Wednesday, 11 February 2015

Black' Smith: Let Us Just Love _Part 17



Bab 16


Mama Zarran sejak tadi asyik melayani Karl dengan baik sekali. Dia pula seperti tidak wujud di antara mereka yang nampak gembira. Sejak kemunculan Karl semua orang yang selama ini peduli tentang dirinya jadi kurang prihatin dengan kewujudannya. Arya mahupun mamanya sama-sama buat dia terasa hati. Hendak marah apa pula mereka katakan nanti.
Dia sendiri memberi cadangan supaya Karl tinggal semalaman di rumahnya. Dan pagi ini mamanya telah buat dia rasa seperti dianak tirikan. Salahkah dia untuk rasa cemburu dengan perhatian yang terlebih mamanya berikan pada manusia asing di rumah mereka itu.
“Maa... nak nasi goreng.” Zarran menghulurkan pinggannya.
“Ambil sendirilah. Macam kamu tak biasa pulak.” Maria terus melayani Karl makan. Tentang ini diasabar sedikit tapi bila telur gorengnya disuakan pada Karl oleh mamanya sendiri terasa tanduknya mahu ke luar dengan segera. Tak adil betul!
“Karl makanlah. Mak cik buat ni special untuk kamu.” Terus Maria letakkan telur goreng gulung ke dalam pinggan milik Karl yang sedang menikmati sarapan pagi nasi goreng yang dibuat olehnya. Nak saja Zarran tersembur nasi yang sedang dijamahnya ini. Dia rasa ayat mamanya itu agak melampau. Sejak tadi mamanya langsung tidak mengendahkan dirinya. Special untuk dia! Mama ni... Patutkah dia rasa geram begini?
Sudahlah nasi goreng itu mamanya tolong sendukkan untuk Karl malah telur goreng gulung makanan kegemarannya juga mamanya tolong ambilkan untuk Karl. Tahap kepanasan hatinya masih cuba dikawal lagi. Mana boleh tunjuk yang dia sedang cemburu. Hilanglah macho aku ni.
Sabar banyak-banyak ya Zarran. Dia duduk dekat rumah kau pun tak lama. Cuma hari ini saja. Biarkan dia menikmati layanan first class mama kau ni. Dia cuba menenangkan hatinya sendiri dari terus cemburu tidak tentu hala. Kalau dia tunjukkan sangat nanti pasti dia akan diketawakan.
Senyuman pada seraut wajah itu buat dia rasa hampir hilang kesabaran. Kau tak payah nak senyum macam itulah dekat nasi goreng tu. Kalau kau rasa aku cemburu, ya aku memang cemburu! Jangan nak bajet suci depan mama akulah pak cik tepuk gomak. Mama aku ni pun satu hal boleh pulak dia layan manusia tu makan macam anak raja. Aku ni diabaikan. Siapa sebenarnya anak mama aku ni?
Maria melayani Karl dengan baik sekali tanpa ambil peduli tentang anaknya sendiri. Perasaan keibuannya sangat menebal tatkala melayani Karl yang nampak pemalu sejak tadi. Makin menyirap darah Zarran dengan lakonan mantap Karl itu. Dengan Zarra bukan main dia cakap kasar tapi bila depan orang lain dia tunjuk baik. Baiklah sangat!
Sambil dia suapkan nasi ke mulut matanya tidak lepas-lepas dari memandang mamanya yang tidak sudah-sudah memberi perhatian pada Karl. Zarran terus suap nasi ke mulutnya tanpa sedar dia terkunyah cili api yang menjadi penambah perisa dalam hidangan nasi goreng itu.
“Pedas!” Zarran tiba-tiba berteriak kuat kerana tergigit cili api. Air kosong yang baru dihulurkan oleh mamanya cepat-cepat disambut untuk diminum. Mahu terbakar lidahnya dek kerana pedas yang terlampau sangat. Maria senyum melihat anaknya yang tidak tahan pedas.
Karl sejak tadi memang perasan dengan pandangan tidak puas hati Zarran terhadapnya. Dia faham kalau Zarran berperangai begitu. Masakan Zarran tidak cemburu dengan layanan baik terhadap orang asing sepertinya. Zarran ternganga kerana kepedasan.
Karl senyum sedikit sebab tidak menyangka Zarran sampai tidak sedar telah tergigit cili api gara-gara asyik memandangnya sejak tadi. Kalau dia gelak nanti bertambah angin pula Zarran terhadapnya. Senyuman yang agak meleret sejak tadi dia cepat-cepat padamkan.
Beberapa ketika kemudian panggilan masuk pada handphone Zarran. Dia yang masih kepedasan cepat menyambut panggilan yang masuk. Lidahnya dia jelirkan sedikit akibat rasa pedas yang masih terasa pada hujung lidah.
“Zarran kita pergi mancing nak tak hari ni. Aku dah cakap dekat Al dia setuju kau macam mana pulak?” Sarra di talian menunggu jawapan daripada rakan sekelasnya itu. Hujung minggu begini memang jadi rutin mereka pergi memancing bersama. Tambahan pula mereka sedang cuti semester sudah pastinya banyak aktiviti akan dijalankan bersama.
“Ok ok aku tunggu kau orang datang rumah Al dulu. Nanti kita pergi sama. Kau bawak van ke Sarra?”
“Yalah. Habis tu takkan nak naik basikal kut. Bergurau pulak dia.”
Zarran sambut dengan ketawa kata perlian Sarra yang suka mengusiknya. Diapun satu sudah tahu mereka pergi berempat masakan naik kereta saja. Barang keperluan mana hendak sumbatkan. Tambahan pula kalau Jia yang turut sama mengikut pasti dia bawa banyak makanan. Kalau setakat memancing saja tidak cukup kalau mereka tidak berkelah sekali di sana.
“Ok aku tunggu. Apa-apa hal call aku balik eh.”
Mood Zarran seperti angin puting beliung tadi terus reda dengan panggilan yang tidak disangka-sangka itu. Panggilan dimatikan setelah persetujuan antara mereka tercapai. Senang pula hatinya dengan rancangan terbaik cuti hujung minggu begini. Bertuah dapat kawan otak bergeliga macam dia orang.
“Mama Zarr nak pergi mancing hari ni. Mama ikut sekali ke?” Pertanyaan itu Maria sambut dengan anggukkan. Hanya mereka dua beranak saja yang tinggal di rumah itu hari ini. Suaminya awal-awal lagi sudah pergi bekerja dan mungkin balik pada lewat malam hari.
Cadangan anaknya itu setidaknya dapat menghilangkan rasa bosan dari terperuk duduk di rumah saja.
“Karl ikut sekalilah ya.” Maria peluk bahu Karl. Karl angguk setuju. Senang pula hatinya dengan keramahan Maria terhadapnya. Mana pernah mamanya sendiri memperlakukan dia sebegitu baik seperti kawan sendiri. Bertuah rasa hidup kalau dia memiliki keluarga sederhana seperti mereka. Tidak banyak harta dia tidak kisah asalkan saling mengambil hati antara satu sama lain.
Nampaknya kemesraan antara mereka yang baru bertemu buat Zarran tidak senang hati. Mamanya memang suka buat mood dia rosak pagi-pagi begini.

Zarra dengan muka yang baru bangun tidur pergi mendapatkan Arya yang berada di dapur. Muka ala-ala mengantuk itu dia perhatikan saja Arya yang sibuk mengemas bahagian dapur sambil bersandar pada dinding. Sebenarnya perut dia lapar sangat sampai tak boleh hendak fikir apa-apa sejak malam tadi.
“Kau tak ada makanan yang nak dimakan ke?”
Suara yang datang dari arah belakang itu buat Arya menoleh ke belakang sebentar dari mengemop lantai dapur. Patutkah Arya gelak dengan muka kesian yang ditunjukkan oleh Zarra ini? Peluh pada dahinya dia seka sebelum meyudahkan sedikit kerja-kerja mengemop lantai.
“Atas meja tu ada roti dengan jam. Kau makanlah. Aku tak masak apa-apa pun pagi ni.” Jarinya menunjukkan pada bungkusan roti dan jam yang berada di atas meja. Kalau perut sudah lapar semua rasa yang berselirat hilang entah ke mana. Zarra terus menjamah roti yang disapukan jam coklat itu.
Nikmatnya tidak terkata. Arya perhatikan saja gelagat Zarra makan dengan bersungguh-sungguh. Tahap laparnya itu tanpa sedar Zarra hampir menghabiskan satu bungkusan roti yang dimakannya.
Dipintu pagar luar rumah Sarra dan Jia sudah sampai di hadapan rumah Arya. Mereka masuk tanpa membunyikan loceng rumah sebab awal-awal lagi Arya sudah memaklumkan loceng rumahnya rosak. Sarra berjalan masuk mendahului Jia yang berjalan membawa bekas berisi makanannya dari rumah.
Pintu diketuk dari luar dan mereka masuk ke dalam ketika Arya muncul di ruang tamu rumahnya. Muka masing-masing gembira setelah bertemu. Zarra yang baru muncul di sana dipandang lama oleh mereka berdua yang baru tiba. Jia yang paling awal tarik muka masam.
“Al apa minah ni buat dekat sini!” Tanpa berselindung lagi pertanyaan itu Jia ajukan kepada Arya yang belum sempat mahu berkata apa-apa. Selepas kejadian minggu lepas Jia tidak habis-habis menyebut akan membelasah perempuan itu cukup-cukup kalau berjumpanya lagi.
Dan hari ini nasib mereka untuk berjumpa sudah ditakdirkan. Jia berjalan ke arah Zarra sambil mengepal penumbuk dengan matanya dicerlung geram. Arya rasa tidak senang hati dengan kelakuan Jia yang mahu mencari pasal.
Zarra terundur-undur ke belakang dengan muka terkejutnya. Mana mungkin dia lupabudak perempuan berbadan besar ini. Dialah orang yang paling banyak mengutuknya tempoh hari selepas hubungan antara dia dan Zarran putus. Siapa tidak kecut kalau badan orang yang ingin mencari gaduh dengannya dua kali ganda saiz badannya.
“Kkk...kau nak apa dengan aku.” Gagap suara Zarra ketika Jia makin hampir dengannya. Mana dia mahu lari lagi kalau semua musuhnya berada dalam satu kawasan.
Sarra cuit bahu Arya. Dia rasa pelik dengan Jia yang tiba-tiba mahu naik angin. Makanan yang Jia pegang tadi diletakkan di atas kerusi setelah tuan empunya makanan hendak cari gaduh. Tadi punyalah baik moodnya hendak makan dahulu sebelum pergi memancing.
Alih-alih dia masuk rumah Arya terus kepal penumbuk. Apahal dia ni? Pasti ada yang tidak kena antara Jia dan budak perempuan itu.
“Apahal dengan Jia tu Al. Perempuan tu siapa?” Muka Sarra nampak tertanya-tanya dengan kegarangan muka Jia yang sudah mengepal penumbuk menghadap budak perempuan itu. Badan Jia yang agak besar menyukarkan Sarra untuk melihat siapa gerangan manusia itu.
Arya menghenus nafasnya perlahan. Kalau dia biarkan saja Jia buat perangai masak dia kena jawab dengan Zarran nanti. Sudahlah Zarra itu cinta hatinya begitu juga budak lelaki semalam yang datang ke rumahnya. Jia suka sangat buat tindakkan melulu ikut emosinya yang melebih-lebih itu.
Zarra yang hampir terundur ke sudut tepi tangga terus berlari ke belakang Arya ketika dia sempat mengelak. Arya satu-satunya harapan terakhirnya untuk dia meminta bantuan. Jia masih seperti tadi masih dengan sikap tidak puas hatinya.
“Al kau ke tepi. Biar aku ajar dia ni sikit! Perempuan tak sedar diri!”Jia masih kepal penumbuknya dengan marah masih tertahan-tahan. Konflik antara mereka memang tiada kesudahan. Apalah salah dia dapat kawan yang tidak sudah-sudah buat dia sakit kepala mahu berfikir.
Lepas satu-satu datang masalah. Semalam Zarran hari ni Jia pula mahu buat dia rasa satu macam hendak hilang kesabaran. Bukan Arya tidak faham kalau perkara yang mendatang rasa tidak suka pada kawannya itu hanyalah disebabkan Zarran yang sudah dirampas hatinya oleh orang di belakangnya ini.
Zarra pegang bahu Arya untuk bertahan di belakang Arya. Arya pula masih tidak berganjak dari kedudukkan asalnya sejak tadi walaupun Jia cuba menolaknya ke tepi untuk mengajar Zarra yang sudah ketakutan.
“Sudahlah kau ni Jia. Tak sudah-sudah lagi ke kau nak buat perangai. Karang kalau Zarran tahu kau kacau awek dia ni marah pulak dia.”
“Dia bukan awek Zarran lagi. Apa aku kisah kalau dia nak marah.”
Sarra berdiri sebelah Jia sambil berdepan dengan Arya yang bercekak pinggang. Kening Sarra terangkat sedikit apabila wajah itu nampak jelas pada pandangan matanya. Padanlah Jia berangin semacam. Baru dia teringat siapa budak perempuan itu kalau bukan ex-awek rakan sekelasnya.
“Jia tak payahlah buat macam ni. Haa kau dengar tak tu dekat luar suara siapa. Betul cakap Al tu. Sudah-sudahlah buat perangai. Zarran dah masuk tu.” Nasihat Sarra pula. Antara mereka berdua memang tidak suka melihat Jia buat perangai terutama perkara yang melibatkan Zarran.
Pintu terkuak lebar. Zarran masuk ke dalam bersama-sama mereka yang berjalan masuk bersama. Zarra terus mendapatkan Zarran yang baru muncul di sana. Jia mahupun Sarra sama-sama tunduk sedikit kepala dengan kehadiran mama kawan mereka itu.
“Apa tunggu lagi jom pergi cepat. Nanti matahari dah tinggi karang tak larat pulak nak mancing.” Maria mengingatkan mereka yang masih tercegat seperti tidak mahu berganjak dari sana. Kunci van Sarra serahkan pada mama Zarran sebagai pemandu mereka hari ini.
Itulah kebiasaannya kalau mereka pergi memancing bersama. Zarra nampak tidak faham dengan situasi yang antara mereka yang nampak hendak beredar dari sana.
“You nak pergi mana ni?” Zarra menyoal Zarran di tepinya.
“Al tak cakap pada you ke.”
Zarra geleng kepala. Arya yang baru hendak melangkah ke luar Zarran tarik masuk ke dalam rumah semula. Nampaknya Arya benar-benar lupa bahawa ada orang masih tidak tahu hala tuju mereka ingin pergi pada pagi ini.
“Kau kenapa tak cakap dekat Zarra yang kita nak pergi mancing. Takkan kau nak biarkan dia duduk dekat dalam rumah kau sorang-sorang.” Pertanyaan itu menyedarkan Arya. Dia ketuk kepalanya. Hampir-hampir dia terlupa pada Zarra yang duduk menumpang di rumahnya sejak malam tadi.
Kalau Zarran tidak ingatkan mesti dia lupa habis. Arya tarik Zarra naik ke atas rumah suruh dia bersiap untuk ikut mereka sama. Mahu atau tidak Zarra ikut saja walaupun hatinya tidak rela mahu pergi memancing. Mana pernah sepanjang hayat dia pergi memancing.
Antara mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar itu masih menunggu seseorang yang masih belum muncul. Kereta milik Karl yang terparking di sana mendapat perhatian daripada mereka yang baru melihatnya. Jia dan Sarra masing-masing membuang pandang pada Karl yang sedang memasukkan keretanya ke dalam garaj rumah Arya setelah diarahkan berbuat demikian oleh Arya sendiri.
Kalau hilang kereta itu siapa harus dipersalahkan nanti. Lambat-lambat Zarra ke luar dari pintu pagar bersama Arya sambil mengunci pintu pagar rumahnya.
Sepanjang perjalanan van yang mereka naiki merentasi kawasan desa pada musim bunga itu. Pemandangan di sekitar kiri dan kanan jalanmenambat perhatian mereka untuk memandang kawasan yang nampak menghijau dengan himpunan bunga mekar di sekitar kawasan padang yang terbentang luas di tepi jalan raya.
Sejak masuk ke dalam van Jia orang paling teruja sekali tanpa megendahkan orang yang paling dia benci berada satu van dengannya. Zarra yang duduk di tepi Arya senyap memanjang sejak tadi walaupun antara mereka ada yang buat lawak terutama Sarra yang terkenal dengan sikap suka mengusiknya.
Ada saja cerita dia untuk dijadikan bahan gelak ketawa antara mereka. Perjalanan yang mengambil masa satu jam lebih akhirnya berakhir setelah mereka tiba di satu tempat yang didatangi ramai pengunjung ke sana.
Hujung minggu begini memang ramai yang datang berkelah di sana. Air sungai yang jernih mengalir berhampiran tapak perkhemahan menyejukkan mata yang memandang. Mereka semua ke luar dari dalam van sambil membawa barang yang dibawa untuk ke tepi sungai yang berhampiran.
Antara mereka yang berjalan kaki menuju ke tempat yang dipandu oleh mama Zarran ada yang mengambil kesempatan untuk berjalan berdua-duaan. Siapa lagi kalau bukan Jia yang berjalan bersebelahan Zarran. Zarra pula sudah berjalan jauh ke hadapan ketika diminta oleh Maria untuk membantunya membawa peralatan memasak yang dibawa dari rumah.
“Al kenapa mamat tu ada sekali dengan kita?” Sarra berbisik perlahan pada telinga Arya ketika mereka berjalan beriringan bersama di hadapan Zarran dan Karl. Arya angkat bahu sebab dia pun tidak pasti kenapa budak lelaki itu masih bersama dengan mereka. Hanya Zarran seorang saja yang tahu kenapa dia masih bersama mereka lagi.
Ketika tali pancing dilemparkan ke dalam air sungai yang jernih itu Zarran terus memacakkan batang pancing di atas tanah yang agak lembut berhampiran gigi air. Kawasan yang mereka pergi itu agak jauh dari orang ramai.
Arya duduk termenung pada gigi air sambil menunggu ikan makan umpan pancingnya.Jia yang baru hendak membelitkan cacing pada mata kailnya tersenyum jahat memandang Zarra yang duduk bersebelahan Zarran di tepi kerusi kayu. Ada saja akalnya mahu mengenakan musuhnya itu.
“Kenapa kau ambik cacing ni banyak sangat Jia.” Arya pandang Jia yang sedang mengambil batang kayu berdekatan dengan mereka lalu diikatkan tali pancing padanya. Pelik pula dibuatnya dengan perbuatan Jia itu. Bukannya dia tidak ada batang pancing dan sampai perlu ambil kayu lain untuk dijadikan kayu pancingnya.
Karl mahupun Arya mereka tengok saja Jia sedang membelitkan tali pancing pada kayu itu. Perasaan geli melihat cacing yang dipegang oleh Jia buat Karl berdiri jauh sedikit daripada menghampiri mereka terutama Jia.
“Pak cik sorry lah eh. Aku nak kenakan ex-awek kau tu. Jangan kau masuk campur pulak!” Jia beri amaran awal-awal pada Karl. Dia peduli apa kalau Karl marah padanya. Tapi gayanya mamat itu langsung tidak menghalang perbuatannya yang hendak mengenakan Zarra.
Karl angkat ibu jari tanda setuju dengan perbuatan Jia. Macam kurang percaya pula Arya dengan sikap Karl yang nampak tidak kisah dengan perbuatan Jia yang mahu mengenakan Zarra. Line clear habis.
Sarra nampak senyuman semacam Jia waktu dia sedang membantu mama Zarran membentangkan tikar yang dibawa tadi. Dari jauh dia perhatikan saja apa yang hendak Jia buat sekejap lagi. Jia ikat cacing pada tali pancing tanpa mata kail lalu dia lemparkan ke hadapan Zarra yang duduk memandang ke arah sungai. Awal-awal dia tidak perasan tetapi kemudiannya...
    “Aaaa!!!” Zarra menjerit sekuat hati apabila melihat cacing bergayutan di hadapan matanya.  Maria yang mendengar jeritan itu hairan memandang Zarra yang sudah terjerit-jerit dengan membuat aksi takutnya sambil terlompat-lompat. Zarran duduk bersebelahan jatuh tergolek dari atas kerusi kayu yang diduduki kerana ditolak oleh Zarra akibat terperanjat.
Jia dan Sarra bantai gelak kuat-kuat dengan aksi jeritan yang tidak disangka-sangka itu. Puas hatinya dapat mengenakan musuh. Arya dan Karl tumpang gelak sekaki sebab sejak tadi Jia memang hendak mengenakan Zarra ketika cacing diambil dari dalam tin yang dipegang olehnya. Zarran yang menjadi bahan tolakkan Zarra mengaduh sakit setelah jatuh ke tanah.
Walaupun Karl tidak mengendahkan Zarra tapi perbuatan mengenakan bekas teman wanitanya itu memang dia tunggu-tunggukan sejak tadi.Itulah satu-satu perkara yang buat dia peduli dengan Zarra. Kalau perkara lain dia tidak mahu masuk campur. Puas hatinya melihat Zarra dikenakan cukup-cukup oleh kawan baik Arya.
Zarra menjeling tajam pada Jia yang tidak sudah-sudah menggelakkan dirinya sejak tadi. Sampai waktu makan tengah hari yang dihidangkan oleh mama Zarran mereka masih tidak berhenti menggelakkan Zarra yang sudah panas hati. Bukan seorang yang gelakkan dia tapi hampir majoriti mentertawakannya termasuk Karl.
Dia sabarkan hati yang hampir menggelegak. Tak apa kau kenakan aku sekarang. Sekarang masa aku nanti-nanti masa kau pulak. Kau tunggu sajalah perempuan gemuk!
“Hari ni kamu semua ikut mak cik balik kampung ok. Kampung mak cik pun dah dekat sangat dengan tempat ni. Macam mana semua setuju tak. Kalau setuju malam ni kita buat BBQ ok tak.” Maria mengusulkan cadangannya lalu disambut oleh Karl awal-awal daripada mereka yang lain. Zarran seperti biasa memang tidak menyenangi jawapan Karl itu, padanya kehadiran Karl lebih kepada mahu menyibuk dalam aktiviti mereka.
“Ok.” Karl setuju dengan cadangan itu. Mereka yang lain ikut sama setuju kecuali Zarra yang diam membatu. Mungkin marahnya masih belum reda lagi. Siapa tidak marah kalau orang sesuka hati mengenakannya untuk dijadikan bahan gelak ketawa.
Jia yang baru sudah makan terus duduk menunggu umpan pancingnya dimakan ikan. Selalunya kalau dia pergi memancing hanya pergi bertiga dengan Sarra dan Arya. Zarran yang baru duduk berhampiran tebing sungai Jia pandang sambil tersenyum. Namun senyuman itu tidak kekal lama sebab Zarra duduk bersebelahan Zarran.
Hei perempuan miang keladi ni apasal dia duduk dekat sangat dengan Zarran tu! Tak reti malu ke? Seganlah sikit dengan mama Zarran. Matanya tidak lepas-lepas daripada memandang mereka berdua. Sarra yang mula membenamkan kakinya ke dalam air sungai mula berenang dengan senang hatinya.
Arya duduk pada tepi batu sambil memancing ikan yang kedua setelah ikan pertama makan umpan pancingnya. Karl angkat kaki seluar untuk menyeberangi sungai pergi ke arah batu yang Arya sedang duduk itu. Orang sudah berada di hadapan mata kenapa harus dia biarkan saja peluang itu terlepas.
Hampir seminggu dia terganggu dengan bayangan manusia yang sering menerpa pada mindanya kalau bukan Arya gerangan orang itu. Dia cuma ingin mendapatkan kepastian kalau benar dia tidak bertepuk sebelah tangan. Mungkin Arya nampak garang pada pandangannya tapi disebabkan itulah hatinya telah ditawan. Kalau hati sudah suka apa pun dia sanggup terima.
Karl duduk sebelah Arya yang sedang duduk sambil memegang batang pancing. Berdebar jantung Arya ketika dia menoleh ke sebelah dia lihat Karl sedang duduk hampir dengannya. Dia nak apa ni? Aduh apa pasal aku rasa tak tenteram ni.
“Kau dah biasa memancing ke?” Soalan pertama itu Karl tanyakan pada Arya. Dia tidak mahu antara mereka hanya duduk berdiam diri.
“Err bolehlah.” Singkat saja jawapan daripadanya.
Yalah aku nak cakap apa lagi. Arya pandang Karl di sebelah pada hujung ekor matanya. Hendak pandang betul-betul dia tak berani takut pula skru jantung longgar tak pasal-pasal. Pehhh maut siot rasanya. Serius rasa tak tenteram ni. 
Karl di sebelahnya senyum memanjang. Apa yang buat dia rasa gembira sangat sampai senyuman dia meleret begitu sekali. Di tebing sungai Zarra pandang mereka berdua yang padanya sedang bercerekarama di atas batu. “Aku dah agak dah yang perempuan ni memang nak menggatal dengan Karl. Yang Karl tu duduk dekat sangat dengan dia tu apa pasal!” Zarra menggerutu geram. Cemburunya tidak sudah-sudah sejak tadi.
               Dari atas batu mata Arya dapat menangkap pandangan mata Zarra yang kerap memandang ke arahnya dengan pandangan sinis dan menyampah. Apasal dia pandang aku macam tu sangat? Owhh sebab manusia dekat dengan aku ni ke dia pandang aku macam tu. Kalau kau nak cemburu sebab mamat sebelah ni duduk dekat dengan aku ada baiknya kau fikir dua tiga kali mak cik oiii... Aku bukan musuh tandingan kau nak rebut dia, tapi... suka tu adalah sikit hihiii... Arya senyum mendengar suara kata hatinya sendiri. Karl di sebelah Arya toleh.
“Kau tak takut ke duduk dekat sangat dengan aku ni. Mak cik tu dah pandang semacam pada kita berdua ni. Karang ada yang tersembul biji mata.”
Karl ketawa sedikit. Pandai juga Arya buat lawak untuk mengusik hatinya. Memang sejak tadi Zarra memang tidak sudah-sudah memandang mereka berdua di atas batu itu. Apa dia peduli kalau antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kenapa harus cemburu kalau dia sendiri yang memilih untuk berpisah.
“Takut? Tak kut.. nak takut apanya. Aku kan ada kau. Aku tak kisah kalau kau nak belasah dia sekalipun sebab memang dia layak kena belasah.” Karl nampak serius dalam cakapnya tanpa berselindung lagi dengan muka bersahajanya.
Arya kalih memandang Karl yang serupa orang buat lawak. Mahu dia tidak kalih ke sebelahnya lagi sebab orang tu cakap dia ada. Ceh ada aku konon. Dia perli kau ni Al. Muka aku ni nampak gengster sangat ke sampai kau nak suruh aku belasah dia? Boleh tahan cakap dia ni.
“Ini kiranya sesi nak balas dendam balik ke dekat orang tu.”
“Tak adalah. Aku cuma nak bagi kau peluang belasah dia aje. Cukuplah aku tumbuk muka kau tempoh hari macam rasa nak demam sebab tak pernah-pernah aku tumbuk perempuan sebelum ni.”
Angguk Karl perlahan mengiakan kata-katanya. Muka Karl tidak menampakkan dia sedang bergurau dengan apa yang dia katakan tadi.Arya pandang semacam yang pelik. Kenapa Karl suruh dia belasah Zarra pula? Ingat dia ini kepala gangster ke nak belasah orang tidak tentu hala. Agak-agaklah!
Dia ini biar betul. Pasti ke dia rasa nak demam sebab tumbuk aku. Kiranya sebelum-sebelum ni dia hanya belasah lelaki sajalah dan aku orang perempuan pertama dia tumbuk. Memang pecah rekodlah wehh... Tapi pengakuan jenis apa dia cuba cakap pada aku ni? Atau sebenarnya dia nak cakap yang dia ni memang kaki belasah orang. Tak mustahil kalau dia mahu mengaku dia  ni kaki pukul. Macam dalam drama Korea ‘Boys Over Flower’ even dia kaya tapi sebenarnya dia kaki penyangak besar. Pehh maut siot!!!
Arya pandang sekilas orang di sebelahnya. Takut pula dia hendak pandang lama-lama. Bukan takut apa kalau bukan pengakuan dia itu buat Arya jadi ragu-ragu. Apalah nasib kau ni Al sebenarnya. Kenal pulak dengan kepala gangster.
“Kau jangan risaulah aku tak akan pukul perempuan lagi. Cukuplah kau seorang.”
Waktu itulah kepalanya terasa mahu putar 90 darjah sebab orang itu sudah buat pengakuan. Arya sambut dengan anggukan kemudiannya walaupun rasa pelik. Kenapa dia harus mengaku pada aku sedangkan antara kami bukan ada apa-apa? Atau muka aku ni nampak sangat risaunya. Pelik-pelik saja dia ni.
Sarra yang berenang ke arah mereka berdua tersengeh macam mahu mengenakan Arya yang duduk hampir dengan Karl di sebelah. Dari cara pandanganKarl itu sejak tadi Sarra dapat mengagak yang dia suka pada kawannya itu. Mungkin juga tapi tak mustahil apa yang dia fikirkan itu benar belaka.
“Wah ikan besar dah datang.” Perli Arya cuba memecahkan suasana pelik sejak tadi. Kalau dia biarkan saja keadaan itu berlarutan situasi janggal itu hanya akan memihak kepadanya seorang yang terang-terang nampak kurang selesa sejak tadi. Tambah-tambah pula orang tu dah buat pengakuan dekat dia. Mana boleh dia biarkan Sarra kenakan dia dengan orang di sebelahnya ini sebab senyum Sarra itu penuh makna yang tersirat.
“Banyak kau punya ikan besar.” Sarra percikkan air pada Arya yang duduk atas batu yang tinggi hanya separuh pinggangnya. Arya pastinya terjerit kerana bajunya basah terkena air. Pancing Arya serahkan pada Karl di sebelah. Dia terus terjun dalam air mahu mengenakan Sarra yang berani membasahkan pakaiannya.
Di sungai mereka sama berkejar-kejaran sambil memercikkan air. Habis basah baju Arya kerana ingin membalas dendam setelah dipercikkan air oleh Sarra tadi. Mereka yang lain hanya jadi pemerhati tanpa berminat mahu mandi sekali di sungai yang jernih airnya.

Di hadapan unggun api yang sedang menyala itu mereka duduk mengelilinginya mendengar Zarran menyanyi sambil memetik gitar. Jia paling over sekali sebab dia tidak meyangka Zarran mampu menyanyi sebaik itu. Saat beginilah perasaan terasa dibuai membawa hati yang sunyi meneliti bintang di langit.
Lagu yang dibawakan oleh Zarran pula lebih kepada genre ballad maka yang mendengarnya terasa dibuai-buai ke alam mimpi. Mungkin lagu ini sesuai pada mereka yang pernah dilukai. Siapa yang pernah menonton drama ‘Heart String’ pasti tidak akan pernah lupa akan lagu yang meruntun jiwa tatkala lagu itu didendangkan.
‘Missing You’ lagu yang boleh buat hati sesiapa sayu tatkala bait-bait lirik itu sedang dinyanyikan.
               neul ttokgateun haneure, (always under exactly the same sky)
               neul gateun haru, (always exactly)
geudaega eomneun geot malgoneun, (other than you not being here)
               dallajin ge eomneunde, (there’s nothing different at all...)
nan bonaenjul aratjyo, (I thought I’d let you go)
               da namgimeobshi, (not leaving anything behind).....
Kepada siapa lagu itu dituju bukan menjadi persoalan. Yang penting masing-masing bergembira pada malam itu.
“Kau tak ada lagu yang sedih lagi ke dari ni Zarran?” Sarra mencelah tatkala hati sudah sayu mendengarkan lagu itu. Bukan dia sengaja mahu kacau daun kalau bukan dia sendiri rasa kurang selesa dengan bait lirik lagu itu.
Diapun tidak pernah bercinta maka apa yang orang bercinta pernah rasa dia sendiri tidak faham. Apa dia tahu cuma rasa geli yang berselirat dalam jiwanya. Memang lagu itu sedap didengar tapi tidak sesuai kalau dinyanyikan dalam suasana mereka yang sedang bergembira ini.
Arya yang baru muncul di sana cuba ikut sama menyertai aktiviti mereka.
“Kenapa kau orang senyap je ni. Tadi bukan main layan lagu.” Arya mendapatkan tempat bersebelahan Jia. Unggun api di hadapan mereka masih menyala dengan kuat.
Serangga-serangga kecil berterbangan berdekatan unggun api. Kebiasaannya serengga memang tertarik pada cahaya lebih-lebih lagi pada malam hari. Ada yang hinggap berdekatan mereka kemudian serangga kecil itu terbang ke arah lain pula.
Cuaca yang dingin pada malam itu membuatkan masing-masing memakai baju agak tebal bagi mengelakkan dari kesejukkan. Elok sangat mereka menyalakan unggun api pada malam itu bertujuan untuk menghangatkan badan dari kesejukkan malam yang menerpa.
Maria dan Karl yang baru muncul dari dalam rumah sedang membawa alat pembakar dan daging ayam yang baru diperap beberapa jam tadi. Zarran terus bangun datang membantu mamanya yang nampak tidak larat mengangkat tempat pembakar daging yang baru dibawa dari dalam rumah.
Mana dia boleh biarkan mamanya saja buat kerja tanpa dibantu walaupun mamanya sendiri tidak pernah merungut untuk minta dibantu. Arya kemudiannya bangun datang membantu Karl untuk mengangkat bekas yang berisi penuh ayam yang diperap dengan rempah ratus. Hendak menunggu yang lain datang membantu belum tentu mereka datang kalau tidak disuruh.
“Tak apa aku boleh angkat sendiri bekas ni tak berat mana pun.” Karl berdalih cuba menghalang Arya dari membantunya untuk mengangkat sama bekas itu. Arya tersenyum kecil dengan pembohongan Karl yang nampak nyata itu. Kalau nak tunjuk hebat bukan dengan cara mengangkat benda berat tanpa dibantu.
“Kalau buat bersama nanti lagi mudahkan kerja. Dah jangan banyak bunyi biar aku tolong angkat sekali.” Arya bertegas dengan bantuan yang dihulurkannya. Tidak sanggup pula dia hendak membiarkan Karl mengangkat seorang diri bekas itu. Sudahlah bekas itu besar dia pula mahu mengangkat seorang diri. Karang ada pula yang patah tulang tidak memasal.
Bekas itu diangkat bersama. Karl pandang Arya sambil tersenyum. Mungkin apa yang Arya katakan tadi benar. Perlunya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sampai bila kerja akan siap kalau tidak dibuat bersama. Selama ini pun dia tidak pernah membuat kerja seberat ini. Dia pun tidak pernah disuruh membantu membuat kerja.
Memang selalunya pembantu di rumahnya sahaja yang selama ini melakukan tugasan berat begini. Inilah kali pertama buat seumur hidup dia buat kerja yang memerlukan banyak tenaga. Bantuan yang Arya berikan memang mengurangkan beban angkatan bekas itu.
Bekas itu terus diletakkan berhampiran tempat pembakar daging yang dibawa oleh Zarran tadi.
“Thanks.” Ucapan Karl singkat. Dia tidak pasti kenapa harus perkataan itu diucap melainkan dia rasa sedikit gembira kerana telah dibantu.
“It’s ok.” Jawab Arya ringkas membalas ucapan yang nampak ikhlas dituturkan oleh orang di hadapannya itu. Zarran menghidupkan bara api untuk membakar ayam yang telah diperap di dalam bekas itu. Dari dalam rumah datuk Zarran ke luar sambil bertongkat menuju ke arah mereka yang duduk di hadapan unggun api.
Kerja-kerja membakar ayam diserahkan kepada Zarran dan Arya kalau bukan mereka yang mula-mula angkat tangan dahulu untuk membantu.Karl sejak petang tadi nampak tidak boleh renggang daripada Arya. Ada saja dia mahu cari jalan untuk mendekati Arya tanpa membuatkan Arya rasa rimas. Tugasan dia hanyalah meletakkan ayam yang ingin dibakar di atas pelantar pembakar.
Kalau suruh dia membakar ayam entah apalah yang jadi pada ayam-ayam itu nanti. Sifat anak orang kayanya terlalu jelas pada mereka berdua yang sedari tadi memerhati Karl meletakkan ayam yang telah siap diperap pada pelantar pembakar. Dengan gaya kerjanya yang nampak kekok Arya mahupun Zarran nampak kurang pasti mahu terus membenarkan dia membuat kerja. Zarran geleng kepala.
Dia tidak nafikan bara api yang dibakar oleh Zarran tadi agak panas tapi peluh yang ke luar pada dahi Karl itu nampak terlebih sangat. Seolah-olah mereka berdua telah menyeksa Karl buat kerja. Sebelum ada yang menuduh baik Zarran atau Arya berhentikan dia buat kerjanya itu.
“Karl kau tak payah tolonglah. Aku kesian tengok kau. Berpeluh macam orang berlari marathon pulak aku tengok.” Zarran ambil penyepit ayam yang dipegang Karl tanpa bertanya samada orang itu mahu memberikan atau tidak. Arya hulurkan sepeket tisu dari poketnya.
“Kau ambiklah.” Arya hulurkan padanya tisu sambil buat isyarat dengan jari bahawa peluhnya perlu dilap. Karl angguk faham. Suka pula hatinya kerana ada orang beri perhatian terhadapnya. Lebih-lebih lagi kalau perhatian itu daripada orang yang dia mula rasa suka sedikit demi sedikit.
Mungkin Karl masih memerlukan tempoh untuk mengenali hati budi Arya tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyukainya. Karl sambut tisu itu sambil lap pada bahagian yang tidak berpeluh. Samada dia memang sengaja buat atau dia memang tidak sedar apa yang dia sedang buat menarik perhatian Arya yang berdiri sebelahnya.
Perlu ke sampai aku kena tolong lap peluh dia ni. Kalau dasar anak manja ni memang susah sikit. Samalah macam Zarran ni. Nasib dia anak tunggal dan mama dia pun taklah manjakan dia sangat. Tapi yang seorang ini aku kurang pasti. Ini mesti dekat rumah kena layan macam anak raja. Kalau tak masakan lap peluh pun nampak macam tak reti aje. Melampau sangat ni!
“Dekat sinilah peluh kau. Bukan dekat tepi rambut kau tu.” Arya tunjuk lagi pada Karl yang buat macam tak faham. Masih macam tadi lap pada bahagian yang tidak berpeluh. Patutkah Arya sakit hati dengan perbuatan Karl yang nampak tidak faham apa yang dia cakapkan itu?
Dia ni kan memang buat-buat sengaja atau memang tak sedar apa yang dia buat ni. last last Arya ambil tisu yang berbaki pada pegangan Karl lalu dia tolong lapkan pada dahinya yang berpeluh  itu. Karl nampak tidak terkejut tapi sebalik dia biarkan saja Arya membantu mengelap peluhnya.
Kesempatan itu dia ambil untuk menatap mata Arya yang sedang mengelap dahinya yang masih basah akibatberpeluh. Zarran yang berdiri berhampiran tidak menghiraukan mereka tapi sibuk dengan kerja-kerja membakar ayam. Arya sedar mata itu sejak tadi tidak lari dari memandangnya.
Apa boleh dia buat kalau dia sendiri yang rela membantu Karl untuk lap peluh pada dahinya. Nasib kawasan mereka berdiri ini agak suram cahayanya jadi aksi yang bakal mengundang kontroversi dalam kalangan kawan-kawannya dapat dielak. Salah sendiri kalau tangan memang jenis tidak reti nak duduk diam.
Kenapalah perasaan aku rasa dua tiga macam ni. Tangannya laju saja menyudahkan bantuan yang dihulurkan tanpa ambil peduli mata yang masih tersenyum memandangnya tanpa henti.
Please stop looking at me la pak cik handsome! Kalau kau tenung aku lama-lama macam ni boleh longgar jantung aku. Arya tarik nafas perlahan setelah kerja membantunya disudahkan tanpa banyak bicara.
“Thanks.” Ucapan ringkas seperti tadi terucap pada bibirnya yang menguntum senyuman seribu makna. Arya angguk saja tanpa membalas seperti tadi. Pipinya terasa mula naik tebal dengan perbuatannya sendiri. Padan muka kau Al suka sangat menyibuk hal orang.
Pipi yang terasa panas cepat-cepat dia pegang membelakangi Karl yang duduk pada kerusi kayu panjang di belakang mereka. Zarran masih melakukan tugasannya dan waktu itu ke hadiran Zarra di sana disambut hambar oleh mereka berdua.
Kalau hendak cakap soal Arya bukan dia tidak mahu melayan. Nanti dia balik yang malu kerana tidak diendahkan oleh Zarra yang pada dasarnya memang tidak suka padanya. Cukuplah ayat yang pedas itu membuat telinganya berdesing mendengarnya. Kalau cakap mulut siapa paling celupar awal-awal lagi Arya angkat bendera putih tak sanggup mahu serah diri menyapa Zarra.
Faham sajalah kalau orang sudah tidak suka kita takkan kita mahu terhegeh-hegeh mahu bercakap dengannya walaupun kita sendiri rasa kesian melihatnya. Pegang pada prinsip jangan ambil peduli pada orang yang tak pernah peduli tentang kita.
Karl ataupun Zarran sama-sama buat tidak endah dengan kehadirannya di sana. Pelik juga Arya kenapa mereka tidak kisah tentang Zarra yang baru duduk pada kerusi panjang berhampiran Karl. Kalau Zarran macam tidak kisah soal Zarra itu Arya fahamlah juga mungkin dia sedang fokus dengan kerja membakarnya.
Tapi apa kes dengan Karl yang langsung tidak mengendahkan Zarra yang duduk di hujung kerusi panjang itu. Antara mereka seperti tidak berminat untuk bertegur sapa. Mungkin perkataan tidak berminat itu lebih kepada Karl bukan Zarra. Hendak bercakap tidak inikan pula Karl mahu memandang. Dia boleh buat muka tidak endahnya saja tanpa ambil peduli orang yang memandangnya dari tadi.
Sebenarnya apa yang terjadi pada mereka berdua? Kalau setakat hubungan antara mereka putus takkan sampai tidak bertegur sapa. Hal ini memusykilkan Arya yang kejap-kejap beralih memandang mereka berdua yang duduk ketika dia sedang membantu Zarran membuat kerja.
Arya perlahan-lahan berjalan hampir dengan Zarran. Sepertinya dia mahu membisikkan sesuatu. Zarran yang nampak seperti mahu mengelak cepat Arya tarik mendekatinya. Ada saja helah Zarran mahu bergurau dengan Arya.
“Dia orang berdua tu gaduh lagi ke?” Arya bisik sambil itu dia membalik-balikkan ayam yang sedang dibakar atas pelantar pembakar. Asap hasil bakar ayam itu kadang-kala menerpa ke arah mereka berdua mengikut arah tiupan angin.
“Kenapa kau nak tahu. Ke kau nak masuk line sebenarnya.” Zarran perli Arya balik. Bukannya dia mahu menjawab pertanyaan Arya itu dengan baik boleh pula dia main-main. Agak-agaknya Zarran memang dah lama tak rasa keganasan Arya sebab itu dia nampak berani mahu mengenakan orang itu balik.
Penyepit yang digunakan untuk membalikkan ayam itu Arya hampir tujukan pada muka Zarran yang tidak sudah-sudah mahu mengenakannya. Badan Zarran terundur sedikit cuba mengelak dari dikejami oleh Arya yang nampak angin semacam dengannya.
“Zarr you nak I tolong tak?” Zarra yang berdiri berhampiran Zarran ingin menghulurkan bantuan. Sejak datang ke sana tadi Zarra hanya berdiam diri tanpa sepatah katapun yang ke luar dari mulutnya.
“Boleh. Tapi you tolong makan aje. Tak payah susah-susah nak tolong I. Nanti karang mandi peluh pulak.” Ayam yang siap dibakar Zarran letakkan dalam pinggan kertas lalu dia berikan pada Zarra. Bukan dia tidak mahu bagi Zarra membantunya, karang jadi macam Karl lambat pula kerja dibuatnya. Kalau kedua-duanya datang dari latar belakang yang sama mana mungkin sikap mereka berbeza.
Cukuplah sekadar Karl seorang yang berhajat sangat ingin membantu dia membuat kerja membakar ayam. Kalau dia biarkan saja Zarra membantu entah berapa jam lagi baru mereka semua dapat makan ayam bakar. Baik jangan diberi membantu kalau hendak buat kerja dengan cepat. 
Zarra ambil ayam yang diberikan Zarran langsung duduk pada hujung kerusi panjang seperti tadi. Arya toleh pada Zarra di belakang kalau bukan mahu melihat reaksinya yang tidak diberi membantu buat kerja walaupun dia offer diri. Pandaipun makan dia ni ingatkan merajuk.
Karl ambil pinggan kertas berhampiran dengan Zarran lalu menyuakan pada Arya minta diletakkan ayam bakar yang sedari tadi menarik deria baunya untuk menikmati makna sebenar rasa ayam bakar. Siapa tahan melihat ayam yang digaul rempah ratus lepas itu dibakar dan mengeluarkan aroma yang pastinya mengangkat selera makan.
“Nak ayam boleh.” Pinggan dihulurkan pada Arya yang baru menoleh ke arahnya ketika masih sibuk membuat kerja membakarnya. Arya pandang sekilas kemudian dia ambil bahagian ayam yang sudah masak untuk diletakkan pada pinggan kertas yang dipegang oleh Karl.
“Thanks.” Ucapan singkat entah keberapa kali dia dengar untuk malam ini. Arya membelasnya hanya dengan senyuman. Kalau cakap lebih-lebih karang dia pula yang syok sendiri. Arya tidak pasti dengan perasaan yang hadir tatkala senyuman menguntum pada wajah Karl itu.
Apa yang dia pasti senyuman itu paling manis pernah dia lihat daripada mana-mana lelaki yang dia kenal sebelum ini. Kenapalah kau buat hati aku asyik nak berkata-kata sendiri. Kalau kau hanya tersenyum begitu boleh buat aku rasa semacam apatah lagi kalau kau bercakap mahu longgar segala rasa dalam badan aku ni. Perlahan-lahan Arya tarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus ke luar. Berat sungguh rasa yang dialaminya sekarang.
Mungkin kerana aroma sudah mengangkat deria bau masing-masing yang menghidu, beberapa ketika mereka yang lain pula datang ke sana beramai-ramai untuk mendapatkan ayam bakar hasil tangan Zarran dan dibantu oleh Arya. Seronok saja muka mereka dapat melihat ayam bakar itu tanpa bertangguh makan lagi.
Mama Zarran yang baru muncul di sana membawa ikan panggang yang dibakar pada unggun api yang mereka buat tadi. Hasil seharian penat memancing di sungai membuatkan mereka yang menjamahnya rasa berpuas hati. Lebih-lebih lagi ikan yang dimakan mereka itu segar lagi hasil mereka yang berjaya memancingnya.
Suasana hiruk-pikuk mereka membuatkan hati yang selama ini tidak pernah kenal erti bahagia mula terasa. Zarra walaupun dia nampak tidak berapa suka dengan aktiviti begini tetapi dengan celoteh beberapa orang yang tidak reti hendak duduk diam terutamanya Sarra dan Jia buat dia tercuit hati untuk tersenyum.

Zarra peluk bantal yang dibawanya dari bilik yang dihuni oleh mereka tiga serangkai. Siapa lagi kalau bukan Jia, Sarra dan Arya. Pada mulanya dia yang menjejaki kaki masuk dahulu ke dalam bilik itu. Tapi dek pandangan Jia yang agak menakutkan itu dia cepat-cepat ambil sebiji bantal lalu dia berjalan ke luar dari sana.
Siapa sanggup duduk dalam koloni yang memusuhinya begitu juga dia yang memang tidak suka pada mereka bertiga terutama Arya. Bukan saja-saja dia tidak suka kalau bukan Arya nampak rapat dengan Karl begitu juga Zarran.
Kalau setakat Zarran mungkin dia tidak kisah lagi tapi perkara yang melibat Karl memang dia tidak boleh bertolak ansur. Karl melayaninya acuh tak acuh sedangkan Karl melayani Arya lebih baik daripadanya. Sebenarnya apa motif Karl melayani Arya dengan baik sekali? Kerana dek sikap Karl yang berubah serta-merta itu buat dirinya rasa tidak layak untuk mendekatinya.
Ini pastinya kalau bukan Karl yang langsung tidak mengendahkannya malah kalau bercakap dengannya bahasa yang ke luar dari mulutnya amat menyakitkan hati. Kasar saja bahasa Karl tanpa menjaga hatinya langsung.
Jauh benar Karl berubah tidak seperti Karl yang dia kenali sebelum ini. Mungkin Karl sebelum ini pun tidak melayaninya seperti kebanyakkan bekas teman lelakinya yang lain. Tapi Karl tidak pernah bercakap kasar dengannya walaupun hubungan antara mereka terjalin atas kehendak keluarga.
Setelah hubungan mereka yang terputus tempoh hari buatkan Zarra rasa tidak tenang. Karl tidak pernah buat perangai begini. Setelah mereka berjumpa semula Karl melayaninya seperti sampah yang tidak ada nilai pada matanya lagi. Apa yang harus dia lakukan lagi kalau perubahan Karl itu disebabkan atas kesilapan dia sendiri yang mencari masalah.
Zarra berjalan menuruni anak tangga rumah itu kemudian dia berjalan menuju ke bilik paling hujung di mana Karl dan Zarran sedang berada. Lantaklah, dia tidak peduli kalau terpaksa tidur berhampiran mereka. Lebih baik begitu daripada tidur dalam kandang singa lapar.
Tuk tuk tuk...
Pintu dari arah luar diketuk. Cahaya lampu yang terembas pada kaki pintu dari dalam bilik buatkan Zarra sedikit lega kerana mereka masih belum tidur lagi. Kedengaran orang berjalan dari dalam bilik dan tombol pintu dipulas perlahan.
Zarra senyum kembang tatkala Zarran muncul dari dalam bilik itu.
“Eh awak buat apa dekat sini?” Zarran pandang Zarra yang sedang memeluk bantal. Zarra senyum kemudian dia mencelah masuk dari sisi Zarran untuk masuk ke dalam bilik. Karl yang sedang berbaring di atas tilam yang dibentang di atas lantai terus bangun dengan kehadiran Zarra yang tiba-tiba muncul di bilik itu.
“Kau buat apa dekat sini?” Pertanyaan kurang senang itu Karl tujukan tanpa berdalih lagi. Sudahlah mereka seharian penat Zarra pula datang ke bilik mereka pada lewat malam begini. Ini yang buat Karl angin satu badan. Zarra duduk di atas tilam yang dibentangkan tanpa menjawab pertanyaan Karl yang ternyata tidak suka dia berada di sana.
Zarran duduk berhampiran Zarra yang sedang memeluk bantal. Pelik pula dia kenapa Zarra datang ke bilik mereka. Dia tidak tahukah yang mereka berdua hendak tidur? Ada-ada saja perangai Zarra mahu mengganggu tidur mereka.
“Zarr I nak tidur dekat sini boleh?” Zarra membuat permintaan yang nampak agak mengarut. Kening Zarran terangkat dengan permintaan Zarra itu. Karl sudah pasti awal-awal lagi jadi pembangkang setia Zarra. Gila agaknya dia ni!
“Tak boleh!” Karl menempik.
Mana pernah dia tidur sebilik dengan perempuan inikan pula mahu memberi Zarra tidur satu bilik dengan mereka yang dihuni oleh kaum lelaki sahaja. Zarra ni gila ke apa! Beragaklah jugak nak buat permintaan yang tak masuk akal langsung tu.
“Habis tu I nak tidur mana lagi? Dia orang semua tak suka pada I. So I ke luar ajelah dari bilik tu and datang bilik you berdua. Please kesiankan I...” Zarra minta dikasihani oleh mereka terutama Karl yang buat muka tidak sukanya sejak tadi.
“Kau tu yang sebenarnya bermasalah. Aku tengok dia orang tu ok aje. Come on lah. Dah malam ni kita orang mengantuk nak tidur. Dah ke luar sekarang!”
Karl bangun dan menarik Zarra ke luar tapi Zarra cuba membatukan dirinya. Kali ini dia tidak peduli kalau mereka berdua tidak selesa dengan kehadirannya di sana. Terutama Karl yang cuba menarik dirinya ke luar dari bilik itu.
“I taknak you tak faham bahasa ke!” bentak Zarra geram. Dia pandang Karl lama dengan pandangan tidak puas hatinya. Zarra diam membatu pada hujung tilam mereka sambil memeluk bantal. Zarran tidak tahu hendak cakap apa. Apa yang Karl marahkan itu ada sebabnya.
Mana boleh seorang perempuan duduk bersama dengan dua orang lelaki tanpa ada sebarang ikatan. Kalau terjadi apa-apa terhadapnya nanti alih-alih mereka berdua yang akan dipersalahkan semula.
“I tahu you berdua bencikan I. Tapi you berdua kena tahu yang I pun ada hati jugak untuk you berdua jaga. I bukan patung tak faham perasaan orang lain.Ingat I tak tahu ke you berpakat dengan dia orang semua nak kenakan I. Jangan layan I macam sampah!” Zarra mula tersedu gaya seperti hendak menangis. Kalau dia menangispun memang patut sebab sejak dari semalam lagi dia menahan perasaan kerana dipinggirkan oleh mereka terutama Karl.
Zarra menangis sambil menghenyakkan mukanya pada bantal yang dipeluk. Bingung pula mereka dengan tangisan Zarra yang tidak semena-mena itu. Zarran datang menghampiri Zarra untuk memujuknya. Kalau keadaan akan jadi begini memang dia awal-awal lagi minta mamanya siapkan bilik lain untuk Zarra tidur berasingan dengan rakan sekelasnya.

“Yang kau buat muka tu apa hal Jia. Sudah-sudahlah tu. Takkan kau nak biarkan dia tidur dekat luar pulak.” tegur Sarra yang nampak kesian pada Zarra yang nampak takut ketika ke luar dari bilik yang dihuni oleh mereka. Arya geleng kepala. Jia kalau bercakap soal orang yang dia tidak suka pastinya dia tidak akan berdiam diri.
Sarra melemparkan bantal kecil pada Jia tanda protesnya. Kalau beginilah berterusan sikap Jia ada yang akan makan hati nanti. Baik dia tidur dari melayan Jia yang macam mahu marah balik dengan tindakannya membaling bantal tadi.
Mesej masuk pada ruangan inbox handphone Arya. Dia tidak pasti itu nombor siapa sebab tidak ada nama yang tertera pada mesej penghantar. Mesej dibuka. Berkerut dahi Arya membaca mesej yang baru sampai itu. Pada ayat terakhir tertulis nama penghantar pesanan. Karl!!!
Kenapa dia suruh aku temankan dia berjalan dekat luar pulak? Owh... ingat aku nampak baik so dia senang-senang nak gunakan aku. No way lah! Ingat aku ni murah sangat ke! Hati Arya menggerutu tidak suka kerana tidak senang dengan mesej yang baru dia dapat daripada Karl tadi.
Arya abaikan mesej itu dan dia baringkan kepala atas bantal untuk melelapkan mata. Lagipun dia sudah penat. Malas dia hendak melayan orang yang macam hendak mengambil kesempatan atasnya itu.
Beberapa minit kemudian mesej masuk lagi. Belum sempat mata hendak terpejam sudah diganggu lagi. Ishh ada-ada saja mahu mengganggu. Nombor yang sama masuk lagi kalau bukan mesej itu datangnya daripada Karl lagi.
Apa lagi yang Karl hendakkan padanya? Dia ni tak reti-reti nak tidur ke?
“Dia nak ajak apa pula lepas ni? Ishh Al kau jangan nak fikir kotor pulak.” Arya cuba mengingatkan dirinya dari terlanjur berfikir perkara yang bukan-bukan. Arya buka mesejnya dan pesanan yang tertulis itu buat dia rasa hendak ketawa.
Apahal pulak dengan mamat ni. Dia fikir apa sampai berani cakap akan buat sesuatu kalau tak datang temankan dia berjalan dekat luar. Ingat aku takut ke!
Mesej kali ini buat matanya susah hendak pejam. Dia ugut aku ke apa? Ingatannya Arya selepas itu menerawang pada peristiwa yang terjadi ketika mereka berada di sungai. Jadi dia nak cakap dekat aku yang dia ni memang kepala gangster. Kalau aku tak datang maknanya aku memang cari maut dengan dia. Wahh... memang tak beragak betul!
Muka nampak baik macam itu pun berani nak ugut aku. Serius Arya jadi hilang punca mahu berfikir secara waras. Orang itu sudah mengugutnya kalau tidak datang dia akan buat sesuatu terhadapnya.
Arya tekap mukanya pada bantal. Mahu saja dia jerit kuat-kuat untuk lepaskan geramnya setelah diugut oleh Karl dengan mesejnya.
“Kau nak pergi mana tu Al?” Jia bertanya ketika dia separuh sedar terjaga dari tidurnya. Sarra sudah tidur selepas dia marahkan Jia tadi. Cuma tinggal Arya yang tak sudah-sudah berfikir sejak tadi melayan perasaannya setelah kena ugut.
“Aku nak pergi tandaslah.” dalih Arya untuk elak Jia salah faham. Arya berjalan menuruni anak tangga dan ketika itu Karl sudah terpacak di pintu rumah sambil tersenyum. Eh, dia ni! Sudahlah ugut orang lepas tu dia boleh senyum pulak. Kali ni aku tak akan terpikat dengan senyuman kau tu. Harap muka saja baik tapi kuat mengugut orang.
Lambat-lambat Arya berjalan mengekori Karl yang bergerak ke luar dari sana. Cuaca pada tengah malam itu sejuk sekali. Baju panas yang dipakai oleh Arya masih tidak mampu mengurangkan rasa dingin malam hari.
Orang di sebelahnya berjalan macam biasa sebab dia memakai jaket kulit. Arya berjalan sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket baju. Itu saja satu-satu cara dia untuk menghilangkan rasa sejuk yang dia rasakan.
“Kita nak pergi jalan mana ni?” Arya terus menyoal sebab orang yang mengajaknya ke luar berjalan hanya berdiam diri sejak tadi. Kawasan sekitar rumah yang agak terang kerana lampu jalan banyak terpasang sepanjang laluan mereka berjalan. Kawasan desa memang begini pada malam hari.
Karl dan Arya sama-sama melangkah tanpa pertanyaan yang ditanyakan tadi berjawab. Dalam keadaan sejuk begini hendak buka mulutpun agak sukar sebab terlalu sejuk.
Nafas yang terhembus nampak pada pandangan mereka kerana cuaca memang dingin dari biasa. Kaki Arya melangkah mengekori langkah Karl yang tidak tahu mana hala tujunya hendak pergi. Dia ikutkan saja malas banyak soal.
Beberapa ketika kaki Karl berhenti pada satu tempat di mana cahaya lampu jalan menerangi kawasan itu dan kuntuman bunga sakura yang berbunga mekar di atas pokok nampak jelas pada pandangan mereka. Cantik sangat.
Bukan senang mahu melihat bunga sakura berguguran seperti yang dia sedang lihat sekarang. Peluang yang terhidang di hadapan mata Arya nikmati puas-puas sambil mendongakkan kepala.
Angin yang bertiup lembut membawa kelopak yang berguguran berterbangan di sekitar kawasan itu. Sangat cantik sampai Arya sendiri tidak menyangka dapat melihat pemandangan seindah itu di malam hari.
Karl duduk pada satu kerusi panjang di bawah pokok itu. Arya duduk berdekatan Karl tapi tidak terlalu dekat seperti mana Karl duduk dengannya di atas batu ketika dia sedang memancing di sungai.
Bunga sakura yang berguguran buat hati terasa leka sebentar tanpa dia pedulikan Karl yang sejak tadi asyik memerhatikan saja gelagatnya menadah tangan untuk merasai kelopak bunga yang berguguran pada tangannya.
“Mana kau tahu tempat ni?” Arya toleh orang di sebelahnya yang sejak tadi memang memberi perhatian padanya. Entah apalah yang dia suka sangat memandang ke arahnya. Karl mendongak ke atas sambil tersenyum. Dan senyuman itu nampak menawan dari biasa pada pandangan Arya.
Kata tadi tak mahu terpikat dengan senyuman orang tu tapi kenapa mata kau ni gatal lagi hendak memandang. Arya mengembungkan pipinya cuba tahan perasaan yang mula menyelinap masuk tanpa dipinta. Kenapa harus dia memiliki perasaan begini kalau buat jiwa tidak tenteram saja.
“Mama Zarran yang cakap tadi dekat aku. Kau suka tak aku bawak kau pergi tempat macam ni?” Karl menoleh pada Arya yang masih memberi perhatian terhadapnya. Pertanyaan itu disambut dengan senyuman oleh Arya. Sejak dia mengenali Karl perbuatan dia sudah hampir mirip dengan orang di sebelahnya ini.
Kalau tidak menjawab pertanyaan, dia hanya senyum atau geleng saja. Sudah bisukah dia untuk berkata-kata? Hati terasa damai sekali ketika kelopak berguguran menepis pipinya yang mendongak ke atas. Ketika kelopak bunga berguguran ke arah mereka, kala itu pipi terasa hangat sangat seperti disentuh sesuatu. Hangatnya terasa menyentuh sampai ke hati.
Pipinya sedang dicium oleh Karl yang duduk terlalu hampir dengannya. Tapi kenapa? Badan Arya terundur ke belakang kerana terkejut dicium secara tiba-tiba. Patutkah dia marah atau biarkan saja orang itu selamat tanpa dikejami. Arya pandang pada mata Karl dan mata mereka saling bertatapan sangat lama.
Pandangan itu sangat mengelirukan sampai dia sendiri tidak mampu untuk berbicara walaupun sepatah.
“Kau tak marah ke aku cium pipi kau?” Karl cuba mendapatkan kepastian pada Arya yang masih berdiam sambil memandang ke arahnya. Sukakah dia atau marahkah dia, Karl sendiri tidak dapat mengagak reaksi pada wajah itu.
Dia sendiri sedang keliru dengan apa yang Karl sudah buat padanya. Kenapa dia harus cium pipi aku? Kau tanya aku marah atau tidak. Arya pandang ke depan. Pertanyaan jenis apakah ini? Hatinya keliru tambah pelik jawapannya dia sedang bingung.
Al entah-entah orang tu cuma nak mainkan perasaan kau saja. Kau janganlah tunjuk sangat yang kau ni nampak marah nanti dia tahu yang kau ni mudah dipermainkan. Arya cuba menyedapkan hatinya yang gundah-gelana sekarang. Arya pandang Karl kemudian dia tumbuk dada Karl perlahan sambil tersenyum sinis.
“Kau jangan nak main-mainkan aku lah. Kau ingat kalau setakat kau cium aku, aku akan jatuh hati pada kau. Beragaklah wehh...” Arya cuba alih emosinya yang tadi nampak tidak percaya kepada tidak ambil peduli apa yang Karl buat. Mana mungkin lelaki seperti Karl akan jatuh hati padanya kalau ciuman itu lebih kepada mahu menduga hatinya. Aku tak bodoh lagi untuk dipermainkan.
Arya sambut dengan ketawa kecil dengan gurauan yang dia rasakan macam gurauan budak kecil yang mahu curi perhatian daripadanya. Karl kerut dahi. Ciuman itu memang bawa makna besar padanya. Dia perempuan pertama yang berani Karl cium tapi dengan reaksi Arya ini mengatakan ciuman Karl itu hanya saja-saja.
Patutkah dia rasa kecewa dengan reaksi Arya yang tidak peduli tentang perasaannya? Dia memang benar-benar memaksudkan ciuman itu tetapi Arya sebaliknya. Dia pula rasa keliru kerana reaksi Arya itu di luar jangkaannya.
Kalau boleh dia mahu cakap pada Arya bahawa dia suka padanya. Mulut yang terasa bagai dikunci dari dalam hanya dibiarkan saja tanpa ucapan yang sepatutnya. Mungkin keberaniannya hanya terluah pada ciuman sebentar itu.
Karl menghelakan nafas ke tepinya sambil menjarakkan duduknya daripada Arya yang masih ketawa kecil. Dia bukannya sedang buat lawakpun. Kenapa harus Arya ketawa?
“Kau semata-mata ugut aku tadi cuma nak datang tempat ini saja eh.” Senyuman meleret Arya tadi masih tidak berhenti. Perasaan kerana di cium tadi dia campak jauh-jauh malas hendak fikir. Kalau dia fikir nanti dia balik yang sakit jiwa.
“Ehmm..” Itu saja jawapan dia.
Perubahan Karl yang nampak ketara itu buat Arya tertanya-tanya. Kalau setakat cium pada pipi saja kenapa Karl harus diam tanpa bicara. Dia sudah berbuat salahkah pada Karl? Kepala gengster memang macam ini ke? Cepat terasa padahal dia yang cuba mengenakan aku tadi.
Perangai pelik-pelik ajelah dia ni. Perlu ke sampai tak ada mood hendak bercakap. Dia yang ajak aku ke luar sekarang dia balik yang nampak muram. Arya mengensot untuk mendekati Karl dan...
Pap!
Arya jentik pipi Karl dari tepi. Orang itu pegang pipi kerana pipinya dijentik oleh Arya. Arya geleng kepala sambil ketawa yang tidak tertahan. Muka merajuk Karl agak comel tapi buat Arya rasa geli hati. Dia seperti tidak percaya dengan budak lelaki di sebelahnya ini yang reti merajuk juga rupanya.
“Sudahlah. Kau yang nak kenakan aku balik tapi kau pulak yang merajuk. Jom balik. Aku dah sejuk sangat ni.” Arya hulur tangan untuk menarik Karl pergi dari sana. Karl hanya menampar tapak tangan Arya sebelum dia dulu yang berlari pergi dari sana. Arya sambut dengan ketawa. Nampak sangat tak matangnya.

No comments:

Post a Comment