Bab 2
Tapak konsert sudah
lama dipenuhi orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan tempat duduk
masing-masing sebelum konsert 7JGee yang mereka minati bermula. Dari petang
lagi orang ramai sudah menunggu lama di luar stadium untuk berbaris masuk ke
dalam. Keadaan tiba-tiba gelap kerana lampu dimatikan secara tiba-tiba. Para
penonton mula bersorak tatkala muncul gambar artis berkumpulan lelaki di layar
skrin besar sedang berdiri sambil menundukkan kepala.
Musik latar belakang
menjadikan kemunculan mereka di atas pentas mengujakan peminat mereka. Lampu
spot light dipancarkan ke arah pentas ketika wajah mereka sedang tertunduk
memandang lantai pada layar skrin besar.
Acara konsert sudah
bermula.Masing-masing bagai sudah tidak keruan dan ada yang menjerit nama artis
pujaan mereka dengan kuat ketika artis itu muncul di atas pentas. Musik dimainkan
dan suasana menjadi bertambah gamat dengan sorakkan nama artis berkumpulan itu.
“7JGee 7JGee 7JGee.” Mereka
semua terus bersorak dengan kuat.
Baner tulisan nama artis berkumpulan itu turut dipegang oleh ramai penonton bagi menunjukkan tanda sokongan mereka kepada artis berkumpulan itu. Mereka sama-sama menyanyikan lagu yang sedang rancak dinyanyikan oleh artis yang sedang membuat persembahan.

Tarian penuh rancak
diiringi vokal mantap dalam nyanyian mereka membuatkan siapa-siapa yang
menyaksikan persembahan itu terpukau dengan aksi bertenaga mereka di atas
pentas. Tanpa backup dancer sekalipun persembahan mereka sudah cukup memukau
para peminat yang hadir pada malam itu.
Kesibukkan lalu-lintas
pada malam itu agak teruklebih-lebih lagi berhampiran tapak konsert pada malam
itu. Arya hampir hilang sabar tatkala kereta yang dipandunya sudah tersekat
dalam kesesakkan lalu-lintas. Sedikitpun kereta di hadapannya tidak bergerak
inikan pula kereta yang dipandunya ini. Arya pegang stering kereta kuat. Ada
kalanya tangannya menjentik-jentik stering kereta menghilangkan rasa bosan.
“Sarra kau tengok.
Macam mana kita nak tengok konsert wehhh...” gaya mahu menangispun ada dari
suara yang sedang bengang itu.
Sarra mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta menjenguk keadaan trafik yang langsung tidak berubah-ubah sejak tadi. Parah! Burn tiket yang mereka beli nanti jika mereka terlewat sampai. Dia turut mengeluh sama dengan apa yang terjadi. Mereka sudah hampir dengan tapak konsert namun kereta mereka masih tersekat pada laluan masuk ke tempat letak kereta yang berhampiran. Ikutkan hati waktu itu juga dia parking kereta itu di tepi jalan terus berlari ke tapak konsert.

Fikiran dan hati sudah
tidak keruan dengan keadaan sebegini. Suara sorakkan di acara konsert bergema
sehingga ke jalan raya yang berhampiran. Mendengarkan saja sorakkan yang
bergema itu hati makin gila-gila mahu keluar saja dari kereta sekarang.
“Arya kau parking
ajelah dekat tepi jalan tu. Aku tak kisah pun. Nanti pandai-pandailah aku bayar
saman kereta ni eh.”
Arya angkat kening bagaikan tidak sangka dengan apa yang dia dengari daripada seorang si kaki kedekut macam Sarra ini. Terus saja dia membelok ke arah kanan menghala ke arah tapak parking haram.
Arya angkat kening bagaikan tidak sangka dengan apa yang dia dengari daripada seorang si kaki kedekut macam Sarra ini. Terus saja dia membelok ke arah kanan menghala ke arah tapak parking haram.
“Jangan lupa saman kau bayar ok. Yalah inikan kereta kau dan kau kena bertanggungjawab dengan kata-kata kau tadi ok.”
Arya bukan apa dibuatnya Sarra cakap tak serupa bikin boleh mati kejang dia nak menghadap saman yang bakal dibayar nanti. Sarra tahi hidung masin ni bukan boleh percaya sangat!
“Ya aku bayar.” Sepatah jawapan
daripada Sarra.
Sarra terus saja keluar
dari dalam kereta dengan hati penuh teruja. Arya yang mendengar green light
sudah berlari dulu ke tapak konsert. Sarra yang masih tercegat bagaikan tidak
menyangka dengan tindakkan rakannya itu. Bukan main excited lagi Arya.
“Arya tunggu
akulah....” dia berteriak memanggil kawannya yang baru berhenti daripada larian
terujanya. Arya sudah tergelak melihatkan Sarra yang berlari bagai orang mahu
tergolek saja gayanya. Mana tidaknya dia berlari dengan kasut tumit tinggi.
Last last kasut itu ditanggalkan dan dia berjalan kaki ayam ke tapak konsert.
“Aku dah cakap tak
payah pakai kasut tinggi sekarang kau yang tak pakai kasut. Tak ada orang nak
tengok pun kau pakai kasut tinggi ni.”
Sempat lagi Arya menegur Sarra yang mula memuncungkan mulutnya gaya itik. Suka sangat buat mulut macam itu. Dipimpinnya tangan Sarra berlari ke tapak konsert dengan laju sekali. Kebanyakkan tempat sudah penuh dengan orang ramai yang sudah lama tiba di sana. Mereka berdua hanya dapat duduk pada tempat paling belakang kerana tiada ruang lagi untuk mereka ke hadapan tempat yang berhampiran pentas persembahan. Kedua-dua mereka sudah mengeluh namun persembahan itu hanya mampu di saksikan dari jauh. Sarra dengan perangai gila-gilanya terus melambai-lambai dengan harapan artis yang diminatinya nampak lambaiannya.

Mereka sama-sama
menjerit gembira walaupun jauh daripada kawasan pentas suasana persembahan artis
berkumpulan itu tetap membuatkan mereka menjadi sangat teruja. Begitu juga
kepada mereka yang seangkatan dengan mereka berdua. Nasib-nasib.
“Sarra kita beli tiket
mahal tapi dapat tempat duduk belakang sekali apa hal ni wehh...” Arya menjerit
pada Sarra kerana suasana sangat bising sampaikan suara mereka dengar tidak
dengar saja. Sedangkan mereka duduk bersebelahan.
“Haaa aku tak dengarlah
apa yang kau cakap?” Giliran Sarra pula bercakap kuat.
Jalan terbaik untuk saling dengar apa yang mereka cakapkan dengan menaip mesej pada handphone masing-masing. Ketika mereka berhenti membuat persembahan buat seketika di atas pentas salah seorang anggota berkumpulan itu bertanya khabar kepada para peminat mereka yang hadir pada malam itu.

“Apa khabar semua?”
Jaemin selaku ketua memulakan pertanyaan dalam kumpulan mereka dengan melaung
ke arah peminat yang tidak henti-henti memberi sorakkan. Staf yang terlibat
dalam menjayakan konsert mereka menyediakan kerusi ketika mereka berhadapan
dengan para penonton.
Mereka menjawab dengan
serentak pertanyaan Jaemin tadi serentak ketika mereka mula duduk pada kerusi
yang disediakan. Penonton yang berada jauh dari pentas hanya menyaksikan mereka
secara langsung pada skrin layar besar di atas pentas. Walaupun begitu
keramahan artis-artis berkenaan mendapat sorakkan paling gemuruh daripada para
peminat.
“Saya tahu ada yang
datang lambat pada persembahan kami tadi. Selaku ketua saya sangat berterima
kasih kerana kamusemua sanggup datang pada malam ini walaupun jalan sangat
sesak. Thanks semua.” Ucapan terima kasih daripada Jaemin terus mendapatkan
sorakkan gamat daripada peminat yang terharu dengan keprihatinan ketua 7JGee
itu.
Bunga api yang meletup
pada malam itu menamatkan konsert Super Show pertama kumpulan 7JGee. Arya dan
Sarra masih tidak pulang ke rumah pada malam itu. Ini semua plan Arya yang mahu
berjumpa dengan anggota 7JGee yang masih berada di belakang pentas.
“Sarra cepat sikitlah.
Nanti dia orang balik hotel susah kita nak jumpa dia orang nanti. Cepat-cepat.” Arya menarik Sarra yang berkasut tumit tinggi ke bahagian berhampiran belakang
pentas.
“Kau pasti ke nak buat
kerja gila ni Arya aku takutlah kalau kena tangkap wehh...” Sarra menyuarakan
rasa takutnya secara tiba-tiba.
Siapa tak takut andai kata diri mereka ditangkap nanti. Arya nampak yakin sangat dengan misinya itu. Kalau cakap pasal 7JGee Arya orang yang paling bersemangat. Masuk kali ini sudah banyak kali mereka cuba buat perkara yang sama namun tidak menjadi. Tapi kali ini harus berbuat sesuatu. Kalau tidak bagi Arya dia akan menyesal buat seumur hidup.

“Ya aku tak mahu
menyesal Sarra. Sekali ini saja.”
Mahu atau tidak
diikutkan saja plan Arya yang gila-gila itu. Perlahan-lahan mereka menyusup
masuk ke ruang belakang pentas. Staf-staf yang terlibat sedang sibuk dengan
tugasan masing-masing.
Arya dan Sarra yang
memakai topi cepat-cepat menutup muka mereka tatkala terserempak dengan staf
yang sedang ke hulu ke hilir dari hadapan pentas. Seketika kemudian muncul
seseorang sedang menolak pakaian yang bergantungan pada troli pakaian. Sarra
dan Arya tertunduk-tunduk menyorokkan diri disebalik pakaian itu.
Troli itu bergerak
mereka juga turut bergerak sama. Sarra tukang baca peta menunjukkan kedudukan
tempat rehat 7JGee. Mereka sudah hampir dengan tempat itu. Muka masing-masing sudah
teruja dan Sarra yang teragak-agak tadi sudah hilang rasa takutnya. Teruja
punya pasal ketakutan terus hilang.
“Arya memang bertuah
aku dapat kawan macam kau. Bergeliga punya otak.” Sarra berbisik perlahan.
Ibu jarinya ditegakkan ketika mereka terbongkok-bongkok menyoroti troli pakaian yang sedang ditolak perlahan itu. Tiba-tiba troli itu berhenti betul-betul pada hadapan sebuah pintu bilik. Arya membuat isyarat senyap ketika ada suara sedang bercakap. Sarra mengangguk faham. Dia takut kalau apa yang mereka lakukan sekarang akan kantoi nanti.

Bila ada peluang untuk
melarikan diri dari sebelah troli pakaian itu Arya terus menarik tangan Sarra
yang masih tercegat melihat keadaan yang dirasakan sangat berbahaya kala itu.
“Haaa kau dua orang
mari ke sini!”
Mahu luruh jantung mereka berdua ketika mereka dipanggil oleh seseorang dari belakang. Mereka saling berpandangan. Muka tak tahu cakaplah macam orang terkejut beruk.Arya membuat isyarat supaya menoleh. Sarra memegang kuat tali beg tangannya kerana gelabah.

Mahu atau tidak mereka
toleh juga muka memandang pada suara yang memanggil mereka tadi. Kedua-duanya
sudah kaku tidak tahu apa patut buat. Kalau lari nampak sangat mereka ini
mencurigakan.
“Tolong ambil ni. Ambil kotak yang berisi botol air ni lepas tu bagi dekat dia orang dekat dalam bilik ni.” kata lelaki yang berpakaian berkot panjang itu.
Mereka masih tercegat
dengan posisi masing-masing.
“Apa yang tercegat lagi
ni. Cepatlah ambik kotak ni!” Tegas saja suara lelaki yang mengarahkan mereka
berdua yang disangkakan stafnya. Cepat-cepat Arya memulakan langkah takut
penyamaran mereka diketahui.
“Kejap. Stop!”
Sekali lagi jantung terasa ingin luruh. Ikutkan sekarang juga mereka berdua hendak jatuh pengsan kerana terkejut. Belum sempat melangkah sudah dipanggil sekali lagi.
Sekali lagi jantung terasa ingin luruh. Ikutkan sekarang juga mereka berdua hendak jatuh pengsan kerana terkejut. Belum sempat melangkah sudah dipanggil sekali lagi.
“Dia ni tak reti-reti
nak pergi lagi ke? Tolonglah jangan kantoi...” getus hati Sarra yang hampir
kalut kerana dicurigai oleh lelaki itu.
Lelaki tadi menghampiri mereka berdua yang sudah tidak senang hati. Cepat-cepat mereka menoleh. Apa pula lelaki ini hendakkan lagi?
Lelaki tadi menghampiri mereka berdua yang sudah tidak senang hati. Cepat-cepat mereka menoleh. Apa pula lelaki ini hendakkan lagi?
“Asal kau orang ni
nampak lawa semacam aje.”
Lelaki itu merenung atas bawah cara berpakaian mereka berdua terutama Sarra yang mengenakan skirt paras lutut dan berkasut tumit tinggi. Arya yang tidak senang rakannya dipandang begitu menarik Sarra ke belakangnya. Dasar lelaki mata keranjang! Geram pula Arya dibuatnya. Besar kecil besar kecil saja Arya lihat lelaki di hadapan mereka ini.

“Kami dah biasa pakai
macam ni. Apa yang penting kami jalankan tugasan kami encik.” Arya cuba
mengawal situasi dari terlihat pelik. Wajah Arya dipandang lama. Arya sudah
rasa tidak keruan. Adakah mereka akan tertangkap? Oh tidak!!!
“Emmm... tapi tak
kisahlah. Aku nak cakap hati-hati sikit bila bercakap dengan dia orang dekat
dalam tu. Terutama dekat Peniel tu. Dia tu player besar. Ingat apa yang aku
cakap ni. Apa yang mereka suruh buat kau buat ok. Ingat aku bayar gaji kau orang
untuk buat kerja bukan menatap muka dia orang faham! Kerja siap terus balik.
Aku pergi dulu.”
Mereka saling berpandangan.Lelaki itu terus pergi ke arah bertentangan daripada mereka. Rasa sedikit lega. Debaran di dada masih terasa akibat perasaan cemas tidak tentu hala sejak tadi.
“Nyaris-nyaris nak
kantoi. Kau lain kali pakai yang semenggah sikit! Aku geramlah lelaki macam dia
tu pandang semacam dekat kau.” Nada percakapan Arya agak geram.
“Manalah aku tahu kau
nak buat kerja gila ni. Janganlah marah aku... kau kalau marah aku takutlah
Arya.” Lengan baju kawannya di tarik-tarik manja sambil buat muka comel ala-ala
Puss Dengan Butnya dalam cerita Shrek.
Melihatkan Sarra buat-buat perangai kebudak-budakkannya dia terus ketawa. Kalau dia marah pada Sarra pasti dia akan kalah dengan sikap Sarra yang suka bermain dengan emosinya itu. Suka sangat buat muka kesiannya ala-ala minta penyepak ikhlas. Malas dia mahu melayan.

“Peniel player!” Sarra
sepertinya tidak menyangka.
Jadi selama ini khabar angin yang tersebar dalam kalangan anti-fans adalah benar walaupun sering disangkal oleh peminat tegar 7JGee sendiri.
Jadi selama ini khabar angin yang tersebar dalam kalangan anti-fans adalah benar walaupun sering disangkal oleh peminat tegar 7JGee sendiri.
“Jadi betullah Arya
pasal berita tu kan. Tak sangkanya.”
Arya angkat kening
masih bersisa terkejut dengan apa yang didengarinya. Tetapi mereka sebagai
peminat tidak boleh menerima khabar angin secara ditelan bulat-bulat. Mana tahu
kalau lelaki tadi sebenarnya musuh dalam selimut 7JGee. Apa-apa boleh terjadi.
“Kalau 7Zone( nama
peminat 7JGee ) tahu lagi terukkan. Kitapun salah seorang daripada 7Zone jugak.
Tak kisahlah asalkan dia orang tu super kacak dan bergaya dah cukup bagi aku.”
Suara Sarra seakan sangat teruja dengan apa yang dia sendiri nyatakan mengatasi
khabar angin yang baru tersebar tadi.
Kotak air tadi mereka
angkat masuk ke dalam bilik yang diarahkan. Pintu diketuk dan dalam masa itu
pintu terkuak setelah dibuka dari luar. Anggota 7JGee sedang berehat di dalam
sana. Mata sudah terbuntang hati pula sudah terkejut. Kotak berisi air tadi
digenggam kuat.
Mereka lansung tidak
percaya dengan apa yang sedang dilihat sekarang. Terasa seperti sedang
bermimpi. Ya mimpi! Perasaan itulah yang mereka alami sekarang. Wahhh... syurga
dunia dipenuhi putera-putera kacak dan ini memang bukan mimpi lagi tetapi
realiti.
Jaemin yang sedang
sibuk bermain game terus bangun ketika dua orang perempuan sedang mengangkat
kotak air masuk ke ruang rehat mereka. Mereka menundukkan sedikit kepala
sebagai hormat begitu juga Jaemin. Dia masih terpinga-pinga dengan kehadiran
mereka berdua ke bilik itu.
“Tadi ada yang arahkan
kami berdua untuk bagi air mineral pada kamu semua.” Arya cuba mengawal keadaan
takut kehadiran mereka di sana disalah sangka.
Sarra cepat-cepat mengangguk setuju. Pantas dia bertindak dari biasa semata-mata mahu menyelamatkan keadaan. Kalau mereka curiga lagi teruk.
Sarra cepat-cepat mengangguk setuju. Pantas dia bertindak dari biasa semata-mata mahu menyelamatkan keadaan. Kalau mereka curiga lagi teruk.
“Oh jadi kamu berdua
nilah yang encik Joo hantar suruh bantu kamikan?”
“Encik Joo?” kata Sarra dan Arya
serentak.
“Yalah. Encik Joo manager kami
tu.” ujar Jaemin menerangkan siapa manusia yang dia maksudkan tadi.
Sarra dan Arya sama-sama saling berpandangan. Dasar manager tak guna!!! Tahulah mereka siapa manusia yang memburukkan nama Peniel sebentar tadi. Tapi perlukah seorang manager memburukkan artis di bawah jagaannya sendiri? Pelik pula mereka berdua. Tapi rasanya manusia di hadapan mereka ini jauh lebih menarik dari berita yang tak disangka-sangka tadi. Mata mereka masih menatap pemandangan yang tidak disangka-sangka. Indahnya dunia ciptaan Tuhan ini. Kacaksangat-sangat mamat ni. Mereka masih dengan dunia berperasaan lagi. Jaemin datang terus mengangkat kotak air daripada Arya dengan senyuman.
Buih-buih belon mula berterbangan
ke udara dan mereka juga bagaikan sedang berterbangan bersama-sama. Senyuman
Jaemin masih mekar dalam buih-buih belon yang datang entah dari mana. Dia
sendiri naik pelik. Mana pulaklah datangnya belon-belon ni? Dasyat sangat!
Al kau berangan melebih
sangat ni... over betul!Tapi kenapa dia punya senyuman makin sweet. Sweet .....
sangat. Owhh hati kenapa kau perlu jatuh hati dengan senyuman manusia depan kau
ni haa...? Kalaulah Rome pandang aku dulu sebelum Jaemin mungkin aku akan jauh
lebih berangan dari sekarang. Jaemin pun boleh.Ah, lantaklah layan aje angan-angan
kau ni Al! Bila lagi nak berangan kalau bukan sekarang.
Arya terus berangan
semahunya. Indahnya waktu itu dan keindahan itu hanya untuk mereka berdua
sahaja. Kalau dunia ini diciptakan hanya untuk mereka berdua dia rela untuk
terus bersama-sama dengan senyuman Jaemin yang masih terukir mekar untuk dirinya
seorang. “Perhatian! Untuk aku seorang sahaja tahu muhaa ha haa.....” Arya
ketawa jahat dalam hati.
Tangan Jaemin
melambai-lambai ke arah Arya yang asyik dengan angan-angan plastiknya itu.
Fantasi oh fantasi. Arya bagai tersedar di kala kotak sudah beralih tangan.
Ketika itu dia baru
tersedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh sekalian manusia yang menghuni
bilik itu. Apabila keadaan kembali normal dia bagaikan malu sendiri dengan
hayalan yang melampau-lampau tadi. Arya tunduk memandang lantai. Malu siot!!!
Arya kau ni memang suka
memalukan diri sendirikan! Tengok Jaemin senyum semacam dekat kau. Wahhh
malunya aku! Ditundukkan kepalanya sedikit daripada terus memandang Jaemin yang
seolah-olah faham dengan apa yang difikirkan olehnya tadi.
“Kalau awak suka saya
sekalipun jangan tenung macam ini sangat. Takut saya pulak yang jatuh hati pada
awak karang.”
Kotak air beralih tangan. Jaemin sempat melemparkan senyuman melihat Arya tersipu malu ditegurnya. Dia senyum dekat aku wah biar betul ni. Apa? Dia cakap dia boleh jatuh suka dekat aku kalau aku terus pandang pada dia? Biar betikkk!!! Aku dah nak cair ni... Oh tidak sungguh ku rasakan kecairannya sekarang!

Pintu sekali lagi terbuka
dan Mirr salah seorang ahli 7JGee masuk membelakangi Sarra yang masih membatu. Membatu
dalam kata lain teruja melebih-lebih. Selama ini hanya dilihat dari jauh
sahaja. Sekarang ini real punya.
“Hai, awak berdua buat
apa dekat sini?” Mirr bertanya pada Sarra.
Sarra menoleh pada suara itu dan waktu itu juga kotak air yang diangkatnya terjatuh ke kakinya. Mereka yang melihatnya terkejut dengan apa yang berlaku. Mirr yang berada di sebelahnya sudah panik melihat kaki Sarra nampak kemerahan tapi dia masih berdiri elok dengan tiada perasaan. Sempat lagi mengangkat tangannya menyapa Mirr di sisinya.

“Sarra kaki kau merahlah!” Arya ketara terperanjat melihat kesan merah pada kaki Sarra setelah mengalihkan kotak air itu.
“Tak aku ok lah. Hai
Mirr saya peminat awak.” Kerisauan Arya langsung tidak diendahkan tapi
sebaliknya sempat lagi Sarra menyapa Mirr yang ketara terperanjat melihat kaki
Sarra kemerahan. Arya menggelengkan kepalanya melihat kawan baiknya ini
langsung tidak menghiraukan diri sendiri yang cedera. Mirr bagai tidak
mengendahkan dirinya terus pergi ke satu sudut bilik itu seperti mengambil
sesuatu. Dia tak pedulikan aku sombongnya! Sarra buat muka langsung tidak kisah
dengan kaki yang sedang kemerahan tunggu masa akan membengkak saja.
“Cik tak apa-apa ke?
Dah bengkak kaki awak ni.” Rome yang terkejut dengan kejadian tadi terus mendekati
Sarra yang sedang menyentuh-nyentuhbahagian kakinya yang kemerahan.
“Tanggal kasut tumit
kau ni Sarra. Kena letak ubat ni. Kita pergi kliniklah eh. Takut patah saja
kaki kau ni.” Nampak kerisauan pada wajah Arya ketika memapah Sarra duduk di
kerusi berhampiran.
Mirr duduk di sebelah Sarra sambil membuka peti kecemasan.
Mirr duduk di sebelah Sarra sambil membuka peti kecemasan.
“Kalau awak teruja pun
jumpa saya jangan sampai macam ni. Kaki awak dah bengkak ni.” lembut saja suara
Mirr menegur Sarra.
Mata Mirr begitu fokus ketika menyapu ubat pada bahagian kaki Sarra yang jelasnampak kemerahan.
“Sakit tak saya letak ubat?” Mirr betanya kepada Sarra bagi menyenangkan keadaan kerana takut pula Sarra tidak tahan sakit.
Sekejap-kejap dia menoleh pada Sarra yang masih tersenyum memandang wajahnya. Mirr awak tahu tak yang saya terlalu minat pada awak. Awak senyum macam ini buat saya makin jatuh hati pada awak tahu. Kalaulah awak dengar apa yang saya cakap ni...

“...kalau awak pandang
lama-lama saya macam ni boleh tembus saya nanti.” Dikerlingnya Sarra yang
nampak terkejut apabila pandangan mereka saling bertemu.
Senyuman Sarra makin meleret-leret dibuatnya. Sarra masih memerhati wajah artis kesukaannya yang sangat cool waktu itu. Tak sangka betul dia ada depan mata aku sekarang. Aku tak menyesal ikut kau Arya. Suara hatinya bagai menjerit-jerit.

“Saya rasa awak berdua tak
payahlah bantu kami. Kaki kawan awak merah teruk ni. Tak apa nanti saya panggil
staf dekat luar suruh hantar kawan awak ni ke klinik. Kalau dibiarkan nanti lagi
bertambah melarat.” Jaemin nampak risau dengan keadaan Sarra walaupun mereka
baru bertemu.
Arya bagaikan tersedar
dengan kata-kata Jaemin yang mahu meminta bantuan daripada staf yang lain.
Kalau dibiarkan nanti mereka akan tertangkap. Tidak boleh jadi ni. Aku kena
buat sesuatu.
“Tak payah!” Arya
tiba-tiba bersuara kuat.
Tangannya cepat-cepat menutup mulut kerana rasa malu terlepas kuat suaranya malah dipandang pelik oleh mereka. Aku terpaksa sangat maaf ya.
Tangannya cepat-cepat menutup mulut kerana rasa malu terlepas kuat suaranya malah dipandang pelik oleh mereka. Aku terpaksa sangat maaf ya.
“Tapi kenapa pulak?
Kaki kawan awak dah teruk ni. Karang kalau dibiarkan melarat lagi teruk.”
Jaemin cuba menerangkan agar Arya menerima kesungguhannya untuk membantu.
Arya mencuit Sarra sambil menggeleng sedikit kepala.Mata Sarra memandang sekilas dengan signal yang diberikan oleh Arya. Sarra faham apa yang dimaksudkan dengan signal yang dibuat oleh kawannya itu.
Arya mencuit Sarra sambil menggeleng sedikit kepala.Mata Sarra memandang sekilas dengan signal yang diberikan oleh Arya. Sarra faham apa yang dimaksudkan dengan signal yang dibuat oleh kawannya itu.
“Betul tu tak payah.” Sarra
menyokong kata-kata Arya.
Mereka yang
mendengarnya sudah naik pelik.Mirr yang baru selesai meletakkan ubat pada kaki
Sarra memandang Arya yang sedang menggelengkan kepalanya sedikit ke arah Sarra.
Dia sudah naik pelik. Kenapa dengan dia orang berdua ni?
“Kita orang pergi dulu.
Tak apa biar saya saja yang hantar kawan saya ni pergi klinik and thanks sebab
prihatin. Bye semua.”
Arya terus memapah Sarra yang sudah bersedia untuk melarikan diri. Mereka bertiga tidak dapat menahan.Jaemin yang tidak mahu mengalah cuba mengekori mereka berdua yang sudah ke luar dari tempat mereka berehat.

“Awak pasti ke dapat
bawak kawan awak pergi klinik ni?” Jaemin melaung ke arah mereka yang sudah
jauh meninggalkan dirinya. Bingung dia melihat reaksi mereka berdua yang
sudah menghilang daripada pandangan matanya. Dia nampak ragu-ragu dengan sikap
gelabah mereka. Dia cepat-cepat berlari
mendapatkan mereka. Ada sebilangan staf perempuan nampak teruja ketika
terserempak dengan Jaemin. Dia cuma membalas sapaan mereka dengan senyum
sebelum meneruskan langkah mengekori merekayang tidak jauh dari pandangan
matanya.
Kebetulan pula pada
masa itu ada seorang staf lelaki sedang lalu ke arahnya terus Jaemin meminta
topi yang dipakainya untuk dipinjam. Tanpa banyak soal staf lelaki itu terus
memberi Jaemin meminjam topinya. Bukan apa topi itu sengaja dipinjam kerana dia
takut ada peminat finatik datang mengerumuninya, nanti terlepas pula dia untuk
mengekori mereka berdua.
Langkah Arya dan Sarra
semakin dihayun laju ke tempat letak kereta haram. Tanpa mereka sedar Jaemin
dari tadi asyik mengekori mereka dari belakang. Dia bukan berniat jahat cuma
ingin datang membantu sahaja. Setelah mereka masuk ke dalam kereta tahulah
Jaemin bahawa mereka dalam keadaan selamat.
Setidak-tidaknya hatinya
tidak bimbang lagi dengan keadaan Sarra yang kakinya tercedera tadi akibat
terhentak dengan kotak minuman. Sekarang dia pula kena berhati-hati menuju
jalan pulang ke bilik rehat. Takut juga dia kalau ada manusia yang mengenalinya
walaupun sudah menukar pakaian biasa.
Kalau peminat finatik
usah cakap. Mereka mampu mengecam mereka walaupun tanpa mekap pada wajah.
Tersentuh juga hati tatkala peminat mereka sangat mengambil berat soal mereka.
No comments:
Post a Comment