Bab 18
Antara Zarran mahupun
Karl masing-masing hanya berdiam diri. Patutkah mereka berbual untuk hilangkan
rasa bosan. Mata susah untuk dipejamkan. Karl menggulingkan dirinya ke kiri ke
kanan tapi masih tidak dapat tidur. Selama dia bersama mereka di rumah datuk
Zarran di kampung matanya susah untuk dipejamkan. Selama ini dia tidur
beralaskan katil yang empuk tetapi kali ini beralaskan tilam nipis sekadar alas
tempat tidur sahaja.Itulah bezanya kalau selama ini pernah hidup senang.
Segalanya tersedia tapi untuk kali ini dia terpaksa berusaha sendiri untuk
hidup. Duit yang dikeluarkan tempoh hari dia gunakan untuk membeli pakaian dan
keperluan lain. Nasib dia berfikir panjang soal tindakkannya melarikan diri
dari rumah.
Dia bukan seperti Zarra
melarikan diri tanpa membuat sebarang persediaan. Akaun banknya telahpun mamanya
bekukan seperti yang dijangkakan sejak dari awal lagi. Ingat dia dengan mudah
untuk mengalah. Cuti semester beginilah dia mahu merehatkan diri daripada
mendengar mamanya berleter.
Karl menggulingkan
badannya lagi. Susahnya hendak melelapkan mata. Zarran sama saja kesnya dengan
Karl cuma dia mengereng dalam keadaan
statik. Entah apalah yang dia fikirkan sampai tidak boleh melelapkan mata. Karl
yang berguling di belakangnya sejak tadi buatkan dia rasa rimas. Mengganggu
betullah dia ni.
Zarran beralih pada
Karl di sebelah. Dia baru hendak pejamkan mata Karl tidak sudah-sudah
mengganggu. Nasib dia ini tidak kejam macam Arya kalau tidak alamatnya Karl memang
ditendangnya ke luar dari bilik ini.
“Kau boleh tak jangan
berguling-guling. Bisinglah. Aku nak tidurpun tak senang.” Zarran menegur Karl
yang baru berhenti dari membuat gulingan badan entah kali keberapanya. Kali ini
Karl berguling sampai ke tepi dinding bilik setelah teguran daripada Zarran
tadi buat gulingannya terhenti sampai ke sana.
“Kalau kau tak rasa
selesa nak duduk lagi dekat sini aku nasihatkan kau balik sajalah ke rumah kau.
Jangan nak paksa diri.” Nasihat Zarran pula. Selama dia bersama mereka bercuti
di kampungnya Karl nampak kurang selesa kalau berkaitan tempat tidur. Nampak
ketara sangat sama macam sekarang.
Dia faham kalau Karl
tidak suka berkongsi bilik dengannya. Tapi Karl kena faham juga bahawa mereka
tiada pilihan selain berkongsi bilik yang sama. Ikutkan dia pun tidak mahu
berkongsi bilik dengan sesiapa tetapi dek perkataan terpaksa itu dia relakan
saja.
Kalau datang dari
keluarga berada memang susah nak sesuaikan diri. Zarra sejak tadi mengetuk pintu
bilik mereka berdua. Pintu bilik dikunci dari dalam oleh Karl ketika mereka
melangkah masuk ke dalam bilik. Kalau tidak dikunci ada saja yang datang
mengganggu terutama Zarra yang nampak tidak faham bahasa.
Beberapa hari lepas
mereka berdua terpaksa tidur di ruang tamu semata-mata mahu memberi ruang kepada
Zarra yang merengek tidak mahu tidur satu bilik bersama geng Arya. Kali ini
Karl tidak akan beralah untuk membiarkan diri mereka tidur dalam keadaan
terseksa lagi. Sekali sudah cukup dan lain kali harus beringat.
Biarkan Zarra mahu
mengetuk pintu bilik mereka sampai nak pecah.Karl mengingatkan Zarran supaya
tidak berlembut hati sangat terhadap Zarra. Bila penat nanti tahulah dia pergi
ke bilik yang dihuni oleh Arya and the geng. Dia mahu merengek sekalipun
biarkan saja.
Jika tidak bertegas
dengan diri sendiri silap-silap mereka harus tidur luar lagi hari ini. Cakap
Karl ada benarnya juga. Tiap-tiap hari ada saja Zarra mahu mengganggu tidur
mereka.
Katanya tidak tahan
mahu tidur sebilik dengan mereka sebab Jia tidur berdengkur. Zarra mahupun Karl
mereka berdua datang dari latar belakang keluarga yang sama taraf. Cuma sikap
yang membezakan antara mereka berdua.Seorang kuat merungut dan seorang lagi
terima seadanya walaupun kadang-kadang nampak dia kurang selesa.
“Aku tak paksapun diri
aku. Aku tengah mencubalah ni untuk terima keadaan macam ni. Esok-esok kalau
aku kahwin dengan Al at least aku boleh terima dia seadanya.” balas Karl nampak
yakin dengan apa yang dia sedang buat.
Mata Zarran tidak
berkelip sedikitpun. Dia korek telinga sebab dia rasa macam salah dengar apa
yang Karl cakapkan tadi. Kahwin! Aku salah dengar apa ni. Dia betul-betul
sukakan Arya ke? Owh tidak... sungguh mustahil!
“Kau merepek apa ni
wehh!” Bengang pula Zarran dengan penipuan Karl itu. Mata susah untuk dipejam,
Karl pula buat lawak antarabangsanya tiba-tiba. Kalau nak berguraupun
beragaklah juga. Zarran baling bantalnya pada Karl. Rasa dirinya sedang
dibohongi dengan penipuan Karl yang tak logik langsung.
Mana mungkin Karl suka
pada Arya. Apa yang ada sangat pada Al itu selain kekejamannya yang paling ketara.
Sifat lembut dalam dirinya sebagai seorang perempuan langsung tidak ada. Gila
apa kalau Karl boleh jatuh suka pada Arya. Sungguhlah tidak masuk akal.
“Kau kalau nak buat
lawakpun beragaklah sikit. Tengah malam buat lawak bodoh kau pulak. Ingat aku percaya
ke.” Sangkal Zarran lagi kerana menyangka Karl sedang buat lawak. Bantal yang
Zarran baling tadi Karl sambut untuk dijadikan alas kepalanya tidur di tepi
dinding.
Karl senyum saja. Dia
pun nampak tidak percaya dengan kata-katanya yang terluah dari mulutnya
sendiri. Setidaknya dia mencuba untuk memahami bukan asyik merungut. Senyuman
Karl itu buat Zarran berfikir dua kali. Dia ini biar betul? Kurang percaya
untuk kesekalian kalinya.
“Kau betul-betul
sukakan Al ke?” Soal Zarran ragu-ragu walaupun dia sendiri fikir itu memang
soalan paling bodoh pernah dia ajukan pada orang. Rasanya soalan yang dia
tanyakan itu akan mengundang gelak. Mungkin juga. Siapapun akan bertanya jika kenyataan
yang di keluarkan disusuli senyuman meleret pada bibir itu.
Soalan bodoh jenis apa
aku tanyakan dia ni. Risau pula dia kerana terlepas cakap untuk bertanya. Dasar
mulut gatal. Zarran ketuk bibirnya perlahan.
Karl senyum lagi. Apa
jenis jawapan yang cuba dia berikan pada Zarran kali ini. Zarran hampir keliru
dengan senyuman itu. Oh, tidak mungkin! Aku rasa dia confirm salah makan ubat
ni. Zarran geleng kepala masih tidak percaya.
“Kau tolong jangan
senyum macam tu. Serius aku tak akan tertipu dengan penipuan kau tu. Kalau kau
suka pada Zarra aku boleh percaya lagi tapi bukan Arya. Macam ada yang tak kena
saja kalau kau suka pada dia. Kau ni dah salah makan ubat ke?” Zarran masih
mahu mempertikaikan segala apa yang dia fikirkan.
Tindak balas daripada
reaksi Zarran yang masih sukar mempercayai itu mendatangkan rasa geli hati Karl.
Dia sudah agak kalau orang macam Zarran tidak akan percaya dengan kata-katanya.
Biarkan jawapan itu menjadi persoalan semata-mata. Diapun malas mahu bersoal
jawab tentang perasaan yang dialaminya ini.
Karl terus tidur tanpa
menjawab pertanyaan daripada Zarran tadi. Kenyataan yang di keluarkan Karl tadi
membuatkan dia bertambah susah untuk pejamkan mata. Dia senang hati dapat tidur
setelah menyusahkan otak Zarran berfikir yang bukan-bukan terhadap kenyataan
yang mengejutkan tadi. Sabar saja wahai hati.
Pagi yang agak hening
di kawasan desa itu baru lepas dihujani pada pertengahan musim bunga. Kawasan
ladang berhampiran masih basah setelah hujan menyirami sekitar kawasan
berkenaan. Pekerja-pekerja ladang mula ke luar dari rumah untuk menjalankan
aktiviti menuai sayuran di ladang. Pada awal pagi beginilah hasil tanaman akan
dituai sebelum peraih datang membeli.
Beginilah rutin
seharian mereka di kawasan desa yang terkenal dengan aktiviti penanam pelbagai sayur-sayuran.
Sayur yang baru dituai segar mendapat permintaan yang amat tinggi di pasaran.
Selalunya pelanggan mereka merupakan pemilik kedai makan atau hotel-hotel
terkemuka yang ingin memenuhi permintaan pelanggan mereka yang menginginkan
makanan yang segar seperti sayuran di ladang ini.
Permintaan yang makin
bertambah saban hari membuatkan pemilik ladang terpaksa memajak kawasan tanah
berhampiran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Di antara pekerja
ladang itu Maria turun padang untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja
menuai hasil tanaman di ladang bapanya.
Rutin menuai sayuran di
ladang ini bukan menjadi masalah bagi Maria. Hidupnya selama ini disara oleh
hasil ladang bapanya yang bekerja kuat selama ini. Hasilnya kawasan ladang yang
dulunya hanya kecil tetapi kini semakin luas di kampungnya. Kebanyakkan pekerja
ladang merupakan warga jati kampung mereka sendiri.
Hasil tani yang semakin
bertambah mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan warga desa di sini. Hari
ini bapanya dapat berbangga kerana ladangnya semakin maju. Di laluan traktor
pengangkut hasil tanaman bapa Maria, Jang sedang berjalan sambil bertongkat
laju ke arah kawasan ladangnya.
Walaupun kawasan
ladangnya diuruskan oleh anaknya yang lain tetapi Jang selaku pemilik tidak
boleh lepas tangan soal membuat kerja-kerja pemantauan hasil tuaian. Para
pekerjanya sangat menyenangi Jang kerana sikapnya yang prihatin terhadap
kebajikan pekerjanya.
Kebanyakkan pekerja
diladang itu merupakan warga pertengahan usia kerana kebanyakkan warga muda telah
berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan setaraf kelayakkan akedamik
mereka. Walaupun begitu cuma sebilangan anak muda masih bekerja di sana
semata-mata tidak mahu meninggalkan kampung halaman mereka sejak lahir.
Sebab itu Jang sangat
bangga dengan anak muda yang bekerja di ladangnya itu. Dengan kehadiran mereka
kerja yang agak berat dapat dibuat tanpa menyukarkan pekerja yang majoritinya
warga tua usia pertengahan. Kepulangan anak perempuannya, Maria sedikit banyak
mengembalikan memori lama mereka di ladang penuh suka duka itu.
Dari jauh Zarran dan
teman-temannya datang ke sana untuk membantu apa yang termampu. Sejak hampir
seminggu mereka berada di sana kawan-kawan Zarran banyak membantu pekerja
ladang mengutip hasil tuaian tanaman tanpa mengharapkan sebarang gaji.
Zarra yang pada mulanya
rasa leceh membuat kerja-kerja mengutip hasil di ladang itu nampak mula seronok
setiap kali berkunjung ke sana. Lebih-lebih lagi ada warga pekerja ladang kerap
memujinya cantik dan pandai membuat kerja. Siapa tidak suka dipuji.
Walaupun sering dipuji
cantik tetapi pujian kali ini yang diterima buat dia bertambah kembang
semangkuk. Lebih-lebih lagi dipuji di hadapan datuk dan mama Zarran. Untuk
memikat hati anak harus memikat yang orang tuanya dahulu baru yang muda akan
terjatuh hati padanya dengan mudah.
“Amboi, cantiknya awak
ni. Rajin pulak tu. Macam ni mak cik nak buat kamu jadi anak menantu boleh
tak.” Usul seorang pekerja wanita sambil memuji-muji Zarra yang hampir kembang
dibuatnya. Zarra tersipu-sipu malu kerana sudah dipuji. Mak cik-mak cik yang
lain turut mengatakan perkara yang sama.
Pujian tidak berhenti
dari bibir warga pekerja ladang yang sedang berehat setelah penat membuat
kerja. Zarran buat tidak dengar saja dengan pujian yang melambung tinggi dilemparkan
kepada Zarra.
“Ya ke mak cik. Maaflah
saya dah ada calon pilihan tapi dia buat tak tahu saja dengan saya ni.” Jeling
Zarra dengan ekor matanya Zarran di sebelah yang asyik memungut sayuran tanpa
mengendahkan kata-kata Zarra yang sebenarnya mengajukan ayat itu kepadanya.
Jia satu hari kalau
tidak sakit hati memang tidak sah hidupnya. Zarra yang buat malu-malu dengan
pujian yang sering diterimanya buat Jia panas telinga. Kalau setakat datang ke
ladang buat kerja tayang muka lawa baik tak payah! Baru buat beberapa minit
kerja sudah buat-buat penat. Menyirap Jia dengan helah yang dibuat oleh Zarra
itu.
Kejap-kejap Zarra
menangkap gambarnya sambil buat posing gediknya. Meluat pula Jia melihatnya.
Sarra kadang-kadang jadi mangsa Zarra untuk menangkap gambarnya yang kononnya
sedang letih membuat kerja di sana. Arya tergelak dengan kerenah mereka bertiga
sambil itu dia meneruskan kerjanya.
Jia dengan perangai
suka menyampah pada Zarra, Sarra pula sejak berbaik dengan Zarra tidak
sudah-sudah dijadikan bahan untuk mengambil gambar posing Zarra di ladang.
Manakala Zarra pastinya sedang mengambil hati Zarran balik untuk menerimanya
semula sebagai teman wanitanya. Sebab itu Jia agak menyirap dengan perangai
gedik tidak sudah Zarra itu.
Karl bertinggung
bersebelahan Arya macam biasa. Nampak sangat mahu mengambil kesempatan. Arya
diamkan saja walaupun dia tahu orang itu nampak semacam tersenyum memandangnya
sejak tadi. Kenapa dia asyik senyum memanjang aje. Atau dekat aku ni memang ada
yang tak kena.
Arya pandang baju yang
dipakainya. Rasanya memang tak ada yang bermasalah. Sah dia yang bermasalah
sekarang ni. Suka hati kau lah nak senyum macam tu. Bukan kau senyum dekat
orang lainpun tapi dekat aku jugak. Hee... suka. Miang dalam diam makin terasa.
Bukan Arya nak perasan
saja-saja tapi orang di sebelahnya ini memang sejak tadi buat kerja sambil
menoleh ke arahnya. Kerja-kerja menuai hasil tanaman sayuran di sekitar mereka
agak memenatkan. Arya rasa pelik kerana Karl langsung tidak mengeluh walau
sedikitpun ketika membuat kerja-kerja ini bersamanya.
“Al jom tangkap gambar
nak tak.” Karl buat permintaan pada Arya yang asyik membuat kerja sejak tadi.
Arya geleng kepala. Ada saja permintaan mengarut daripada Karl. Beberapa hari
lepas Karl ajak menemankan dia berjalan malam hari kali ini tangkap gambar pula.
Beragaklah juga kalau nak
tangkap gambar bersama. Karang muncul pulak kontroversi yang bukan-bukan. Dia
orang ni pantang tengok aku rapat sikit dengan mamat ni. Seorang muncung hendak
sedepa, seorang lagi senyum macam kerang busuk. Tak beragak buat permintaan.
Kalau setakat mereka
berdua yang berada di sana mungkin Arya boleh terima lagi mahu tangkap gambar.
Karang ada yang ke luarkan kenyataan aku suka pada Karl. Memang taklah
jawapannya! Akupun bukanlah nak terhegeh-hegeh nak suka pada dia ni. Biasalah
kalau dia rapat dengan seseorang macam aku ni.
Takkan lah dia nak
rapat dengan Zarra pula. Dimudahkan cerita mungkin Karl rapat dengan aku sebab
semata-mata mahu sakitkan hati Zarra saja. Kiranya aku ni dijadikan alat untuk
mendatangkan rasa cemburu antara mereka.
Cehh orang macam ini
pun ada jugak ke. Nasib badan kau Arya. Tapi aku ok saja. Tak pulak aku rasa
macam nak marah pada dia ni. Atau sebabnya kau memang suka kena gunakan dengan
orang macam dia ni. Ishh gatal betul. Arya senyum pada sayur yang baru
dipotongnya dengan menggunakan pisau khas.
Karl cucuk bahu Arya
dengan jari telunjuknya. Dia bertanya tapi Arya buat tidak dengar. Tengok gaya
Arya ini macam tidak berminat hendak tangkap gambar. Dia boleh senyap saja
tanpa sebarang jawapan. Handphone yang baru dikeluarkan dari poket seluarnya
cepat-cepat dia tekan pada bahagian kamera.
“Al tengok ni.” Karl
angkat sayur yang baru dituainya. Arya menoleh kemudian angkat ibu jari. Dalam
masa yang sama Karl snap gambar Arya yang menoleh ke arahnya. Itu saja
taktiknya untuk tangkap gambar. Terperanjat pula Arya gambarnya ditangkap
secara tiba-tiba. Karl senyum pada gambar yang baru ditangkapnya. Suka pula dia
dapat tangkap gambar Arya itu.
“Mana adil kau tangkap gambar
aku tanpa kebenaran,” rungut Arya.
“Rasanya belum ada akta
yang melarang tangkap gambar tanpa kebenaran. So gambar kau ni aku simpan.”
Handphone itu dia simpan semula dalam poket. Arya diam tanpa banyak soal lagi.
Rasanya bukan sekali dua Karl tangkap gambar dia tanpa buat persediaan. Entah
apalah rupa dia dalam gambar yang ditangkap Karl itu. Mesti buruk gilakan.
Pekerja yang sedang
membuat kerja di sekitar mereka menyapa Karl yang sibuk membantu mereka
mengangkat sayur yang baru lepas dituai. Tidak pula Arya menyangka Karl serajin
itu dan mudah pula untuk disuruh. Sikap anak orang kaya pada diri Karl itu
sedikit banyak mula terhakis pada pandangan mata Arya.
Beberapa lama mereka
asyik membuat kerja mama Zarran memanggil dari hujung ladang. Mama Zarran akan
memanggil mereka jika tiba waktu makan pagi setelah penat membuat kerja.
Begitulah kebiasaannya. Zarra orang pertama yang berjalan mendahului mereka
berempat ke pondok berhampiran.
“Jia banyak tak kau
cabut sayur sayur tadi.” Sarra menyoal Jia yang baru berjalan beriringan
dengannya.
“Banyaklah jugak.” jawab
Jia ringkas. Gayanya seperti dia malas untuk menjawab pertanyaan Sarra itu
lebih-lebih. Mungkin juga dia cemburu sebab Sarra memberi perhatian terlebih
kepada Zarra.
“Kau marah dekat aku
ke. Janganlah marah Jia. Aku tangkap gambar dia aje yang lain aku tak buatpun.
Selama ni aku layan kau apa. Kau tak usahlah nak merajuk sangat.” Sarra rangkul
bahu Jia. Bukan dia tidak sedar Jia cemburu melihat dia dan Zarra berbaik. Jia
biarkan saja gaya Sarra memperlakukannya. Bukan dia tidak biasa.
Beberapa buah kereta
mewah masuk ke dalam kawasan ladang. Beberapa orang bodyguard ke luar dari
dalam kereta menuju ke kawasan ladang di mana pekerja ladang masih membuat
kerja-kerja memungut hasil tanaman. Ada warga ladang yang nampak orang asing
seperti mereka datang terus memaklumkan pada mereka yang sedang menikmati sarapan
pagi.
Budak lelaki itu
berlari berjalan menuju ke arah pondok di mana Maria dan rakan-rakan Zarran
sedang menikmati makanan yang baru dihidangkan.
“Kak Maria ada orang
datang ke sini cari tuan muda. Saya tak pasti siapa tuan muda yang dimaksudkan
tu.” ujar budak lelaki yang merupakan anak pekerja ladang di sana sambil
termengah-mengah akibat berlari.
Karl hampir tercekik
kerana mendengar berita itu. Siapa lagi digelar tuan muda kalau bukan dirinya.
Dia minum air dari gelas di atas meja. Zarran dan Zarra sama-sama membuang
pandang kepada Karl yang buat muka leganya setelah dapat minum air tadi.
Jelas tiada raut
kerisauan pada wajah Karl. Dia nampak tenang saja. Ketenangan Karl ini buat
Zarra risau. Zarra berjalan mendekati Karl yang berada di hujung meja ketika dia
meneruskan makannya di bawah pondok itu. Dia juga patut risau jika dirinya
ditangkap sama. Masak kalau kena tangkap.
“Karl you tak bimbang
ke?”Zarra mula gusar.
“Kau tak payah nak
gelabah sangatlah! Bukan dia orang cari kau pun!” marah Karl sambil
memerlahankan suaranya. Pada raut wajahnya memang tidak terpapar kerisauan tapi
hatinya memang tidak tenang mendengar perkataan tuan muda itu.
Pasti mamanya telah
dapat menjejaki di mana dia sedang berada. Tiada perkataan mustahil dalam kamus
hidup mamanya jika mahukan sesuatu. Aku baru nak berehat tapi ratu Mesir dah
datang. Karl tarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan.
Arya pandang Karl di
hadapannya. Cara Karl menampakkan dia tidak senang hati. Apa yang buat dia
nampak bimbang? Tertanya-tanya Arya dibuatnya. Mengenali Karl hampir seminggu
buatkan dia masak dengan air muka yang dipaparkan oleh Karl. Pada pandangan
semua Karl kelihatan biasa seperti tiada apa yang perlu dia bimbangkan tapi
pada pandangan Arya sebaliknya.
Air kosong yang baru
dituangkan pada cawan, Karl teguk laju. Reaksi Karl begini buat Arya bertambah
yakin dengan telahannya. Zarra juga turut nampak resah sejak dia duduk semula
pada tempatnya setelah mendatangi Karl tadi.
Mereka yang bersuit
hitam datang ke tempat mereka. Karl buat tidak tahu saja. Mereka menundukkan
kepala pada tuan muda mereka. Beberapa ketika datang Madam Narsya bersama mama
Zarra ke sana. Air yang baru diteguknya tersembur ke luar apabila namanya
dipanggil kuat oleh suara yang amat dikenalinya.
“Zarra!” Madam Natasya
memekik di hujung meja. Di sebelahnya Madam Narsya muka tanpa riak. Hampir satu
minggu dia bersusah hati memikirkan soal anaknya yang lari dari majlis
pertunangan yang dirancangkan. Baru hari ini dia berasa lega sedikit melihat
anaknya.
Selain mereka bertiga,
mereka yang lain masih terpinga-pinga dengan kedatangan lelaki bersuit hitam
mengelilingi pondok yang mereka diami. Zarra bangun cuba melarikan diri ketika
mamanya sedang berkepak memandangnya. Memang betul mamanya tidak pernah
memukulnya tetapi pandangan semacam marah itu buat dia jadi takut.
Karl buat relax dia
saja. Tiada apa-apa kebimbangan langsung padanya. Zarra mengatur langkah seribu
mahu melarikan diri. Dia rempuh bodyguard di hadapannya.
“Tangkap anak degil
saya tu!” arah Madam Natasya marah. Sambil itu dia berjalan mendapatkan anaknya
yang masih melarikan diri di kawasan ladang itu. Makanan yang baru tersuap pada
mulut belum habis dikunyah lagi tetapi Madam Narsya sudah mengarahkan pengawal
peribadinya menangkap Karl.
Maria nampak tidak puas
hati dengan perempuan yang terlihat angkuh di hadapannya. Langsung tidak
menyapa mereka. Pengawal peribadi yang sedang memegang Karl kiri dan kanan diarahkan
berhenti oleh mama Zarran. Dia seorang saja orang dewasa dalam kalangan mereka
di bawah pondok itu.
Mana boleh dia biarkan
Karl dibawa pergi tanpa sebarang penerangan yang jelas. Maria tarik Karl
daripada pegangan lelaki yang bersuit hitamsetelah Madam Narsya mengeluarkan
arahan.
“Saya tak akan benarkan
siapa-siapapun menyentuh Karl selagi saya tak faham kenapa awak mahu bawa dia
pergi.” Maria tarik Karl ke tepinya. Madam Narsya tersenyum sinis. Patutkah dia
menjawab pertanyaan wanita yang berani menghalangnya dari mendapatkan anaknya
sendiri? Nampaknya wanita ini masih tidak mengenalinya lagi.
Cermin mata hitam ditanggalkan.
Karl rasa mahu tergelak melihat mamanya buat muka berlagaknya di hadapan mereka
semua. Cara berpakaian Madam Narsya yang nampak bergaya dan anggun sekali di
mata mereka membuatkan mereka yang tidak mengenalinya memuji dalam diam
walaupun dia nampak angkuh.
Maria masih bertegas
dengan pendiriannya. Mana boleh dia membiarkan wanita yang muncul tiba-tiba di
sana mahu membawa Karl pergi. Pakaian yang dipakainya nampak mahal pada
pandangan Maria. Tapi itu tidak akan mematahkan pendiriannya tidak membenarkan
mereka membawa Karl pergi.
“Dia anak saya. Saya
rasa tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. Kamu semua bawa Jhoon masuk kereta
sekarang!” arah Madam Narsya tegas.
Maria nampak tidak
percaya begitu juga mereka yang lain. Wanita yang angkuh ini mama kepada Karl
yang nampak sopan di mata mereka. Berbeza sungguh keperibadian mereka berdua.
Maria masih tidak dapat menerima lagi.
“Karl ini mama kamu?”
Soal Maria ingin mendapatkan kepastian yang jelas. Karl angguk perlahan. Mereka
yang bersuit hitam membawa Karl pergi bersama mereka. Maria membiarkan saja
walaupun dia tidak rela.
Arya pandang saja Karl
di bawa pergi dari sana. Dia boleh buat apa lagi. Sedangkan mama Zarran sendiri
tidak mampu menghalang inikan pula dia. Tapi kenapa pula dia harus menghalang
Karl pergi dari sana. Kelibat Zarra yang turut dibawa pergi dari sana masih
terjerit-jerit meminta dilepaskan.
Siapa yang dapat
menghalang jika orang yang ingin mengheret mereka berdua itu pergi merupakan
orang tua Karl dan Zarra sendiri. Kereta-kereta yang masuk ke kawasan ladang
tadi beredar dari sana. Pekerja ladang yang melihat kejadian itu nampak
tertanya-tanya.
Beberapa orang pekerja
datang menemui Maria di bawah pondok. Muka mereka nampak gusar risau melihat
Zarra dan Karl dibawa pergi dengan cara paksaan.
“Maria dia orang bawak
budak berdua tu pergi mana? Kamu tak nampak ke dia orang kena bawak pergi?”
Salah seorang pekerja ladang menyoal Maria yang baru meneguk air dari dalam
cawan. Pertanyaan daripada wanita yang bergelar mak cik itu disambut anggukan
daripada mereka semua yang berada di sana.
“Kalau nampak kenapa
tak halang mereka.” soal lagi mak cik itu.
“Mak cik jangan
risaulah. Mereka tak akan apa-apa pun. Jangan risau.” Nasihat Maria terhadap
orang tua yang hampir sebaya dengan bapanya. Hati siapa tidak bimbang jika
melihat ada orang dibawa pergi sambil meronta-ronta dilepaskan. Penjelasan
Maria tadi disambut baik oleh mereka yang datang ke sana.
Pengawal peribadi yang
membawa Karl masuk ke dalam rumah secara paksa terhenti langkah tatkala Tuan
Andy muncul di ruang tamu di rumah itu. Dia sudah dapat mengagak isterinya
pasti akan dapat menjejaki di mana Karl berada walaupun dia cuba melindungi.
“Lepaskan dia!” arah
Tuan Andy kepada pengawal peribadi yang nampak terkejut dengan kehadirannya. Mereka
beredar dari sana setelah diarahkan pergi. Madam Narsya berpeluk tubuh berdiri
menghadap mereka berdua. Karl berdiri berhampiran papanya.
“Kalau setakat you nak
sorokkan anak kita sekejap ini I dapat tahu di mana dia berada. You jangan
ingat I takkan buat apa-apa. Jhoon awak betul-betul kecewakan mama.” Madam
Narsya berjalan meninggalkan mereka berdua setelah rasa kecewa terhadap mereka
berdua diluahkan.
“Baguslah kamu sudah
pulang. Lepas ni jangan nak larikan diri lagi.” Tuan Andy nampak gembira dengan
kehadirannya. Tuan Andy tepuk bahu Karl sebelum dia pula beredar dari sana.
Tinggal Karl seorang berdiri di sana. Hubungan kedua ibu bapanya nampak
bermasalah. Matanya tidak pernah silap menilai. Pastinya ada yang tidak kena
dengan mereka berdua itu.
Sebelum ini mama dan
papanya tidak pernah saling tidak mengendahkan antara satu sama lain. Adakah
dia menjadi punca mereka bermasam muka? Kali terakhir dia melihat mereka
seperti itu ketika pertikaian perceraian kakaknya Bella dan suaminya dua tahun
lepas.
Sikap papanya di luar
jangkaannya. Dia ingat Tuan Andy turut akan memarahinya seperti mana mamanya
ketika dia berada di dalam kereta tadi. Papanya nampak tenang saja. Apa sudah
terjadi?
No comments:
Post a Comment