudian dipapah oleh Arya masuk ke klinik. Jam pada tangan dipandang sekilas. Jam sudah menunjukkan pukul 02:00 pagi. Bagai ada keluhan pada wajahnya itu.

“Papa kau tak kisah ke
kalau kau balik lambat ni Sarra?”
Dia menoleh ke belakang mendapatkan jawapan daripada Sarra yang sedang duduk di kerusi menunggu di dalam klinik itu. Sambil itu Arya mengisi borang yang diberikan oleh nurse di kaunter pertanyaan.Sarra nampak teragak-agak untuk menjawab soalan Arya itu.

Dalam malasnya menjawab
Sarra jawab juga pertanyaan daripada kawan baiknya itu. Kalau tidak berjawab
karang orang itu akan tanya dia balik soalan yang sama. Dia tahu sangat
perangai Arya sebab Arya mana boleh tengok dia berdiam diri tanpa menjawab
soalannya tadi.
“Sarra kau dengar tak?”
Arya pusingkan kepalanya menoleh ke arah Sarra.
“Kau ni macam tak faham
pulak. Aku ada ke tak ada ke bukan dia orang kisahkan pun. Dahlah jangan banyak
tanya lagi isi borang tu Al.” Bunyi Sarra menjawab macam dia tidak suka saja
bila disoal tentang papanya itu. Dia tersalah tanya soalankah?
Terus mukanya masam
mencuka apabila disoal tentang keluarganya. Arya seperti dapat mengagak apa
yang dikatakan oleh Sarra tadi. Malas pula dia ingin bertanya lebih-lebih.
Karang jadi lain pula kalau terus ditanya. Selalu sangat apabila Arya bertanya
soal orang tua Sarra seboleh-bolehnya dia akan mengelak. Sarra ada masalah
dengan orang tuanya ke? Kalau Sarra tidak mahu menjawab pertanyaan dia tadi
maka di situ sajalah yang dia harus tahu. Tidak patut dia bertanya lebih-lebih
takut pula akan menyinggung perasaan Sarra.
Dia berkawan atas dasar
selesa bergaul dengan Sarra yang tidak kisah tentang latar belakangnya. Itu
sudah cukup bagi mereka untuk terus berkawan. Malah saling menjaga hati sesama
mereka membuatkan persahabatan yang terjalin menjadi semakin erat.
Beberapa lama Arya
menunggu Sarra yang sedang dirawat di dalam bilik rawatan itu akhirnya berakhir
juga. Pintu bilik rawatan terkuak ketika seorang nurse memimpin Sarra ke luar
dari sana. Arya terus mendapatkan Sarra yang terhincut-hincut jalannya.
Melihatkan keadaan rakannya itu ada penyesalan pula yang wujud. Kalau bukan
disebabkan kerja bodohnya itu Sarra ditimpa malang.
“Sarra aku minta maaf.
Kalau aku tak ajak kau buat kerja gila-gila tu mesti tak jadi macam ni kan?”
Arya benar-benar rasa bersalah.
Kaki Sarra yang berbalut itu Arya pandang kesian.
Kaki Sarra yang berbalut itu Arya pandang kesian.
“Doktor cakap kaki aku
ni bengkak aje tak ada masalah lain. Bukan sampai kena potongpun. So don’t
worry ok.”
Sarra bergantung pada bahu
kanan Arya ke luar dari klinik itu. Dia pun tidak mahu membuat Arya serba
salah. Kakinya jadi beginipun bukannya salah Arya tetapi datangnya daripada
kecuaiannya sendiri. Seronok juga dia kerana Arya sangat mengambil berat soalnya
walaupun dalam keadaan sakit begini. Tiba-tiba langkah Sarra terhenti
betul-betul di hadapan pintu klinik itu.
“Kenapa kita pergi
macam ni saja. Aku belum bayar lagi duit rawatan dekat kaunter lagi Arya.”
Sarra cuba memusingkan badannya ke belakang sambil bergantung pada bahu Arya.
“Kau nak pergi mana
pulak ni? Aku dah bayar pun. Jom jalan.”
Berkerut dahi Sarra
mendengar jawapan daripada Arya. Mana pula Arya rabakan duit untuk membayar kos
rawatannya itu? Bukan dia tak ada duit ke? Kau jangan nak buat aku jadi keliru
kawan.
“Ishh kau ni!
Kalau nak bergurau pun beragaklah kawan.
Duit kau cukup ke nak bayar bil aku tu?” Sarra nampaknya sedang memerli Arya.
Arya buat muka geram kerana dikatakan penipu.Dia tahu dirinya kekurangan duit tetapi tidak bermakna bahawa dia langsung tiada duit dalam simpanan.
Arya buat muka geram kerana dikatakan penipu.Dia tahu dirinya kekurangan duit tetapi tidak bermakna bahawa dia langsung tiada duit dalam simpanan.
“Kau pandang rendah
pada aku? Ni bil kau yang aku bayar tadi. Dah jom jalan. Kau ni banyak
songehlah.” Terus ditekap bil itu ke dahi Sarra geram.
Anginnya satu macam kerana diperli tadi. Sarra terus gelak ketika bil itu masih melekat pada dahinya. Nampak sangat muka berminyak.
Anginnya satu macam kerana diperli tadi. Sarra terus gelak ketika bil itu masih melekat pada dahinya. Nampak sangat muka berminyak.
“Al hebat gila kertas
ni masih terlekat pada dahi aku.” Dalam angin ribut yang baru hendak menjadi
Arya pandang bil yang masih terlekat pada muka kawannya itu. Kemudian dia
bantai gelakkan Sarra.
“Hebatlah sangat! Muka
kau berminyak wehhh...” Kutukkan tak semena-mena terkena balik kepada Sarra.
Sarra turut tergelak ketika jarinya menyentuh pipi yang terasa berminyak. Patutlah kertas bil itu lama terlekat pada dahinya. Arya melangkah sambil memapah Sarrake arah kereta. Sarra masih berfikir-fikir. Apabila kereta meluncur laju apa yang dia fikirkan terus terbang tanpa belok-belok lagi. Patutlah dia mampu bayar kerana jumlahnya yang tidak seberapa.

Sarra ketawa kecil. Dia
rasa bersyukur kerana sekurang-kurangnya kawannya itu prihatin tentang dirinya.
Arya kejap-kejap mencuri pandang melihat Sarra yang tersenyum tidak sudah-sudah
sejak tadi. Kalau senyum semacam itu punya rupa apa lagilah yang dia fikirkan
kalau bukan fikirkan Mirr 7JGee itu.
“Dia dah naik angau dah... tidur nanti mimpi dia ok.” Sempat lagi Arya memerli Sarra yang buat-buat tidak dengar.
“Ya aku memang nak
mimpikan dia. Dah lah kacak gila caring pulak tu dekat aku. Tak sangka sangat
dia macam itu. Kalau 7Zone yang lain tahu mesti dia orang cemburu dengan aku
wehh hahaa...” Sarra ketawa mengingatkan kembali perkara yang berlaku di tempat
rehat 7JGee.
“Ishh Sarra gatal.
Jangan senyum macam tu takut aku.” Arya buat seolah-olah dia geli dengan
senyuman Sarra yang meleret-leret sambil tutup mata.
Sarra terus melelapkan mata ketika perjalanan pulang ke rumah Arya masih jauh lagi. Kalau dia balik ke rumah belum tentu ada orang akan mengambil tahu soalnya. Biarlah dia tidur di rumah Arya setidaknya ada juga orang ambil kisah tentang dirinya.

Mirr berehat sambil
berbaring di atas sofa sambil kakinya diletakkan di atas peha Jaemin yang
sedang asyik bermain game sejak tadi. Mereka masih menunggu pengurus mereka yang
masih sibuk berurusan dengan pihak pengurusan pentas yang mengendalikan konsert
mereka tadi.
Mahu atau tidak mereka
terpaksa juga menunggu makanan yang ditempah oleh pengurus mereka. Perut
masing-masing menanti untuk berbunyi saja. Sebelum konsert tadi sedikitpun
mereka tidak menjamah makanan kerana bimbang pancit ketika membuat persembahan.
Setakat meneguk air mineral yang dibekalkan oleh pengurus mereka sejak tadi
mana datang kenyangnya.
“Jaemin kau tadi pergi
mana?” Mirr memulakan pertanyaan sambil yang lain hanya menyelinga perbualan
mereka berdua kerana masing-masing sudah keletihan yang teramat sangat.
“Aku pergi tengok staf
yang terhempap dengan kotak air mineral tadi. Aku peliklah dengan dia orang tu
macam gelabah semacam saja bila aku cakap minta bantuaan staf yang lain suruh
hantar kawan dia pergi klinik.” Jaemin fokus dengan permainan gamenya sambil
berbicara dengan Mirr.
“Hahh ada staf yang
terhempap kaki dengan kotak air. Bila masa pulak aku tak tahu pun?” Peniel
bersuara terkejut.
Matanya yang hampir terkulai layu terus segar mendengar berita itu. Mereka yang lain pasang telinga.
Matanya yang hampir terkulai layu terus segar mendengar berita itu. Mereka yang lain pasang telinga.
“Waktu kau pergi tandas
tadi dua orang staf perempuan masuk bawak dua kotak air. Perempuan yang pakai
skirt tu yang terhempap kaki dia sendiri sebab terkejut bila tengok Mirr muncul
sebelah dia. Mesti minah tu minat gila sangat dekat kau Mirr. Dasyat jugak
penangan kau ni eh...” Terus Jaemin angkat ibu jari ke arah Mirr yang sudah
bangun dari posisi baringnya.
“Cun tak perempuan tu. Habis
tu teruk tak kaki dia? Mesti merahkan kena hempap dengan benda berat.” Peniel
bertanya lagi bagai berminat dengan cerita yang didengarinya.
“Kau ni tak habis-habis
dengan cun ke tak. Penting sangat ke benda tu. Kenapa kalau minah tu lawa kau
nak kenal dengan dia ke? Dia minat dekat Mirrlah. Kalau tak, tak kan lah sampai
terhempap kaki dengan kotak air boleh senyum lagi. Cinta itu memang gila.” Rome
memerli sikap Peniel yang hanya memandang pada wajah semata-mata.
Sebab itu dia sering dipanggil kasanova dalam 7JGee.
Sebab itu dia sering dipanggil kasanova dalam 7JGee.
“Aku tak tanya kau. Aku
tanya si Jaemin ni. Cantik tu perlu kalau nak kenal. Jaemin macam mana kaki dia
ok ke tak?” Masih teruja dengan soalan yang diajukan kepada ketuanya.
“Merah gila mana
tidaknya dia pakai kasut tumit tinggi. Mirr yang tolong letakkan ubat dekat
kaki dia sebelum kawan dia lagi seorang hantar pergi klinik.” Jaemin bagaikan stesen
radio bergerak menyebarkan berita kejadian yang berlaku sejam lepas.
Peniel sudah tergelak besar apabila statement ‘letak ubat’ menggelikan hatinya secara tiba-tiba.
Peniel sudah tergelak besar apabila statement ‘letak ubat’ menggelikan hatinya secara tiba-tiba.
“Kau gelak? Apa yang
lawak sangat kau ni? Aku letak ubat aje. Kau ni Jaemin kalau tak banyak mulut
tak boleh ke?” Marah saja bunyi Mirr ketika itu. Jaemin menunjukkan tanda peace
mengiakan bahawa dia memang seorang yang banyak mulut.
“Kawan-kawan kau orang
tak rasa pelik ke Mirr jadi seorang yang sangat prihatin. Nak sentuh orang
lainpun dia tak mahu. Takut jangkitan kuman konon. Sekarang apa cerita kawan?”
Apa yang dikata oleh Peniel mengundang rasa geli hati kawan-kawannya yang lain. Telinga Mirr sudah kemerahan menahan malu kerana dipersoal tentang kebaikkannya. Apa yang Peniel katakan tadi ada betulnya juga. Sejak mereka berkawan Mirr susah untuk membantu kerana dia jenis yang suka menghindar dari bersentuhan dengan orang lain. Kononnya mahu menjaga kebersihan diri tidak mahu dijangkiti. Itulah alasan yang sering mereka dengar ketika isu itu dibangkitkan tatkala ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan sikap pembersihnya yang terlampau sangat.

Mahu atau tidak untuk
menjaga hati masing-masing daripada terus terasa isu itu tidak dipersoalkan
lagi. Bersikap toleransi dalam sesebuah kumpulan sangat penting kalau ingin
terus kekal sebagai boy band yang disegani.
Kalau mereka menghadiri
fans meeting pasti Mirrakan memakai sarung tangan kulitmiliknya ketika
bersalaman dengan peminat mereka. Hanya anggota 7JGee saja yang tahu sebab utama
kenapa Mirr memakai sarung tangan kulit ketika menghadiri acara-acara yang
mereka hadiri.
“Setidaknya aku cuba
membantu orang yang perlukan bantuan. Kau sendiri nampak kaki dia merahkan.
Kalau biarkan nanti mesti lagi teruk. Kita kenalah jaga perasaan peminat ni
biar dia orang tahu yang 7JGee bukan sekadar artis yang tahu menyanyi tapi suka
membantu jugak.” serius sahaja bunyi Mirr berbicara.
Mereka yang mendengar
sudah terlopong dengan jawapan Mirr tadi. Jaemin yang tadinya fokus menghadap
i-padnya terus mengalih pandang Mirr di sebelahnya.Tidak dia sangka kata-kata
Mirr ada bernasnya juga. Ditepuk bahu Mirr yang hebat berkata-kata. Dalam masa
yang sama manager mereka Joo masuk ke bilik rehat. Dipandangnya Niell yang
masih tidur sejak dia ke luar dari bilik itu tadi. Rasa bersalah pula
melihatkan Niell yang tidur lena kerana kepenatan. Kalau boleh dia mahu membawa
mereka pulang awal daripada apa yang dijadualkan. Muka yang lainpun nampak
sudah kepenatan.
“Kau orang boleh bertolak balik sekarang. Jaemin pastikan yang lain terus balik jangan singgah ke mana-mana ok. Takut karang ada peminat yang terserempak dengan kau orang lain pulak jadi cerita nanti. Faham!” Tegas saja percakapannya. Perkara ini sangat penting diambil tahu oleh Jaemin selaku ketua agar tiada masalah yang bakal timbul nanti.
Niell masih tertidur di
atas sofa. Peniel terus mengejutkan kawannya yang masih tertidur sejak mereka
masuk berehat ke dalam bilik itu.
“Peniel kau keluar
nanti jangan lupa tutup lampu eh.” Jaemin mengingatkan Peniel yang masih
berusaha mengejutkan Niell yang sudah tidur mati. Susah betul mahu mengejutkan
manusia seorang ini kalau sudah tidur.
“Niell bangunlah kau
tak nak balik ke? Aku dengar cerita dekat sini ada hantu suka berkeliaran dalam
waktu macam-macam ni.”
Mata Niell terus terbuka apabila soal hantu dibangkitkan. Peniel tersengih. Suka sangat dia menyakat Niell yang sememangnya takut dengan cerita-cerita seram yang diceritakan Peniel tidak kena pada tempatnya.

“Kau ni kalau tak
cerita pasal hantu tak boleh ke? Buat gempak aje lah!” Niell masih
memisat-misat matanya yang masih mengantuk.
Peniel yang masih menanti rakannya itu untuk beredar sama dari sana terpandang sepasang kasut tumit yang terletak berhampiran dengan sofa yang didudukkan oleh Jaemin dan Mirr tadi. Kasut tumit itu bagaikan mengingatkan dia kepada seseorang. Terus dia hampiri kasut tumit itu untuk mendapatkan kepastian.

“Ini kasut tumit siapa
Niell?”
Kasut tumit itu diangkat menghadap Niell yang masih menguap sejak tadi. Nampak sangat Niell masih mengantuk. Niell garu kepala melihatnya.
Kasut tumit itu diangkat menghadap Niell yang masih menguap sejak tadi. Nampak sangat Niell masih mengantuk. Niell garu kepala melihatnya.
“Entahlah mana aku
tahu. Aku dari tadi tidur je. Kenapa kau nak ke kasut tumit tu?Kasut tumit tu
nampak macam baru aje. Buangkan aje. Bukan kau nak pakai pun kan.”
Peniel masih memegang kasut tumit itu. Tidak pula dia sampai hati untuk membuangkan kasut itu begitu saja.
Peniel masih memegang kasut tumit itu. Tidak pula dia sampai hati untuk membuangkan kasut itu begitu saja.
Terus saja kasut tumit
itu dimasukkan ke dalam beg kertas yang sedang di pegangnya sebelum beredar
dari bilik itu. Benda baru dan nampak cantik takkan hendak dibuang pula. Sayang
kalau hendak dibuang.Mana tahu kalau-kalau kasut tumit itu milik salah seorang
kawannya yang ingin diberikan kepada seseorang. Kalau tidakpun dia boleh beri
kepada adik perempuannya.
No comments:
Post a Comment