Bab 5
“Encik Kim tolonglah terima
saya bekerja balik di sini. Encik sendiri yang cakap saya tak bersalahkan waktu
tu. Please... saya merayu pada encik.” rayu Arya. Dia nampak terdesak kali ini.
Kim berpeluk tubuh
ketika duduk menghadap skrin monitar laptopnya. Nampak agak berat keputusan
yang bakal dibuat kali ini. Dalam banyak-banyak orang kenapa dia seorang ini
langsung tidak takut terhadapnya.At least makan samanlah sikit. Sedangkan
stafnya yang lain sudah melabelkan dirinya sebagai lelaki paling sukar untuk
didekati. Tapi kenapa dia seorang ini macam tak faham bahasa?
Antara dia dan Arya
bukan ada apa-apa hubungan yang membolehkan mereka saling bertolak ansur. Tapi
tentang dia seorang ini Kim jadi lemah sedikit untuk menolak permintaannya.
Hatinya dengan mudah menerima kembali Arya bekerja di sana semula beberapa
bulan lepas setelah diberhentikan.
Bukan dia tidak pernah
berhadapan dengan manusia seperti Arya sebelum ini. Tapi mengapa dia terlalu
berlembut hati setiap kali manusia ini merayu kepadanya untuk kembali bekerja
di kafenya? Mungkinkah disebabkan wajah Arya yang terlihat mirip dengan kawan
baiknya yang telah pergi meninggalkan dirinya lama dahulu? Kim kerling sebentar
Arya yang berdiri menghadapnya. Muka itu nampak terlalu mengharap. Wajah itu
patutkah dikasihani?
Dia ni tak tahu malu ke
dengan aku ni? Setahu aku mana pernah aku layan dia ni macam kawan baik. Aku
rasa aku layan semua staf sama saja. Atau... dia ni ada simpan perasaan dekat
aku dan fikir aku sama ada perasaan dekat dia. Wehh.. gila apa! Ramai staf
perempuan minat kat aku mana pernah aku layan. Apasal pulak minah seorang ni
aku kisah sangat pasal perasaan dia dekat aku. Kim kau betul ke tidak ni
wehh...
Siapa Arya pada
hatinya? Hendak katakan mereka berdua berkawan baik memang tidak dan hendak
kata mereka berkasih jauh sekali. Kenapa kewujudan Arya buatkan dia menjadi
selemah-lemah manusia untuk menolak segala permintaan yang dibuat oleh bekas
pekerjanya ini.
Saat pertama kali Arya
menjejakkan kaki ke kafe itu hatinya seperti berkata-kata. Setelah sekian lama
hatinya sunyi sepi tanpa bicara muncul pula seseorang menjadi penawar dalam
kegelapan. Wajah itu bagai mengingatkan dirinya kembali pada seseorang yang sudah
lama pergi meninggalkannya.
Lama sangat senyuman
itu meninggalkan ruang hati dan fikirannya. Kenapa setelah sepuluh tahun
berlalu dia muncul kembali. Mungkin riak wajahnya tidak menggambarkan dia
berminat untuk mengambil tahu tapi hatinya kerap sangat berkata bahawa itulah
orangnya. Orang yang telah merenggut masa silamnya menjadi sebuah masa silam
yang sangat pahit untuk ditelan.
“Apa khabar semua, nama saya
Arya Juniel. Saya orang baru yang akan bekerja di sini. Sila beri tunjuk ajar.”
Arya menundukkan kepalanya setelah memperkenalkan dirinya kepada sekalian staf
dan orang atasan kafe itu.
“Sapa tu. Pekerja baru ke?” soal
Kim yang baru ke luar dari bilik pejabatnya ingin tahu kepada Enn yang baru
lepas memberi tepukkan semangat kepada pekerja barudi kafe mereka itu. Pekerja
yang lain turut memberikan tepukan semangat kepada rakan sekerja mereka yang
baru.
“A’ah pekerja baru. Kenapa, kau
minat dekat dia ke?” Enn cuba berseloroh dengan Kim yang nampak serius dalam
pertanyaannya tadi.
“Eh, mana adalah. Kau ni
memandai-mandai ajelah.” Kim senyum segaris kerana diusik dengan gurauan entah
apa-apa Enn pagi itu. Kim masih memandang belakang pekerja barunya itu. Tatkala
Arya menoleh ke arahnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir Kim nampak sangat
tergamam.
“Arya Juniel.” Kim menyebut nama
itu tanpa dia sedar.
“Mana kau tahu nama minah tu
Arya Juniel?” Enn pandang Kim yang semacam orang terperanjat. Lagi pelik sebab
Kim tahu nama pekerja baru mereka. Sikitpun Kim tidak mengerdipkan matanya
kerana tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. “Kau ok tak
bro, apasal muka kau nampak terperanjat ni. Kau nampak hantu ke?” soal Enn
ingin tahu.
Kim geleng kepala cuba
menafikan bahawa orang yang berada di hadapanya ketika itu bukan kawan baiknya
Arya Juniel yang telah mati. Masakan orang mati boleh hidup kembali.
Benar-benar tidak masuk akal. Nama yang seakan mirip dengan orang itu buat dia
bertambah keliru. Sebolehnya dia tidak mahu ingat kembali peristiwa berkenaan. Peristiwa
yang membuatkan dia menjadi senyap tanpa kata hampir bertahun lamanya.
Hampir sepuluh tahun
kejadian itu berlaku namun pada hari itu Arya yang muncul di kafenya membuatkan
dirinya hidup kembali. Dia cuba tolak ke tepi perasaannya sedikit demi sedikit
tetapi suara, wajah dan nama yang hampir mirip membuatkan hatinya jadi sangsi.
Benarkah dia masih hidup?
Seseorang menepuk bahu Kim
dari belakang. Sejak tadi matanya meliar mencari kelibat yang berjalan di hadapannya
tadi. Hampir setahun lebih kawan baiknya meninggal dunia tetapi dia masih tidak
dapat menerima hakikat itu.
“Kau buat apa dekat
sini Zarran?” soal rakan sekolejnya. Pelik pula dia melihat Kim tidak berganjak
ketika lampu isyarat hijau sedang menyala di laluan pejalan kaki. Tadi dia yang
beria sangat mahu ke seberang jalan.
Kawasan sekitar dipenuhi
orang ramai menyukarkan dia untuk menjejaki kelibat orang yang dia nampak tadi.
Dia pasti itulah orangnya. Pada mulanya dia tidak yakin tapi beberapa kali dia gosok
matanya wajah itu masih berada di hadapannya.
Kim masih mencari. Dia
berlari-lari anak mencari dan terus mencari kawan baiknya yang disangka masih
hidup lagi. Sedangkan pada hari itu dia sendiri melihat kawannya dikuburkan di
sebuah pusara. Apa sudah terjadi kepadanya? Matanya masih melilau mencari dan
terus mencari.
Dan pada akhirnya
pencarian itu hanyalah sia-sia. Apa yang cuba dia lakukan? Mencari orang yang
sudah lama pergi dan mengharapkan wajah yang terlihat mirip tadi untuk ditemui.
Rakan sekolejnya mengekori Kim sejak tadi. Bimbang juga dia melihat rakannya
berkelakuan pelik seperti itu.
Di tengah-tengah orang
ramai yang sedang berjalan akhirnya Kim lelah untuk mencari. Selepas kematian
kawan baiknya dia jadi tidak tentu arah. Seolah-olah bayangan kawan baiknya itu
masih berada berhampirannya. Makin dia mencari makin bayangan itu hilang dari
pandangannya.Dia sudah penat.
Manusia di hadapannya
ini bukan orang yang sama. Kim cuba menolak sekeras-kerasnya apa yang sedang
dia fikirkan. Dia harus terima hakikat bahawa Arya Juniel yang dia kenal
sepuluh tahun lepas sudah lama pergi. Dan di hadapannya kali ini bukan kawan
baiknya lagi tetapi bekas pekerjanya yang ingin meminta bekerja semula di
kafenya.
Kenapa kisah lamanya
harus dibuka kembali padahal kisah itu hampir dilupuskan dari ingatan. Hatinya
menjadi sayu ketika kisah pada suatu hari yang duka itu diingatkan kembali.
Matanya basah tatkala
berita kematian kawan baiknya itu dimaklumkan oleh bapa kawan baiknya sendiri
melalui panggilan telefon. Penghilang rasa suka dan sakit hatinya telah pergi
selamanya. Kakinya terasa lemah untuk berdiri ketika sampai di hadapan bilik di
hospital itu. Doktor yang merawat kawan baiknya itu mengatakan pendarahan teruk
pada otak akibat kemalangan punca utama kematian. Kenapa dia harus pergi begitu
sahaja tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal?
Dua orang kawan perempuannya
menangis sehendaknya. Kenapa terlalu awal dia meninggalkan mereka bertiga.
Berita yang mengejutkan itu benar-benar buat mereka tersentap.
“Jia, Sarra macam mana boleh
jadi macam ni? Al tak mungkin mati... tak.. tak mungkin!” Kim menggelengkan
kepalanya tidak boleh menerima berita kematian Arya secara tiba-tiba itu.
“Aku tak tahu Zarran
macam mana benda ni boleh jadi macam ni. Ayah Al call terus aku datang ke
sini.” kata Sarra dalam sedunya dengan linangan air mata tanpa henti. Kim
terduduk pada kerusi di luar bilik itu. Rasanya baru pagi tadi mereka bertiga
berjumpa sambil bergelak ketawa. Takdir tidak menyebelahi untuk mereka terus
kekal bersama.
Seorang budak lelaki berpakaian
baju pesakit berlari menuju ke arah mereka.Mereka kenal budak lelaki itu. Kim
kenal sangat dengan budak lelaki itu kalau bukan boyfriend kawan mereka Arya.
Di belakang budak lelaki itubeberapa orang lelaki bersuit hitam mengejarnya
cuba menghalang perjalanannya menuju ke arah mereka.
“Lepaskan aku!” Dia
menjerit sekuat hati minta dilepaskan.
Mukanya nampak pucat.
Apa sudah terjadi? Kim dan rakan-rakannya hanya mampu memandang. Nak masuk
campur rasanya tidak patut sebab mereka tidak tahu hujung pangkal cerita. Budak
lelakiitu membelasah mereka yang cuba menghalangnya dengan segala kudrat yang
masih ada. Sedih pada wajah itu tidak tertanggung.Pada pandangan mereka memang
patut dia rasa sedih begitu kerana Arya Juniel ialah girlfriendnya. Pastinya
dia antara orang yang paling kena tamparan paling hebat setelah mendapat tahu
berita kematian itu.
“Mama please tolong
benarkan Jhoon jumpa dia mama. Please ma...” Budak lelaki itu merayu-rayu
kepada ibunya di luar bilik itu ketika wanita angkuh itu datang ke sana. Ayah
kepada rakan mereka ke luar menemui wanita itu. Sepertinya ada urusan penting
antara mereka.
Kim nampak pada wajah
tua itu tiada langsung raut kesedihan. Mungkinkah kerana dia sudah pasrah
dengan ketentuan takdir? Mungkin antara mereka sahaja yang masih belum boleh
menerima hakikat bahawa takdir antara mereka dan Arya bukan untuk selamanya. Kalau
mereka selaku kawan baiknya sedih inikan pula bapa kawan mereka sendiri. Rasa
sedih itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mata mereka menyoroti tubuh tua itu
mengekori wanita yang puas dirayu oleh budak lelaki tadi.
Pengawal peribadi keluarganya
mengheret dia pergi dari sana. Sedih pada wajah itu masih tidak tertanggung.
Itulah kali terakhir dia nampak budak lelaki itu. Pada hari pengebumian kawan
baiknya wajah itu langsung tidak muncul.
“Zarran, kalau aku ada
masa tu mungkin aku boleh selamatkan Al lagikan.” Suara yang bernada sayu itu
seperti mengharap andai dia dapat memutarkan waktu. Kalau boleh dia juga mahu
melakukan perkara yang sama. Jia dan Sarra masih mengalirkan air mata tanpa
henti di hadapan pusara rakan mereka itu.
“Al jaga diri kau
baik-baik. Ada masa aku datang lagi.” Kim menyeka air mata pada pipinya yang
mengalir. Hanya mereka bertiga saja masih tinggal di tanah perkuburan itu. Ahli
keluarga rakan mereka dan rakan kenalan yang datang ke sana tadi sudah lama
beredar. Hujan gerimis yang turun pada penghujung musim bunga itu menjadi saksi
kematian rakan baik mereka pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
Kim seka air mata
hangat yang hampir ke luar. Kenapalah memori itu masih terpahat pada mindanya.
Orang di hadapannya ini masih menantikan jawapan daripadanya. Muka dia nampak
tertanya-tanya kenapa muka managernya itu nampak sedih. Dia ni kenapa? Terharu
sangat ke sebab aku minta kerja balik. Muka nampak cool macam ini pun boleh
terlalu sensitif sangat ke. Pelik aku.
Pekerja yang sedang sibuk
menjalankan tugasan masing-masing saling berpandangan sesama sendiri. Kehadiran
Arya di kafe pagi itu agak mengejutkan mereka. Hampir seminggu dia
diberhentikan kerja tiba-tiba pagi itu dia muncul semula. Urusan apa lagi
antara dia dan manager mereka itu kalau bukan mahu meminta kerja semula di kafe
itu.
“Dia tu memang keras
hati betul. Kalau aku dah kena berhentikan kerja tak hingin aku mintak kerja
pada tempat yang sama balik. Malu kut.” ujar salah seorang daripada staf kafe
menyuarakan pendapat ketika berkumpul pada satu sudut di kafe itu.
Mereka yang mendengar
kebanyakkannya mengangguk setuju dengan kata-kata rakan sekerja mereka tadi.
Masuk kali ini sudah berapa kali dia diberhentikan kerja oleh majikannya itu.
Apabila diberhentikan kerja dia mohon semula bekerja begitulah seterusnya.
Kim tahu Arya tidak
bersalah dalam hal itu. Masuk kali ini sudah kali ke-3 kalau dia menerima Arya
masuk bekerja semula. Mana ada majikan yang sangat lembut hati untuk
membenarkan pekerja yang telah diberhentikan diambil semula bekerja. Kalau ada
sekalipun satu dalam seribu kes.
“Kejap!” Semua orang
memberi perhatian sebentar kepada pekerja lelaki tersebut. Dia mengusap-ngusap
dagu dan pada wajahnya penuh kontroversi. Mereka yang lain memasang telinga. Siapa
tidak suka mendengar gosip lebih-lebih lagi hal yang melibatkan manager mereka
itu.
“Aku rasalah Encik Kim
suka dekat Arya tu. Sebab itu dia macam tak kisah kalau ambil Arya kerja
semula. Kau orang tak rasa ke apa yang aku fikirkan sekarang ini.” Andaian yang
agak masuk akal. Ada yang sudah menutup mulut kerana tidak menyangka manager
mereka akan jatuh hati pada pekerjanya sendiri.
Kebanyakkandaripada
mereka yang terlibat dalam mesyuarat
tingkap itu juga agak terkejut. Masakan mereka mahu menyangkal dakwaan yang
agak masuk akal itu. Pagi-pagi hari sudah tersebar gosip yang masih belum
disahkan kesahihannya.
“Betul-betul. Aku
sokong kata-kata kau tu. Kalau tak suka masakan dia ambil Arya balik berkerja.
Bukan sekali Encik Kim buat macam tu.” Seorang lagi menyokong andaian yang
sangat masuk akal itu. Mereka semua bagaikan bersetuju saja. Tiada bantahan langsung
yang berlaku antara ahli mesyuarat tingkap itu.
“Kau tengoklah kejap
lagi mesti Arya ke luar dari bilik Encik Kim dengan senyuman melebar. Sebab
kenapa,sebab dia diterima balik bekerja. Aku pasti punya.” Kali ini keyakinannyaamat
berasas dan yang lain mengangguk setuju. Ketika mesyuarat tingkap berjalan
dengan lancar pembantu manager datang dalam kumpulan mereka bagaikan berminat
dengan perbincangan hangat mereka itu.
Kehadiran Enn disambut
baik oleh semua ahli mesyuarat tingkap. Enn mudah disenangi dalam kalangan pekerja
di kafe itu walaupun kadang-kala dia suka meleteri mereka. Berbanding Kim tidak
semua berani berbual dengannya melainkan kalau ada tujuan penting berkenaan
soal cuti atau gaji. Kerana semua sedia maklum tentang posisi Kim sebagai
pemilik utama kafe Black’ Smith. Walaupun dia nampak dingin terhadap pekerjanya
segala tugas dia buat dengan sempurna di kafe itu.
“Encik tak rasa ke apa
yang kami rasa sekarang ini?” salah seorang staf mengajukan persoalan kepada
Enn selaku kawan yang paling rapat dengan manager mereka. Keakraban persahabatan
antara mereka berdua sudah lama diketahui.
“Rasa apa pulak saya
tak faham?” Dipulangkan semula soalan tukang tanya tadi kerana dia kurang faham
dengan pertanyaan yang tiada hujung pangkalnya itu. Siapapun tidak akan faham
kalau disoal dengan sesuatu yang tidak jelas seperti yang ditanyakan oleh salah
seorang mereka yang terlibat dalam mesyuarat tingkap tergempar itu.
“Maksud saya Encik Kim
suka pada Arya. Encik rasa macam mana. Logik tak?” jelas staf kafe yang
mengutarakan soalan tadi kepada Enn.
Muka Enn agak tergamam
dengan soalan itu. Sejak bila pulak Kim suka pada Arya? Dia sudah naik pelik.
Kenapa stafnya boleh terfikir sampai sejauh itu. Sedangkan dia yang berkawan
baikpun tidak mengetahuinya.
“Ishh kalau nak
mengarutpun beragaklah sikit. Arya tu bukan taste Kim pun. Kau orang ni dah
fikir jauh sangat ni...” Enn cuba membetulkan minda mereka semua yang tersalah anggap
tentang kebaikkan kawan baiknya itu. Citarasa Kim bukan perempuan jenis macam Arya.
Itu sudah pasti.
Dalam banyak-banyak
perempuan kenapa harus Arya. Mentang-mentang Kim baik hati mengambil Arya
bekerja semula, mereka dengan mudah buat tanggapan yang tidak masuk akal. Dia
faham perangai kawannya itu bagaimana.
“Enciklah yang fikir
singkat sangat. Takkan encik tak perasan tiap kali Arya kena berhentikan pasti
lepas tu muka Encik Kim sugul semacam. Macam orang mati bini katakan.” Salah
seorang pekerja perempuan pula cuba menegakkan kata-kata rakannya itu. Mereka
tidak mahu kalah selagi kebenaran tidak sepenuhnya terbongkar.
Enn geleng kepala. Pekerja
di kafe itu masih tidak berganjak untuk mendapatkan kepastian tentang status
manager mereka yang super kacak itu. Kalau perkara itu disokong oleh Enn maka sudah
pasti ramai pekerja perempuan di kafe itu akan patah hati.
Mengharap bagai bulan
jatuh keriba memang sesuai menggambarkan staf perempuan mereka yang mengharap
sangat dapat teman lelaki seperti Kim itu. Walaupun pada hakikatnya mereka
sedia maklum bahawa Kim tidak pernah melayani mereka dengan ramah. Kenapalah
lelaki yang nampak sombong sering buat perempuan jatuh hati? Keliru pula Enn
dibuatnya.
Berangin pula dia rasa
dengan andaian yang bukan-bukan stafnya lemparkan pada Kim. Bukan dia tidak
pernah menasihati Kim supaya jangan berlembut sangat dengan Arya itu. Tapi Kim
masih ingin beri peluang mengambil Arya bekerja semula. Tidak faham Enn
dibuatnya. Baikpun berpada-padalah juga.Sekarang ini, dia pula jadi mangsa yang
terpaksa menyangkal dakwaan yang tidak masuk dek akal oleh staf kafe mereka.
Salah Kim juga kerana kebaikkannya itu telah disalah ertikan.
“Inilah akibat kalau
aku dengan Kim bagi muka pada kau orang ni. Jangan nak mengarut boleh tak. Kim
tu baik hati sebab itu dia ambil Arya kerja semula tu. Sudah jangan nak buat
mesyuarat dekat sini lagi buat kerja buat kerja.” Cepat saja Enn menghalau
mereka dari terus membuat gosip yang langsung tidak masuk dek akal itu. Makin
dibiarkan nanti makin menjadi-jadi pula mereka membuat andaian yang bukan-bukan
tentang Kim.
“Apalah encik Enn ni
tak sporting langsung! Baru nak bergosip.” Ada yang menyuarakan rasa tidak puas
hati kerana diarahkan bersurai. Begitu juga pekerja yang lain mula merungut
kerana Enn tidak bersetuju dengan kata-kata mereka. Susah sangatkah untuk Enn
percaya kata-kata mereka?
Kalau angin tidak
bertiup masakan pokok boleh bergoncang inikan pula bukti terang lagi nyata.
Sepertinya manager mereka Kim cuba menyembunyikan sesuatu daripada mereka
semua. Perasaan apakah yang cuba dia sembunyikan kalau bukan pada bekas rakan
sekerja mereka Arya. Sebaliknya Enn yang sememangnya rapat dengan Kim pula
menidakkan perasaan kawan baiknya itu.
“Eh, kau orang ni!
Sudah buat kerja jangan nak merungut banyaklah. Kalau tak mahu berkerja baik
berhenti. Ramai lagi yang nak posisi kau orang sekarang ni tahu. Bersyukurlah
dapat kerja dekat sini.” Enn meleteri setiap mereka yang memprotes kata-katanya
tadi.
Mahu tak mahu mereka
bersurai juga. Mereka kembali menjalankan tugasan mengemas yang tertangguh sejak
tadi sebelum pelanggan datang ke kafe yang akan dibuka beberapa minit sahaja
lagi. Enn memerhatikan saja mereka melakukan tugasan mengemas sebelum beredar
ke bahagian dapur. Tugasnya apa lagi kalau bukan menyelia urusan dapur sebagai
ketua chef di kafe mereka.
Arya di pejabat Kim
masih memohon belas kasihan daripada bekas managernya entah keberapa kali. Hampir
sepuluh minit dia berdiri menghadap Kim yang masih tidak bersuara sejak tadi.
Arya pandang dia, dia pandang Arya balik itu sajalah yang mereka lakukan sejak
tadi.
Encik Kim ni hendak bagi
aku bekerja atau tidak. Kalau tak mahu cakaplah sesuatu ini tidak boleh pulak
dia main diam-diam sambil balas pandangan. Ishhh aku rimaslah. Encik Kim!!!
Arya menjerit dalam hati sambil cuba mengawal perasaannya yang hampir terbakar.
Ini semua kau punya
pasal Sarra! Kalau kau tak paksa aku mintak kerja dekat sini balik taklah aku
tercegat macam orang dungu depan dia ni. Aku tahu kau suka dekat encik Kim tapi
beragaklah jugak nak suruh aku kerja dekat sini lagi.
“Kau gila nak suruh aku mintak
kerja dekat Black’ Smith balik. Tak nak aku!”
“Kau cakap kat aku kau nak kerja
kat mana lagi selain Black’ Smith? Manager kaubaik apa. Handsome pun handsome.
Pada aku dia tu taklah teruk sangat. At least dia tu masih bertimbang rasa
lagi.” Sarra sebulat hati mahu Arya bekerja semula di kafe itu atas alasan yang
sangat menjengkelkan Arya yang mendengar.
“Handsome punggung kau! Poyo je aku
tengok dia tu. Dia tu bukan manusia yang jenis suka bercakap dengan orang. Aku
tanya sepatah dia jawab sepatah. Bila nampak aku aje dia macam nak larikan
diri. Aku bukan nak makan dia pun. Asal kau minat beria sangat dekat mamat tu?
Dia tu dah lah sombong tahap dewa. Nak senyumpun macam nak tak nak je. Elok
sangatlah kalau kau orang berdua dipadankan. Dua-dua sama gila!” Arya jelas
bengang acap kali Sarra memuji Kim di hadapannya.
“Kau kena kerja jugak dekat
Black’ Smith. Kau nak pergi konsert 7JGee ke tidak?” Sarra cuba mengumpan Arya.
“Mestilah nak err.. errmm.. kau
ni kan. Kau ni memang, suka perangkap aku dengan tiket konsert 7JGee tu. Ok ok
aku kerja kat sana balik.” Arya akhirnya termakan juga umpan yang dibuat oleh
Sarra. Bukan Sarra tidak tahu Arya memang pantang kalau dengar tiket percuma
lebih-lebih lagi tiket konsert 7JGee.
Sarra kau memang suka memalukan
aku kan! Malu kut! Dia ini pulak macam tak reti nak jawab. Apa jenis manusialah
dia ni.
Lama Arya menunggu
akhirnya Kim bersuara juga.
“Ok ok saya terima awak
bekerja semula. Tolong kali ni jangan sampai samseng-samseng tu datang buat
kacau lagi. Ini last warning daripada saya faham!” Arya sedikit terkejut ketika
ayat terakhirnya ditekan kuat memberi amaran keras yang terakhir. Mahu atau
tidak dia ikut saja.
Marah nampak.
Mentang-mentang aku minta kerja balik dekat sini kau nak marah-marah aku. Sarra
ini semua kau punya pasal. Geram pula Arya ditempik oleh managernya itu. Cakap
elok-elok sudahlah. Inikah lelaki yang menjadi idaman rakan sekerjanya di kafe
itu? Dengan dia Kim langsung tidak menjaga cara percakapannya. Semuanya dia
cakap lepas.
Muka aku ni memang
sesuai dijadikan bahan kemarahan dia ke? Ya aku sedar diri. Siapalah aku kalau
hendak dibandingkan pekerja yang lain. Lambat-lambat Arya jawab pertanyaan Kim
itu.
“Yes sir. Hari ini
boleh start kerjalah kan Encik Kim?” Dia cuba mendapatkan persetujuan daripada
managernya itu. Kim hanya mengangguk sedikit dan terus saja Arya keluar dari
bilik itu dengan senyuman kembang semangkuk. Siapa tidak suka diambil semula
bekerja.
Mereka saling
berpandangan. Mereka sudah dapat mengagak disebalik senyuman kembang Arya itu.
Enn yang berada di bahagian kaunter memerhatikan cara pandangan pekerjanya yang
tidak sudah-sudah curiga dengan hubungan manager mereka dan Arya.
Kim yang turut ke luar
dari pejabatnya terus pergi ke kaunter utama untuk memulakan tugas. Nampak biasa
saja dari air muka Kim pada waktu itu. Enn di sebelah seperti terpanggil untuk
memerhatikan perubahan pada reaksi Kim yang fokus dengan tugasannya seperti
biasa.
Kejap-kejap Enn mencuri
pandang melihat Kim yang masih tiada perubahan pada riak wajahnya. Dia sedikit
sangsi sejak termakan dengan gosip yang meliar dalam kalangan pekerja mereka. Diapun
manusia biasa juga. Alih-alih keraguan itu bakal bertandang juga pada benaknya.
Kim membalas pandangan
Enn yang tidak sudah-sudah asyik memerhatikannya sejak tadi. Rimas pula rasanya
kerana kerap diperhati. Bukan dia tidak terasa diperhati sejak dari tadi sebab bukan
Enn seorang yang berperangai pelik sebegitu malah pekerja yang lain turut sama.
“Dia orang ini kenapa,
aku ada buat masalah ke?” Kim rasa kurang senang dengan pandangan curiga
mereka.Enn di sebelah agak terkejut apabila Kim membalas pandangannya penuh
tanda tanya. Cepat-cepat Enn mengalihkan pandangan takut Kim syak yang
bukan-bukan tentangnya.
Arya yang berpakaian pekerja
kafe ke luar dari bilik persalinan pakaian terus memulakan kerjanya sebagai
seorang pelayan pada pagi itu. Kehadirannya pada waktu itu mendapat perhatian
daripada pekerja lain walaupun mereka agak sibuk melayani pelanggan yang tidak
putus-putus datang ke sana. Enn masih dalam pengaruh gosip itu.
Kerjanya sejak tadi
asyik memerhati Kim dan sekarang Arya yang baru muncul di hadapannya. Kim mula
naik bengang dengan situasi janggal itu. Rasa mahu saja dia sekeh-sekeh kepala
Enn yang tidak sudah-sudah asyik memerhatikannya sejak tadi.
Sekarang Arya pula
merasakan perkara yang sama. Tapi dia cuba buat-buat tidak endah dengan apa
yang sedang berlaku. Apa yang penting sekarang adalah dia melakukan kerja
dengan sungguh-sungguh bukan ambil kira pandangan orang yang penuh dengan
seribu makna.
Para pelanggan mula
memenuhi ruang kafe ketika waktu sarapan pagi. Para pekerja dengan tekun
melakukan tugasan masing-masing walaupun fikiran dan hati mereka masih dengan
perasaan keraguan yang menimpa-nimpa. Arya kejap-kejap di arah sana-sini oleh
Kim yang mahu menduga mutu kerjanya.
Masuk kali ini dia
sudah tiga kali Kim berlembut dengan membenarkan Arya bekerja dengannya. Enn di
sebelah kerap memerhatikannya sejak tadi. Bagai ada sesuatu yang tidak kena
padanya.
Kalau ada masalah setidaknya
dia patut cakap pada aku. Bukan buat kerja yang merimaskan begini. Ingat aku ni
tak ada perasaan ke kena pandang-pandang seolah-olah aku ni bersalah. Aku kena
buat sesuatu. Kim agak nekad kali ini. Siapa-siapapun kalau kerap diperhatikan
pasti merasa tidak selesa.
Kim bangun dari tempat
duduknya. Kali ini dia berasa sangat pasti punca kenapa mereka yang lain kerap
memandangnya kerana tiap kali dia mengarahkan Arya membuat kerja mata-mata itu
menyoroti perbuatannya dengan penuh rasa curiga.
“Arya sini kejap.”
Telinga mereka
seolah-olah menjadi perakam bergerak untuk mendengar. Ada yang sedang menuang
air ke cawan pelanggan memandang sedikit ke arah Kim yang bersuara. Itu sudah
menunjukkan mereka memang sedang buat kerja tidak berfaedah.
Arya ikutkan saja apa
yang diperintahkan oleh Kim kerana dia sebagai pekerja harus patuh dengan
arahan walaupun dia sedang sibuk sekarang. Menapak saja Arya di hadapan kaunter
air muka Kim jadi berubah tegas.
Bagaikan satu aura
negatif cuba menyelinap masuk ketika itu. Arya agak gugup melihat Kim yang
nampak tegas secara tiba-tiba. Kenapa aku rasa seram sejuk pulak ini. Aku ada
buat salah besar ke?
Mahu memandang Kim
dengan senyuman dia sudah takut. Matanya cepat sahaja melarikan pandangan ke
lantai. Seperti orang bersalah pulak gaya dia waktu itu. Kim ketuk meja dengan
kuat. Waktu itu mereka yang berada di dalam kafe beralih pandang kepadanya.
“Awak tahu tak apa
salah awak sekarang!” Kim tiba-tiba menempik Arya dengan marah sekali.
Seolah-olah Arya sudah membuat kesalahan besar waktu itu. Arya tergamam kerana
ditempik tanpa mengetahu salahnya. Dipandangnya Kim dengan wajah sedikit pelik.
Banyak mata bertumpu ke arah Kim yang meradang tanpa disangka-sangka.
Apahal pulak dia ni?
Meroyan ke apa? Arya cuba mendapatkan kepastian. Enn yang berada di sebelahnya
juga turut terkejut sehingga dia terpicit lebih sos pada makanan yang ingin
dihidangkan kepada pelanggannya.
“Jangan nak pandang
saya macam itu. Jangan fikir bila saya bagi awak sekali lagi peluang bekerja
dekat sini awak boleh buat sesuka hati awak!” Sekali lagi Kim naik suara kepada
Arya.
Dia ni kenapa?
Tiba-tiba aje nak mengamuk.Apa salah aku pada dia dan apa yang tak kena pulak
ni? Peluang? Aku tahu dia bagi peluang pada aku tapi kenapa nak jerit-jerit
biar satu dunia dengar apa yang dia mahu cakap pada aku. Mata Arya membulat
kerana ditempik sebegitu rupa. Hatinya tidak berhenti berkata-kata. Dalam
keadaan begini siapa-siapapun berada di tempat Arya tentunya tergamam kerana
dimarahi tanpa mengetahui salah sendiri.
“Awak tahu pelanggan
ramai tapi kenapa awak datang jugak waktu saya panggil awak. Mana mutu kerja
awak ni? Customer first tak faham lagi ke? Awak ni terlampau naik kepala sebab
saya terlalu bagi muka pada awak. Awak ingat saya ini apa hahh? Sebab pada awak
saya ini lelaki yang mudah dipermainkan dan awak dengan senang hati buat kerja
sambil lewa. Apa manusia awak ni Arya!”
Arya cukup tersentap
dengan hamburan kata-kata daripada managernya, Kim. Perasaannya cukup bercelaru
dengan amarah yang dilontarkan padanya. Hina sangatkah dia sampai managernya
itu memalukan dia di hadapan semua orang?
Atau managernya
mengambil dia bekerja semula pada hari ini semata-mata memang mahu memalukan
dirinya di hadapan semua orang. Staf yang lain tidak dapat berkata apa. Sangat
mengejutkan perubahan manager mereka itu. Lain yang mereka sangka lain pula
yang jadi akhirnya.
Memang dia seorang yang
agak dingin tapi tidaklah sampai bersikap seperti sekarang ini. Apa managernya
cuba tunjukkan pada mereka dengan memarahi Arya yang mula merona kemerahan
mukanya akibat dimarahi. Enn masih terdiam lagi. Mana pernah Kim naik marah
sampai begitu.
“Kalau macam inilah
perangai awak saya tak hairan jika tak ada orang lain sudi ambil awak bekerja.
Saya seorang saja yang terhegeh-hegeh ambil awak bekerja. Awak tak sedar lagi
ke yang kewujuduan awak di sini hanya menyusahkan kami semua di sini. Awak
betul-betul tak sedar diri!” Kim melempiaskan amarahnya tanpa memikirkan lagi
soal perasaan orang yang dimarahinya itu.
“Cukup!” Mata Arya
sudah kemerahan seperti dia sudah tiada maruah untuk ditempik-tempik pada
sekalian manusia yang memerhatinya sejak tadi. Enn mati akal dengan kemarahan
Kim yang tiba-tiba itu. What’s going on man. Dia hilang dalam kata-kata.
“Encik kalau tidak puas
hati dekat saya jangan tempik saya macam ini. Saya ada maruah lagi tahu tak?
Ingat manusia yang ada depan encik ini apa? Tunggul!” Arya tidak dapat mengawal
kemarahannya yang terasa disimbah-simbah dengan minyak tanah yang sedang
dinyalakan api.
“Ya, mungkin saya buat
silap tapi tak perlu encik hendak betulkan kesalahan saya dengan menempik saya
depan orang ramai. Saya ini sudah tidak ada maruah diri lagi ke pada encik? Oh
sebab saya asyik merayu minta bekerja semula dengan encik bermakna maruah saya
pada encik tak ada nilai.”
Air matanya mengalir
laju dan kala itu perasaan bersalah sudah bersarang pada wajah Kim. Arya seka
air mata yang kian mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Sungguh dia benar-benar
terhina dengan kata-kata managernya itu.
Kim tidak menyangka
akan menghamburkan kata-kata sebegitu rupa terhadap Arya. Niat awalnya lain
tetapi kali ini dia pula rasa bersalah yang menghentam diri apabila melihatkan
Arya mengalirkan air mata di hadapannya.
Tidak pula dia berniat
mahu memalukan Arya dengan cara itu dan tidak pula dia menganggap Arya sudah
tiada maruah pada penilaian matanya. Tangan Arya menyeka air mata yang kian
mengalir tanpa henti. Hatinya benar-benar sakit. Dipandang lama managernya itu
tanpa berkelip sesaatpun.
“Kalau selama ini encik
yang nekad berhentikan saya kerja sekarang saya yang minta diri untuk berhenti
kerja. Jangan pandang saya tak ada maruah sebab saya suka merayu. Saya masih
ada harga diri lagi!” Arya terus berlari ke luar daripada kafe itu dengan linangan
air mata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia tidak pernah rasa sesakit
begini walaupun ayahnya sering membuat dia susah hati.
Pelanggan dan staf kafe
masih berbekas dengan perasaan terkejut dengan kemarahan Kim yang secara
tiba-tiba itu. Dalam kalangan mereka yang menjadi pelanggan tetap kafe itu,
kebanyakkan mereka ialah kenalan Kim yang bekerja berhampiran kafenya.
Kim tidak pernah
memarahi sesiapa sebegitu rupa. Memalukan orang lain pada khalayak bukan
sikapnya. Semua orang amat menghormatinya selama ini kerana sikapnya yang
bertanggungjawab dan peka dengan perasaan orang lain.
Kim yang berada di
hadapan mereka ini jauh berbeza sikapnya dengan Kim yang asal. Kenapa dia harus
bersikap begitu? Terkedu mereka dengan perubahan sikap mendadak Kim.
Kim terus beredar dari
sana menuju ke arah pejabatnya. Enn yang duduk berdiam sejak tadi masih bersisa
terperanjat dengan kejadian tadi. Bila emosinya kembali baik Enn ke hadapan kaunter
cuba membetulkan keadaan.
“Saya selaku wakil
pemilik kafe meminta maaf atas perkara yang terjadi. Diharapkan anda semua
menjamu selera dengan perasaan gembira. Sekali lagi saya meminta maaf.” Enn
menundukkan kepalanya ketika berada di hadapan kaunter.
Dia cuba menjaga imej
dan reputasi Kim yang sering dipandang tinggi oleh para pelanggan mereka. Ada
dalam kalangan pelanggan mula merungut dengan kata-kata Kim sebentar tadi.
“Tolong cakap pada
manager Kim yang dia tidak patut malukan orang macam itu sekali. Saya kesian
tengok pelayan tadi menangis sebab kena marah. Tak pedulikan saya sekalipun
saya tidak kisah sebab ramai lagi pelayan yang boleh serve saya dekat sini.”
Mereka yang mendengar ada yang menyokong kata-kata pelanggan wanita yang
menjadi punca Arya dimarahi oleh Kim. Masakan perkara kecil dijadikan isu oleh
Kim.
Enn mati akal ingin
menjawab. Kenapalah kau buat perangai macam itu depan pelanggan kita.Tak pernah
aku tengok Kim bersikap macam tu. Apa yang tidak kena pada Kim? Enn garu kepala
cuba memikirkan perubahan mendadak sikap Kim tadi. Tadi dia punyalah baik hati
setelah mengambil Arya bekerja semula. Sekarang apa cerita?
Di sepanjang jalan Arya
kerap menangis kerana rasa cukup terhina dengan kata-kata Kim yang menghina
dirinya pada khalayak ramai. Mereka yang lalu-lalang di kawasan itu sedari tadi
asyik memandang Arya dengan perasaan tanda tanya.Arya tidak kisah apa orang
akan kata tentang dirinya yang kerap menangis. Hatinya sekarang lagi sakit
apabila terkenangkan peristiwa tadi. Kata-kata hamburan Kim masih
terngiang-ngiang.
No comments:
Post a Comment