Wednesday, 11 February 2015

Black' Smith: Let Us Just Love _Part 1



 Bab 1

 
Kali ini aku betul-betul semput kerana sepanjang hari aku jadi seumpama pelarian di tempat sendiri. Padahal negara aku bukannnya dalam keadaan kucar-kacirpun. Hidup siapa sebenarnya sedang huru-hara dan kucar-kacir sekarang kalau bukan aku. Ya aku sedang kena kejar dengan pemungut hutang sekarang ni. Hidup aku memang penuh dengan masalah yang bukan aku mahu sengaja reka-reka. Mereka tak habis-habis nak kejar aku.

               Gila agaknya!!! Aku tak ada duit tak faham bahasa ke!!!
Pantang nampak aku dia orang kejar bagai tak ingat dunia.Stamina aku yang dulunya pancit macam tayar bocor kali ini jadi macam super girl yang kuat berlari. Bukan aku saja-saja mahu berlari tidak tentu pasal kalau bukan kerana kena kejar sebab tidak bayar hutang dengan mereka.
Perhatian! Barang diingat bukan aku yang berhutang tapi BAPAK aku yang berhutang dan mangsanya siapa lagi kalau bukan aku. Ya akulah mangsa yang teraniaya tu!

               Geramnya!!!
               Orang yang masih waras akal fikirannya seperti aku ini tak akan berdepan dengan mereka waktu tak ada duit walaupun mereka tahu bukan aku yang berhutang dengan mereka. Sebab itu aku cabut lari. Cuba kau orang duduk di tempat aku sekarang ini confirm confirmlah kau orang punakan cabut lari jugak. Serius aku cakap kau orang akan buat seperti mana aku buat jugak.
Sebabnya istilah ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ tu tak sesuai langsung dalam situasi aku sekarang ini. Nak cari maut apa! Tapi kalau kau orang rasa hidup dah lama sangat dan hendak merasai apa itu nikmat‘maut’ emmm.... dipersilakan pergi tempah maut. Aku tak sanggup!
               Nak nak pulak berurusan dengan orang seperti mereka, tak sanggup aku! Mati hidup semulapun aku tak akan serah dirilah. Aku sudah serik dan tak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi macam ini. Semua ini betul-betul mengarut.
Aku bukan gagah perkasa untuk terus berlari.Tetapi dalam situasi begini aku memang terpaksa dan sangat-sangatlah terpaksa sekarang ini. Ini semua gara-gara siapa lagi kalau bukan ayah aku.Kenapalah ayah aku suka cari masalah?
               Siapa lagi mahu aku tuding jari kalau bukan pada ayah aku sendiri. Kalaulah dia berhenti berjudi dari dulu lagi semua ini tak akan jadi macam sekarang. Aku sudah terlalu letih dan aku sangat penat. Ayah lari entah ke mana padahal tadi kami berlari arah yang sama. Boleh pulak tiba-tiba dia menghilangkan diri macam itu aje. Dasar kaki pakar mengelak!
               Aku benci! Aku benci hidup begini!Gaya macam aku yang berhutang padahal ayah aku yang berhutang. Kalau nak minta hutang mintalah pada ayah aku yang berhutang, bukan pada aku yang pokai niii...
               Langkah diatur laju melarikan diri daripada ditangkap oleh mereka. Melarikan diri adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan nyawa. Cukuplah sekali dia berhadapan dengan situasi getir apabila melibatkan nyawa seseorang. Rasa fobianya bukan mainan lagi jika dia berhadapan dengan samseng-samseng itu.
Pada awal pagi itu dia dengan tidak sengaja terserempak dengan salah seorang kuncu samseng di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya. Apa lagi samseng itu buat kalau bukan mahu kutip duit perlindungan. Mungkinkah mereka sedang menjejaki dirinya juga?

               “Mak cik kalau tak bagi duit pada saya jangan sampai saya kerat tangan mak cik nanti! Saya tak main-main mak cik! Cepat serahkan duit sekarang!” gertak lelaki samseng hilang sabar.

               Suaranya yang agak kuat membuatkan Arya terkejut mendengar tempikkan itu. Nasib Arya tidak terjerit kerana terkejut tadi, kalau tidak masalah lain pula dia hadapi karang. Di bahagian antara rak barangan di kedai itu Arya duduk mendiamkan diri tanpa sebarang bunyi. Takutnya bukan kepalang. Bayangkan kalau lelaki itu ternampak dirinya. Agak-agak apa yang lelaki itu akan buatpadanya nanti? Arya pegang payung yang dibawanya sejak ke luar dari rumah dengan kuat. Pada siapa lagi dia hendak mendapatkan bantuan pagi-pagi begini. Hendak mengharapkan mak cik kedai nasib wanita itupun belum pasti.
               Disebalik rak itu dia masih dapat melihat belakang lelaki samseng. Lelaki samseng sedang bercekak pinggang dan ada kalanya sebelah tangannya menuding marah ke arah mak cik kedai. Sesekali lelaki samseng memerhatikan keadaan dalam kedai. Mungkin dia takut kalau-kalau ada orang berada di sana. Jantung Arya berdegup kencang takut dirinya diketahui lelaki samseng itu. Kenapalah mereka harus bertembung pada waktu-waktu begini? Hati Arya merintih ketakutan.
               Pertengkaran antara mereka berlarutan kerana tauke kedai perempuan itu tidak mahu membayar duit perlindungan seperti mana yang diminta oleh lelaki samseng berkenaan. Pada waktu itu pula pelanggan cuma dia seorang sebelum lelaki samseng datang buat kecoh. Keadaan yang tadinya kecoh tiba-tiba jadi senyap.
               Yang kedengaran bunyi botol pecah. Apa sudah terjadi? Hati kecilnya mengatakan mak cik itu sudah dipukul oleh lelaki berkenaan. Arya bangun semula dari dalam keadaan mencangkung di sebalik rak barangan dengan langkah berhati-hati. Semua perasaan takut berselirat dalam benaknya. Kenapalah waktu-waktu begini harus terjadi perkara malang melibatkan dirinya sebagai saksi atau selepas ini dia sebagai mangsa pula.
               Dalam keadaan takut dia beranikan juga diri sambil memegang payung yang dibawanya sejak tadi ketika datang ke kedai itu. Hanya payung jadi senjata penyelamatnya waktu itu. Tatkala kaki melangkah dengan penuh berhati-hati ke hadapan kaunter di kedai itu, Arya pandang tiada siapa-siapa yang berada di sana melainkan dirinya seorang.

               “Mana pulak pergi mak cik tadi?” kata Arya sendirian.

               Matanya merayau mencari kelibat mereka. Hanya dia sahaja yang berada di hadapan kaunter kedai itu. Dia tersalah dengarkah? Tapi rasanya dia tak pekak lagi. Kasut yang dipakai Arya tiba-tiba terpijak serpihan botol kaca pecah.
Bunyi derapan hasil pijakkan kasutnya pada serpihan kaca itu membuatkan dia tersedar sesuatu bahawa perkara yang didengari tadi bukan ilusi. Hatinya jadi bertambah yakin dengan apa yang didengarinya tadi.

               “To.. tolong.....” suara sayup-sayup kedengaran di sebalik kaunter bayaran. Berdebar hatinya melangkah ke sana. Mata Arya terbeliak melihat darah banyak mengalir pada lantai kerana kepala mak cik itu berdarah akibat diketuk. Lelaki tadi hilang entah ke mana.
              
               Kejadian yang berlaku itu cukup mengatakan samseng tersebut sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan duit mereka semula. Mak cik yang dipukul tempoh hari masih lagi koma di hospital setelah doktor yang merawat mak cik kedaimemaklumkan kepada Arya tentang keadaan wanita tua itu.
Sekarang tidak cukupkah bukti bagi menunjukkan kekejaman mereka yang terlampau itu. Disebabkan duit nyawa boleh melayang bila-bila masa saja. Lebih baik melarikan diri daripada menjadi orang bodoh tidak kena tempat.
               Dia terus berlari tanpa menoleh langsung ke belakang. Mereka yang sejak tadi mengejarnya sudah keletihan. Apa punya jenis manusia mereka sedang kejar ini? Lari sepantas kilat langsung tidak beri peluang kepada mereka hendak memintas. Sebilangan mereka sedang tercungap-cungap mencuri nafas. Wajah-wajah keletihan itu cukup mengatakan mereka tersangat penat setelah mengejar anak-beranak itu tanpa henti sejak tadi.

               “Bos aku dah tak larat! Dia lari lintang-pukang macam kena kejar anjing. Apa jenis manusia dia tu bos lari tak ingat dunia?” salah seorang daripada anak buahnya mula merungut.

               Ketua samseng membongkok memegang kepala lututnya sambil termengah-mengahbernafas. Yang lain sudah tersadai di laluan pejalan kaki. Kelibat orang yang dikejar sudah menghilang ketika orang ramai sibuk berjalan di sana.Waktu-waktu penting seperti inilah orang ramai mula bersesak di sekitar kawasan berkenaan. Memang nasib tidak menyebelahi mereka langsung pada hari itu. Tadi dapat peluang terbaik untuk menangkap mereka anak-beranak tapi peluang yang terhidang di hadapan mata menjadi sia-sia.
Penat mengejar satu hal dan letihnya bukan main lagi. Seolah-olah mereka sedang buat larian marathon tapi jenis yang buang masa. Mereka yang masih tercungap-cungap sudah hilang punca mencari kelibat orang yang dikejar. Ketua mereka yang masih mencuri nafas pasti akan mengamuk sekejap lagi kerana kegagalan mereka menjalankan kerja.
               Bukan mudah untuk menjejaki orang yang berhutang dengan bos mereka itu. Hampir seminggu mereka bersusah payah menjejaki kedudukan persembunyian mereka dan pagi tadi baru mereka terserempak dengan kelibat anak-beranak itu pada satu simpang di sebuah taman perumahan.
Mereka berdua lari bagai tak ingat dunia apabila mengetahui diri mereka sedang diekori. 
               Siapa tidak cuak jika mengetahui ada orang sedang mengekori lebih-lebih lagi samseng seperti mereka. Baik mereka berdua cabut lari terus dari cari maut tidak memasal. Seorang lari ke utara manakala seorang lagi berlari ke arah barat.Sudahnya mereka pula jadi hilang punca untuk mengejar. Jika berpecah lagi sukar tugas untuk mengejar mereka nanti. Mereka pula yang menjadi mangsa keadaan untuk memilih haluan untuk mengejar orang yang berhutang.
               Ketua samseng nampak geram. Terus dia menyepak-nyepak batang pokok yang berada berhampiran dengannya berkali-kali. Orang yang lalu-lalang di sana melihat sahaja ketua samseng menendang-nendang pokok di tepi jalan itu dengan muka bengisnya. Tidak dapat orang yang dikejar pokokpun jadi untuk melepaskan geram. Kebetulan pula pada waktu itu ada polis sedang membuat rondaan.
Melihatkan kelakuan ketua samseng itu terus salah seorang daripada mereka meniup wisel memberi amaran kepadanya supaya berhenti kerana dia cuba merosakkan harta benda awam. Beberapa kali wisel ditiup baru mereka menyedari ada polis sedang berlari ke arah mereka.

               “Encik berhenti!” Polis itu menempik dari jauh memberi amaran.
               “Bos bos ada polis berlari ke arah kitalah. Cepat lari semua...!” kata salah seorang anak buah ketua samseng menyedarkan mereka semua.
               “Ah sudah...”
               “Apa malang nasib kita hari ni haa...?”

               Sebilangan anak buah ketua samseng sempat mengeluh sebelum mereka mulai gelabah ketika beberapa orang polis berlari menghala ke arah mereka. Belum sempat berehat akibat mengejar orang tidak bayar hutang tadi,sekali lagi mereka kena berlari. Melihatkan polis mendatangi mereka terus langkah diatur laju meninggalkan tempat itu. Kini giliran mereka pula dikejar.


No comments:

Post a Comment