Wednesday, 11 February 2015

Black' Smith: Let Us Just Love _Part 8



Bab 7


“Turunkan aku. Kau pekak ke apa hahhh!!!” Arya memarahi lelaki yang masih menggendongnya ke tempat dia sendiri tidak ketahui sambil meronta-ronta supaya lekas diturunkan.Siapa tidak panik jika diangkat oleh orang yang tidak dikenali. Diangkat pula di tengah-tengah kesibukkan orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu. Dia sudah tidak sanggup dipandang oleh orang sekeliling yang sejak tadi asyik menoleh ke arah mereka. Ini semua memang kerja gila!
“Dia ini memang dasar tak faham bahasa ke apa? Mana aku nak letakkan muka aku ni. Semua orang asyik pandang aku dengan dia saja.” rengek Arya dalam hati. Tengah-tengah orang ramai sedang sibuk berjalan Karlmengangkat Arya tanpa ambil peduli pandangan orang di sekelilingnya.
Dipandangnya Karl dengan perasaan sedikit bengang. Karl meneruskan langkahnya tanpa mengambil kisah soal orang yang digendongnya itu.
“Yhaaa...kau pekak ke apa!” Arya menempik geram.
“Aku nak turun jangan sampai aku cubit kau nanti!”Arya berterusan marah-marah kepada Karl yang dengar tidak dengar saja gayanya. Ikutkan hati dia juga tidak mahu buat kerja mengangkat beban tidak tentu hala. Arya masih meronta mahu turun dari gendongan lelaki itu.
“Kalau kau berterusan nak turun macam ni jangan sampai aku lepaskan saja kau ke jalan ni. Kalau sakit kau yang tanggung.” Ada nada ugutan dalam kata-kata Karl yang sudah naik geram dengan perempuan yang tidak faham bahasa ini.
Arya terus terdiam kerana diugut dengan perkara yang akan mendatangkan kecederaan terhadap dirinya. Mahu atau tidak dia ikutkan saja. Tangannya cepat-cepat melingkar pada leher lelaki itu untuk mengelakkan diri daripada jatuh tergolek.
Dia tahu dirinya agak luar biasa beratnya walaupun berbadan kurus. Ramai cakap tulang dia terlebih berat. Apa pasal mamat ni, dia tak penat ke angkat aku? Aku sedar yang aku ini bukannya ringan sangat. Tapi muka dia relax saja angkat aku. Sempat lagi Arya membuat refleksi tentang diri lelaki yang sedang menggendongnya.
Muka lelaki itu ditenungnya lama walaupun hanya sisi mukanya saja nampak ketika itu. Mungkin agak lama dia merenung sehingga Karl yang sedang menggendongnya mengerling sedikit kepadanya. Waktu itulah dia dapat merasakan panahan mata lelaki itu tembus masuk ke dalam matanya lalu sampai ke jantung. Pehh maut siot!
Dia agak terperanjat dengan pandangan mata lelaki itu secara tiba-tiba. Dirasakan debaran pada jantungnya yang berdegup kencang. Apa yang tak kena pada kau ni Arya?Dia perasan aku pandang dia ke sejak tadi. Mak aii malu wehh.... Arya cuba mengawal perasaannya yang sedang tenggelam timbul pada waktu itu.
“Aku tahu muka aku handsome tak payah tenung lama-lama. Karang tembus pulak muka aku kau pandang.” Dia sedikit tersenyum dengan peri laku Arya yang agak jelas memerhatikan wajahnya sejak tadi. Marah-marahpun masih hendak pandang muka aku jugak. Aku tahu muka aku ini agak kacak luar biasa sikit. Dia ni nampak sangatlah asyik perhatikan wajah aku dari tadi. Sekarang tahu pulak rasa malu! Perempuan semuanya sama. Karl masih tersenyum.
Karl agak terlebih dalam memuji dirinya tidak kira waktu dan tempat. Arya bertambah tidak keruan. Hahh.. dia perasan aku pandang muka dia dari tadi!Dia ini siapa sebenarnya? Aku tahulah kau kacak tapi tak payah nak puji diri sendiri.
Owhhh tidak...malunya aku! Dia siap tersenyum lagi tu. Kutuk aku apa dia ni? Semahu-mahunya Arya hendak menjerit kerana tertangkap dengan perbuatannya yang suka memalukan diri sendiri. Karl meneruskan langkah dengan lebih laju lagi walaupun sedang menggendong Arya yang sudah kaku kerana tertangkap dengan perbuatan yang cukup memalukan dirinya.
“Kau ada nampak tak lelaki ekori kita dekat belakang?” Karl cuba mendapatkan pertolongan daripada Arya yang masih kaku lagi gayanya.Dia mendengar apa yang Karl tanyakan padanya tapi masih belum berjawab.
Dalam keadaan begini dia sendiri tidak tahu mana hendak dia sorokkan muka yang sudah naik berdouble tebal pipinya kerana malu dengan sikap lurus bendulnya itu. Kau memang suka malukan diri sendirkan Arya! Sekarang padan muka kau. Tadi punyalah marah sekarang kau malu sendiri. Ambik kau sebijik!
Dia ni pulak memang tak faham bahasa. Aku cakap aku nak turun. Aku nak cakap bahasa apa lagi dekat dia ni. Karang aku cakap bahasa Korea confirm dia tak faham punya. Bertuah kau Arya lepas masuk kandang harimau masuk pulak kau ke kandang singa. Ishhh apa punya peribahasa teruk sangat ni? Itulah waktu sekolah dulu tak mahu belajar betul-betul sekarang kerja kau asyik dipermainkan oleh orang saja. Nasib badan betullah kau ni Arya.
Sekolahpun setakat sampai menengah tinggi. Setidaknya ada jugalah diploma nak minta kerja dekat mana-mana tempat yang perlukan kelayakkan aku yang tak seberapa ni. Banyakkan bersabar wahai diri. Arya berterusan mengutuk-ngutuk dirinya dalam hati. Pertanyaan Karl tadi masih tidak berjawab.
“Aku tanya kau ni ada orang ikut kita tak dekat belakang?” Karl buat suara geram dengan Arya yang masih berkhayal dalam dunianya yang entah apa-apa dia fikirkan. Ketika suara Karl agak luar biasa kerasnya Arya bagaikan tersedar seketika daripada lamunannya. Kepalanya menoleh ke arah belakang. Beberapa orang yang agak mencurigakan asyik mengekori mereka sejak tadi. Apabila Arya menoleh ke arah mereka dengan sepantas kilat mereka pura-pura memandang ke arah lain. Dia rasa tidak sedap hati.
Dia orang ini siapa? Siap ekori kita orang lagi. Jangan cakap dia ni pun berhutang dengan samseng jugak macam bapak aku. Kenapalah hidup aku ni tidak sudah-sudah asyik bertemu dengan orang berhutang keliling pinggang.
“Kau ni berhutang dengan dia orang ke apa sampai kena ekori macam ni sekali? Kalau dah berhutang tu bayarlah! Menyusahkan betul!” Arya tidak berpuas hati dengan Karl yang dirasakan memiliki perangai yang sama seperti ayahnya itu.
               “Apa kau cakap?”
               “Kau berhutang. Itupun kau tak dengar ke?” Arya pandang ke dalam anak mata Karl lagak orang tidak berpuas hati.
               “Hehh.. kau cakap aku berhutang? Muka handsome macam akuni kau kata berhutang! Agak-agaklah sikit nak tuduh tu.”
               “Habis tu kalau kau tak berhutang dengan dia orang, apasal pulak dia orang ekori kau sejak tadi kalau bukan kau berhutang.”
Karl terdiam dengan pertanyaan itu.
               “Kau tak perlu tahu. Yang patut kau tahu sekarang aku tak pernah berhutang dengan dia orang.” jawab Karl tidak mahu berterus-terang tentang hal yang sebenar.
Karl menurunkan Arya daripada gendongannya. Arya cepat-cepat bergantung pada bahu Karl ketika Karl menurunkanya ke bawah. Terkejut aku ingat dia nak campak aku macam itu saja ke bawah. Dia ini suka buat aku sakit jantunglah!Karl dipandang dengan geram. Waktu itu juga Karl terus menarik tangannya meneruskan perjalanan tadi. Arya masih tertanya-tanya dengan kelibat mereka yang tidak henti-henti mengekori mereka ketika dia sempat menoleh ke belakang sebelum Karl menarik tangannya.
“Aku tak nak ikut kau. Lepaskan aku!” Arya cuba melepaskan pegangngan tangan lelaki tadi. Terlalu kuat pegangan itu sehingga sakit pergelangan tangannya. Karl masih meneruskan langkahnyawalaupun perempuan yang ditariknya itu sudah acap kali minta dilepaskan. Dia tidak boleh melepaskan perempuan ini.
Bukan kerana dia sudah terjatuh hati dengan Arya dan bukan juga kerana dia mahu membalas dendam sebab dimalukan di hadapan khalayak ramai tadi. Kali ini dia agak terpaksa.
“Aku tak boleh nak lepaskan kau sekarang selagi hutang kau dengan aku tak selesai lagi!”
               “Hutang? Bila masa pulak aku berhutang dengan kau?” Arya buat muka terkejutnya berdouble double.
               “Ya hutang. Kau jangan nak cuba mengelak.” Karl tersenyum sinis kemudiannya melihat muka cuak Arya. Sengaja Karl membuat alasan agar Arya tidak ditangkap oleh pengawal peribadi upahan mamanya. Dalam hal ini dia sudah melibatkan Arya.
Kalau dia lepaskan Arya sekarang pasti masak Arya dikerjakan oleh Madam Narsya. Mamanya itu tidak boleh melihat perempuan sembarangan menghampiri dirinya. Lebih-lebih lagi mereka yang datang daripada orang kebanyakkan seperti perempuan ini.
Tujuan asalnya mengangkat perempuan tadi untuk mengelakkan dirinya dipandang tidak puas hati oleh mereka yang salah faham tentang hubungan mereka. Kalaulah aku tak langgar dia tadi pasti aku seorang saja yang kena kejar sekarang.
Dia ni pulak apa pasal menangis tak tentu pasal? Aku rasa aku langgar dia perlahan aje. Menangis teruk betul macam aku pukul dia pulak. Tadi dia penyebab orang tuduh aku yang bukan-bukan sebab semuanya salah dia yang menangis tak reti-reti nak berhenti. Sekarang dia tuduh aku berhutang pulak. Bila masa aku berhutang? Apa masalah dia ni sampai tuduh aku berhutang. Tapi aku dah libatkan dia. Karl semakin bingung dengan tindakkan yang dia ambil sekarang dengan melarikan diri bersama-sama manusia yang dia tidak kenali ini.
Mahu atau tidak dia terus menarik tangan Arya menuju ke tempat yang lebih selamat. Dia malas untuk bersoal jawab tentang siapa perempuan yang bersamanya ketika ini dengan mamanya nanti. Kalau dia dapat bersembunyi soal dengan siapa dia bersama tidak akan dipersoalkan. Mungkin.
Itupun kalau mereka yang mengekorinya tidak melaporkan perkara itu kepada mamanya. Mustahil bagi mereka untuk tidak bersengkokol dengan Madam Narsya. Madam Narsya kalau sudah mula menyoal pasti pedih telinga untuk mendengarnya. Bukan sahaja hati yang sakit malah kesemua deria turut sakit untuk terus bertahan mendengar pertanyaan dan kata-kata sinis daripadanya.
Percakapannya saja sudah penuh dengan ugutan inikan pula kalau dia biarkan perempuan yang berlari bersamanya terlepas ke tangan Madam Narsya. Mungkin dia akan lagi teruk menangis dari apa yang dia saksikan tadi. Cukup sekali ini dia melihat Arya menangis dengan begitu teruk.
Karl terus memecut dengan laju sambil memimpin tangan Arya. Dia ikutkan saja arah ke mana lelaki itu mahu pergi. Bila mereka berhenti nanti siaplah lelaki itu dia kerjakan cukup-cukup.

Awal musim bunga itu kelopak-kelopak sakura berguguran terbang di sekitar kawasan itu. Mereka masih berlari tanpa henti. Kawasan sekeliling sunyi sepi dan yang hanya tinggal mereka berdua sahaja. Pemandangan itu menggamit mata yang memandang.
Ketika melalui jalan di taman itu perasaan Arya terasa sungguh aneh. Waktu itu bagaikan pernah singgah pada memorinya suatu ketika dahulu. Begitu juga Karl seolah-olah baru tersedar daripada mimpi yang panjang. Perkara ini seperti pernah terjadi di antara mereka. Memori mereka seolah-olah dibawa pada satu jalan cerita yang mereka tidak ketahui.
Tempat itu agak aneh sekali. Pengawal peribadi yang mengekori mereka sudah tidak kelihatan lagi yang tinggal hanya mereka berdua di kelilingi pepohon sakura yang berbunga lebat.Kelopak bunga sedang ditiup oleh angin lalu jatuh berterbangan di sekitar tempat itu.
Sebuah kereta dipecut laju dari arah belakang. Nasib Karl nampak kereta itu terus dia tarik Arya bersamanya ke tepi jalan yang berumput. Seorang gadis berpakaian seragam sekolah melambung di atas kereta yang melanggarnya.Arya dan Karl sama-sama terkejut dengan apa yang mereka saksikan.
Setelah kereta tadi melanggar gadis yang tergolek  ke tepi jalan datang pula beberapa buah kereta lagi berhenti di belakang kereta itu. Seorang lelaki ke luar dari dalam kereta lain sambil orang suruhannya mengheret seorang budak lelaki yang tersadai di tepi jalan di taman itu berdekatan Arya dan Karl.
“Kau memang kejam! Sanggup kau buat Juniel macam tu. Bunuh aku sekali!” Dia menahan air matanya yang kian menitis ketika diheret jauh dari tempat dari budak perempuan yang terbaring pengsan itu.
“Kau semua pukul dia sekarang!” Keras arahan yang di keluarkan.
Mereka saling memandang antara satu sama lain. Biar betul! Orang suruhannya nampak teragak-agak mendengar arahan daripada lelaki yang cukup angkuh itu. Mereka masih tercegat kerana agak terkejut dengan arahan yang tidak masuk akal langsung. Masakan mereka hendak pukul seorang budak.
“Jangan sampai aku pula yang belasah kau orang dengan teruk! Apa guna aku bayar mahal-mahal kau orang tapi kau nak ingkar arahan aku. Bangsat!” Lelaki itu menghamun mereka dengan kata-kata kesat. Dia memang nekad. Apa yang penting hatinya terasa puas. Biarkan budak lelaki ini menderita.
Mereka terus membelasah remaja lelaki itu sambil diperhatikan oleh lelaki yang terlihat puas. Lelaki itu hanya memerhati tanpa berganjak seincipun melihat bekas adik iparnya dibelasah teruk oleh mereka. Ini yang diinginkan sangat olehnya melihat kesengsaraan pada wajah itu.
Kakak budak lelaki itu tidak dapat menahan sedih melihatkan adiknya terus dipukul. Dia cuba membantu tetapi ditarik oleh bekas suaminya itu dengan kasarnya.
“Youmemang kejam!” Bellamenjerit geram dengan sikap bekas suaminya yang seolah-olah tidak berperasaan ketika itu.
Dia menangis sambil merayu-rayu dalam keadaan mulut memegang kaki lelaki kejam itu. Dia tidak tahan melihat adiknya terus dipukul dengan teruk oleh orang suruhan bekas suaminya. Hidung adiknya sudah berdarah kerana kerap dipukul tanpa henti.
Karl dan Arya terus memerhati kejadian itu. Mereka langsung tidak dapat bergerak cuma perasaan yang terbawa-bawa dalam situasi yang sedang berlaku itu.
Pada wajah lelaki itu langsung tiada perasaan belas kasihan melihat budak lelaki itu terus dibelasah dengan teruk oleh orang suruhannya. Dia cuma tersenyum sinis mendengarkan kata rayuan daripada bibir itu.
“Adam... tolong jangan buat adik Bella macam itu. Tolonglah...” dia terus menangis sambil melutut menghadap bekas suaminya yang masih berdiri sambil memerhati budak lelaki itu berterusan dibelasah. Setelah hatinya terasa puas baru dia menyuruh mereka berhenti.
Bella berlari mendapatkan adiknya yang sedang dalam keadaan lemah. Darah yang mengalir pada hidungnya dan kepala tidak henti-henti mengalir. Matanya sudah layu. Setelah Bella merayu agar budak lelaki itu tidak dipukul lagi terus dia dibawa pergi dari situ oleh orang suruhan lelaki tadi dalam keadaan terjerit-jerit minta dilepaskan.
“Ini yang kau hendakkan sangatkan. Aku dah tunaikan permintaan kau ni. Jangan berlagak bagus depan aku lain kali.” Dia berlalu pergi dengan muka tanpa belas kasihannya. Bella ditolak masuk dengan kasar ke dalam kereta walaupun cuba melawan.
Adiknya yang hampir pengsan ditinggalkan di kawasan itu tanpa dipedulikan. Bella dari dalam kereta menjerit memanggil-manggil adiknya yang sudah lemah akibat dipukul teruk oleh orang suruhan Adam.
Tidak jauh dari tempat budak lelaki itu terbaring lemah seorang budak perempuan yang hampir sebaya dengannya sudah lama pengsan. Dia yang berkeadaan lemah itu perlahan-lahan cuba merangkak menghampirinya. Matanya berair tatkalatangan itu menyentuh jari-jemari budak perempuan itu.
Matanya hampir kabur namun dia gagahkan juga dirinya untuk terus mendekati. Makin dia hampir, semakin dia rasakan badannya seakan terasa lemah. Dia memeluk gadis itu ke dalam dakapannya sambil menangis.
Dia mengusap rambut gadis itu dengan lembut sambil mendakapnya dalam pelukkan. “Awak bangun.... jangan buat saya macam ini. Tolonglah...” Dia menangis teresak-esak cuba menyedarkan gadis itu. Tangannya terasa seperti benda basah pada kepala gadis itu. Baru dia perasan kepala gadis itu berdarah akibat dilanggar oleh kereta orang suruhan bekas abang iparnya tadi. Dasar lelaki tak guna!
    “Juniel bangun.....!!!” Dia menjerit sehendaknya.
Mereka berdua berterusanmenjadi pemerhati kedua-dua orang yang berlumuran darah itu tanpa dapat berbuat apa-apa. Hati Arya sakit melihat keadaan mereka begitu. Karl memandang ke arah Arya dengan seribu tanda tanya. Dia sendiri tidak faham dengan apa yang dia lihat sekarang.
Apa kaitan dua orang pasangan kekasih muda itu dengan mereka berdua? Angin pagi yang bertiup lembut itu bagai menghembuskan bisikkan kepada mereka yang tertanya-tanya dengan peristiwa tadi. Kedua-dua remaja itu hampir hilang ketika angin membawa bayangan mereka pergi dari pandangan mata mereka berdua secara tiba-tiba.
Hanya tinggal pada waktu itu kelopak bunga sakura yang berterbangan di udara di sekitar kawasan itu. Ini bukan fantasi tetapi realiti yang mereka berdua lihat tadi. Angin masih bertiup dengan bisikkan yang langsung tidak difahami oleh mereka berdua.
Bayangan mereka berdua yang menghilang tadi datang kembali menerpa dibawa kelopak sakura yang berterbangan. Perasaan takut langsung tiada ketika peristiwa itu terjadi di hadapan mata Karl dan Arya. Kali ini mereka berdua datang kembali dengan senyuman sedangkan tadi mereka berdua sudah cedera teruk.
Mereka berjalan berpimpinan tangan. Wajah gadis itu agak mirip dengannya waktu zaman menengah tinggi dahulu. Aryasendiri keliru dengan bayangan itu. Budak lelaki yang sedang menggenggam erat tangan budak perempuan itu dirasakan mirip dengan wajah lelaki di sebelahnya.Arya langsung tidak dapat menyuarakan apa yang dia rasakan sekarang. Mulutnya bagaikan terkunci rapat dan hanya fikiran yang cuba mendapatkan kebenaran ketika itu.
“Saya janji kita akan bersama.” Dia agak bersungguh dalam janjinya kepada gadis yang melentokkan kepala ke bahunya sambil mereka berjalanberiringan di kawasan taman itu. Gadis yang mirip Arya itu agak gembira dengan janji budak lelaki itu.
Mereka terus berjalan berpimpinan tangan dan sekali lagi menghilang secara perlahan-lahan dibawa angin yang sedang bertiup ketika itu. Wajah mereka yang menghilang seketika tadi membuatkan Karl terasa dirinya cukup bahagia. Dia sendiri pelik dengan perasaan yang dia alami sekarang.
“Kau ni kenapa pandang aku macam itu sekali. Aku tahulah muka aku ni tak cantik macam miss universe tapi kalau kau tenung lama-lama macam ini boleh tembus muka aku!” Arya cuba menyedarkan lelaki itu.Dalam masa yang sama dia perli balik lelaki itu kerana masih tidak mahu melepaskan tangannya sejak tadi. Lain pula dia rasa disebabkan lelaki itu yang sejak tadi memegang tangannya tidak henti-henti merenungnya. “Kenapa dia pandang aku macam ini sangat. Memang tak beragak!” Perasaannya serba tidak kena. Pandang kanan, pandang kiri, semua serba tak kena. Kenapa pula dia harus ada rasa begini?
Karl memandang keadaan sekeliling.
“Kau ni dah kenapa? Peliklah aku tengok kau ni. Terpandang-pandang macam orang tak betul apahal!” Kali ini tangannya berjaya ditarik. Biarkan perasaan yang terasa-rasa tadi dicampak jauh. Bukan dia sukapun lelaki ini. Jatuh hati? Memang taklah jawabnya.
Karl masih tidak pasti dengan apa yang telah terjadi tadi. Mindanya agak bercelaru. Di mana mereka berada sekarang? Pelik sungguh dia rasakan perasaan tadi.
“Kita dekat mana sekarang? Bukan kita berdua dekat taman ke tadi?” Kali ini giliran Karl pula menyoal Arya yang sedang menahan sakit pada tangannya akibat dipegang terlalu kuat ketika mereka sedang melarikan diri sejak tadi. Kenapa dia ni tanya pelik-pelik dekat aku? Memang dari tadi kita orang dekat sini. Itulah pandang aku macam nak tembus. Sah kena sampuk dia ni. Entah apa-apalah dia ni...
Ini yang buat aku rasa angin satu badan. Dia yang heret aku ke tempat ni boleh pulak buat lawak sarkas pagi-pagi macam ni. Patutnya tanyalah kau tak apa-apa ke. Tangan aku punyalah sakit dia tarik. Tanya pulak soalan mengarut dekat aku. Dia ni spesies makhluk alam mana tak faham perasaan orang langsung!
“Kau mengarut apa ni! Kau yang heret aku ke tempat ni. Mana pulak datangnya taman?” balas Arya balik sambil tersenyum menahan geram.
Dahi Karl agak berkerut dengan jawapan yang diberikan oleh Arya. Kawasan tadi agak sunyi tetapi sekarang mereka berada di tengah-tengah kesibukkan orang ramai. Kepalanya digelengkan sedikit sambil menutup mata.
Dia agak keliru dengan perkara yang berlaku tadi secara tiba-tiba dan sekarang mereka berdua sedang berada di tempat lain. Sikap Karl yang nampak runsing mendengar jawapan daripada Arya tadi membuatkan Arya naik risau melihat kelakuan pelik manusia di hadapannya itu.
Mengingatkan dirinya ditarik sesuka hati ke tempat asing baginya terus Arya menyepak kaki Karl dengan rasa geram yang tidak tertahan sejak tadi.
“Woi, sakitlah!!!” Karl menempik kuat terkejut kerana kakinya disepak.
“Ini sebab suka hati rasa kau saja nak main tarik-tarik aku. Ingat yang kau tarik ni tunggul! Sakit tangan aku kau tarik dari tadi tak kau kira pulak hahh!” Arya cuba menahan darjah kesabarannya sejak tadi. Tapi kali ini dia tidak dapat menahan.
“Habis yang kau malukan aku tadi tu depan orang ramai kau tak ambil kisah pulak. Malu tahu tak kau buat perangai tadi. Menangis tengah-tengah orang ramai lepas tu mereka tuduh aku ni tak bertanggungjawab. Kau bukan siapa-siapapun pada aku dan kau tak layak langsung dengan aku. Perangaipun bukan macam perempuan. Kau ingat aku nak sangat ke tarik kau ni?” Bagai memulangkan buah paku keras kepada tuan empunya badan.
Muka Arya terasa bagai disimbah dengan minyak panas. Dia ini melebih sudah. Jari-jemarinya digenggam kuat tunggu masa untuk memberi hadiah kepada yang sudi menerima.
“Kau siapa nak kata aku layak atau tak untuk kau? Balik rumah cermin muka kau tu lama-lama. Kau ingat aku hingin sangat ke kau ni hahh? Kau fikir muka kau handsome aku jatuh hatilah pada kau. Berangan banyak-banyaklah!”Arya menunjukkan penumbuk dengan wajah menyinganya sebelum beredar dari sana. Ikutkan hati mahu saja dia stapler mulut lelaki itu. Mulut tak ada insuran betul!
Sudahlah pagi tadi dia dihina hadapan khalayak ramai. Sekarang lelaki itu pula yang cuba merendah-rendahkan maruahnya. Orang ramai tidak ambil kisah tentang mereka berdua yang sedang bertegang urat kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Arya sempat menoleh ke belakang dengan wajah sengaja dimasamkan olehnya.
Tidak sudah-sudah orang mahu sakitkan hati aku. Apalah malang nasib hari ini. Karl masih tercegat memerhati kelibat perempuan tadi yang sudah jauh dari pandangan matanya. Peristiwa pelik tadi hanya singgah sementara pada mindanya. Karl tidak ambil kisah tentang soal itu. Apa yang dia kisahkan sekarang adalah soal perempuan yang berani naik suara terhadapnya. Inilah pertama kali dia berhadapan dengan seorang perempuan yang langsung tidak menjaga etika keperempuanan di hadapannya.
Suka hati dia aje nak marah-marah aku. Pelik betullah dia ni. Sudahlah kasar suka cakap lepas pulak dengan aku. Mungkin dia tak kenal aku siapa lagi. Kalau aku jumpa kau lagi siap kau! Karl meneruskan langkahnya menuju ke destinasi yang ingin dituju dengan berhati-hati. Manalah tahu kalau dia masih diekori
Ketika sedang berjalan Arya baru tersedar matanya masih basah dengan air mata. Dilapnya air mata yang masih bersisa pada pipi dan bawah dagunya. Dia terus berjalan meninggalkan tempat itu tanpa banyak berfikir lagi.
Angin bertiup membawa kelopak bunga sakura berterbangan pada kawasan itu kembali. Sepertinya ada kisah yang akan bersambung semula nanti. Kelopak bunga sakura masih terbang dengan tiupan lembut sang angin.Mereka berdua tersenyum melihat Karl dan Arya dengan ego masing-masing. Angin terus bertiup membawa mereka pergi jauh dari tempat itu dan yang hanya tinggal kelopak-kelopak sakura yang jatuh pada sekitar kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment