Bab 8
“Arya kau dekat mana?”
Sarra mengajukan pertanyaan sebelum orang di sana mula menangis dengan kuat di
talian. Apa pula yang tidak kena terhadap kawan baiknya itu kali ini. Hatinya tidak
senang mendengar Arya menangis dihujung talian.
“Sarra.....” Arya
memanggil nama itu sambil menangis ketika dia berada di tempat perhentian bas
pada malam itu. Bas sudah beberapa kali berhenti menurunkan penumpang tetapi Arya
buat tidak endah saja. Dalam jam yang menginjak ke pukul 10:00 malam sukar
untuk mendapatkan bas ketika itu.
“Kau dekat mana ni? Aku
ambik kau ok.” Sarra berterusan bertanya kepada Arya yang masih menangis tidak
henti-henti. Waktu itu hanya tinggal dia berseorangan di tempat perhentian bas.
Tidak pernah dia mendengar Arya menangis seteruk itu walaupun rumahnya kena
sita seminggu lepas.
Apa sudah terjadi?
Hatinya gusar mendengar Arya menangis tidak henti-henti tanpa menjawab
pertanyaannya tadi. Dia mula berfikir negatif tentang perkara yang membuatkan
Arya menangis seteruk itu. Dia diculikkah? Sarra cepat-cepat menidakkan perkara
tersebut.
Di belakang pondok bas
itu orang masih lalu-lalang.Banyak gerai masih di buka berhampiran tempat
menunggu bas tersebut. Guruh di langit sudah berbunyi-bunyi memberi petanda
hujan bakal turun sebentar lagi. Dingin malam sudah terasa pada waktu itu.
Kalau tidak berpakaian tebal boleh demam jadinya.
“Aku dekat depan pondon
bas macam biasa.” Talian terus dimatikan. Dia masih tersedu-sedu kerana asyik
menangis sejak tadi. Apabila terkenangkan perkara yang terjadi pada hari ini
hatinya kembali hiba semula.
Matanya kerap berair.
Kejap-kejap ia mengalir tanpa henti. Apalah malang nasib aku ini. Semua serba
tidak kena. Dia mula mempersoal tentang hidupnya yang sering ditimpa malang. Dia
memandang ke arah sekeliling ketika air mata masih setia menemaninya sendirian
di sana.
“Hai cik adik manis
seorang saja ke? Boleh abang temankan?” Seorang lelaki berjalan
terhuyung-hayang mendekatinya dengan wajah penuh mencurigakan. Dia sempat
mengenyitkan mata kepada Arya yang menoleh ke arahnya. Lelaki itu terus duduk
berdekatan Arya yang mula menjarakkan diri jauh dari duduk hampir dengan lelaki
itu.
Wajah dia sudah
menampakkan dia seorang yang sangat gatal. Kejap-kejap dia tersedu menghadap
Arya sambil tersenyum gatal. Ishhh... apahal pulak ni! Kalau dia dekat lagi
dengan aku siap kau! Jangan nak cuba buat sesuatu yang akan buat kau menyesal
nanti.
Arya masih berwaspada
kerana dia takut lelaki itu cuba mengapa-apakan dirinya yang bersendirian di
tempat itu walaupun dalam keadaan tempat yang terang-benderang begini. Segala
kemungkinan boleh berlaku oleh itu Arya cuba menjarakkan dirinya dari lelaki
itu.
“Heiii takut ehh, alaa....
janganlah takut. Abang sunyi sangat ni. Sayang seorang saja yang ada jadi
peneman abang sekarang ini.” Dia masih tersenyum gatal dan cuba menghampiri
Arya. Hati Arya mula rasa tidak tenteram dengan sikap kegatalan lelaki itu.
“Saya cakap
terus-terang kalau pak cik cuba buat tak senonoh dekat saya siaplah! Saya patah-patahkan
tulang pak cik nanti!” Arya mula mengugut lelaki dalam usia pertengahan itu.
Lelaki yang cuba mengganggunya itu berpakaian kemeja sendat dengan perut
buncitnya dan berseluar pendek agak keterlaluan dalam berfesyen.
Cara dia berpakaian
sudah menampakkan dia seorang yang gatal dan miang keladi. Beberapa orang
lalu-lalang di hadapan mereka juga turut diganggu sambil melambai-melambai ke
arah mereka dan membuat flying kiss. Euwww.... ngerinya tengok orang tua miang
ni.Terasa bulu roma naik secara mendadak.
Beberapa minit kemudian
kereta yang dipandu oleh Sarra muncul di hadapan pondok menunggu bas. Lelaki
tadi hampir saja Sarra langgar kerana berdiri pada laluan berhenti kenderaan.
Mahu tercabut tangkai jantung
rasanya ketika lelaki itu muncul secara tiba-tiba pada laluan itu. Dia
cepat-cepat ke luar mendapatkan Arya yang masih tercegat di pondok bas
berkenaan. Lelaki tadi datang mendekati mereka sambil berjalan
terhuyung-hayang. Arya cepat menarik Sarra ke tepi kereta.
“Owhh kawan dah datang
eh bye bye.”
Dia melambai. Sarra
membuat muka jeliknya terhadap lelaki tua yang mabuk itu. Arya rasa geli hati
pula melihatkan lelaki itu melambai-lambai mereka dengan berpakaian seperti
itu.
Mereka terus masuk ke
dalam kereta cepat-cepat ketika lelaki itu cuba mendekati mereka berdua sekali
lagi. Dia sudah mengetuk cermin kereta bahagian penumpang. Sarra terus memecut
laju keretanya.
Mahu luruh jantung
mereka kerana diganggu oleh orang mabuk. Arya ketawa terbahak-bahak tiba-tiba.
Hatinya benar-benar geli dengan sikap lelaki mabuk itu. Perasaan sedih tadi
hilang entah ke mana.Melihatkan Arya ketawa Sarra berasa sedikit lega. Mata
kawannya itu nampak sembabmungkin dek kerana teruk menangis.
“Sarra thanks sebab ada
waktu aku perlukan kau.” Dipegangnya bahu Sarra yang masih fokus memandu. Arya
cuba menahan sisa tawa yang masih tertinggal. Dia cuba buat-buat serius agar
cakapnya nampak ikhlas. Tiada siapa lagi yang ada di sisinya ketika ini
melainkan Sarra yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
“Biasalah kitakan kawan.
Susah senang bersama!” Sengaja dia kuatkan suara untuk mengelakkan suasana
menjadi muram. Arya menepuk tangannya sekali bagai mendapat satu idea yang
datang secara tiba-tiba.
“Kau nak pergi pasar
rayakan. Hehee apa kata lepas kita pergi beli barang kita makan aiskrim ok
tak?” Arya mengusulkan cadangan. Sarra mengangguk setuju.
Sarra menoleh sebentar
ke arah Arya yang masih berpakaian kerjanya. Atas bawah dia menilik pakaian
yang dipakai oleh Arya. Setahu Sarra pakaian itu tidak boleh di bawa ke rumah.
Hanya untuk dipakai ketika berkerja di sana sahaja.
“Kenapa kau masih pakai
baju ni Arya. Bukan bos kau tak bagi ke pakai benda ni luar dari kafe?” Sarra
fokus semula pada pemanduannya. Arya memandang baju yang dia pakai sekarang.
“Owhh... baju ni. Hehee aku tadi kena
berhentikan lagi sekali.” Arya buat-buat ceria walaupun hatinya masih bersisa
kesakitan dihina oleh managernya.
“Apa!!!” pekik Sarra
kuat.
Sarra membulatkan mata
terus dia menoleh semula memandang Arya kerana tidak dapat menerima apa yang
Arya nyatakan kepadanya.
“Kau boleh senyum lagi
Arya! Kau ni biar betul wehh asyik kena berhentikan kerja aje apa pasal? Nak
cakap samseng tu kutip hutang mustahillah. Pak cik dah kena marah dekat kau hari
tu. Mustahil dia nak buat perangai lagi dalam masa terdekat nikan. Cuba cakap
dekat aku kenapa?”
Arya melepaskan rasa
beban di dada setelah disoal siasat dengan panjang lebar sekali.Kalau dia cakap
managernya yang baik hati itu telah menghina dirinya pasti Sarra akan mengatakan
dia seorang penipu. Sebab Sarra sangat menyukai sikap Kim yang penuh dengan
etika budi bahasa yang tinggi pada semua orang.
Sarra menumbuk lembut
bahu Arya kerana soalannya masih tidak berjawab. Bukan Arya tidak mahu menjawab
pertanyaannya itu. Dia kenal sangat perangai Sarra. Kalau orang yang dia suka
jangan kutuk di hadapannya. Silap hari bulan Arya balik yang dibidasnya semula
semata-mata hendak mempertahankan orang yang dia sukai itu.
“Kau ni aku tanya buat
tak reti aje apa pasal. Kau ada masalah dengan manager kau ke?” Soalan cepu
emas daripada Sarra walaupun dia berasa sedikit bengang kerana soalannya masih
tidak berjawab. Sempat lagi dia mengerling dengan manusia yang sudah masam
mencuka di sebelah dengan pertanyaannya itu.
Malas pula dia mahu
menawab pertanyaan itu. Terasa berat mulutnya untuk menceritakan soal perkara
yang masih berbekas pada hatinya. Kalau dia ceritakan tentang perkara itu dia
takut hatinya makin sakit. Sarra di sebelah sudah mencuit pinggangnya.
“Hei, gelilah!” Arya
cepat-cepat menepis tangan Sarra yang masih mahu mencucuk-cucuk pinggangnya.
“Baik kau cakap atau
kau nak kena lagi ni.” Sarra mengugut. Arya duduk bersandar pada cermin kereta
sambil beralih ke posisi memandang Sarra yang masih ligat mahu mengenakan
dirinya.
“Ok ok... Adalah
masalahnya. Kalau aku cakap kau bukan nak percaya cakap aku pun. Confirm kau
tak akan percaya cakap aku.” Arya sangat yakin dengan kata-katanya. Bukan
sekali dua dia mengenali Sarra di sebelahnya itu. Mereka berkawan hampir
bertahun lamanya sejak zaman sekolah lagi.
Sikap itu paling Arya
malas ungkit tentang diri Sarra. Dia kalau boleh orang yang dia suka jangan
kutuk di hadapannya. Arya cuba berdiplomasi dengan Sarra. Itu saja taktik untuk
buat dia percaya dengan kata-katanya tetapi belum tentu lagi.
“Encik Kim malukan aku
depan semua orang tadi. Aku tahu itu salah aku tapi dia tak layak nak naik
suara dekat aku depan semua orang. Malu gila kot dia tengking-tengking aku. Kau
mesti tak percayakan?” Arya cuba menduga hati Sarra yang ada sedikit perubahan
pada air mukanya.“Aku dah cakap kau mesti tak percaya. Sudahlah aku malas nak
cakap lagi.” Sarra masih berdiam tanpa sebarang reaksi positif daripadanya.
Arya sudah dapat mengagak dengan reaksi yang ditunjukkan Sarra.
“Biar betul kau ni!Aku
tahu aku susah nak percaya cakap orang tapi kalau bab kau aku terpaksalah
percaya. Kau bukan jenis cakap kutuk orang sesuka hati. Habis tu kau marah dia
balik tak? Mesti malu gilakan?” Sukar untuk dia mempercayai tetapi dia cuba
untuk mendengar masalah rakannya itu.
“Tak payahlah nak
berpura-pura Sarra aku faham sangat kau ni. Jangan nak berlakon yang kau
percaya cakap aku. Cara cakap kau pun dah teragak-agak. Aku bukan nak
buruk-burukkan dia tapi dia tu memang dah burukpun depan aku pagi tadi.” Arya
masih bersisa dengan marah terhadap bekas managernya itu.
Sarra rasa geli hati
melihat Arya dengan penuh emosi meluahkan rasa tidak puas
hatinya.Siapa-siapapun akan berasa sakit hati kalau kawan sendiri tidak mahu
percaya dengan kata-katanya. Sarra tahu Arya sedang memerli dirinya. Tetapi dia
tidak kisah soal itu.
Arya bukan jenis yang
suka simpan lama-lama masalahnya. Kalau dia geram memang dia jujur dengan
dirinya kerana dia tidak mahu menipu. Biarlah orang yang mendengarnya itu sakit
hati sekarang daripada sakit hati masa akan datang.
Kim masih termenung
sambil duduk pada sofa di rumahnya. Mahu menyesal sudah terlambat. Kenapalah
dia bertindak bodoh dengan memalukan Arya di hadapan semua orang. Dia sendiri
tidak menyangka akan bertindak seemosi itu. Kepalanya masih pening memikirkan
soal itu. Perkara yang dia buat serba tidak kena. Ketika dia sedang duduk
berehatbayangan ketika dia memarahi Arya sering muncul menerpa. Hatinya rasa
cukup bersalah. Dia tidak pernah merasakan perasaan bersalah seperti apa yang
dia rasakan sekarang ini.
“Kau melampau sangat
marah dia depan semua orang. Macam dia tak ada maruah langsung kau buat dan aku
tak pernah tengok kau marah macam itu sekali. Aku hampir tak kenal dengan kau
tadi. Kau kenapa?” Enn meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakkan Kim
yang tidak masuk akal itu.
Bukan dia tidak boleh
bercakap secara baik untuk menegur Arya tanpa menempik di hadapan khalayak.
Kalau dia berada pada tempat Arya pada waktu itu pasti dia juga berasa cukup
malu untuk terus berada di sana. Sikap Kim yang tiba-tiba berubah itu buat dia
bertambah bingung.
Kalau dia ada masalah
sekalipun Kim tidak akan memarahi orang lain di sekelilingnya dengan sesuka
hati. Bukan jenis dia berperangai sedemikian. Pintu diketuk dari arah luar.
Salah seorang perkerja lelaki masuk membawa dua cawan minuman panas untuk
mereka.
Dia terus ke luar dari
sana setelah meletakkan minuman itu pada meja kerja Kim. Kim agak serabut dia
sendiri masih terkejut dengan tindakkannya itu. Air yang dia pesan tadi diminum
perlahan bagi menghilangkan rasa serba-salahnya itu.
Aroma bau daun teh
hijau memberi sedikit ketenangan pada jiwa. Dia memang memerlukan rasa tenang di
saat-saat begini.
“Aku sendiri tak tahu
nak cakap apa. Teruk sangat ke aku marahkan dia tadi? Bila aku buat dia sampai
menangis tadi rasa bersalah sangat. Kalau kau orang tak asyik perhatikan aku
dari tadi dengan dia pasti benda ini tidak akan terjadi.” Dalam dia cuba mempersoalkan
sikapnya itu Kim sempat membela diri.
“Kau ni kena pergi
jumpa pakar jiwa ni.” ujar Enn secara tiba-tiba.
Mahu tersedak Kim
ketika dia sedang menikmati air teh yang sedang diminumnya. Hendak katakan Enn
buat lawak Kim lihat wajah Enn nampak serius.
“Tak mungkinlah aku ada
masalah jiwa.” Kim merasakan kata-kata Enn agak tidak masuk akal. Dia masih
waras lagi. Dia cuba mendapatkan kepastian daripada Enn yang masih berpeluk
tubuh sejak tadi dengan wajah ketatnya.
“Kau tu yang sebenarnya
tak boleh terima hakikat selama ini. Kau cuba menidakkan kebenaran yang kau
suka pada Arya, kan? Kalau suka cakap suka. Jangan nak salahkan orang lain
dalam situasi kau ni. Kau tak patut marah dia macam tu tadi. Aku tak percayalah
kalau hanya kerana dia buat salah sikit kau dah malukan dia. Tak masuk akal
langsung.” Enn cuba mengawal emosi yang sudah terlebih-lebih dia ke luarkan.
Mata Kim agak membulat
kerana agak terkejut dengan tuduhan tidak masuk akal Enn itu. Ini memang tidak
masuk akal langsung. Dia ada perasaan pada Arya? Mana mungkin! Kepalanya sudah
naik pening.
“Kau jangan nak
mengarut boleh tak? Kau cakap aku suka pada Arya. Kenapa kau boleh fikir sampai
sejauh tu? Kenapa aku tuan punya badan sendiri tak pernah tahu tapi kau pulak
boleh nampak aku suka pada dia. Kau jangan cakap main sedap mulut.” Kim
menggelengkan kepala kerana tidak bersetuju dengan tuduhan tidak berasas yang
dilemparkan oleh Enn. Bukan Enn tidak tahu perempuan jenis apa yang diminati
olehnya selama ini.
Samada Enn sengaja buat
tidak faham atau sengaja mahu mengenakan dirinya dia bingung. Dengan wajah yang
nampak serius Enn itu membuatkan dia berfikir bahawa Enn benar-benar
memaksudkan kata-katanya tadi. Tak mungkin!
“Kadang-kadang kita tak
sedar yang kita dah jatuh cinta. Sebab fikirkan apa yang kita buat itu normal
macam kau ambil dia berkerja banyak kali itu bagi aku tak normal langsung.” Enn
cuba menyedarkan Kim hakikat cinta yang dia sendiri tidak nampak.
Tadi memang dia tidak
percaya dengan perkara yang perkerjanya katakan. Apabila melihat Arya teruk
dimarahi oleh Kim hatinya kuat menyatakan Kim cuba mengelak untuk sedar tentang
hakikat itu.
Kim berdiri pada
hadapan cermin rumahnya menghadap jalan raya yang masih sesak walaupun sudah
masuk pukul 12:00 tengah malam. Kata-kata Enn masih terngiang-ngiang pada
telinganya. Matanya dipejam sambil bersandar. Dia sendiri bingung dan agak
sukar mendengar kenyataan yang dia tidak pernah sangkakan selama ini.
Kalau betul aku suka
pada dia tapi kenapa? Kim cuba mendapatkan jawapan. Kenapa dia seorang saja
yang tidak pernah sedar bahawa dia suka pada Arya selama ini?Teruk sangatkah
dia sampai tidak menyedari tentang hakikat itu? Dia menghantukkan perlahan
kepalanya ke dinding kaca itu.
Dia sudah malas untuk
berfikir kerana semakin dia berfikir banyak perkara tidak logik akan muncul
nanti. Loceng rumahnya berbunyi. Dia yang baru hendak merehatkan diri setelah
seharian berkerja sudah diganggu di malam hari. Dia sudah tahu siapa yang datang
pada waktu-waktu begini kalau bukan Enn.
Kim menjenguk pada
skrin cctv rumahnya takut kalau-kalau itu bukan Enn. Belakangan ini banyak
kejadian aneh sudah berlaku di tempat tinggalnya. Walaupun dia duduk di kawasan
perumahan mewah tidak bermakna tiada masalah akan timbul.
Benar sangkaannya tadi.
Enn siap melambai pada skrin cctv. Enn di luar masih menunggu Kim membuka pintu
rumahnya. Ketika pintu terbuka Enn terus meluru masuk ke dalam rumah Kim tanpa
dipelawa. Itulah kebiasaan yang Enn lakukan.
Berlagak seperti dia
tuan rumah.
“Kau tak tidur lagi?”
Sengaja pertanyaan itu ditanyakan kepada Kim yang sedang bersandar pada sofa menghadap
siaran televisyen pada waktu itu. Mukanya nampak tidak tenang seperti resah memikirkan
sesuatu. Bukan dia tak tahu kenapa muka Kim nampak serabut begitu.
Sebab Enn tahu Kim
memang tidak bijak menyembunyikan soal perasaannya. Kalau dia sedang bermasalah
Enn mudah mengetahui apa yang sedang dia fikirkan. Merekapun sudah berkawan
lama sejak zaman universiti lagi.
“Kau masih fikirkan
pasal Arya ke?” Kim memandang sebentar ke arah Enn sebelum kembali memandang
semula ke arah siaran. Walaupun matanya sedang memandang siaran itu tetapi
hatinya entah ke mana. Enn sudah dapat mengagak daripada reaksi Kim itu. Kalau
dia masih berdiam bermakna Kim memang sedang susah hati.
“Aku tak tahu kenapa
aku rasa bersalah sangat bila aku marah dia pagi tadi. Hati aku tak tenteram
langsung ni. Kau boleh tak teman aku jumpa dia esok?” Kim mengutarakan rasa
hatinya. Memang dia rasa bersalah sangat dengan apa yang sudah terjadi. Satu
beban yang dirasakan berat ketika ini.
“Ok aku temankan.
Bertenanglah bukan kau bunuh dia pun. Kau marah dia aje. Semua orang buat silap
lagipun kita manusia bukan sempurna nak jaga hati orang lain dengan baik. Tapi
ini pengajaran buat kau. Lain kali kau kena hati-hati bila bercakap. Staf kita
semua terkejut bila kau tengking Arya tadi. Aku pun bro macam tak percaya aje
kau marah macam itu sekali.” Inilah waktu terbaik untuk dia menjadi pendamping
ketika kawan memerlukan dia disaat-saat begini.
Enn menumbuk sedikit
bahu Kim. Nampak sedikit kelegaan pada wajahnya yang agak kusut tadi. Kehadiran
Enn di rumahnya itu sedikit banyak membantu dia untuk tidak terlalu berfikir
jauh tentang perkara itu.
Memang dia rasa
bersalah dengan apa yang terjadi. Kalau diikutkan Arya hanya buat salah tidak
seberapa. Angin tidak tentu halanya telah memburukkan keadaan. Kalau dia hendak
menyesal sekarang sudah terlambat. Cuma apa yang patut dia lakukan sekarang
adalah pergi berjumpa Arya dan minta maaf.
Itu yang selayaknya dia
lakukan. Kalau sudah buat salah sebaik-baiknya meminta maaf adalah jalan
terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dia sendiri cipta. Siapa suruh buat
pasal sekarang diri sendiri yang dapat susah.
“Thanks bro. Kalau kau
tak datang tadi mahu gila aku jadinya. Kau datang rumah aku semata-mata datang
saja ke? Tak bawak apa-apa pun?” Kim cuba menjejak kalau-kalau Enn ada membawa
makanan bersamanya.
“Mana ada aku bawak
apa-apa. Aku datangpun ni nak jenguk kau saja ni. Mana tahu kau meroyan pulak
sebab terkenangkan Arya.” Enn sengaja memerli Kim sejak dari pagi tadi lagi.
Dia sudah menahan tawa dengan kata-katanya sendiri.
Giliran Kim pula
menumbuk bahu Enn kerana sering sangat dia mengenakan dirinya. Enn menahan tawa
lagi. Kim kalau bab orang mentertawakan dirinya dia memang agak geram. Sabar
saja Kim melayan kawannya yang tidak berapa mahu center otaknya kerana asyik
ketawa seolah-olah dia buat lawak. Kim malas mahu melayan. Kalau dia layan
karang makin menjadi-jadi pulak ketawa kawannya itu. Sabar sajalah dibuatnya.
No comments:
Post a Comment