Bab 17
Tuan Andy yang sedang
menelaah buku bacaan di pejabat didatangi isterinya Madam Narsya dengan muka tidak
senang hatinya. Apalah kali ini yang dia ingin rungutkan pada suaminya tentang
anak mereka Karl yang menghilangkan diri sejak seminggu tanpa khabar berita.
Pastinya sifat seorang ibu akan berasa risau tentang anak yang menghilangkan
diri. Hendak dilaporkan pada pihak polis Tuan Andy melarang isterinya dari
berbuat begitu. Tapi kenapa pula?
Tidak bimbangkah Tuan
Andy terhadap anak bongsu mereka itu? Apa yang buat Madam Narsya gusar ialah
suaminya langsung tidak pernah menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang
bapa. Dia hanya sibuk dengan urusan kerjanya saja sampaikan soal anak mereka
dia lepas tangan.
Samada dia yang berlaku
kejam atau suaminya yang sebenarnya langsung tidak ada hati untuk ambil tahu
soal anak mereka itu. Madam Narsya duduk pada kerusi yang menghadap suaminya
pada meja kerjanya di bilik pejabat rumah mereka. Tuan Andy hanya memandang
sekilas isterinya sebelum meneruskan semula pembacaannya.
“Awak tak risau
langsung ke dekat anak kita tu. Saya nak buat laporan polis awal larang saya.
Sebenarnya awak memang tahu ke anak kita ada di mana?” Madam Narsya duduk
menyilangkan kaki sambil menunggu jawapan daripada suaminya yang nampak fokus
dengan bahan bacaannya itu.
“Kalau saya tahupun apa
awak nak buat dekat Jhoon nanti? Atau awak sebenarnya sudah plan benda lain nak
rosakkan anak kita tu. Sudah-sudahlah tu Narsya. Berhentilah daripada memaksa
anak kita tu. Biarkan dia mencari ketenangan dia sendiri. Esok lusa baliklah
dia. Lagipun sekarang cuti semester. You tak usah kecoh-kecoh mahu ganggu
fikiran Jhoon. I bukan nak marah tapi just nak ingatkan you saja. I pun ada hak
sebagai seorang bapa. You fikir you seorang saja berhak nak tentukan apa anak
kita mahu buat. You belum tahu I siapa lagi Narsya.” Tuan Andy cuba
mengingatkan isterinya yang tidak sudah dengan perangai mahu mendesak anak
mereka itu. Dia benar-benar tidak faham kenapa isterinya suka bersikap memaksa
anak-anak mereka. Tidak serikkah lagi dia dengan perkara yang terjadi kepada
anak mereka Bella?
Madam Narsya menyambut
perlian suaminya dengan senyuman sinisnya.
“Kalau I datang sini
setakat you try nak ajar I macam mana nak jadi ibu yang baik I malas hendak
dengar. I sebagai ibunya ada hak untuk menentukan masa depan dia. Salah ke I
nak lihat anak I sendiri bahagia dengan pilihan I sendiri.” Lantang suara Madam
Narsya membidas cakap suaminya itu. Bukan dia tidak hormat pada suaminya tapi
cakap suaminya itu lebih kepada memerlinya semula.
Sudah diketahui
suaminya pasti akan menyalahkan dirinya semula. Niatnya datang berjumpa bukan
untuk diceramah oleh Tuan Andy tapi hanya mahu mendapatkan kepastian samada
suaminya itu tahu di mana Karl berada sekarang.
Kalau bercakap soal
anak Tuan Andy amat sensitif. Dia sudah cukup terpukul dengan apa yang terjadi
pada anak perempuan kesayangannya. Pada mulanya dia agak bersetuju dengan usaha
isterinya yang mahu menyatukan anak mereka, Bella dengan anak keluarga usahawan
terkenal yang merupakan rakan perniagaan isterinya.
Bella puas memujuk
dirinya agar tidak menyatukan mereka kerana dia tidak menyintai pemuda
tersebut. Tetapi atas desakkan isterinya dia turutkan saja. Kalau benar usaha
sama mereka itu akan meningkat nama syarikat keluarga mereka pada peringkat
lebih tinggi lagi dia ikutkan saja. Dia percaya bahagia itu boleh dicipta
selepas perkahwinan.
Namun jangkaannya itu
benar-benar meleset daripada apa yang dia fikirkan selama ini. Kerana tindakkan
tanpa berfikir panjang itu telah membuatkan Bella terseksa dengan
perkahwinannya. Tergamak isterinya membohonginya selama ini setelah kepercayaan
diberikan sepenuhnya.
“Papa tolong... Mama
sendiri nampak Adam buat apa waktu tu depan mata kami dia berkepit dengan
perempuan lain. Lepas itu mama boleh cakap itu bukan Adam. Bell tak sanggup lagi
papa...” Esakkan Bella makin menjadi-jadi sambil dipeluk oleh Tuan Andy. Apa
patut dia lakukan pada saat-saat begini.
Siapa yang patut
dipersalahkan sekarang? Patutkah dia menyalahkan isterinya yang langsung tidak
ambik peduli perihal perasaan anak mereka itu? Karl pandang saja kakaknya
menangis sambil dipeluk oleh papanya ketika berada di pejabat papa mereka.
Esakkan Bella makin
menjadi-jadi. Hatinya sakit melihat suaminya sendiri sedang berkepit dengan
seorang perempuan yang merupakan pembantu peribadi suaminya masuk ke dalam
sebuah hotel. Sudahlah hubungan antara mereka terjalin atas dasar keluarga
semata-mata dan suaminya sanggup menduakan dia dengan orang lain di hadapannya
sendiri.
Perkara ini terjadi bukan
sekali dua tetapi hampir banyak kali sampai dia sendiri terpaksa upah penyiasat
upahan untuk membuktikan kecurangan suaminya kepada papanya yang selama ini
langsung tidak percaya cakapnya. Mamanya sudah lama tahu tapi dia hanya
membutakan matanya terhadap perbuatan anak menantunya itu.
Hati siapa tidak sakit.
Ikatan hubungan dengan suaminya hanyalah sebagai alat yang mamanya gunakan untuk
memajukan syarikat mereka. Dia langsung tidak pernah mendapat kasih sayang
daripada manusia yang bergelar suami saat dia bergelar sebagai seorang isteri
kepadanya. Pada siapa dia mahu mengadu nasib selama ini kalau bukan pada
adiknya, Karl.
Mahu mengadu pada abang
sulungnya dia tidak mampu. Sedangkan abangnya sendiri tidak mampu untuk menegur
perbuatan mamanya kerana bimbang dia akan dimarahi balik kerana ikut campur
soal rumah tangga adiknya. Tinggal adiknya Karl tempat dia mengadu nasib.
Banyak kali dia cuba
memaklumkan tentang perkara itu kepada papanya tetapi mamanya sering kali
memutar belitkan kenyataannya itu. Sampaikan papanya hanya beranggapan permasalahan
antara dia dan suaminya hanya masalah kecil.
“Papa nampakkan bukti depan
mata papa. Please pa tolong Bell. Bell dah tak tahan dengan semua perkara
mengarut ni pa. Dia bawak perempuan tu masuk dalam rumah kami waktu Bell ada di
rumah. Jhoon sendiri nampak waktu tu. Tapi mama ugut kami kalau berani cakap
pada papa. Bell try cakap pada mama tapi mama buat tidak endah apa yang Bell
cakap.” Bella tersedu-sedu bercakap sambil papanya mengelap air mata yang kian
mengalir tanpa henti pada pipi anak perempuannya.
“Jhoon ikut papa sekali
kita jumpa abang Adam kamu. Bell kamu ikut papa. Hari ini juga kita selesaikan
masalah kamu.” Kemarahan Tuan Andy sudah tidak tertahan lagi. Mungkin selama
ini dia memang tidak percaya cakap-cakap anaknya itu tetapi melihat kesan lebam
pada mata Bellaakibat dipukul oleh anak menantunya buat dia tidak boleh berdiam
diri lagi.
Dari belakang Bella dan
Karl mengekori papa mereka melangkah menuju ke bilik pejabat anak menantunya. Semua
staf yang nampak Tuan Andy seperti tidak menyangka pengerusi syarikat mereka
datang ke bahagian mereka secara mengejut. Mereka yang berdiri berhampiran
jalan Tuan Andy memberhentikan langkah sambil menundukkan kepala.
Ada juga yang berbisik
sesama sendiri. Mana lagi pengerusi syarikat akan pergi kalau bukan pergi ke
pejabat anak menantunya, Adam.
“Habislah Tuan Adam.
Ada isteri boleh pula dia main kayu tiga dekat belakang.” Salah seorang staf
yang mungkin tahu soal kisah peribadi pegawai mereka itu berbisik sambil kawan
yang mendengar terangguk-angguk.
Dengan kehadiran anak
perempuannya yang mengekori dari belakang, mereka yang mengetahui soal skandal
pegawai mereka nampak pasti tentang andaian mereka itu.
Muka Tuan Andy yang
nampak serius membuatkan kebanyakkan staf sedikit curiga dengan air muka
pengerusi syarikat mereka itu. Pasti ada yang tidak kena masakan Tuan Andy
boleh muncul di sana tanpa dimaklumkan oleh sesiapa. Mana pernah mereka melihat
pengerusi syarikat datang ke bahagian mereka selama ini melainkan ada acara
rasmi syarikat sahaja. Mereka saling berpandangan.
Kalau beginilah sikap
isterinya yang membela anak menantu mereka sampai bilapun anak mereka tidak
akan tahu erti bahagia. Mahu tunggu tinggal mayat baru hendak bertindak
pastinya Tuan Andy tidak akan berdiam diri.
Patutlah selama ini
isterinya berdalih mengatakan Bella hanya mahu mencari perhatian mereka sahaja.
KononnyaBella baru lepas bergaduh dengan suaminya. Tuan Andy tidak hairan jika
dalam sesebuah hubungan pasti ada pertengkaran yang terjadi tetapi kalau sampai
mata anaknya itu lebam dia hampir hilang sabar.
Ketika mereka sampai di
hadapan pejabat menantunya, pembantu peribadi Adam tidak berada di tempatnya.
Pada waktu-waktu begini Tuan Andy agak pasti tidak ada mesyuarat yang sedang
dijalankan tanpa pengetahuannya selaku pengerusi syarikat. Ke mana pula mereka
pergi?
“Pa tadi Jhoon nampak
abang Adam berjalan dengan perempuan tu jalan arah sini waktu kakak masuk bilik
papa.” Karl memaklumkan pada Tuan Andy tentang perkara yang dia nampak ketika
kedatangan dia dan kakaknya ke syarikat papa mereka. Muka Tuan Andy nampak
berkerut.
Dia takut dengan apa
yang sedang dia fikirkan sekarang. Demi kebaikkan anaknya dia teruskan juga
langkahnya membuka pintu bilik pejabat Adam. Mata masing-masing bulat memandang
dengan aksi ghairah anak menantunya yang sedang bercumbuan dengan pembantu
peribadinya.
“Jantan tak guna!!!”
Bella terus menjerit
kuat ke arah mereka berdua dengan marahnya. Kaca mata hitam yang dipakainya
terus dicampakkan ke lantai. Sudah terang lagikan bersuluh. Apa lagi kali ini
suaminya ingin berdalih lagi kalau ternyata bukti sudah berada di hadapan mata.
Kehadiran mereka secara
mengejut itu membuatkan kedua-dua mereka yang sedang asyik berasmara terperanjat
terutaman Adam. Bella orang yang paling awal datang menerkam perempuan itu
sambil menamparnya dengan sekuat hati. Karl yang sudah pastinya geram melihat
aksi mereka tadi terus menumbuk abang iparnya dengan sekali tumbuk.
Siapa tidak geram
melihat abang ipar sendiri sedang menduakan kakaknya di hadapan mata sendiri.
Sudah secara terang dia memang dari awal tidak layak menjadi abang iparnya
tetapi mamanya tetap mempertahankan perbuatan abang iparnya tanpa pengetahuan
papanya selama ini.
Dia sudah cukup
bersabar bagi pihak kakaknya. Tapi bukan untuk kali ini. Apa hendak jadi,
jadilah.
Sekarang sudah terbukti
di hadapan papanya bahawa Adam ialah anak menantu yang bertopeng kekayaan
semata-mata. Sampai dia jadi buta untuk menilai kebenaran yang selama ini sudah
lama menyakitkan anaknya sendiri. Walau macam mana hebatnya isterinya cuba
menyorokkan keburukkan menantu mereka itu akhirnya di hadapan mata Tuan Andy
sendiri Adam sedang berlaku curang tanpa syak lagi.
Tuan Andy terus
mencapai handphonenya lalu menghubungi pembantu peribadinya untuk menyuruhnya
menelefon semua pihak yang terlibat termasuk isterinya. Dia sudah tidak betah
dengan kekalutan yang melanda dalam keluarganya.
Di ruang tamu di rumah
mewah itu semua pihak yang terbabit datang ke sana setelah pembantu peribadi
Tuan Andy menyuruh mereka datang ke mari. Keluarga Adam turut sama berada di
sana. Madam Narsya yang baru tiba di sana terus mendekati suaminya.
“Sayang apa yang
penting sangat ni?” Madam Narsya nampak curiga dengan air muka suaminya yang
nampak tegang itu. Hatinya mula tertanya-tanya. Beberapa ketika datang pengawal
peribadi upahannya mengheret Adam dan pembantu peribadinya, Lola ke ruang tamu
tempat mereka berada sekarang.
Ibu dan bapa Adam
nampak terkejut kerana muka anaknya nampak lebam akibat dipukul. Mereka pandang
Tuan Andy yang berdiam sejak tadi. Madam Narsya kelu tanpa sebarang bicara
sambil matanya tertacap pada mereka berdua meronta-ronta minta untuk
dilepaskan.
“Apa you buat ni sayang?” Madam Narsya yang
pada awalnya nampak terkejut mula mempertikaikan tindakkan suaminya itu. Bella
dan Karl duduk pada sofa di ruang tamu itu. Puas hati Bella kerana papanya
sudah masuk campur soal mereka. Dia senyum kecil kerana melihat air muka
mamanya.
Kalau Tuan Andy sudah
masuk campur memang masak dia kerjakan siapa-siapa yang berani mempermainkan
anak perempuan kesayangannya. Sebab itu mamanya tidak berani memberitahu
papanya tentang sikap sebenar Adam. Bukan Bella tidak tahu kenapa mamanya
sanggup pejam mata soal Adam kalau bukan tidak sanggup hilang pemegang saham
terpenting syarikat mereka itu.
Mamanya lebih rela
melihat dia menderita daripada melihat syarikat mereka hancur. Mama memang
kejam! Sekarang biar mama tahu perbuatan mama itu sebenarnya memang sudah
melampau.
“Apa kau cuba buat pada
Adam ni?” Soal bapa Adam pula kepada Tuan Andy. Siapa sanggup melihat anak
sendiri diperlakukan seperti itu lebih-lebih lagi kalau orang itu rakan
perniagaannya merangkap birasnya.
“Biar saya berterus-terang
di sini. Bell kamu buka cermin mata kamu tu.” Tuan Andy mengarahkan anaknya
membuat seperti yang diarahkan. Bella berjalan mendekati papanya dan Madam
Narsya berpeluk tubuh sambil buat muka geramnya terhadap anak perempuannya itu.
Apabila cermin mata
dibuka semua mata yang memandang seperti tidak percaya termasuk Madam Narsya
sendiri. Kesan lebam pada mata kiri Bell yang nampak teruk itu membuatkan
mereka yang baru melihatnya terlopong memandang.
“Saya takkan buat
begini kalau bukan anak awak tumbuk muka anak saya sampai lebam. Hari ini juga
saya mahu anak kita bercerai. Hendak jadi apa, jadilah!” Tuan Andy bertegas. Sampai
bila dia harus bersabar kalau perkara ini hanya akan terus menyeksa Bella. Mata
Madam Narsya sudah terbeliak terkejut dengan kenyataan yang di keluarkan oleh
Tuan Andy.
Jika dia terus berdiam
diri kemenangannya sudah pasti akan berpihak kepada Adam kalau Bella masih
tidak bercerai dengannya. Dia harus bertegas kali ini. Samada keluarga Adam
mahu memarahinya dan akan memusuhinya kelak dia tidak akan mengambil peduli.
Perkara ini demi kebaikkan anaknya.
Hendak harapkan
isterinya, tunggu anak mereka sudah tinggal nyawa-nyawa ikan agaknya baru
hendak tersedar. Sudah terlambat kalau sampai perkara itu terjadi baru dia
hendak menyesal memang tiada gunanya lagi. Sebelum siapa-siapa menyesal baik
dia bertindak dahulu.
Peguam keluarga Tuan
Andy datang menghampirinya sambil membawa dokumen surat penceraian untuk
ditandatangani oleh Bella dan Adam. Bukan tujuan Tuan Andy memanggil saja-saja
ibu bapa Adam ke sana kalau bukan menyuruh mereka menjadi saksi perceraian
antara Bella dan Adam. Atau lebih tepat menjadi tukang pendesak anak mereka
untuk segera menceraikan isterinya, Bella.
“Kau tak menyesal kalau
anak kita berdua bercerai.” Bapa Adam mengingatkan Tuan Andy soal perjanjian
awal mereka dahulu sebelum terjalinnya ikatan antara Adam dan Bella sebagai
suami isteri. Tuan Andy memandang isterinya yang nampak tidak senang hati
dengan tindakkannya. Bukan dia yang berjanji tapi isterinya yang membuat
perjanjian antara mereka.
“Tentang perjanjian itu
bukan saya yang buat. Jadinya saya tak mahu nak ingat. Kalau awak berada di
tempat saya sekarang pastinya awak akan buat perkara yang sama. Sampai bila
anak saya harus disakiti oleh Adam. Bukti depan mata kamu berdua sudah nampak.
Jangan buta hati semata-mata awak mahu pertahankan Adam. Kalau hendak saman
saya samanlah. Saya sudah ada bukti yang kukuh untuk mendakwa anak awak berdua
di mahkamah. Sebelum perkara itu terjadi baik awak berdua suruh Adam
tandatangani surat perceraian ni sekarang.” Tuan Andy malas hendak berselindung
lagi.
Makin dia berdiam diri
makin mereka menuduhnya yang bukan-bukan. Sampul surat yang berisi bukti
kecurangan anak mereka peguam Tuan Andy serahkan pada bapa Adam. Ketika bukti
itu dipandangnya, Tuan Seith meraup wajahnya begitu juga isterinya yang
memandang bahan bukti itu hampir terduduk dibuatnya.
Tuan Seith melempang
Adam yang sedang dipegang oleh bodyguard keluarga Tuan Andy. Patutlah Tuan Andy
tidak mahu terus berkompromi lagi soal hubungan anak mereka. Rupanya Adam telah
buat onar pada keluarga Tuan Andy. Tergamak dia malukan nama baik keluarga
mereka di hadapan rakan perniagaan mereka ini.
“Maafkan aku. Mungkin
aku tersalah didik anak sampai dia berani buat perkara ini terhadap anak kau begitu rupa.” Kusut wajahnya setelah
bukti yang dilihatnya tadi secara terang memang mengarah kepada salah anaknya
itu. Tindakkan Tuan Andy itu tidak dapat disangkal lagi.
Pada saat itu juga
surat perceraian antara mereka berdua ditandatangani. Pembantu peribadi Adam,
Lola pada waktu itu juga turut dipecat dari jawatannya begitu juga Adam. Siapa
mahu menyimpan duri dalam daging keluarga mereka. Madam Narsya berlalu pergi
dengan muka masamnya.
Sejak tadi dia langsung
tidak diberi peluang untuk bercakap. Bukan Tuan Andy tidak mahu mendengar tapi
dia sudah cukup meluat apabila perkara itu diketahuinya. Sebarang bangkangan
Madam Narsya dia tidak akan ambil peduli.
“You fikir erti bahagia
itu hanya ada pada tangan you ke. You bukan Tuhan nak tentukan hala tuju
anak-anak kita sesuka hati. I ingatkan you sebab you ni dah melampau sangat.
You fikir Bella bahagia dengan perkahwinannya? You tanya diri you balik apa
yang you sudah buat? Kalau Bella sampai bercerai apatah lagi anak kita yang
lain.” Tuan Andy geleng kepala sedikit dengan keangkuhan isterinya.
Sampi bila dia harus
berdiam diri melihat isterinya terus merosakkan anak-anak mereka seorang demi
seorang mengikut telunjuknya. Anak-anak mereka bukannya robot yang diprogramkan
hanya mengikut telunjuk kata isterinya.
Dia sudah sakit telinga
mendengar orang mengata buruk tentang isterinya yang berlagak gaya diktator.
Kalau dengan orang lain dia boleh terima lagi kalau isteri mahu bersikap begitu
tapibukan dengan anak-anak mereka. Sampai bila isterinya ingin berperangai
begitu.
Jangan sampai dirinya
pula dibenci kerana sikap angkuhnya yang langsung tidak mahu mendengar
pandangan anak-anak mereka. Madam Narsya menjeling tajam sambil ketawa sinis.
“Kalau you tak ada
apa-apa baik you ke luar I nak baca buku.” Tuan Andy sudah malas mahu melayani
isterinya yang terlihat angkuh. Langsung tidak menampakkan dia akan berubah.
Karl seorang saja anaknya yang harus diselamatkan sekarang kerana anak yang
lain sudah hampir rosak kehidupan mereka atas pilihan isterinya.
“I boleh pergi and you
tak payah nak halau-halau I!” marah Madam Narsya dan berlalu pergi dengan muka
masam mencuka. Puas hati Tuan Andy dapat mengenakan isterinya balik atas apa
yang telah Madam Narsya lakukan selama ini.
Awal-awal lagi Tuan
Andy sudah menghantar orang untuk mengawasi keselamatan anak bongsunya itu. Di
mana dia sedang berada dan apa yang sedang dia buat Tuan Andy tahu segalanya
setelah maklumat diberikan oleh orang upahannya. Dalam masa yang sama dia juga
mengarahkan mereka yang mengawasi anaknya itu agar peka dengan persekitaran.
Mana tahu jika Madam
Narsya ada mengupah kaki mengintip pergerakkan anak mereka. Dari gambar yang
dia peroleh dari e-mail yang dihantar, gambar Karl yang tersenyum riang itu
buatkan hatinya senang. Dia sebagai seorang bapa agak lama tidak melihat
senyuman seikhlas itu dipamirkan pada riak wajah Karl.
Dia hampir lupa bilakah
kali terakhir wajah itu menguntumkan senyuman seikhlas itu. Ini semua berpunca daripada
isterinya sendiri. Suka sangat mendesak sampaikan tiada ruang kebahagiaan
terpancar pada wajah itu. Siapa suka kalau dipaksa lebih-lebih lagi pada
perkara yang tidak disukai.
Peristiwa yang
melibatkan anak mereka, Bella masih tidak menimbulkan keinsafannya pada Madam
Narsya dari terus berperangai ikut kehendak hatinya. Sudah lupakah isterinya
bahawa manusia yang didesak itu masih memiliki hati dan perasaan. Pujukkan
isterinya mahu menyatukan Karl dengan anak rakan perniagaannya yang lain dia
sambut baik.
Tapi dia tahu Karl
tidak semudah abang dan kakaknya yang mudah termakan pujuk rayu mamanya.
Setelah kakaknya bercerai secara rasmi di hadapannya dia semakin keras hati
untuk menerima kata-kata mamanya bulat-bulat.
Sikap keras hati Karl itu
banyak diwarisi dari isterinya jadi Tuan Andy tidak hairan jika mereka berdua
sukar untuk mencapai kata sepakat. Biarkan Karl memilih bahagianya sendiri daripada
ditentukan oleh isterinya. Gambar yang tersenyum itu memberi dia sedikit
harapan bahawa kebahagiaan itu dicipta bukan atas dasar desakkan tapi kerana
atas hati yang ikhlas menerima .
Semoga bahagia yang
dicari itu akan terus memekarkan senyuman pada wajah anak bongsunya itu. Kerana
dia cukup pasti Karl mampu membuat pilihan terbaik untuk hidupnya.
No comments:
Post a Comment