Wednesday, 11 February 2015

Black' Smith: Let Us Just Love _Part 12



Bab 11


Pagi-pagi lagi Zarran sudah menanti Arya di luar pintu rumahnya. Loceng rumah ditekan banyak kali. Ayah Arya yang sedang memasak di dapur sudah panas punggung kerana loceng tidak henti-henti ditekan. Dia berjalan laju ke luar rumah dengan membawa senduk di tangannya. Nampaknya dia betul-betul geram.
Pagi-pagi lagi sudah ada datang mengganggu. Sejak belakangan ini loceng rumahnya kerap berbunyi kerana dibunyikan oleh budak-budak nakal di kawasan taman perumahannya. Ada satu hari loceng rumahnya berbunyi tanpa henti seperti bunyi loceng kebakaran berbunyi. Seluruh rumah panik. Rumah mereka terbakarkah?
Rupa-rupa ada orang mendajal dengan meletakkan pelekat pita pada punat penekan loceng rumah. Kali ini dia tidak boleh terlepas untuk menangkap pesalah tersebut. Kalau dia dapat tangkap siapa mahu mendajal rumah mereka memang kali ini dia ketuk manusia itu dengan senduk di tangannya.
Lantaklah apa orang hendak kata dia tidak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting dia puas.
Perlahan-lahan dia mengintai dari celah pagar di laman rumahnya. Seorang budak lelaki yang hampir sebaya dengan anak perempuannya sedang berdiri di sana sambil menekan-nekan loceng. Ryan bercekak pinggang.
    “Budak ni memang nak kena! Suka-suka hati dia saja nak tekan loceng rumah orang lama-lama. Siap kau!” gerutu hatinya geram. Zarran masih menekan loceng rumah mereka dengan muka tidak bersalahnya. Nampaknya dia benar-benar suka menekan loceng itu.
Mahu saja dia baling senduk itu ke arah Zarran yang tidak faham bahasa. Sekali menekan loceng rumah orang sudah cukup. Ini tidak selagi tuan rumah tidak ke luar dia akan terus menekan. Arya yang baru muncul pada balkoni rumahnya sedang menguap. Dia menggusai rambutnya yang kusut masai ketika baru bangun dari tidur.
Siapalah yang tak reti bahasa membunyikan loceng tanpa henti di hadapan pintu pagar rumahnya. Geram pula dia kerana dikejutkan dengan bunyi loceng rumah yang berbunyi tanpa henti pada hari hujung minggu begini. Zarran melambai-lambai ketika Arya masih tercari-cari kelibat manusia yang tidak faham bahasa itu.
Pada masa yang sama ayah Arya terus ke hadapan pintu pagar sambil mengetuk-ngetuk senduk pada tangannya dengan muka sengaja digarangkan. “Kalau tak garang budak ni takkan takut pada aku.” Ryan masih mengetuk-ngetuk senduk itu pada tangannya. Zarran nampak sedikit terkejut tetapi dia buat selamber. Sempat lagi mengangkat tangan menyapa ayah Arya yang tiba-tiba muncul di sebalik pagar rumah itu.
“Pagi-pagi dah buat bising dekat rumah pak cik. Kau tekan lagi loceng siap kau!” Ryan memberi amaran dengan menudingkan senduk kepada Zarran sebelum masuk semula ke dalam rumahnya. Zarran garu kepala. Takut juga dia kerana diugut oleh bapa kawannya sendiri.Siapa suruh cari pasal.
Arya di balkoni hanya memerhati ayahnya sedang bercakap-cakap sesuatu kepada rakannya itu sebelum ayahnya masuk semula ke dalam rumah. Gayanya macam dia tengah marah pada Zarran. Hahaa... padan muka! Dia menongkat dagu pada tembok penghadang balkoni sambil memandang ke arah Zarran yang masih bersisa gerunnya selepas dimarahi.
“Arya cepat pergi siap. Aku bagi kau masa 20 minit saja. Kalau kau tak siap aku masuk rumah kau.” Zarran cuba mengugut Arya. Zarran pandang Arya dari arah luar pintu pagar. Mata Arya masih mengantuk. Sempat lagi dia memisat-misat mata yang masih mengantuk. Zarran pagi-pagi hari sudah mengugut orang. Di luar bilik ayahnya pula mengetuk pintu biliknya.
“Al bangun, Zarran dekat luar tunggu kamu tu. Cepat sikit sebelum loceng rumah kita meletup lagi!” ada bunyi ugutan dari bapanya juga.
Kuat suara ayahnya melaung dari luar bilik. Apa punya ugutan itu. Arya garu kepala mendengarnya. Agak-agaklah kalau nak menipupun. Suara Zarran di luar rumah masih kedengaran mengugutnya. Pusing dia dibuatnya. Sebelum Zarran betul-betul mengotakan janjinya baik dia siap segera. Ryan ke luar semula dari dalam rumah menuju ke pintu pagar semula. Zarran masih tercegat di luar rumah mereka sambil bersandar pada tembok bersebelahan pagar rumah.
“Zarran masuklah. Pak cik dah siapkan sarapan pagi. Makan sekali.”
Zarran nampak segan tetapi Ryan pantas menarik Zarran masuk ke dalam rumahnya. Mahu atau tidak dia ikutkan saja. “Rezeki jangan ditolak bala jangan dicari. Hahaa...” Zarran gelak dalam hati.
Kalau sudah dipelawa dia boleh saja. Beberapa minit kemudian Arya menuju ke dapur untuk bersarapan sebentar. Bunyi agak riuh di dapur dengan gelak ketawa. Sepertinya ramai pula berada di dapur waktu itu.
Ayah ajak setaman ke orang sarapan pagi dengan dia? Dia menyepit rambut yang terurai menutup sebelah matanya. Ada kelibat manusia yang tidak Arya kenali ketika berada membelakangi Zarran yang sedang duduk makan. Nampak berselera sungguh dia makan tanpa ambil kisah orang yang berdiri di belakangnya.
“Siapa ni ayah?” tanya Arya.
Belum sempat Ryan mahu menjawab Zarran sudah menolehkan muka ke arah Arya. Zarran buat tanda peace sambil tersenyum. Ryan menatap lama muka anaknya itu. Seperti ada tidak kena pada wajahnya.
Arya mengambil tempat duduk bersebelahan abangnya Erean ketika duduk di meja makan. Arya buat tidak endah dengan pandangan bapanya yang sedikit pelik pagi itu.
“Al kenapa pipi awak lebam?” Ryan menunjukkan bahagian pipi Arya yang masih lebam akibat ditumbuk semalam. Arya menutup bahagian pipinya dengan tapak tangan. Bukan budak lelaki itu sengaja untuk menumbuk dia. Silap hari bulan kalau dia tidak menghalang Zarran dari ditumbuk pasti mama Zarran pula akan bertanya kepadanya.
Ada bagusnya dia kena tumbuk setidaknya ramai akan prihatin tentang dirinya yang nampak tidak nampak saja di rumah itu belakangan ini. Masing-masing agak sibuk dengan urusan sendiri sampai tiada masa untuk saling bertegur sapa.
“Jangan cakap dekat ayah awak berlagak gangster dekat sekolah. Betul tak!” Ryan meninggikan suara di kala mereka sedang menjamah makanan. Zarran tidak senang duduk dengan tuduhan ayah Arya terhadap kawan baiknya itu.
“Zarran cakap dekat pak cik dia ni dekat sekolah kaki gangster kan?” Dipandangnya Zarran. Ryan cuba mendapatkan kepastian daripada Zarran yang sekelas dengan Arya. Ryan cepat panas kalau bercakap soal anak perempuannya yang sering menimbulkan masalah di sekolah.
Arya buat tidak peduli dengan tuduhan tidak berasas ayahnya di hadapan Zarran. Dia tidak ambil kisah jika ditempik di hadapan Zarran kerana dia sudah lali dengan situasi itu. Bukan sekali dua Zarran datang singgah ke rumahnya pada waktu-waktu pagi begini dan bukan sekali dua sahaja dia ditempik di hadapan rakannya itu.
Ikutkan rasa malu memang dia malu tetapi itu mungkin lama dahulu. Mukapun sudah berinci-inci tebal tapi dia buat biasa saja macam tiada apa-apa sedang terjadi. Pandai-pandailah mahu hidup.
“Tak adalah pak cik. Dia tak buat salah apa-apa pun. Semalam kawan dia yang patut kena tumbuk tapi Arya cuba tahan last last dia pulak kena tumbuk dekat budak tu.” Kemudiannya Zarran menjeling sekilas ke arah Arya yang masih buat endah tak endah saja.
Ryan menarik pinggan nasi goreng milik Arya dengan muka masih tidak puas hati. Ada saja yang tidak kena pagi itu. Arya menyuap nasi terakhir pada sudu yang sempat dia sudukan tadi dengan muka tak beriaknya. Erean malas mahu masuk campur urusan mereka berdua. Sebab dia faham sangat dengan sikap mereka.
Suka sangat ayahnya itu mencari salah Arya tidak kira masa. Sudu diletakkan di atas meja lalu Arya bangun minta diri untuk beredar. Dia malas bertegang urat dengan ayahnya yang membawa kepada tiada apa-apa makna melainkan rasa sakit hati.
“Ayah belum habis cakap lagi. Duduk sekarang!” Ryan masih mahu mencari salah Arya yang langsung tidak menoleh. Selagi dia boleh mengelak dia akan terus mengelak. Zarran turutmeminta diri setelah Arya tergesa-gesa pergi dari sana.
Ryan menahan rasa marahnya lalu mengetuk meja dengan geram. Erean sedikit tergamam tetapidia buat seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana dia sudah tahu sikap panas baran ayahnya itu. Jangan ditegur nanti makin panas.
“Lepas makan awak kemas dapur. Ayah nak pergi kerja.” Ryan bangun dari kerusi dengan wajah yang agak tegang. Erean ikutkan saja permintaan ayahnya itu tanpa banyak soal. Kalau dia cakap sesuatu takut pula dia kena marah tidak pasal-pasal oleh ayahnya yang sedang naik angin tidak tentu hala.
Zarran mengejar Arya yang sudah jauh berjalan ke luar dari rumahnya. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata ayahnya itu. Kalau dia tidak buat masalah sekalipun pasti ayahnya akan mencari salahnya juga walaupun sebesar kuman untuk cari gaduh.
Rasa bersalah Zarran masih menebal lagi terhadap Arya. Sepatutnya dia yang kena tumbuk semalam bukannya Arya yang bertindak sebagai guardian anglenya. Memang tidak masuk akal betul. Hilanglah maruahnya sebagai seorang lelaki disebabkan perempuan yang bertindak melindunginya.
Sepatutnya dia yang bertindak sebagai pelindung bukannya Arya. Perkara telah terjadi apa boleh dibuat lagi. Melihat pak cik Ryan memarahi Arya dengan teruk membuatkan dia makin rasa bersalah. Ditariknya lengan baju Arya untuk menghentikan langkah yang agak laju itu untuk jalan bersama menuju ke pondok bas.
“Kenapa kau tak terus-terang pasal tadi. Aku minta maaf pasal semalam. Kalau aku tak libatkan kau dalam hal aku mesti kau tak kena marah dengan pak cik.” Dipeluknya lehernya Arya sambil berjalan sama.
Arya masih senyap seribu bahasa. Lebih baik mendiamkan diri daripada terus bercakap. Lagi bercakap lagi hati bertambah hangat. Ingatkan hari minggu begini ayahnya tidak akan marah-marah tetapi lain pula yang terjadi.
Tangan Zarran ditolak dari melingkar pada lehernya. Bukan apa nanti ada pula yang memandang serong terhadapnya terutamanya jiran tetangga mereka yang kuat bergosip itu. Dia takut hubungan akrabnya dengan Zarran disalah tanggap oleh sesetengah pihak.
Kalau berita itu sampai ke telinga ayahnya lagi bertambah sakit telinga hendak menadah kemarahan ayahnya yang tidak menentu. Waktu anginayahnya baik dia boleh terima lagi marah ayahnya itu. Tapi kalau tiba angin sonsang ayahnya tiba mahu berdarah telinga mendengar ayahnya membebel mengalahkan perempuan.
Zarran melingkarkanlagi lengannya pada leher Arya. Dia ini memang tak faham bahasa aganya!Dijelingnya Zarran tajam. Zarran tersengih sengaja mahu mengusik Arya yang masam mencuka tidak tentu hala sejak tadi. Arya terus menarik tangan Zarran lalu memulasnya ke belakang Zarran.
“Sakit sakit sakit....” Zarran mengaduh sakit kerana tangannya dipulas ke belakang dengan kuat oleh Arya.
“Kau buat lagi aku patahkan terus tengkuk kau. Ini amaran ingat!” Terus tangan Zarran dilepaskan. Zarran memegang tangan yang masih terasa sakit. Baru hendak bergurau sudah terkena balik.
“Janganlah moody sangat Al. Menakutkan betul muka kau.”
Arya berhenti mendadak di hadapan Zarran. Zarran terundur sedikit melihatkan muka ganas Arya yang mahu membunuhnya. Silap hari bulan mahu dia ditelan oleh Arya hidup-hidup.
“Kau boleh tak bercakap! Kalau kau tak bercakap kau manusia paling menakutkan pernah aku jumpa.” Zarran berterus-terang dengan apa yang dirasainya.
Sekali lagi Arya berhenti mendadak dan waktu itu Zarran sudah berjalan mendahuluinya kerana takut Arya akan bertindak lagi kejam dari tadi.
Tahu takut! Mereka berjalan menghampiri jalan yang hampir dengan pondok bas. Beberapa ketika bas datang dan mereka terus naik menuju ke destinasi yang dirancang oleh Zarran tanpa diketahui oleh Arya.Arya ikut sahaja ke mana Zarran pergi kerana dia malas mahu bersoal jawab. Mereka duduk bersebelahan di kerusi belakang berdekatan pintu belakang bas.
Arya memandang lama pada pintu bas di mana dia dihimpit oleh Jia yang berbadan besar semalam. Bayangan senyuman budak lelaki semalam tiba-tiba menerpa ke minda. Apahal aku fikir pasal dia ni?
“Maaflah aku tertumbuk kau tadi. Aku tak sengaja.” Suara itu bagai terngiang-ngiang pada pendengarannya. Entah kenapa hatinya agak tenang apabila teringatkan budak lelaki itu. Arya tersenyum sendirian. Orang di sebelah sudah rasa pelik. Al ni betul ke tidak? Risau pula Zarran lihat senyuman tiba-tiba itu.
Bas berhenti pada lokasi yang dituju. Mereka berdua berjalan ke luar dari dalam bas menuju ke tempat Zarran ingin pergi. Zarran memimpin tangan Arya walaupun pada hakikatnya bukan itu kehendak Arya. Ikutkan hati mahu saja dia belasah Zarran yang nampak mengambil kesempatan terhadapnya.
“Dia ni apahal? Macam mintak penyepak aje!” Hatinya menyumpah geram seraya dijelingnya Zarran sekilas. Arya menarik tangannya semula daripada terus dipegang oleh Zarran yang nampak gatal pada pandangan Arya. Mana pernah mereka berpegangan tangan begitu. Mungkin kerana mereka berada di bandar maka Zarran dengan beraninya mengambil kesempatan atasnya.
“Kau boleh tak jangan nak main-main pegang aku. Aku bukan girlfriend kau tahu. So jangan berani nak sentuh tak pasal-pasal.” Arya menuding jari telunjuknya tepat pada muka Zarran dengan muka penuh amaran.
“Woww... jangan marah Al aku tak niat macam tu pun. Kita masuk kedai ni dulu eh.” Zarran membuat cadangan sebelum Arya berniat mahu memarahinya semula. Arya memang jenis mengotakan janji. Seeloknya baik dia mengelak daripada terus dikejami oleh manusia seperti itu.
Kedai kosmetik? Arya memandang pada papan tanda luar kedai itu. Terus saja dia mengekori langkah Zarran masuk ke dalam kedai itu. Salah seorang pekerja kedai mengucap selamat datang sambil menundukkan kepala sebelum mereka berdua membalasnya. Produk di kedai itu nampak agak berjenama.
Kopak duit kalau tidak berfikir panjang membeli barang di sana.Manalah dia mampu mahu membeli produl mahal-mahal seperti yang ada di hadapannya sekarang ini. Zarran sedang membelek-belek alat mekap sambil seorang perkerja membantu dia membuat pilihan produk yang bagus untuk dibeli.
Arya merayau-rayau pada sekitar tempat itu semata-mata mahu melihat sahaja bukan mahu membeli. Seorang perkerja mendatangi Arya ketika dia sedang membelek-belek tester yang terdapat pada salah satu produk di sana.
“Cik produk ini sangat bagus untuk kulit kering. Cik cubalah sembur pada wajah nanti ia akan membuatkan kulit muka kita terasa lembap dan salah satu fungsinya juga bagi mengelakkan kekusaman pada kulit wajah.” Panjang lebar pekerja itu membuat penerangan. Arya meraba-raba kulitnya sebelum mencuba tester produk itu.
“Macam mana rasa kulit cik lembapkan?” Perkerja itu nampak bersungguh-sungguh mempromosikan produk itu kepada Arya. Arya cuma mengangguk sebelum beredar pergi ke arah Zarran yang masih berada pada tempat yang sama.
“Haaa ada pun kau. Meh sini aku nak test dekat muka kau.” Zarran manarik tangan Arya duduk pada kerusi yang ada di tempat itu.
“Kau nak buat apa ni?”
               Tanpa menjawab pertanya Arya tadi tangan Zarran laju meletakkan tester alat mekap itu ke bahagian kesan lebam di muka Arya. Perlahan-lahan dia sapu benda itu ke muka Arya dengan berhati-hati.
“Dah siap muka kau. Tak nampak pun kesan lebam muka kau tu.” Ujar Zarran nampak teruja dengan hasil kerjanya pada muka Arya. Perkerja yang berdiri bersama Zarran memberikan cermin kepada Arya untuk melihat hasil kesan mekap di mukanya. Dia pandang ke cermin memang kesan itu sudah tidak nampak lagi.
Arya menumbuk bahu Zarran kerana tidak menyangka rakannya itu pandai menggunakan alat mekap.
“Saya nak alat mekap ni.” Perkerja tadi membawa bekas yang berisi alat mekap tadi ke kaunter hadapan sebelum Zarran membuat pembayaran. Ketika berada di luar Zarran menyerahkan barang yang dibelikan kepada Arya.
“Ini untuk kau. Aku tahu kau nak ucap terima kasih. Bestkan dapat kawan yang prihatin macam aku.” Zarran memuji diri sendiri. Arya buat muka menyampahnya kerana sikap Zarran yang tidak sudah-sudah memuji diri melambung tinggi.
“Thanks bro. Tapi lepas ni kita nak pergi mana?” tanya Arya ingin tahu.
Zarran menunjukkan hotel di hadapan mereka berdua ketika berada di hadapan bangunan itu. Arya sudah berfikir ke arah lain. Dia pandang semula Zarran untuk mendapatkan kepastian. Dia ini biar betul! Agak-agaklah weiii....
Zarran mengangguk. Dia ini memang melebih. Ingat aku ini apa perempuan murahan yang senang-senang kau gula-gulakan. Hampeh betul! Dipandangnya Zarran sambil mengecilkan mata sebelum menyepak kakinya dengan kuat.
Ambik kau!
Ini yang kau nak sangatkan. Zarran terhincut-hincut menahan sakit kena sepak. Dia baru hendak bergurau sudah terkena lagi dengan kekejaman Arya buat kali kedua. Memang kali ini dia taubat untuk bergurau keterlaluan seperti tadi.
“Kau ni kalau nak marahpun jangan main sepak-sepak. Boleh patak kaki aku kau sepak. Sakit tahu tak!” Zarran memekik pada Arya di hadapannya. Dia tahu itu memang salah dia tapi Arya terlalu kejam buat dia sampai begitu. Dan siapa pula dapat menerima gurauan yang agak melampau itu.
“Kau tu yang bergurau melampau sangat. Tadi aku dah bagi amaran awal-awal jangan main-mainkan aku tapi kau buat tak dengar. Tanggunglah sekarang.”
“Kau tahu aku bergurau tapi kenapa kau sepak jugak.”
“Aku benci orang gurau macam itu. Ini last warning!” Arya berjalan mendahului Zarran masuk ke kedai buku berdekatan. Entah kali keberapa dia mahu menyesal dengan apa yang dia buat. Dia berjalan terhincut-hincut dengan kaki yang masih terasa sakit akibat disepak oleh Arya tadi.

No comments:

Post a Comment