Bab 10
Black’ Smith tidak
putus-putus dikunjungi pelanggan sejak dibuka awal pagi tadi. Kebanyakkan menu
yang dihidangkan berdasarkan citarasa ala western. Siapa tidak menggemari
makanan ala barat yang dihidangkan di kafe yang cukup terkenal itu.Kedudukkannya
yang strategik menjadikan kafe itu lokasi terbaik bagi pelanggandatang dari
dekat mahupun jauh untuk ke singgah ke sana. Dekorasi dalaman kafe Black’ Smith
agak mesra pelanggan. Oleh sebab itu kafe Black’ Smith tidak kunjung tiba
didatangi oleh para pelanggan setiap masa.
Pelanggan kafe tidak
kira usia datang ke kafe tidak kira waktu untuk berada di sana. Pelayan kafe
tersebut tidak menang tangan untuk mengambil tempahan makanan daripada
pelanggan yang tidak henti-henti berkunjung.
Zarran memandang ke
arah jam tangannya. Mereka baru turun dari dalam bas beberapa minit tadi.
Mereka bertiga masih setia menanti orang yang ingin Zarran jumpa sebentar lagi
di kafe yang nampak mewah di hadapan mereka.
“Kau jangan lupa pulak
belanja kita orang makan dekat kafe ni. Dating dating jugak tapi belanja tetap
belanja.” Arya awal-awal mengingatkan Zarran motif utama mereka menemankan dia
datang ke mari.Tidak diingatkan nanti Zarran buat-buat lupa pulak. Bukan Arya
tak faham perangai Zarran yang suka mengelat tu. Arya meraba-raba dahinya yang
masih terasa sakit akibat kejadian tadi. Ikutkan hati dia yang geram tadi nak
saja Arya siku-siku Jia yang menjadi punca kepalanya terasa sakit lagi kerana
terhantuk pada muka pintu bas.
Kejap-kejap dirabanya
bahagian dahinya yang masih terasa sakit. Jia di sebelah Sarra tidak berani
dekat dengan Arya.Muka Arya sejak tadi memandangnya seperti orang mahu mengamuk
saja.
“Banyak duit kau Zarran
belanja kita orang dekat kafe mewah ni?” Jia bertanya kepada Zarran untuk
mengelakkan suasana nampak tegang antara mereka. Zarran seperti buat tidak
dengar dengan pertanyaan Jia tadi. Jia cuba mendapatkan jawapan pula daripada
Arya di sebelahSarra walaupun dia sendiri masih takut-takut.
“Awek dia yang belanja
nanti lagipun dia anak orang kaya.”
Jia terangguk-angguk
mendengar jawapan Arya yang berbisik kepadanya. Arya malas mahu terus-terusan
marah kepada Jia. Dia jawab saja pertanyaan itu seperti biasa.
Sarra hanya menyelinga
jawapan Arya tadi. Padanlah Zarran mampu bawa mereka ke tempat mahal di hadapan
mereka itu. Rupa-rupanya ada tukang taja mereka makan di sana nanti. Mereka
ikutkan saja kalau ada orang mahu belanja.
Zarran memandang
sekeliling mana tahu kalau-kalau orang yang dia nanti sudah hampir dengan
tempat dia sedang menunggu.
Handphone ditangan sudah
berbunyi. Zarran terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello sayang awak dekat mana?”
“Saya dalam perjalanan lagi ni.
Sabar ya saya dah dekat ni.”
“Ok sayang saya tunggu awak.”
Mereka berdua yang
mendengarnya terasahendak muntah. Tidak sangka pula mamat seorang ini memang
jiwang karat siap panggil sayang dengan teman wanitanya. Arya buat biasa sahaja
sebab dia sudah terbiasa mendengar Zarran memanggil teman wanitanya itu dengan
panggilan sedemikian.
Ikutkan Arya sudah naik
menyampah dengan perangai hipokrit Zarran itu. Bukan dia tidak kenal siapa
Zarran yang sebenarnya. Habis semua awek datang dari keluarga orang berada dia
sapu berbekalkan wajah macho tapi hancurnya itu.
Lepas ini giliran budak
perempuan mana pula dia ingin ke luar bersama sambil Arya jadi peneman
setianya. Beberapa minit kemudian seorang budak perempuan hampir sebaya dengan
mereka berlari menuju ke arah Zarran yang melambai-lambai ke arahnya. Budak
perempuan itu nampak bergaya walaupun hanya berpakaian seragam sekolah sahaja.
Jia nampak tergugat
dengan penampilan gadis ayu itu. Penampilannya nampak bergaya kalau hendak
dibandingkan dengan mereka bertiga walaupun hanya berpaian seragam sekolah.
Padanlah Zarran suka padanya. Sarra menyiku Jia kerana sejak tadi dia asyik
menilik girlfriend baru rakan mereka atas bawah tanpa berkelip. Nampak sangat
dia tidak senang dengan kehadirannya sejak tadi.
Mukanya agak comel
dengan gaya rambut potongan pendek ke paras bahu tersenyum menyapa mereka
berempat terutama Zarran. Mata Arya memandang pada lencana sekolah yang dipakai
oleh budak perempuan itu. Bulat matanya memandang lencana sekolah terkenal itu.
Ini bukan lencana Menengah
Tinggi Kwonhee High ke? Wooo... gila kaya minah ni! Mana Zarran rembat minah ni
eh? Awek dia semuanya jenis tak boleh blah. Yalah status semuanya nak up saja.
Bertuahlah kau Zarran dapat awek-awek berkelas tinggi macam dia orang ni. At
least makan tak payah bayar kalau ke luar dengan dia orang kan. Hurmm... untung
ke? Arya juga tidak terlepas menilik siapa budak perempuan kali ini yang
menjadi mangsa Zarran kawan baiknya itu.
Budak perempuan kali
ini memang berstatus tinggi. Kalau tidak masakan Zarran beria-ia menyuruh
menemankannya ke sana. Arya tertanya-tanya bagaimana Zarran boleh berkenalan
dengan gadis-gadis yang berstatus seperti Zarra.
Dia sedar Zarran memang
ada rupa untuk diminati ramai tetapi kenapa pula mereka yang berstatus mesti
meminati Zarran walaupun tidak setaraf.Perkara ini yang sering bermain dalam
fikirannya sejak beberapa bulan lepas. Arya nampak ragu-ragu dengan identiti
Zarran yang sebenarnya walaupun mereka sudah lama hidup berjiran. Atau
sebenarnya Zarran anak orang kaya tetapi identitinya dirahsiakan? Ya ke? Ah,
kau jangan nak mengarut Al! Kalau Zarran kaya tak ada hinginnya dia nak pandang
kau. Baik dia kawan dengan orang yang sama status dengan dia dari kawan dengan
aku yang tak ada apa-apa ni. So conclusionnya Zarran bukan anak orang kaya
ok...
Arya pula sedang bertelingkah
dengan kata hatinya. Status Zarran pada Arya terlalu rumit. Mana tidaknya
Zarran suka sangat buat dia fikir yang jauh-jauh. Kadang-kadang sampai Arya
fikir benda yang tak logik dek akal pun ada juga. Ini semua salah kau Zarran
suka menyusahkan kepala otak aku yang tak berapa nak pandai ni nak berfikir.
Kalau sehari kau tak menyusahkan kepala otak aku tak boleh ke haa...!
Selepas Arya giliran Jia
dan Sarra pula ternganga kerana melihat lencana sekolah yang dipakai oleh
girlfriend Zarran itu. Huhh! Macam tidak percaya saja mereka melihatnya kerana
Zarran berjaya mendapatkan seorang awek yang berstatus tinggi buat kali ini.
Boleh mati otak kalau fikir jauh-jauh.
“Hai semua. Saya Zarra.
Padankan nama kami berdua.” Terus dia melingkarkan tangannya ke lengan Zarran
dengan sikap riangnya. Nampak dia seorang yang peramah. Jia mencebik dek kerana
terlalu meluat.
Mereka bertiga membalas
sapaan itu walaupun rasa sedikit pelik dengan keramahan Zarra sambil menyuai
padankan nama mereka berdua.Perkara itu memang menjengkelkan terutamanya bagi
Jia. Keramahan itu jelas nampak palsu di mata Jia. Bukan Jia kalau cakap suka
dengan manusia yang sering mendekati buah hati pengarang jantungnya itu. Boleh
hilang akal kalau Jia cakap suka. Sarra dan Arya sempat mengerling muka tension
Jia yang nampak cuba dikawal.
Gayanya seperti dia menyampah
dengan gadis itu yang dirasakan mula menggugat dirinya yang baru mahu mendekati
Zarran sejak tadi. Tetapi tanpa kehadiran budak perempuan itu pun belum tentu
lagi Jia akan dipandang Zarran.
Cukup saja Zarra
menjadi pilihan hatisudah cukup menjadi bukti bahawa citarasa Zarran sangat
tinggi. Tinggi sangat sampaikan Jia yang sering berada di hadapannya dia tak
pernah nampak. Itulah payahnya kalau syok sendiri. Hendak dibandingkan antara
Zarra dan Jia memang jauh bezanya antara langit dengan bumi. Dicerlung Zarra
tajam. Masih dengan sikap tidak puas hatinya. Aku tahulah kau tu comel tapi
janganlah nak over sangat! Kalau aku nak comel and kurus macam kau pun aku
bolehlah. Mengada-ngada pulak aku tengok kau ni!
Straw air minuman
kotaknya digigit geram walaupun mukanya sengaja dimaniskan. Arya dan Sarra
bagai dapat membaca apa yang Jia senyumkan sekarang ini kalau bukan dia
sedangmenderita sakit hati dengan kehadiran gadis yang berkepit dengan Zarran
sekarang. Banyakkan bersabar Jia...
Mereka semua terus
masuk ke dalam kafe untuk mendapatkan tempat duduk di sana sebelum penuh diisi
dengan ramai pelanggan lain yang baru datang selepas mereka. Zarran seperti
memberi signal mata kepada Arya agar pergi mendapatkan tempat duduk lain bukan
bersama mereka.
Banyak pulak songeh
mamat seorang ni! Aku bagi siku karang tahulah kau! Jia macam nak makan kau
sekarang ni hati-hatilah.Ditariknya Sarra dan Jia untuk duduk jauh dari meja
Zarran dan Zarra sedang duduk bersama.
Jia bagaikan statik
tidak mahu berganjak saja caranya. Dia buat perangai dahhh.... Arya mengeluh
seketika sebelum menarik Jia buat kali kedua dengan lebih kuat tetapi Jia dapat
bertahan. Beratnya kau ni!
“Kau jangan buat pasal
Jia. Kita janji dengan dia mahu teman dia saja bukannya kau berdating dengan
Zarran sekali. Bangun cepat!” Arya berbisik dengan nada geram ke telinga Jia
tetapi masih memaniskan muka bagi mengelakkan Zarra salah faham kenapa dia
berbisik ke telinga Jia. Zarra sedikit pelik dengan pandangan Jia yang
tersenyum semacam kepadanya.
Zarran sejak tadi sudah
memberi signal tetapi Jia masih duduk menghadap mereka berdua. Apabila
dinasihatkan oleh Arya baru dia berpindah ke meja di belakang mereka menghadap cermin
kafe itu. Teman wanita Zarran tidak pula mempertikai kenapa mereka berpindah
tempat dari duduk bersama.
Nampaknya dia lebih
selesa dengan kehadiran mereka berdua sahaja di meja itu tanpa diganggu.
Kejap-kejap dia melentokkan kepala ke bahu Zarran sambil diperhatikan tidak
putus-putus oleh Jia yang sakit hati.
“Jia kau ni aku dah
cakap Zarran tu datang sini sebab nak jumpa awek dia. Kau janganlah buat perangai
macam ni malu tahu tak!” Arya nampak bengang terhadap sikap Jia yang nampak
tidak mahu mengalah langsung. Dalam masa yang sama pelayan kafe datang ke
tempat mereka untuk mengambil tempahan.
Mata Jia masih tidak
lari daripada memerhati gelagat mereka berdua. Jangan sampai kau orang nak
bercium dekat sini sudah! Aku nampak mati kau berdua aku kerjakan! Jia nampak
serius dengan kata hatinya yang membara-bara.
Sarra di sebelah sudah
menyiku Jia yang masih tidak membuat tempahan hidangan makanan yang dia ingin
makan. Perut mereka berdua sudah berbunyi-bunyi. Jalan terakhir Sarra yang
memilih menu yang ingin dimakan nanti oleh Jia. Kalau dia tidak suka dengan
hidangan yang ditempah tadi Sarra tidak akan ambil kisah. Pelayan terus beredar
setelah tempahan diambil daripada mereka.
“Eh, mana pergi pelayan
tadi? Aku belum tempah lagilah makanan.” Jia merungut kepada mereka berdua yang
sedang menikmati air kosong yang dihidangkan sebelum tempahan siap dibuat.
“Tadi Sarra panggil kau
buat tak tahu aje. Aku geram betullah dengan kau ni! Buat perangai tak kena
tempat. Jangan sampai aku cucuk bijik mata kau dengan garfu ni.” Sengaja Arya
pegang mata garfu yang dihalakan ke arah Jia dengan geram tertahan-tahan.
Jia terundur sedikit ke
belakang setelah diugut oleh Arya yang nampak bersungguh-sungguh mahu mencucuk
matanya. Dia paling takut kalau Arya bengang terhadap dirinya. Terus dia senyap
tanpa menoleh lagi ke arah mereka berdua yang sedang berdating di meja
belakang.
“Kau tahu takut bila Al
marah dengan kau. Jangan buat perangailah Jia. Malu aku tengok kau buat
perangai macam ni. Terus-terang aku cakap Zarran tak suka kau pun. Jangan
mengharap sangatlah. Aku terus-terang sebab kita ni kawan. Lagipun aku paling
tak suka kawan baik aku terhegeh-hegeh pada manusia yang tak pernah terima kita
dalam hati dia. Kau kena tahu tu Jia. Sampai bila kau nak butakan hati kau?” bunyi
cakap Sarra nampak marah dan menyakitkan hati saja tetapi dia benar-benar mahu
kawannya seorang ini sedar.
Arya mengangguk setuju dengan
penjelasan daripada Sarra itu.
Kalau hendak terasa
silakan. Sarra nampak tidak kisah langsung untuk tidak menjaga hati Jia.
Walaupun begitu dia tidak mahu kawannya itu terus memperbodohkan diri dengan
orang yang memang pada dasarnya tidak pernah memandangnya dari awal. Jia patut
sedar kedudukkannya.
“Ya aku tahu aku salah.
Sorry.” Muram saja mukanya kerana ditegur oleh Sarra dan disokong pula oleh
Arya dalam masa yang sama.
“Maaf diterima.”
Serentak Arya dan Sarra menjawab. Kedudukkan Arya agak strategik menghadap belakang
mereka yang sedang berdating. Handphone di keluarkan terus dia mengambil gambar
mereka berdua tanpa pengetahuan Zarran.
“Kau buat apa tangkap
gambar dia orang tu?” Jia bertanya. Rajuknya sudah hilang. Dia bukan boleh
merajuk lama-lama sebab menyedari perkara itu memang salahnya sendiri.
“Jadi bahan bukti
sebelum aku dituduh bukan-bukan.”
“Tuduh! Siapa nak tuduh
kau Al?” Giliran Sarra bertanya kali ini.
“Akukan mrs.Google mak
dia. So ini kira data backup aku sebelum aku dikhinati oleh mamat sengal dekat
belakang kau orang tu. Aku susah nak percaya dia tu. Hari tu kita orang datang
sini jugak waktu aku teman dia jumpa awek dia lagi seorang. Kafe ni time tu
penuh so aku berkorbanlah demi dia nak berdating. Last last dia orang melantak
sedap dekat sini aku macam orang bongok duduk dekat luar. Sumpah kurang ajar
gila!” Arya nampak geram tatkala memori itu diingat kembali.
Mereka yang mendengar sedikit
terkejut mendengar cerita Arya tadi.
“Kau jangan risaulah.
Kita orangkan ada. Kalau dia nak kenakan kau aku yang awal-awal kenakan dia
balik.” Jia memberi sokongan tanpa ragu-ragu.
“Me too.” Sarra juga
turut serta dalam misi mereka kali ini. Makanan yang ditempah masih belum
sampai. Beberapa ketika Arya membuang pandang ke arah luar cermin kaca kafe
itu. Di luar cuacanya nampak cerah saja. Mata Arya kemudiannya tertacap pada
seorang pelajar lelaki yang kerap memandang dari luar ke arah meja Zarran dan
Zarra sedang duduk makan di dalam kafe.
Budak lelaki berpakaian
seragam sekolah itu masuk ke dalam kafe sambil diperhatikan oleh Arya sejak
tadi. Pada pandangannya budak lelaki itu seperti dia pernah lihat. Tapi di
mana?
Dia yang bersusuk tubuh
tinggi dengan penampilan kemas seorang pelajar menengah tinggi datang hampir ke
meja Zarran sedang duduk bersama Zarra teman wanitanya. Zarra nampak terkejut
dengan kehadiran budak lelaki tersebut.
Dia terus mengambil
tempat duduk berhadapan dengan mereka berdua yang sedang menjamu hidangan
makanan masing-masing. Nampak wajahnya agak serius ketika itu. Arya bagai dapat
mengagak tentang sesuatu perkara buruk bakal terjadi sebentar lagi. Muka
terkejut Zarra sudah cukup mengatakan antara dia dan budak lelaki itu ada
sesuatu. Betul-betul buat hati Arya jadi tidak senang.
“You buat apa dekat
sini Karl?” Zarra nampak gagap dalam bicaranya. Zarran di sebelah nampak tidak
suka dengan kehadiran budak lelaki tersebut. Pakaian yang dipakai oleh mereka
memiliki lambang yang sama pada mata Arya.
“I dekat sini datang
nak jumpa you lah sayang...” lembut sahaja suara budak lelaki itu memanggil Zarra
dengan panggilan sayang.
Berderau jantung Zarran
kerana lelaki itu berani memanggil kekasihnya dengan panggilan yang dia
sepatutnya panggil.Mata mereka berdua bertembung sebelum Zarra memulakan
langkah bangun dari kerusi untuk menarik budak lelaki itu ke luar dari sana. Zarran
memegang tangan Zarra yang mahu pergi dari sana bersama lelaki itu.
Apa yang tidak kena ni?
Hati Arya agak ragu-ragu. Dia terus bangun pergi mendapatkan Zarran yang
lagaknya seperti orang mahu bergaduh. Ketika itu budak lelaki tersebut sudah
mengepal penumbuk dan menghalakan kepada Zarran tetapi.....
Bukkk!!!
Semua yang melihatnya
terkejut dengan tumbukkan itu. Zarran jatuh ditolak oleh Arya ke tepi meja.
Sarra tergamam begitu juga Jia. Tepi bibir Arya sudah berdarah ketika dia meraba
bibirnya yang menerima tumbukkan agak kuat.
“Arya bibir kau
berdarah!” Zarran nampak panik dengan tumbukkan yang tidak mengenainya tetapi sebaliknya
Arya yang terkena tumbukkan tadi kerana cuba menghalang.Cepat-cepat Zarran
menghampiri Arya waktu bibirnya masih berdarah. Terasa berdenyut-denyut pada
tulang rahang Arya akibat tumbukkan kuat tadi.
Budak lelaki tadi
apatah lagi sudah terperanjat besar. Tidak pernah seumur hidupnya menumbuk
seorang perempuan dan kali ini dia benar-benar tidak menyangka dengan
perbuatannya sendiri.“Aku tumbuk perempuan. Biar betul kau ni Karl Jhoon!” Tangannya
terasa mahu menggigil. Perasaan bersalah mula berselirat dek kerana rasa
bersalah yang menebal. Seorang pelayan datang menghampiri mereka untuk
mengelakkan kekecohan daripada terus berlaku.
“Tolong jangan bergaduh
lagi di tempat ini.” Pelayan lelaki itu memberi amaran kepada mereka yang
terlibat. Pelanggan yang berada di sana jadi tukang pemerhati sejak tadi.
“You buat apa ni!”
Zarra nampak marah dengan tindakkan budak lelaki itu. Jia yang turut
menyaksikan aksi tumbukkan pada muka kawannya itu terus bertindak menumbuk
kembali budak lelaki tersebut.
Suasana sudah bertambah
kecoh. Pihak kafe terus mengusir mereka semua yang terlibat daripada terus
membuat kecoh di dalam kafe itu. Dengan perut masih kelaparan mereka ke luar
dari sana.
Zarran berjalan di
antara mereka berdua dan Arya mengelap bibirnya yang masih berdarah dengan sapu
tangan yang diberikan oleh Zarran.
“Kita kena selesaikan
masalah kita sekarang!” Zarran melanggar bahu budak lelaki itu seraya berjalan
ke luar menuju ke bawah pokok yang rendang berdekatan kafe diikuti mereka yang
lain. Sarra pula menghilang entah ke mana sejak tadi.
Zarra nampak
takut-takut menghadap mereka berdua tetapi mereka lagi takut melihat Arya yang
nampak garang memandang mereka terutama budak lelaki yang menumbuknya tadi. Silap
hari bulan mahu saja mereka berdua ditelannya hidup-hidup. Tiba-tiba Zarra
melutut di hadapan mereka berdua.
“Nampak sangat dia
bersalah. Dasar playgirl!” getus hari Jia. Sejak tadi lagi dia memang tidak
senang dengan sikap budak perempuan yang sedang berlutut itu. Ikutkan hati mahu
saja dia tendang Zarra sebab menjadi punca rakannya ditumbuk.
“Ok ok I salah... I
mengaku I sudah duakan you all berdua. Tapi I sayang you berdua. Kalau diberi
pilihan I akan tetap pilih you berdua.” Kata-kata yang tak masuk dek akal
langsung.
“Apa!!!” Serentak itu
mereka berdua menjawab. Mereka yang mendengar turut tidak bersetuju. Rasanyabudak
perempuan ini sudah gila! Perempuan mana boleh memiliki dua orang lelaki dalam
satu masa.
“Kau gila ke apa!” Arya
menempik geram.
Sebab mereka dia juga
turut terlibat.
“Kalau kau comel
sekalipun kau fikir lelaki dua orang depan kau ni apa? Anak ikan kau ke hahh?Malu
betul aku jadi perempuan tengok sikap kau yang tamak tak kena tempat. Kalau
akulah dua-dua aku rijek sebab kenapa sebab aku tak mampu nak pilih. Simple.” Senang
saja cakap Arya sebab sakit hati punya pasal.
Mereka berdua nampak
terkejut lebih-lebih lagi Zarran.
“Kau jangan nak
memandai-mandai Al kau suruh dia jangan pilih antara kami. Tapi aku sayangkan
dia.” Zarran cuba mempertahankan haknya. Budak lelaki tadi hanya berdiam
walaupun mukanya nampak tidak senang dengan jawapan daripada Arya.
“Sayang punggung kau!”
Lagi ayat sarkastik dari Arya untuk Zarran yang nampak tidak faham bahasa.
Ada yang agak terusik
dengan ayat sarkastik itu lalu ketawa. Zarra masih melutut seperti tadi dengan
muka masih takut-takut lagi. Dia tahu kata-katanya tadi langsung tidak masuk
akal. Dia tiada pilihan untuk memilih kerana kedua-duanya sangat berharga buat
dirinya.
“Kau kalau tak guna
ayat porno kau tu tak boleh ke hahhh! Buat malu jadi perempuan. Cuba cakap
sopan sikit baru ada lelaki nak dekat kau. Ini tidak berkasar memanjang. Kau
tak reti malu ke?” Zarran mempertikaikan ayat yang sering digunakan oleh Arya
kalau naik marah terhadapnya.
Huh...!
Arya melepaskan rasa bengang
dengan kutukkan datangnya daripada Zarran kawan baiknya sendiri. Arya nampak
cool saja. Siapa tidak mahu menang dalam hal ini lebih-lebih lagi kalau hal merebutkan
orang yang mereka suka. Nampak sangat Zarran sengaja membutakan matanya
semata-mata ingin mendapatkan Zarra yang ternyata telah menduakan dirinya
secara terang-terangan.
Karang dia cakap Zarran
bangang marah pula. Tapi memang kau bangangpun!Kalau tak bangang tak lah kau
kena duakan macam ni punya rupa. Dalam hati saja Arya dapat menyumpah Zarran.
Kalau luah karang nampak sangat dia ni macam tak bermoral sebab cakap kasar
dengan orang. Tapi memang patutpun orang macam Zarran kena. Biar dia sedar
sikit. Tapi sanggupkah Arya cakap begitu?
Arya sempat lagi
mengangkat bahunya sepertinya dia tidak kisah dengan kutukkan daripada Zarran
itu. Bukan dia tidak biasa dengan mulut Zarran kalau sudah naik menyampah
dengan dirinya.
“Setidaknya aku taklah
kena bodohkan dan diduakan dengan seorang perempuan. Itu lagi memalukan aku rasa.
Serius malu wehh! Kau pun sama. Aku nak kau bayar ganti rugi sebab tumbuk muka
aku tadi!” Jarinya tepat pada wajah budak lelaki itu.
Sarra datang entah dari
mana sambil membawa ketulan ais di dalam beg plastik berlari menuju ke arah
mereka.
“Sekarang awak pilih
saya atau dia.” Budak lelaki tadi cuba mendapatkan jawapan dari kebenaran yang
dia harus ketahui. Kedua-duanya menanti dalam debaran. Zarra nampak tersepit
antara mereka berdua.
“Karl you jangan buat I
macam ini. I dah cakap I sayang you berdua. I’m really really sorry. I tak
mampu nak memilih antara you berdua. Bagi I you berdua sangat berharga. Sorry I
tak dapat buat pilihan.”
Kedua-dua mereka nampak
mengeluh dengan jawapan yang sama seperti tadi. Orang hilang akal saja kata
suka diduakan di depan mata sendiri.
“Ok biar I yang buat
keputusan. Kita putus!” Karl menamatkan segalanya walaupun dia nampak kecewa
tetapi dia bukanlah hero sebenardalam merebut seorang perempuan. Zarra nampak
kecewa dengan keputusan itu tetapi Zarran sebaliknya dia berasa sedikit lega.
Dari riak Zarran itu Arya pasti Zarran nampak suka dengan keputusan yang berpihak
kepadanya.
Karl berjalan
meninggalkan kawasan tersebut dengan hati yang sedikit kecewa. Dia rasakan keputusan
itu yang terbaik buat dirinya. Diduakan dengan lelaki lain oleh gadis yang disukai
memberi tamparan hebat buat dirinya. Arya berlari mendahului langkah Karl yang
hampir dengan keretanya.
“Kau nak pergi mana?
Hutang belum selesai lagi.” Lengan baju Karl ditarik. Karl berhenti mendadak
daripada meneruskan langkahnya. Mata mereka saling bertatapan. Mata Arya
langsung tidak berkelip sedikitpun.
“Maaflah aku tak
niatpun nak larikan diri.” Lembut saja bicaranya.“Kau ada handphonekan bagi
dekat aku sekarang?” Karl cuba mendapatkan handphone milik Arya. Terus Arya
bagi tanpa banyak bertanya.
Karl mendail satu
nombor pada handphone Arya sebelum handphone milik Karl pula berbunyi. Arya
memandang saja apa yang sedang budak lelaki itu buat tanpa banyak soal.
“Ok kalau kau nak minta
pampasan sekarang aku tak ada duit cash. So apa-apa hal call aku ok kalau kau
nak minta pampasan.” Karl senyum segaris melihat perubahan air muka Arya.
Hati Arya entah kenapa
dapat merasakan budak lelaki di hadapannya ini sangat baik orangnya. Patutlah
Zarra tidak mahu melepaskan budak lelaki di hadapannya ini.Mana-mana gadis
pasti akan terpikat dengan dirinya dengan mudah. Budak lelaki di hadapannya ini
bukan mudah melatah. Keputusan dia tadi menggambarkan dirinya masih bermaruah
sebagai seorang lelakiyang memiliki harga diri tinggi. Orang macam inilah elok
dijadikan boyfriend bukannya seperti Zarran. Suka sangat mementingkan diri.
Karl menapak sedikit ke
hadapan menghampiri Arya. Muka mereka hampir rapat seperti mahu berlaga pipi
kalau salah cara. “Dia ini baru aku puji dah melebih-lebih.”Arya hampir ke
belakang dengan tindakkan budak lelaki itu. Dia memandang wajah milik Arya yang
masih berkesan dengan tumbukkannya tadi.
Arya agak kaku tatkala muka
mereka yang terlalu hampir ketika itu. Selagi manusia di hadapannya tidak
membuat perkara kurang elok kepadanya selagi itu dia tidak akan bertindak
apa-apa. Arya masih dengan posisi kalutnya. Apa pasal dia ni lama sangat
pandang aku? Dia tengok apa? Hatinya berkecamuk.
“Teruk jugak kesan aku
tumbuk muka kau ni. Maaflah aku tak ada niatpun nak buat kau cedera.” Karl
menyatakan rasa kesalnya kerana telah mengasari Arya tanpa dia sengajakan. Karl
kembali berdiri seperti biasa sebelum menghadiahkan senyuman paling manis
pernah Arya lihat pada seorang lelaki untuknya. Dia senyum pada aku? Wahh...
Arya pada mulanya
terasa ingin marah mula berasa senang dengan senyuman indah itu. “Comelnya.”
Arya memuji tanpa sedar dirinya masih memandang Karl dengan reaksi tidak
percaya. Mereka yang masih berdiri di bawah pokok hanya menyaksikan aksi
melodrama petang hari.
“Kau dah dapat nombor
aku nanti kau call aku ok bila-bila masa. Aku tunggu. Tadi dalam bas gaya kau
memang kelakar sangat hahaa..” Karl sempat ketawa sebelum meninggalkan Arya
dengan perasaan masih kakunya.
Arya cuba memahamkan
kembali ayat terakhir lelaki tadi.
“Dia cakap aksi aku dalam
bas kelakar sangat.” Arya cuba mengingati kembali perkara yang baru saja terjadi
sebelum mereka datang ke kafe Black’ Smith. Tiba-tiba Arya bagai tersentap
dengan ingatan yang sudah kembali. Oh tidak!!! Dialah orangnya tadi nampak aku
macam ayam penyek dalam bas. Tak mungkin!!!
Dia terasa mahu
menjerit ketika kereta yang dinaiki oleh Karl berlalu pergi di hadapannya. Sarra
dan Jia berlari mendapatkan Arya yang masih tercegat di sana. Arya malu sendirian.
Kenapalah dunia ini kecil saja? Kenapa harus dia oh tidak....
“Al kau ok ke? Pehhh
mamat tu bapak dekat gila muka kau orang tadi. Aku nampak kau orang macam
berlakon drama babak cinta saja.” Sarra nampak teruja. Mana pernah dia nampak
Arya membiarkan seorang lelaki mendekatinya tanpa dizalimi seperti mana Zarran
yang dijentik dengan pembaris plastiknya pagi tadi.
Zarra dan Zarran jalan
beriringan ke arah mereka. Zarra nampak tidak puas hati lalu berjalan melanggar
bahu Arya dengan perasaan geram.
“Eh eh eh... perempuan
ni. Kau main langgar aje kawan aku kan. Patutlah lelaki tadi tinggalkan kau
perangai tak elok!” Jia nampak marah dengan sikap keterlaluan Zarra itu. Muka
saja comel perangai entah apa-apa.
Patutlah Arya kata pada
Jiasupaya jangan masuk campur hal mereka berdua. Rupa-rupanya Arya sudah tahu
sikap teman wanita Zarran yang tidak beradab itu. Menyesal pula dia membuat
perangai entah apa-apa tadi.
Zarra berhenti
betul-betul bersebelahan Sarra ketika Jia mengutuknya.
“Hei perempuan! Kau jangan ingat Karl akan
jatuh hati pada kau. Beranganlah kau sebab kau tak layak barsama dia. Patutlah
tadi kau cakap pada aku jangan pilih antara mereka rupanya kau yang nak sapu
salah seorang dari mereka berdua. Budak taraf rendah macam kau ni tak layak
dapat berkawan macam kami ni. Sedar dirilah!” Zarra membalas rasa sakit hatinya
setelah melihat Karl melayani Arya dengan baik berbanding dirinya yang selama
ini bergelar girlfriend kepada pemilik nama Karl Jhoon itu.
Semua yang mendengar
panas hati.
Zarran nampak terkejut dengan kutukkan daripada
teman wanitanya sendiri terhadap kawan baiknya Arya. Dia berjalan mendekati
Zarra dan menariknya ke tepi.
“Minta maaf sekarang!”
Zarran nampak serius.
Zarra mendengus geram kerana tidak
menyangka akan dilayan kasar begini. Riak muka Zarran langsung tidak berubah.
Dia menarik lengannya
yang dipegang Zarran kuat.
“Kenapa I nak minta
maaf pulak? Memang layak I cakap macam itu pada kawan you tu. Dia memang tak
sedar diri. Sudahlah low status.” Dia masih bertahan dengan kata-kata caciannya
terhadap Arya tadi.
Sarra dari jauh mengejek-ngejek
cara gedik Zarra yang ego untuk meminta maaf. Kalau namanya anak orang kaya tu
berlagak tak kena tempatlah jawabnya. Kesian kau Zarran aku tengok. Sarra
menggelengkan kepala dengan nasib Zarran. Siapa menyangka player besar dalam
diam ialah rakan sekelasnya sendiri.
“Dia kawan I you tak
layak cakap macam tu.” Zarran masih bersabar dengan sikap angkuh teman
wanitanya. Tidak pula dia menyangka perangai Zarra ini rupanya suka menghina
orang lain.
“Yang you nak bela dia
sangat kenapa? I ni teman wanita you and kenapa you nak menangkan dia!” Terasa
seperti Zarran betul-betul menyalahkan dirinya waktu itu.Dia terasa
dipinggirkan. Zarran masih berkeras dengan Zarra agar meminta maaf kepada Arya.
“You hina kawan I
mestilah I marah. Kalau macam nilah sikap you tak hairanlah kalau dia mengalah
hanya untuk I tadi. Kita putus!” Zarran nekad kali ini. Buntang matanya dengan jawapan
muktamad daripada Zarran.
“Tapi kenapa pulak?” Nampaknya dia sukar
untuk mempercayai.
“Sebab you tak reti nak
respact kawan I!” Waktu itu terasa egonya terbang pergi bersama-sama
penyesalan. Zarran meninggalkan Zarra dahulu dari sana dengan jawapan tidak
disangka-sangka.
Mereka bertiga berjalan
meninggalkan kawasan itu bersama-sama Zarran. Sempat lagi Jia menjeling tajam
kepada Zarra. Padan muka kau!Kali ini keadaan agak memihak kepada Jia. Mungkin.
Dia menjelirkan lidah
ke arah Zarra yang nampak seperti orang mahu menangis. Jia sedikit puas hati
dengan jawapan terbaik untuk perempuan tidak sedar dek untung seperti Zarra itu.
Zarran kau tak dapat,
lelaki tadi pun kau tak dapat. Pandai-pandailah kau hidup. Jia terasa senang
hati. Sambil berjalan Arya menuam bahagian muka yang berdenyut-denyut dengan
beg ais yang dibeli oleh Sarra ketika dia menghilang tadi.Arya memandang nombor
baru pada handphonenya. Terkenangkan perkara tadi dia malu semula dengan
dirinya. Bukan dia minta kena himpit di pintu bas pun.
“Dia boleh siap senyum
lagi tu. Aduh, pengsan aku kalau macam ini punya perangai...” Arya mengomel
sendirian. Diketuknya kepalanya dengan handphone ditangan beberapa kali tanpa
menyedari dia sendiri terpadam nombor itu dari dalam handphonenya.
Arya kembali menatap
skrin handphonenya yang masih menyala. Dahinya berkerut entah kenapa. Puas dia
cari nombor tadi di ruang senarai pemanggil. Arya nampak agak kalut. Sarra di
sebelah menyiku lengan Arya bingung melihat kawannya nampak tidak keruan saja
gayanya.
“Apa tak kena?” Sarra
cuba bertanya ketika Arya mula mengetuk tangannya ke dahi. Nampak dia agak
runsing ketika berada di perhentian bas untuk pulang ke rumah.
“Sarraaa....” Arya
nampak mahu menangis. Dipandangnya Sarra dengan wajah kusut.
“Kenapa pulak ni?”
Sarra pula risau tengok Arya berkelakuan pelik seperti itu. Sudahlah seorang
lagi rakannya sedang termenung selepas putus cinta sambil bersandar pada tiang
pondok bas. Dia menguis-nguis kasutnya ke pasir. Nampak sangat dia frust dan sekarang
seorang lagi serba tidak kena.
“Nombor dia aku dah
terpadam...” Arya ketuk dahi. Sarra mula bingung. Apa pulaklah kali ini.
No comments:
Post a Comment