Wednesday, 11 February 2015

Black' Smith: Let Us Just Love _Part 2


Mata Arya melilau mencari kelibat ayahnya yang sudah menghilang di lorong gerai-gerai yang baru dibuka sejak pagi tadi. Dalam masa yang sama dia masih berwaspada takut masih diekori oleh kumpulan samseng itu. Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya hati dia kali ini. Benar-benar geram. Bukan dia sengaja mahu mengelak daripada tidak membayar hutang ayahnya itu. Sedangkan sekarang ini dia sedang pokai kerana tidak bekerja setelah diberhentikan kerja seminggu yang lepas.
               Ini semua berpunca daripada siapa lagi kalau bukan ayahnya. Suka sangat menyusahkan hidupnya. Mana lagi harus dia sorokkan muka jika orang sudah pandang serong kepadanya. Bekas rakan sekerjanya sudah semestinya memandang serong terhadapnya kerana dia punca samseng datang ke kafe. Hidup tidak sudah-sudah ditimpa masalah.

               “Al tolong ayah. Dia orang datang nak jumpa awak dekat tempat kerja awak  sekarang ni. Ayah minta maaf ok. Tolong bayarkan hutang ayah dulu nanti ayah call balik...” suara dari voice mail terus mati dari talian. Ini semua taktik mahu mengelak bayar hutang.

               Arya sudah tidak keruan. Handphone ditangan masih belum tersimpan tetapikelibat mereka yang mencarinya sudah muncul di hadapan kafe itu. Tergamam rasanya melihat kehadiran mereka yang amat mengejutkan.

               “Mati aku!” hatinya berteriak.

               Di mana harus dia bersembunyi kali ini? Tugasnya sebagai pelayan kafe amat membataskan dirinya daripada melarikan diri. Waktu itulah pelanggan suruh dia tuangkan air dan dalam pada itu samseng-samseng turut muncul di sana.
               Arya jadi tidak sedap hati dengan kehadiran mereka di sana. Lepas satu, satu lagi bala datang padanya. Air liur yang hendak ditelan terasa kering sangat. Kenapa mereka harus muncul pada hari ini dan kenapa bukan pada hari lain? Ini semua taktik kotor mahu merosakkan reputasi baiknya yang baru pulih beberapa bulan yang lepas selepas kehadiran mereka buat kali pertama pada masa itu.
               Belum sempat dia mahu mengelak geng pemungut hutang sudah masuk ke dalam kafe tempat dia bekerja dengan penuh lagak. Kehadiran mereka di sana menangkap perhatian daripada pelanggan dan pekerja kafe tersebut. Ada yang tidak percaya apabila melihat imej buruk lagi selekeh mereka. Imej mereka itu mendatangkanrasa geli hati dalam kalangan mereka yang memandang.
               Anak-anak buah dan  ketua sama sahaja selekehnya. Kalau dalam kebanyakkan drama bersiri, golongan samseng pada alaf21 ini kebanyakkan daripada mereka sangat menitikberatkan soal penjagaan imej walaupun mereka menjalankan aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang. Sebaliknya mereka yang sedang berlagak samseng di kafe itu langsung tidak ditakuti malah mendatangkan rasa geli hati disebabkan imej serabai mereka. Mungkin apabila mereka bersuara pasti ada yang bakal ketakutan terutama yang bakal berurusan dengan mereka.
               Bukan saja-saja mereka mahu memandang kalau bukan cara berpakaian samseng-samseng itu nampak kelakar terutamanya ketua mereka yang berbaju hawai tetapi tidak dibutangkan. Perutnya yang buncit betul-betul memburukkan imej selaku ketua. Dengan misai tebal dan berkepala botak menampakkan lagi imej selekehnya.

               “Aduh, mati aku kali ni!!!”

               Tangannya hampir bergetar ketika menuangkan air kosong pada cawan salah seorang pelanggan kafe. Dia cuba berlagak tenang walaupun nasibnya sebentar lagi belum pasti. Ketua samseng mula memerhati setiap wajah yang berada di sana sambil bercekak pinggang. Keningnya terangkat tatkala terlihat wajah Arya.

               “Woi perempuan, kau ke sini! Ada hutang yang perlu kau jelaskan sekarang!” 

               Lelaki bermisai tebal menempik dengan kuat. Jari telunjuknya tepat pada Arya yang sudah mulai pucat. Kuncu-kuncunya yang lain turut membuang pandang ke arah Arya. Masing-masing membuat muka bajet taiko.

               “Mati aku! Ayah!!!” getus hatinya yang menjerit geram a.k.a dalam ketakutan. 

               Pada siapa mahu dia meminta tolong kali ini. Ayahnya tidak sudah-sudah mencipta bala untuknya. 

               “Apalah silap aku dapat ayah macam ini punya perangai. Terima kasih ayah sebab ayah dah berjaya musnahkan hidup anak perempuan ayah ni. Tahniah...” kata hati Arya akibat terlalu bengang dengan sikap bapanya yang telah menyusahkan dirinya. Dalam takut dia sempat lagi merintih kegeraman.
Pelanggan yang tidak berapa ramai pada pagi itu sudah memandang lain kepada Arya yang sedang menuangkan air kosong pada cawan salah seorang pelanggan kafe itu. Tangannya bergetar bagai mahu terbang saja teko air yang sedang dipegangnya.Samseng kut, siapa tak takut.

               “Encik ada samseng buat kacau dekat luar. Dia mesti nak cari Al tu.” Salah seorang pekerjanya memaklumkan perkara tersebut kepada managernya. 

               Dia yang sedang membuat pemantauan di ruangan dapur untuk menyelia pekerjanya menjalankan tugas terus bergegas ke luar dari sana dengan cepat. Bimbang juga dia andai kata mereka cuba membuat perkara buruk pada pekerjanya, Arya.
               Manager kafeyang datang dari arah dapur kafe mendatangi mereka. Gayanya cukup tenang tapi jangan disangka setenang-tenang wajah itu menandakan ada kebaikkan. Apa pula yang mereka hendakkan kali ini pada pekerjanya? Dikalih sebentar memandang Arya yang nampak gusar dengan kehadiran mereka di sana. Wajah itu mengatakan dia sangat takut.Arya berdiri statik sambil memegang teko air dengan kuat. Kalau tersilap cara boleh terbang teko itu akibat tangannyamasih bergetar-getar akibat ketakutan.
               Ada sebilangan staf nampak kurang senang memandang Arya setelah kehadiran samseng tahi kucing di kafe pagi itu. Manager kafe tarik nafas perlahan sebelum memandang semula orang di hadapannya. Samseng-samseng ini tidak sudah-sudah membuat kacau di kafenya.

               “Hahh... kau siapa? Aku panggil minah tu yang kau datang tercegat depan aku kenapa? Mahu cari maut ke sebab kau dah lama hidup sangat!” sinis saja cara percakapannya. Arya berjalan perlahan menghampiri mereka tatkala mata sudah bertentang dengan ketua samseng itu. Ini bukan kali pertama mereka bertemu dengan cara begini.

               Ditolaknya manager lelaki itu ke tepi kerana cuba masuk campur dalam urusannya tetapi manager kafe dapat bertahan. Ketua samseng naik geram dengan manager lelaki itu kerana cuba menghalang urusannya dengan orang yang berhutang dengannya. Kepala botak licinnya itu dia pegang dengan wajah tidak puas hati. Dipandangnya ke arah sekeliling apabila merasakan banyak mata sedang memerhatikan dia. Ikutkan hati mahu saja dia menampar muka seorang demi seorang yang tidak menyenangi kehadirannya di sana.

               “Apahal pandang-pandang tak pernah tengok orang marah ke hahh!” marah ketua samseng memarahi pelanggan kafe yang tidak henti-henti mengata tentangnya walaupun buah butir percakapan mereka tidak didengari dengan jelas.
               Kerana dia cukup pasti mereka sedang mengata tentang keburukkan dirinya. Kebanyakkan mereka masih berbicara tentang dirinya yang berpakaian selekeh dengan muka garang tidak tentu pasal. Ada yang ketawa sambil menutup mulut ketika itu. Ketua samseng sedang buat lawakkah?

               “Haa.. engkau! Kenapa lambat sangat aku suruh datang dekat aku? Bukan aku nak makan kau pun. Bayar hutang aku cepat atau sebab kau tempat ni yang terpaksa bayar hutang untuk kau!” Ketua samseng mengugut Arya. Mereka yang berada di sana menjadi pemerhati sahaja termasuk kuncu-kuncu samseng itu.

               Apa yang boleh mereka buat selain menjadi tukang pemerhati tidak berbayar. Hendak masuk campur jauh sekali. Cukup sekadar manager kafe menjadi orang tengah di antara mereka yang mahu berurusan dengan pekerjanya.
               Kehadiran manager kafe tepat pada masanya bagi menguraikan kekusutan. Dia menarik Arya ke belakangnya. Dia takut kalau-kalau lelaki di hadapannya ini akan bertindak mengapa-apakan pekerjanya yang seorang ini. Arya ikutkan saja apa yang disuruh oleh managernya itu. Pada pandangan semua orang manager kafe ialah hero penyelamat keadaan.

               “Kalau awak nak cakap sila cakap dengan saya. Saya tak mahu awak buat kecoh dekat kafe saya ni. Kalau nak buat kecoh sila buat dekat luar sana.” 

               Manager lelaki itu menunjukkan jari telunjuknya tepat pada arah pintu ke luar kafe. Ketua samseng mula panas begitu juga anak-anak buahnya. Boleh tahan juga sikap berlagak manager kafe yang nampak tegas terhadap mereka yang membuat kacau itu. Siapa mahu tempat punca mencari rezeki dijadikan tempat mencari masalah. Pelanggan yang datang ke sana bukan mahu menyaksikan keangkuhan mereka yang berlagak taiko. Sebaliknya pelanggan datang ke mari untuk menikmati makanan dan suasana yang tenang. Buruklah reputasi kafenya jika dia selaku pemilik kafe tidak berbuat apa-apa. Terpulang kepada mereka yang sedang membuat kecoh untuk menilai apa sekalipun imejnya. Lagipun dia berhak untuk bersikap begitu.

               “Eh, engkau ni melebih ni! Bos aku nak mintak duit yang bapak dia ni berhutang je. Kau tak payahlah nak masuk campur!”kata salah seorang anak buah ketua samseng sambil menepis-nepis baju manager kafe tidak puas hati.

               Gayanya cukup tidak berpuas hati tetapi ketuanya cepat mengangkat tangan supaya jangan masuk campur. Dia berundur ke belakang sedikit. Manager kafe sedikitpun tidak gentar dilayan sebegitu. Sebaliknya dia sempat lagi tersenyum sinis dengan kemarahan anak buah ketua samseng yang nampak marah kepadanya.

               “Bos orang macam ni mana boleh dibiarkan. Biadab dia ni boleh main-main halau orang pulak. Biar aku ajar dia sikit bos biar dia kenal kau siapa bos!” 

               Belum sempat dia mahu mara ke hadapan sekali lagi,kepalanya terus diketuk oleh ketuanya. Dia tertunduk-tunduk sakit kerana tengkuknya jugaturut ditampar sekali.

               “Sudah! Kau tak payah masuk campur urusan aku. Ke belakang sekarang!” 

               Ketua samseng bengang dengan sikap anak buahnya yang nampak tidak faham bahasa. Antara mereka ada yang menahan tawa. Dia terus ke belakang dengan wajah tidak puas hati.

               “Berapa hutang dia? Biar saya yang bayarkan.” Manager kafe mengemukakan tawaran yang tidak disangka-sangka. 

               Bulat mata Arya mendengar tawaran managernya itu. Bos aku ni biar benar? Sejak bila pulak dia ni boleh jadi mister gentelman ni. Uishh sukar dipercayai. Siapa tidak kenal dengan sikap manager kafe yang terlihat sombong pada mata staf-stafnya. Cuma mungkinlah Arya seorang sahaja yang berani buat rundingan damai dengan manager mereka itu.Kalau orang lain siap berfikir dua tiga kali untuk menemuinya jika ada masalah melibatkan soal kerja.
                Kening ketua samseng terangkat sedikit bagai berminat dengan tawaran tersebut. Siapa tidak suka kalau bercakap soal duit. Matanya nampak bersinar-sinar sekali tatkala ungkapan duit dicadangkan kepadanya.

                “Kan bagus buat macam ni. Dua ratus!”

                Manager kafe terus meraba poket seluarnya mengambil duit yang tersimpan. Terus saja duit itu bertukar tangan. Arya yang berada di belakang managernya rasa serba tidak kena. Duit yang diserahkan itu bukan sedikit nilainya bagi Arya. Mahu tak cukup sifat kalau Arya cakap jumlah duit dua ratus itu terlalu sedikit nilainya. Jumlah itu amat menyamai gaji seminggu dia bekerja. 
                Dalam rasa serabutnya perasaan bersyukur sedikit terasa. Sekurang-kurangnya managernya sudah membantu dia berhadapan dengan samseng tidak bermoral itu. Kalau dia berseorangan belum tentu dia dapat berdiri dengan selamat seperti sekarang ini.
                Ketua samseng mengira-ngira jumlah duit yang baru dia terima tadi. Anak-anak buahnya turut memerhati sama bos mereka mengira duit dengan penuh minat. Walaupun jumlahnya agak sedikit tetapi cukup berbaloi untuk mereka belanjakan buat hari ini.

                “Ok cik adik manis kita jumpa lagi nanti bila bapak kau hutang dengan kita orang lagi.” kata ketua samseng. 

                Mereka terus beredar dengan wajah yang sedikit berlagak. Suasana yang tegang tadi bertukar tenang kembali. Arya di belakang managernya sedikit lega selepas mereka beredar dari sana. Tetapi kelegaan itu belum pasti berpanjangan.

                “Jumpa saya dekat pejabat sekarang.” Perlahan saja arahan kedengaran.

                Manager itu berlalu pergi dan Arya yang sedang mengekorinya dari belakang rasa tidak sedap hati. Lepas satu masalah timbul datang pula masalah lain. Tidak tentu arah rasanya hati Arya kala ini.
Manager itu berpeluk tubuh sambil duduk pada tepi meja menghadap Arya yang sedang menundukkan kepala. Arya tahu dirinya bersalah. Diatakut untuk memandang muka managernya itu.
                Kalau diikutkan managernya sudah cukup memberi muka kepadanya. Tapi kali ini dia kurang pasti. Mungkinkah kali ini dia akan diberhentikan kerja lagi disebabkan perkara yang sama? Hatinya sudah pasrah. Setelah apa yang terjadi tadi dia sudah cukup terpukul dengan perkara tersebut.Kalau boleh dia tidak mahu melibatkan managernya lagi. Kalau dia diberhentikan kerja oleh managernya lagi hari ini bermaksud kali ini merupakan kali kedua dia diberhentikan kerana perkara yang sama.

                “Arya tolong jangan nak asyik tundukkan kepala saja. Awak tak salah dalam hal ni tapi ayah awak yang salah. Tapi... demi kebaikkan bersama saya berhentikan awak hari ini.”

                Managernya dipandang untuk mendapatkan kepastian.

                “Haaa...” Arya bagai tidak percaya dengan apa yang telah dia dengari tadi. Dia masih belum dapat menerima hakikat lagi. Mukanya masih mahu mendapatkan kepastian dengan apa yang dia dengari tadi. Rasanya macam salah dengar saja.

                “Tolonglah Arya jangan buat muka macam itu. Ya saya berhentikan awak. Jangan nak mengelak dengan janji yang awak buat dengan saya dulu lepas saya benarkan awak bekerja buat kali kedua di sini.” Kim cuba mengingatkan kembali tentang perjanjian yang telah Arya buat beberapa bulan lepas setelah dia menerima Arya bekerja semula di kafenya.

                Kepalanya ditundukkan kembali dengan mulut itiknya tidak puas hati kerana diberhentikan atas alasan yang sama. Bukan dia tidak mahu ingat tapi dia tidak menyangka managernya benar-benar berpegang pada janji. Salah dia juga siapa suruh berjanji dengan perkara yang sukar dikawal malah dia sendiri tidak menduga perkara itu akan terjadi sekali lagi. Serius tak sangka.

                “Saya takut kalau saya terus simpan awak sebagai pekerja saya lagi pekerja lain akan mengatakan saya ini tidak adil. Seolah-olah saya izinkan samseng tadi buat kacau dekat kafe ini lagi. Awak bekerja di sini dengan bagus tapi tentang perkara tadi saya tak boleh nak berkompromi lagi dengan awak. Saya harap awak faham.” Kim cuba menerangkan keadaan yang sebenar.

                Arya sudah kekeringan ayat untuk membela diri. Memang itu salah dia. Kalau difikirkan semula tindakkan managernya itu betul. Apa lagi yang harus dia katakan. Sudah terang lagi nyata memang salah dia kerana tidak menepati janji.
                Hendak dikesalkan perkara sudah terjadi. Jawapan muktamad managernya memang tidak boleh diubah. Mahu atau tidak dia harus terima keputusan itu dengan hati terbuka walaupun diri terasa bodoh kerana tidak menegakkan keadilan untuk diri sendiri.

                “Saya minta maaf atas apa yang dah terjadi tadi. Pasal duit tadi encik tolak saja daripada gaji saya bulan ini. Sekali lagi saya minta maaf dan terima kasih sebab selama ini encik membenarkan saya bekerja di kafe ni.” Dia menundukkan kepala tanpa memandang ke arah managernya lagi.

                Arya ke luar dari sana sambil diperhatikan oleh manager kafe. Mereka yang sibuk menjalankan kerja masing-masing tadi bergegas mendapatkan Arya yang sudah berganti pakaian. Seolah-olah mereka sudah tahu apa yang telah terjadi.

                “Arya kau ok tak?” tanya salah seorang daripada rakan sekerjanya. 

                Sugul saja wajah Arya waktu itu. Dikuatkan juga hati untuk tersenyum. Arya kau kena kuat Ok!!! Apa yang dia mampu buat lagi dalam situasi begini.

                “Yayy!!!Aku dah berhenti kerja. Kerja kuat ok jangan hampakan manager kita.” Arya pura-pura gembira sedangkan hati dia rasa hendak meletup saja waktu itu. 

                Mereka yang mendengar garu kepala pelik dengan reaksi gembira semacam Arya setelah diberhentikan. Betul atau tidak Arya di hadapan mereka ini? Gembiranya lain macam sahaja mereka tengok.

                “Oklah aku pergi dulu. Bye semua.” 

                Terus saja dia berlalu pergi dengan berat hati. Rakan sekerjanya memerhatikan sahaja kelibat Arya yang sudah menghilang diri daripada pandangan mereka. Bila diingatkan kembali kejadian hari itu hati dia jadi bertambah-tambah sakit.
                Kalau orang yang ada penyakit hati sudah pasti pergi berubat buat pembedahan hati atau apa yang patut tapi kalau penyakit hati aku ni dah tak ada penyembuhnya. Geramnya...! Arya menjerit dalam hati. Karang kalau luah kuat-kuat orang cakap dia ini gila menjerit tidak tentu pasal. Ditahan saja rasa sakit hati itu.
                Kalau sudah tahu tidak ada duit bermain judi baik berhenti. Ini tidak pantang dicabar mulalah dia tunjukkan skill yang tidak berapa bagusnya itu. Sudah acap kali Arya memarahi agar ayahnya berhenti bermain judi.
                Tapi dia langsung tidak mahu mendengar kata-katanya. Balik-balik dia pula yang dimarahi oleh ayahnya semula. Dia yang buat salah Arya balik yang dimarahi. Bagi ayahnya apa yang dia lakukan demi kepuasan hidupnya.
                Kepuasan!
                Gila ke apa! Pekerjaan yang tak bermoral langsung dan menyusahkan orang lain adalah. Kepuasan apa yang dia dapat kalau setakat dapat menyusahkan kepala otak Arya untuk mencari jalan membayar hutang bapanya itu. Perlukah sampai mulut Arya berbuih untuk menasihatinya baru ayahnya itu mahu mendengar nasihat? Kalau bercakap dengan orang tua yang tidak makan saman seperti ayahnya itu susah sikit. Ada saja jawapan ayahnya itu untuk mengelak.

                “Awak tak payah nak ajar ayah. Ayah bermain judi bukan pakai duit awak. Jadi tak payah nak bagi nasihat pada ayah yang jauhlebih makan garam daripada kamu tu.” Itu sajalah jawapan terbaik daripada seorang ayah yang tidak mahu mengaku salah.

                “Ok, fine kalau ayah tak mahu dengar!” Bunyi macam kurang ajar saja Arya menjawab kata-kata ayahnya. 

                Siapapun kalau berada dalam situasinya pasti akan naik geram. Nasib Arya sudah terbiasa dengan keadaan itu. Kalau ikutkan hati yang marah ini sudah lama dia ikat ayahnya itu dan letak dalam peti ais buat sejuk beku. Senang sikit punya cerita. Nak marah nanti dia marah Arya balik. Kalau buat sejuk beku puas sikit hati. Nasib baik peti ais di rumah kecil saja.
                Kadang-kadang nasib malang yang menimpanya inimembuatkan Arya jadi seorang yang keras hati dengan kehidupannya yang penuh huru-hara macam sekarang. Hidup penuh dengan kesabaran. Sabar sajalah Arya.
                Dia masih berjalan menyusuri laluan pejalan kaki bersebelahan dengan gerai-gerai yang sedang menjual barangan dapur. Memang setiap hari Sabtu begini ramai yang akan mengambil kesempatan berniaga di tepi jalan ini.
                Ada dalam kalangan mereka yang berniaga di sana menjual bunga-bunga segar. Bunga yang berada di dalam baldi yang disusun di hadapan gerai itu memikat mata yang memandang. Ramai pula yang datang singgah ke gerai itu terutamanya orang perempuan. Arya memandang ke arah sebekas bunga ros berwarna kuning.
                Warna kuning itu menangkap pemandangan mata Arya. Hatinya yang gelisah tadi tenang seketika melihat kecantikkan warna bunga itu. Dirabanya kocet seluarnya untuk mengambil duit. Dia mengira-ngira duit kertas yang hanya bernilai kecil dan beberapa keping duit syiling yang masih dimiliki untuk meneruskan hidup dalam seminggu ini. Orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu sejak gerai-gerai itu dibuka.
                Dia masih leka mengira duit syiling dan duit kertasnya. Kejap-kejap dahinya berkerut. Dia sudah tahu kenapa duitnya itu kurang kalau bukan ayahnya yang ambil. Giginya diketapnya dengan geram. Konon tak akan ambik duit aku sebab hal judi. Sekarang ini apa!!!

                 “Aduhai. Kenapalah duit aku tinggalbanyak ini aja. Bengang betullah!” Dia mengeluh kecil sambil memuncungkan mulutnya. Pastinya dia bengang kerana duitnya diambil oleh ayahnya.

                 Bunga tu cantik sangat. Nak beli atau tak? Arya berjalan menghampiri bekas yang berisi bunga ros berwarna kuning. Pemilik gerai bunga menghampirinya yang masih termenung memikirkan patut atau tidak dia membeli bunga itu.

                 “Ya cik nak beli bunga yang mana satu. Semuanya cantik-cantik cik. Saya tengok cik dari tadi asyik memandang dekat bunga warna kuning ni. Cik nak beli berapa kuntum ya?” Ramah saja pertanyaan pemilk gerai bunga itu bertanya.

                 Kening Arya terangkat sedikit dengan pertanyaan itu. Dia rasa kurang senang dengan ayat yang dituturkan oleh pemilik gerai bunga ini. Dia ni perhatikan aku ke dari tadi? Nampak sangat keaku asyik pandang bunga tu dari tadi? Entah-entah masa aku tengah kira-kira duit tadi dia asyik memerhati. Waaa... malunya aku!!! Kau ni Al suka malukan dirikan. Agak-agak jugaklah nak kira duit tadi. Dasar muka tebal betul.
                 Arya menoleh kepalanya sedikit memandang pemilik gerai bunga yang ala-ala peramah dengannya. Tapi memang patutpun wanita itu ramah. Kalau tidak macam mana mahu tarik pelanggan. Alamatnya tutup kedailah jawabnya jika tidak ramah dengan pelanggan. Tiba-tiba Arya seperti orang tersentap gayanya.
                 Wanita itu memandangnya dengan senyuman semacam. Ya semacam yang meragukan!Kenapa dia senyum macam geramdekat aku? Aku ada buat salah ke? Arya rasa tidak sedap hati. Wanita dalam lingkungan 30-an itu masih menanti jawapan daripada Arya yang senyap seribu bahasa. Dia bukan senyap saja-saja tapi dia tak habis-habis bercakap dalam hatinya sejak dari tadi. Mungkin saja wanitaitu sudah naik bosan dengan Arya yang tercegat depan gerainya sejak tadi. Sebab itu muka dia senyum begitu pada Arya. Pelanggan yang lain sudah beredar setelah bunga yang diinginkan sudah dibeli. Arya pula masih menghitung patut atau tidak.
                 Inilah payahnya jika duit yang ada dalam tangan tingal sedikit. Hendak beli apa yang diinginkan sentiasa berfikir dua kali. Sama cerita seperti sekarang, nak beli bunga yang memikat matanya pun kena berfikir panjang. Arya masih tercegat di hadapan gerai bunga itu. Apa lagi yang dia fikirkan?

                 “Saya nak sekuntum saja boleh tak kak? Duit tak cukuplah nak beli banyak. Bolehkan saya beli sekuntum saja?” 

                 Dipandangnya pemilik gerai itu untuk mendapatkan kepastian sambil tersenyum hambar.
Macam mana mahu senyum kalau hatipun tak tenteram. Keluar saja dari rumah terus kena kejar tak pasal-pasal. Kalau aku dapat ayah siaplah dia. Patutnya hari ini aku pergi cari kerja bukan buat kerja melarikan diri. Aduhai hidupku.

                 “Yaaa... memang bolehpun. Nak beli banyakpun saya lagi galakkan.” Sepertinya mahu menyindir Arya yang tidak menjawab pertanyaannya sejak tadi.

                 Panjang betul jawapan ‘ya’ daripada wanita itu. Nampak dia agak geram dengan Arya. Hisshh.. perempuan ni. Perli aku apa? Aku tahulah sejak tadi aku asyik tercegat depan gerai dia ni. Duit aku pun tak cukuplah. Hidup sudah tahu susah kenalah beringat-ingat.
                 Kalau duit aku ini tak aku laburkan pada benda-benda lain sudah lama aku beli banyak bunga kau ni. Eishhh.... janganlah nak perli orang!
                 Setelah selesai membuat pembayaran Arya beredar dari gerai itu. Muka wanita itu masih tersenyum semacam gaya mahu menghalau Arya cepat pergi dari sana. Siap melambai lagi pemergian Arya dari gerainya itu. Nak halau aku ke apa?

                 “Cik silalah datang lagi ya beli bunga dekat gerai saya ni.” Pemilik gerai itu melaung pada Arya yang sudah tiga meter jauh daripadanya. Arya menoleh sedikit. 

                 Walaupun rasa semacam dengan layanan wanita itu tadi setidaknya dia kena juga membalas dengan pandangannya. Karang biadab pula kalau tak menoleh. Hidup kena ada adab. Adab itu sangat penting walaupun sekarang aku tak ada duit. Baru orang respect dekat kita. Orang tak pandang kita banyak duit atau duit sikit. Kalau adab ada orang hormat. So kita kena ada adab.
                 Dalam keadaan macam ini memotivasikan diri itu amat penting. Sambil berjalan sambil itu dia mengeluh mengingatkan apa yang terjadi. Bunga pada tangannya dihalakan ke hidung. Bau ros itu agak pekat seperti susu masam manis yang bercampur. Apa yang penting bunga yang berwarna kuning itu sudah berada dalam genggaman tangannya kala ini. Bau tak penting sekurang-kurangnya pergi konsert nanti bukan dengan tangan kosong. 7JGee I’m coming...!!!

No comments:

Post a Comment