Bab 14
Perlahan-lahan dia
membuka mata. Sakit pada kepala masih terasa. Pandangannya masih samar-samar
lagi. Dia pandang ke arah sekeliling bilik yang sedang dia diami ini. Asing
sungguh dia rasa. Tiada siapa-siapapun di bilik itu melainkan dirinya. Karl
bangun dari atas katil sambil kakinya di letakkan mencecah lantai bilik itu.
Kepala masih terasa pening. Dari luar pintu terkuak lebar.
Karl pandang orang yang
masih tercegat pada muka pintu bilik itu. Muka itu jelas mengatakan dia memang
tidak senang dengan kewujudan Karl di dalam bilik itu. Sebolehnya dia mahu
menghalau Karl yang baru sedar dari pengsan keluar dari rumah ini dengan kadar
segera.
“Aku dekat mana?” Karl
menyoal Zarran yang baru muncul.
Zarran macam biasa buat
muka ketatnya.Geram saja cara pandangannya melihat Karl yang baru menyoalnya.Kata
gaduh mana boleh buat muka ala-ala baik ni. Antara kau dengan aku masih ada
hutang yang perlu kau langsaikan. Sebab kau aku terpaksa break dengan Zarra.
Sebab kau jugak aku diduakan tanpa sebab yang munasabah, dan sebab kau... ah
semuanya salah kau! Semahu-mahu Zarran nak meletakkan kesalahan yang
terang-terang dia tahu kebenarannya. Bubur yang dibawa di atas dulang itu Zarran
letak pada meja kecil bersebelahan katil yang Karl dudukkan itu.
“Tu pun nak tanya lagi.
Kau dekat rumah nenek aku. Kenapa tanya, terkejut...” sinis saja jawapan Zarran.
Orang itu tengah tanya
baik-baik dia pula boleh jawab ala-ala mahu kena pelempang tujuh keturunan.
Karl angguk saja sebab dia malas mahu bertanya lebih-lebih. Dia tahu Zarran
tidak suka dengan kewujudannya di sana.
Zarran duduk pada
hujung katil sambil pegang semangkuk bubur yang dibawa masuk bersama tadi. Dulang
saja dia tinggalkan di atas meja kecil itu. Karl pandang Zarran makan bubur
yang berada di dalam mangkuk itu dengan lahapnya. Cara Zarran makan
menggambarkan dia macam orang mangsa kebuluran tidak makan seminggu. Sambil
makan sempat lagi Zarran melontarkan pandangan tidak puas hatinya kepada Karl
yang memandangnya sejak tadi.
“Kau apasal pandang aku macam
tu? Owhh kau nak makan bubur ni jugak ke haa.. tak boleh. Bubur ni bukan untuk
kau tapi untuk aku. Kalau kau nak mintaklah dekat Al. Kau kan baik dengan dia.”
Gaya cakap Zarran seperti orang sedang cemburukan sesuatu.
Karl gelak sedikit
dengan perangai ala kebudakkan Zarran itu. Arya yang baru muncul di sana bercekak
pinggang melihat Zarran dengan senang hatinya menyuapkan bubur itu pada
mulutnya sendiri.
Wahh... sedap betul dia
makan bubur tu. Aku suruh bagi dekat mamat tu dia pulak sedap melantak seorang.
Dia ini memang tak sudah-sudah cari pasal lagi ke? Apa lagi yang kau tak puas
hati ni Zarran? Haishhh.... Arya kepal penumbuk geram dengan sikap Zarran. Sejenak
kemudian Karl pandang Arya yang baru muncul di bilik itu. Dalam keadaan sakit
begini dia senyum pada Arya.
Lega sedikit hatinya melihat
Arya membalas senyumannya. Tahulah dia bahawa dia masih berada di rumah yang
dia datangi petang tadi. Jadi inilah nenek yang Zarran katakan tadi. Lucu pula
dia rasa entah kenapa. Muda betul nenek ni ya. Nenek ni boleh tahan jugak, cute
pun ya hiii... kenapalah mata aku ni nak
sangat pandang dia lama-lama wahai nenek yang comel. Haa.. boleh tahan jugak
tahap miang kau ni Karl Jhoon. Makin lama dia pandang Arya semakin itu hatinya
gembira entah kenapa. Sudah jatuh cintakah dia?
Zarran pula buat muka
tidak faham bahasa dia.Sudahlah bubur itu hampir separuh dia makan, boleh pula
buat muka selamba badak dia depan Arya yang menggerutu geram. Dia nikan
macam-macam perangai betullah. Elok-elok aku masih normal lagi, karang jadi
macam tak rupa orang. Ada saja jalan Zarran mahu mencari pasal.
“Sedap makan bubur... yang
kau makan bubur tu apa pasal! Aku buat bubur tu suruh bagi pada dia. Siapa yang
sakit sekarang ni?” Arya Juniel terus merampas bekas bubur yang sedang dipegang
oleh Zarran. Tinggal sudu saja ada pada Zarran. Zarran tarik muka bengang
kerana bubur dirampas Arya tanpa sempat dia menyuapkan saki-baki bubur yang
masih tinggal.
“Siapa cakap aku tak
sakit. Aku sakit jugak tau.”
“Banyaklah kau punya
sakit!” balas Arya geram.
Bekas bubur itu bertukar tangan setelah
diberikan kepada Karl. Zarran jeling sahaja bubur ayam yang telah dimakan
separuh olehnya tadi. Menyesal pula dia tidak habiskan cepat-cepat bubur itu.
Apalah yang Al pedulikan sangat pada mamat muka tak siap ni! Arghhh...
geramnya! Hati Zarran makin membara-bara.
Arya senyum ketika
bubur itu diserahkan pada Karl. Senyuman itu buat Zarran nampak tidak senang
hati. Apalah yang dia tidak puas hati lagi?
“Emmm... kau tunggu
kejap eh. Aku nak pergi dapur ambil sudu baru.” Tahu sangat Arya kalau dia
mintapun sudu yang dipegang Zarran itu belum tentu Zarran mahu berikan kepada
Karl yang sepatutnya makan bubur itu. Arya berjalan ke luar bilik itu sambil
dua pasang mata pandang saja dia ke luar dari sana. Zarran masih seperti tadi.
Masih mahu mencari pasal.
Dia cemburukah kerana
tidak mendapat perhatian daripada Arya seperti selalu? Tapi kenapa pula harus
ada perasaan cemburu kalau hubungan antara mereka hanya bergelar sebagai kawan
rapat saja. Mungkin juga sebab Arya nampak terlalu baik melayani Karl yang baru
sedar dari pengsan tadi.
Dia pula tidak
habis-habis dimarahi dan dikejami dengan sewenang-wenangnya oleh Arya. Memang
tak adil! Apalah yang Arya pandang sangat pada dia ni. Kalau bercakap soal
siapa paling kacak sememangnya dia akan kata dirinya paling kacak walaupun
terasa kedudukannya hampir tergugat oleh manusia bernama Karl ini.
“Eleh bajet macho aje.
Setakat kulit macam kena celup tepung aku tak hairanlah. Kulit aku pun cerah
jugak. Ingat kau seorang je kulit cerah!” kata hati Zarran bengang. Dari
pandangan sisi, Zarran menilik wajah milik Karl dari atas sampai ke bawah.
Kalau sudah tidak suka pada seseorang, apa pun yang ada pada batang tubuh orang
itu semuanya pasti akan dibenci.
Karl pandang pada bubur
yang dipegangnya. Dia senyum. Ya dia senyum pada bubur itu. Dan senyuman hanya
segaris itu mendatangkan rasa tertanya-tanya Zarran pada mamat di sebelahnya.
Gila ke! Dekat bubur tu pun kau nak senyum. Macamlah boleh nampakgambar awek
kau dekat dalam bubur tu. Agaknya lepas terhantuk tadi terus mereng dah mamat
ni. Kesian kesian...
Makin lama Zarran
pandang bubur yang dipegang Karl semakin itu nafsu makannya terasa ingin
menjamah kembali makanan itu. Sudu yang digigitnya terus dia sudukan ke mangkuk
yang berisi bubur dalam pegangan Karl yang masih tersenyum entah kenapa. Karl
pandang Zarran yang sedang menyuapkan bubur yang dia sudu tadi ke mulutnya.
Yum... yum!
Dia buat muka senang
hati ketika bubur ditelannya. Sudahlah ambil bubur orang lepas itu buat muka
tidak reti malunya. Nampak seperti satu kenikmatan dapat menjamah hidangan
bubur ayam yang dibuat oleh Arya itu. Karl mengensot ke tepi jauh daripada
Zarran yang masih mahu menyudu bubur itu lagi.
“Kau ni kedekutlah. Aku
nak sikitpun tak boleh ke.” Zarran memprotes sikap Karl yang lokek. Zarran
masih dengan sikap tamaknya mahu menyudu lagi bubur yang dipegang oleh Karl.
“Aku tak nak bagi kau
tak boleh paksa. Ini bubur aku.”
“Tapi aku nak makan bubur tu
lagi. Dan kau tak boleh nak halang aku nak makan bubur tu balik.” Zarran tidak
mahu kalah.
“Al dah cakap bubur ni untuk aku
bukan untuk kau. Heishh... jangan nak mengada-ngada boleh tak!” marah Karl
dengan sikap Zarran yang tidak faham bahasa. Karl cuba mempertahankan haknya daripada
dirampas. Ke kiri ke kanan dia mengelak dari buburnya disudu oleh manusia tidak
faham bahasa ini. Sudahlah dia makan buburnya hampir separuh lepas itu Zarran
tuduh dia kedekut.
Sebenarnya dia yang
kedekut atau Zarran yang sebenarnya tamak tidak kena tempat. Kedegilan Zarran
itu membuatkan dia tidak mahu mengalah. Dalam masa yang sama Karl mengelak dan
bawa mangkuk berisi bubur itu ke tepinya. Zarran masih berdegil mahu makan
bubur itu lagi.
Tukk!
Arya ketuk kepala
Zarran dengan sudu yang dibawanya dari dapur. Zarran pegang kepala yang diketuk
kuat oleh Arya. Karl tahan ketawa. Padan muka! Suka pula hatinya sebab orang
tidak faham bahasa sudah kena ketuk.
“Sakit tahu tak! Ingat
kepala aku ni apa? Ingat besi ke kau nak ketuk sesuka hati!” marah Zarran
sambil itu dia pegang kepala yang diketuk tadi.
Ikutkan tidaklah kuat mana
ketukkan itu tetapi disebabkan Arya nampak berpihak kepada musuhnya dia jadi
bertambah bengang.Arya macam biasa buat muka tidak ambil pedulinya tentang
kemarahan Zarran terhadapnya. Makin dilayan karang makin menjadi pulak perangai
Zarran ni. Ada baiknya dia buat tak tahu saja. Sudu itu Arya hulur pada Karl
yang sedang menyambut.
“Sorrylah sudu kotor
sikit. Kau lap dengan tisu ni ya.” Arya menghulurkan tisu kotak pada sebelah
katil itu. Zarran pandang tidak puas hati. Entah apalah lagi yang dia tidak
senangkan sekarang.
“Kau cakap sudu tu
kotor. Ingat kepala aku ni ada najis ke? Beragaklah sikit cakap tu!” Zarran
bangun terus merampas mangkuk bubur dan berlari ke luar dari bilik tersebut.
Belum sempat Karl mahu menyuapkan bubur ke mulut, bubur sudah dibawa lari. Arya
geleng kepala. Malu pula dia dengan sikap Zarran yang nampak kebudakkan itu.
Arya garu kepala
kemudian dia minta diri pergi dari sana. Apa lagi dia mahu buat kalau bukan
mahu pergi mengajar si Zarran yang tidak faham bahasa. Selepas Karl jatuh
pengsan tadi Zarran orang paling kuat merungut. Siaplah kau Zarran!
“Apa ayah buat ni!”
Arya terus mendapatkan Karl yang sudah tergolek di tepi dinding rumahnya. Bunyi
hentakkan ke dinding rumah memang kuat kalau tidak masakan Karl boleh jatuh pengsan.
Ryan pamit. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang dia telah lakukan tadi.
Zarran menampar-nampar
pipi Karl yang sudah pengsan 100%. Teruk kali ini. Kalau terjadi apa-apa yang
buruk kepadanya tak ke niaya dibuatnya. Kenapalah ayahnya tolak budak lelaki
ini sehingga boleh terhantuk begitu kuat. Arya letak jari pada hidung Karl
untuk mengetahui samada Karl masih bernyawa atau tidak. Selalunya perkara ini
yangs sering dilakukan dalam kebanyakkan drama bersiri yang ditontonnya.
Kemudian Zarran tonyoh
kepala Arya geram. Melampau pula dia rasa tindakkan Arya itu. Tak munasabah langsung
sebabnya budak lelaki ini terhantuk kepala saja bukan matipun. Dadanya yang
masih berombak itu sudah cukup menampakkan bahawa dia masih hidup. Kawan aku ni
betul ke tidak?
“Kenapa kau tolak
kepala aku pulak?” Arya pandang Zarran dengan muka risaunya lagi walaupun
nampak marah kerana kepalanya ditonyoh. Bukannya dia buat kerja yang
bukan-bukanpun sampai Zarran hendak tolak kepala dia. Orang tengah risau boleh
pula dia main tolak-tolak kepala.
“Dia bukannya matipun.
Yang kau beria letak jari dekat hidung dia apa hal. Tengok tu dada dia turun
naik turun naik, mestilah dia hidup lagi.” jelas Zarran. Rasanya mahu pulak dia
ketawa besar dengan tindakkan Arya tadi. Kalau orang sudah panik semua benda
jadi kalut. Arya tersengeh sebab rasa bodoh pula dia buat begitu tadi. Ryan
masih berdiri sambil perhatikan saja apa mereka sedang buat.
“Pak cik kita bawak dia
ke hospital. Kalau jadi apa-apa karang parah kita. Chupp bukan kita tapi pak
cik yang parah. Sebab pak cik yang buat dia pengsan bukan kita orang berdua.” Zarran
cuba mengingatkan kembali siapa punca budak lelaki ini pengsan. Zarran buat
muka seriusnya. Ryan sudah pastinya makin kalut. Memang dia menjadi punca budak
lelaki ini pengsan. Melihatkan muka serius Zarran terus dia capai kunci kereta
di tepi dinding berhampiran. Arya dan Zarran memapah Karl yang pengsan masuk ke
dalam kereta.
Di hospital, Zarran
memaklumkan punca kenapa Karl pengsan kepada doktor yang sedang memeriksa
keadaan Karl ketika itu. Doktor yang baru menyelak kain langsir di ruang pesakit
luar itu hanya tersenyum.
Mereka yang dari tadi
asyik bimbang jadi pelik dengan muka doktor yang senyum nampak hendak ketawa.
Orang sedang bimbang doktor itu boleh pula ketawa ketika dia sedang bercakap
sesuatu kepada nurse yang membantunya membuat pemeriksaan ke atas Karl tadi.
“Jangan risau pesakit
tak ada apa-apa yang serius berlaku pada dia. Mungkin dia terlalu penat sebab
itu dia pengsan.” jelas doktor itu menguraikan kekusutan antara mereka.
Dada masing-masing
terasa longgar untuk bernafas terutama Ryan yang menjadi punca Karl pengsan.
“Maksudnya kami boleh
bawa dia pulang rumah sekarang?” Arya menyoal. Doktor itu mengangguk dan masih
senyum macam tadi. Doktor ni kenapa, macamlah budak lelaki yang pengsan tu buat
lawak pulak?Orang tengah risau boleh pulak dia main gelak-gelak. Ada juga
rupanya doktor jenis macam ni. Gila psycho doktor ni. Tidak senang pula Arya
dengan doktor yang baru meninggalkan mereka itu.
Ketika sampai di
hadapan pintu pagar rumah Ryan hanya menghantar mereka sampai di situ sahaja
kerana dia terpaksa bergegas pergi katanya ada urusan mustahak harus dia
uruskan. Tinggal Zarran dan Arya untuk memapah masuk Karl yang masih pengsan
itu. Ketika sampai di bilik paling hujung Zarran terus melepaskan saja tubuh
Karl di katil. Bulat mata Arya dengan tingkah Zarran yang nampak sengaja itu. Gila
kejam!
“Kau gila ke Zarran! Kau
kenapa buat orang pengsan macam ni. Sakitlah dia. Ishh kau ni agak-agaklah
sikit.” Arya menolak badan Zarran ke tepi untuk membetulkan tubuh budak lelaki
yang masih tertangkup akibat dilepaskan begitu sahaja oleh Zarran di atas
katil.
“Untung aku lepaskan
dia dekat atas katil. Kalau aku lepaskan dekat atas lantai lagi parah. Kejap, yang
kau peduli sangat pasal dia ni kenapa? Kau suka dekat dia eh?” Zarran berpeluk
tubuh dengan muka tidak senangnya. Arya pula buat tidak dengar. Dia malas mahu
melayan Zarran. Kalau dia layan dia yang sakit hati balik.
“Perempuan semua sama
aje. Pantang nampak lelaki handsome semua nak backup. Kawan kau yang teraniaya
ni kau tak nak pertahankan pulak. Nampak sangat kau ni pandang pada rupa
semata-mata.” Zarran tambah lagi rasa tidak senangnya dan waktu itu Arya baling
dia dengan bantal. Terus Zarran senyap.
“Macam bagus aje kau
cakapkan.Kau mengata aku boleh tahan. Pernah tak kau cermin diri kau tu sebelum
nak mengata aku. Kalau aku suka dekat diapun itu bukan masalah kau!” Arya
geleng kepala. Tidak sudah-sudah perangai tidak puas hatinya. Nasib dia ada di
situ kalau tidak entah apalah yang Zarran akan buat dekat budak lelaki ini.
Sudahlah dia pengsan boleh pulak dia banyak bunyi. Arya sabar saja dengan
perangai entah apa-apa kawannya ini.
Sambil Zarran berlari
ke luar dari sana handphonenya berbunyi kerana ada panggilan sedang masuk.
Bekas bubur itu dia letak pada meja dapur . Dahinya sedikit berkerut dengan
nama pemanggil yang tertera pada skrin utama. Disebabkan nama pemanggil inilah
dia tidak henti-henti mencari pasal dengan Karl yang baru saja baru sedar dari
pengsan.
Terus dia jawab juga
panggilan itu. Hampir seminggu dia tidak nampak nombor itu tertera pada skrin
handphonenya. Tetapi baru sekarang nombor itu muncul semula. Panggilan di
talian bersambut dengan tangisan. Apa pula yang tidak kena ini?
“Zarran.... I need your
help.” Orang di sana tersedu-sedu kerana menangis.
“Sudahlah Zarra I malas
nak layan you. Tolong jangan nak ganggu I ok. You tak payah nak menangis
sangatlah. Berlakon aje lebih.” Zarran malas hendak melayan. Dia tahu ini semua
taktik mahu jerat dia kembali semula dengannya. Belum sempat dia mahu mematikan
panggilan suara pemanggil tadi tiba-tiba menjerit kuat.
“Zarran tolong I!!!”
Zarra menjerit kuat. Suaranya seperti orang termengah-mengah kerana dikejar
oleh seseorang. Zarran mula risau. Tidak pernah dia mendengar orang menjerit
ketika membuat panggilan. Nampaknya Zarra dalam keadaan bahaya.
“Kenapa ni Zarra? Hello
Zarra you ok tak ni!” Zarran pula tidak keruan dibuatnya. Bertalu-talu
pertanyaan dia tanyakan kerana rasa bimbang dengan situasi Zarra yang
terjerit-jerit di talian.
“Kita jumpa dekat
tempat biasa sekarang ok. I tunggu.” Zarra terus mematikan talian dan waktu
itulah Arya sudah berada di belakangnya. Arya jentik lengan Zarran yang baru
berpusing ke arahnya. Muka Zarran nampak risau. Zarran terus berlari pergi dari
dapur meninggalkan Arya yang hendak memarahinya.
Zarran melajukan
langkah menuju ke bilik yang dihuni oleh Karl tadi. Dia kena buat sesuatu.
Kalau tidak nyawa ex-girlfriendnya dalam bahaya. Suara jeritan dari panggilan
itu sudah cukup membuatkan hatinya berasa bimbang. Dia dapat merasakan ada
sesuatu perkara buruk sedang terjadi kepada Zarra. Kalau tidak masakan Zarra
boleh sampai menjerit kuat ketika membuat panggilan tadi.
Dalam keadaan begini
soal hubungannya yang sudah terputus antara mereka dia tolak ke tepi. Apa yang
penting sekarang ialah keselamatan Zarra. Kakinya terus mendaki anak tangga
pada rumah itu menuju ke arah bilik paling hujung.
“Zarra dalam bahaya!”
Dia terus menyatakan pokok kerisauannya pada Karl yang sedang menikmati bubur
di atas tilam itu. Karl buat tidak peduli. Lantaklah apa pun yang akan terjadi
pada Zarra dia malas ambil pusing. Kalau Zarra dalam bahaya sekalipun dia
peduli apa. Merekabukan ada apa-apa hubungan lagi.
Kenapa harus dia risaukan
Zarra sedangkan dia ada keluarga sendiri yang patut ambil peduli tentang
keselamatannya. Apa gunanya ada bodyguard keluarga kalau tidak digunakan menjaga
keselamatan diri. Karl terus menyuapkan bubur itu ke mulutnya tanpa ambil
peduli dengan kerisauan yang nampak nyata pada wajah Zarran ketika itu.
“Ok. Kalau kau tak mahu
ambil peduli pasal dia pun at least tolong pinjamkan aku kereta kau boleh?”
Zarran mengusulkan permintaannya. Tiada siapa lagi yang dapat membantunya
ketika ini melainkan meminta bantuan Karl supaya membenarkan dia meminjam
keretanya sebentar.
Karl geleng kepala.
Ternyata dia memang keras hati mahu membantu Zarran yang sudah tidak tentu arah
dibuatnya. Hati kalau sudah tidak peduli cakap apa pun tiada guna. Lebih baik
bercakap dengan tunggul setidaknya tunggul memang tidak bercakap. Zarran terus
mencuba mendapatkan kepercayaan Karl. Mencuba itu lebih baik dari tidak berbuat
apa-apa.
“Aku tahu kau sakit
hati. Tapi kau tak boleh biarkan dia dalam bahaya. Tadi waktu dia telefon aku,
dia terjerit-jerit macam kena kejar. Walaupun aku tak sukakan dia tapi aku
tetap risaukan dia.” Zarran nampak bersungguh sebab dia bukan sedang
mereka-reka cerita. Karl berhenti dari menyuapkan bubur yang baru hendak
dimakannya. Dia menoleh sedikit memandang Zarran.
“Kenapa kau tak suka
dia pulak sedangkan kau orang couple. Aku tak mahu masuk campur. Pandai-pandai
dialah nak hidup.”
“Aku dah break dengan
dia. Kau fikir kami ada hubungan lagi ke. Aku tahu kau tak suka pada dia
tapi....” Kata-kata Zarran terhenti tengah jalan selepas handphonenya berbunyi
lagi kerana ada panggilan sedang masuk. Dalam keadaan kalut dia cepat-cepat
menjawab panggilan yang tertera nama Zarra.
“Aaaa!!!” Hanya
kedengaran bunyi jeritan dari panggilan tersebut. Karl dengar ada orang
menjerit. Dia pandang Zarran.
“Hello Zarra you dekat
mana!” Zarran cuba bercakap ketika panggilan masih di talian. Dia cuma terdengar
nafas orang sedang berlari.Kemudian panggilan terputus begitu sahaja. Karl
bingkas bangun dari atas katil. Nampaknya dia mula risau setelah terdengar
jeritan tadi.
Tanpa banyak cakap lagi
Karl berlari ke luar dari bilik itu sambil diekori oleh Zarran dari belakang.
Dia tidak boleh bertangguh-tangguh lagi. Kalau terjadi sesuatu yang buruk
terhadap Zarra kelak dia juga yang akan menyesal. Sikap keras hatinya terus
hilang tatkala bunyi jeritan itu betul-betul mengundang rasa risaunya.
Kalau dia berterusan
dengan egonya tidak tentu hala adakah dia layak digelar sebagai manusia lagi.
Sakit sekalipun hatinya dia tidak harus mengetepikan nilai kemanusiaan yang ada
pada dirinya. Di ruang tamu mereka terserempak dengan Arya yang baru hendak
naik tangga. Arya pandang saja mereka pergi tanpa berkata sepatahpun kepadanya.
Belum Arya sempat
bertanya apa-apa mereka sudah ke luar dari sana. Nampaknya macam serius sahaja
gaya mereka berdua. Takkan dia orang nak bergaduh kut! Arya rasa tidak sedap
hati. Terus dia berjalan ke luar dari sana mengekori mereka berdua yang nampak
tergesa-gesa pergi.
“Kau orang nak pergi
mana?” Arya menyoal Zarran yang baru hendak masuk ke dalam kereta setelah tuan
punya kereta masuk ke dalam keretanya dahulu. Zarran tidak menjawab
pertanyaannya itu sebalinya dia terus masuk ke dalam kereta. Arya
terkulat-kulat dengan situasi yang nampak kalut itu. Kereta yang dipandu oleh
Karl terus beredar dari sana. Arya pandang saja kereta yang dinaiki oleh mereka
berdua menghilang di celah-celah kegelapan malam hari.
Zarra berlari dengan
sekuat hati walaupun dia sendiri hampir pancit dengan larian pantasnya.
Bodyguard yang diarahkan oleh keluarganya terus mengejar dia yang sedang
melarikan diri di celah-celah kesibukkan orang ramai yang berjalan di kawasan
itu. Pada malam hari begini laluan itu agak sesak kerana ramai peniaga
mengambil kesempatan berniaga di sekitar kawasan berkenaan.
Peluang yang ada mereka
kutip untuk menambah pendapatan bulanan. Kalau hidup di bandar seseorang harus
bijak memanipulasi peluang yang datang. Peluang itulah yang para peniaga kutip
pada malam hari begini. Orang ramai mula membanjiri sekitar kawasan tersebut
sambil membeli barang yang dijual pada gerai yang dibuka.
Zarra berlari tanpa
menoleh lagi. Kasut tumit tingginya dia dakap pada sebelah tangan manakala
tangan sebelah lagi memegang handphonenya. Dia tidak boleh mengalah. Kalau dia
berhenti rosaklah hidupnya. Walau apapun yang akan terjadi dia kena kuat.
Pengawal peribadi yang
mengekorinya sejak tadi hampir hilang punca arah. Puas mereka meneliti kawasan
yang semakin sesak dengan orang lalu-lalang. Cik muda mereka sudah hilang entah
ke mana. Zarra masih berlari dan tiba-tiba ada tangan seperti sedang memaut
lenganya dari belakang. Dia kaget.
Pautan itu lama sangat
buat dia rasa berdebar. Adakah dia sudah tertangkap? Dia pusing belakang dengan
muka merona takutnya. Siapa tidak takut kalau ditangkap. Lebih-lebih lagi kalau
orang yang menangkapnya itu pengawal peribadi keluarganya.
“Cik datanglah gerai
saya. Mari cik kami ada buat promosi.” Penjual pakaian itu menarik Zarra masuk
ke dalam. Hampir luruh jantungnya tadi mengingatkan dia telah ditangkap oleh
mereka yang mengejar tadi. Dia ikut sahaja langkah wanita itu ke dalam gerai
yang bertutup dengan kain kanvas pada bumbung.
“Maaflah saya tak ada
duit nak beli.” Zarra berterus-terang tidak mahu menghampakan juru jual itu.
Wanita itu senyum. Dia pandang baju yang dipakai oleh Zarra itu. Dipegangnya
kain itu sedikit untuk mengetahui jenis bahan yang digunakan dalam pembuatan baju
gaun berwarna putih krim yang terlekat cantik pada tubuh Zarra.
“Mahal baju cik ni. Cik
ni... macam tengah larikan diri ke? Nak saya bantu.” Wanita itu mengusulkan
bantuan tanpa dipinta.
Zarra nampak tidak percaya dengan telahan
wanita itu. Mana wanita ini tahu dia sedang melarikan diri. Zarra rasa tidak
sedap hati. Tapi dia cepat menolak rasa keraguan yang muncul tadi.
Mana mungkin wanita ini
orang suruhan mama dan papanya. Hendak pula dia ada gerai di kawasan ini. Memang
tidak wajar betul. Sebab Zarra tahu berapa gaji yang keluarganya bayar pada
setiap pekerja yang bekerja dengan syarikat keluarganya mahupun pengawal
peribadi keluarganya. Perasaan curiga yang terpalit pada wajah Zarra itu dapat
dibaca oleh wanita penjual baju.
“Jangan bimbang cik
saya pun ada pengalaman sama macam ni. Saya pernah larikan diri waktu majlis
perkahwinan saya dulu. Terus-terang saya tak pernah menyesalpun. Ok sekarang
cik pilih baju apa cik nak pakai sebagai ganti saya nak baju cik ni boleh.” Wanita
itu cuba berterus-terang. Dan sebagai pertukaran wanita itu mahu baju yang
dipakai Zarra.
Lega hatinya mendengar
penjelasan wanita itu.Jari telunjuknya dihalakan ke baju yang dipakai oleh
Zarra sebagai ganti dengan pakaian yang Zarra akan pilih.
Mungkin pakaian di
gerai itu bukan standardnya tapi dia memang terpaksa. Sudah ada orang hendak
membantu dia ikutkan saja. Pakaian di sana memang nampak berkualiti tapi setakat
taraf pasar malam sajalah. Zarra ambil pakaian yang dia mahu pakai tanpa
berfikir panjang.
Gerai itu mula dikunjungi
oleh para pelanggan selepas kedatangan Zarra sebagai pelanggan pertama di sana
pada malam itu. Gerai itu satu-satunya yang menjual pakaian wanita yang nampak
mewah tetapi murah maka daya tarikannya tertumpu pada kaum perempuan sahaja.
Zarra yang baru selesai mengenakan baju berlengan pendek dan seluar jeans
panjang menampakkan dia seorang yang pandai bergaya dalam cara berpakaian
walaupun dari bahan yang murah.
Jaket kulit yang
dipegangnya tadi terus dia sarungkan ke badan. Ke luar saja dia dari fitting
room semua mata bertumpu ke arahnya. Semua nampak bagai tidak percaya. Rambutnya
yang paras bahu diselak sedikit dari menutupi telinganya. Wanita penjual baju nampak
kagum melihat Zarra yang sudah berganti pakaian.
“Wahh cantiknya awak
ni.” Salah seorang pelanggan memuji Zarra yang baru muncul di sana. Zarra buat
biasa saja mendengar pujian itu kerana sebelum ini pun dia sering dipuji
cantik. Bukan hendak berlagak tetapi itulah hakikatnya. Tanpa berlengah Zarra meminta
diri dari sana setelah baju yang dipakainya tadi diserahkan kepada pemilik
gerai. Dia bergegas pergi dari sana kerana takut ditangkap oleh mereka yang
sejak tadi mengejarnya tanpa jemu.
Zarra mengatur langkah berhati-hati
menuju tempat di mana dia berjanji akan bertemu nanti. Tempat itu sudah hampir
dengannya. Kereta putih yang baru diparkingkan di luar kafe itu mencuri
pandangan Zarra sebentar. Bukan sebab dia tertarik dengan jenama kereta itu tetapi
disebabkan dia memang kenal pemilik kereta tersebut. Tapi apa pula yang dibuat
oleh Karl di sana? Zarra mengerutkan dahinya tertanya-tanya mengapa Karl datang
ke sana.
Dari dalam kereta
Zarran ke luar dari dalam kereta setelah Zarra muncul berhampiran tempat itu.
Hati lega tidak terkata.Eh, kenapa Zarr ke luar dari kereta tu? Hatinya Zarra
bertambah rasa pelik dengan kemunculan Zarran dari dalam kereta milik tunang
tidak jadinya.
Zarra tidak peduli. Dia
terus berlari mendapatkan Zarran yang berjalan ke arahnya. Entah kenapa hatinya
terasa hiba sangat apabila melihat Zarran berada di hadapannya ketika itu.
Terus dia dakap Zarran
sambil menangis. Karl yang baru ke luar dari dalam kereta terus masuk ke dalam
kafe. Dia malas hendak melayan aksi melodrama malam hari di hadapannya. Bukan
kerana sakit hati tetapi sebab dia malas hendak melayan. Melihat keadaan Zarra
yang nampak ok itu sudah cukup untuk mengatakan dia tidak berada dalam
bahayalagi.
Zarran bawa Zarra masuk
ke dalam kafe di hadapan mereka. Sambil itu dia cuba menenangkan Zarra yang
masih menangis. Ketika itu Zarra duduk menghadap Karl yang sedang minum air
kosong sambil menanti pesanan minuman yang dibuat tadi. Karl buat endah tidak
endah sahaja kewujudan Zarra di depan matanya. Benda yang lepas buat apa nak dikenang.
Zarra angkat muka pelik
dengan kehadiran Karl di hadapannya. Apa kes ni Zarran suruh duduk satu meja
dengan Karl. Antara mereka masih berdiam diri. Zarra masih tersedu-sedu setelah
menangis agak teruk tadi.Perasaan pelik itu kemudiannya dia abaikan
sebentar.
Karl di hadapannya buat
tidak endah dengan kewujudannya di sana. Zarra mengecilkan matanya. Baru
sekarang dia mahu tunjukkan diri. Hampir seminggu dia cuba menghubungi Karl
tetapi baru hari ini mereka dapat berjumpa secara berdepan setelah majlis
pertunangan antara mereka terbatal. Sabar saja hatinya dengan sikap ego manusia
di hadapannya ini.
Dalam diam dia mula
mempertikaikan bagaimana mereka berdua boleh naik kereta yang sama. Waktu itu
dia hanya menghubungi Zarran dan kenapa pula mereka datang berdua. Bukannya
antara mereka saling mengenalipun. Apa yang sedang terjadi sebenarnya.
Karl dengan muka tanpa
riak nampak tidak berminat langsung untuk menegur dirinya. Apa Karl peduli
dengan reaksi manusia di hadapannya itu.
“Macam mana you berdua boleh
datang sama ni?” Zarra memulakan pertanyaan kerana dia rasa pelik kenapa Karl
muncul di tempat ini bersama Karl. Tambah lagi pelik sebab Zarran naik kereta
yang sama dengan Karl. Antara mereka berdua sebenarnya ada hubungan apa?
Cuak juga Zarra sebab
mereka berdua merupakan bekas teman lelakinya. Kalau terjadi pergaduhan antara
mereka berdua mahu serabut dia dibuatnya. Dalam keadaan dia yang masih kalut
setelah dikejar oleh bodyguard keluarganya tadi boleh pula mereka berdua datang
bersama. Apa agenda mereka berdua datang sekali?
“Dah kau terjerit-jerit
macam orang gila siapa tak risau. Ingatkan serius sangatlah masalah kau tu. Aku
ingatkan kau, yang aku bukan nak sangat datang jumpa kau ni kalau bukan mamat
sebelah kau tu paksa aku datang. Kau ni betul-betul menyusahkan oranglah. Kau
ni tak ada kerja lain ke selain nak menyusahkan orang. Cubalah buat kerja
berfaedah sikit!” Selamber saja cakap Karl tanpa memikirkan hati orang yang
dikutuknya. Karl hirup air kosong lagi kerana tekaknya terasa haus betul.
Zarra terkedu dengan
bahasa Karl yang semacam kasar bunyinya. Karl tidak pernah berperangai sebegini
sebelum ini. Kenapa terlalu mendadak sangat perubahan pada Karl. Mungkinkah
disebabkan Karl telah diduakan olehnya maka Karl berubah dengan sekelip mata?
“So you nak tuduh I lah
sebab menyusahkan you datang sini. Zarr yang you bawak dia ni sekali kenapa?”
Zarra berpeluk tubuh sambil menoleh ke arah Zarran yang duduk berdiam diri
sejak tadi. Zarran angkat bahu. Itu saja jawapannya. Dia ini lagi seorang sama
saja keras hatinya. Memang dia mengaku dia buat salah tetapi kedatangan mereka
bersama sedikit banyak buat hatinya tidak tenang.
Karl yang terkenal
dengan sikap egonya telah bertambah kasar setelah kemunculannya bersama Zarran
di kafe itu. Manakala Zarran yang terkenal dengan sikap mat bunganya sentiasa
buatkan hatinya berdebar walaupun hubungan antara mereka sudah terputus.
Kalau mat bunga telah
dikhinati maka dia akan berubah jadi mat seram kalau tidak kena pada gaya. Seperti
sekarang Zarran juga melayannya acuh tak acuh saja. Dua manusia yang jauh
berbeza dari segi perangai bertemu pada saat dia memerlukan bantuan. Apalah
nasib dia bertemu mereka berduadi tempat ini.
Karl teguk lagi air
kosong dalam cawan itu. Dia menoleh ke luar cermin kafe sambil minum air dalam
cawan. Nampaknya Karl betul-betul tiada hati lagi mahu bercakap. Pelayan kafe
datang membawa tempahan minuman masing-masing.
Zarra sedikit tercabar
dengan sikap mereka berdua terutamanya Karl. Sudahlah bahasanya kasar malah dia
langsung tidak mahu memandangnya lagi. Zarra ketap gigi setelah teringat
kembali mengapa dia datang ke mari.
“Penat I call tapi you
tak pernah nak angkat. You tahu tak I sanggup larikan diri dari majlis
pertunangan kita semata-mata I tak mahu you bertambah benci pada I. You ni
memang kejam!”
Zarran yang baru meneguk
air hampir saja tersembur.Bulat matanya memandang mereka berdua terutamanya
Zarra di sebelahnya. Biar betul dia orang ni. Bertunang? Biar betul?
“Bertunang!” Zarran
kalih orang di sebelahnya. Dia nampak tidak percaya.
“Ya. I kalau diikutkan
hari ni I bertunang dengan dia ni. Tapi sebab dia ni tak pernah nak jawab call
I apa lagi I larikan diri. You saja dapat tolong I kali ni Zarr. I dah lari
dari rumah. Mana I nak pergi lepas ni. Tolong I Zarr kali ni.” Zarra cuba
meminta belas kasihan bekas teman lelakinya itu.Antara Karl dan Zarran hanya
Zarran sahaja harapannya kala ini.
Sejenak Zarran
berfikir. Kalau Zarra sedang melarikan diri dari majlis pertunangan mereka dan
apa pula gerangan Karl datang ke rumah Arya petang tadi. Ini sah lain tak bukan
kalau dia juga turut buat perkara yang sama. Ikutkan hati memang dia tidak
berapa suka dengan Karl tetapi setelah Zarra mengkhabarkan bahawa hal
pertunangan itu buat dia bertambah menyampah dengan Karl.
Bukan saja-saja dia
mahu menyampah kalau bukan bekas teman wanitanya akan disapu orang dalam diam.
Melegak rasanya dada apabila dia fikirkan tentang perkara itu. Bajet kononnya
jadi hero waktu Zarra tidak mampu memilih antara mereka. Sekarang apa cerita?
Dalam diam sebenarnya dia mahu kebas Zarra daripadanya.
Tapi apa kes pula dia
larikan diri dari majlis pertunangan mereka kalau peluang sudah terhidang di
hadapan mata bahawa dia boleh cop Zarra sebagai haknya. Begitu juga Zarra
kenapa dia harus melarikan diri. Mustahil kalau semata-mata kalau nak elak
daripada Karl membencinya. Ah, ini semua alasan!
Kenapa Karl harus membencinya
pula kalau masing-masing saling suka. Makin Zarran fikir semakin banyak
kemungkinan yang akan bersangkut paut. Boleh sakit otak kalau dia terus
berfikir.
“Jadinya kau datang
rumah Al tadi sebab kau baru larikan diri jugak dari majlis pertunangan kau
orang berdua. Hehh.. elok sangatlah tu. Mana kau orang nak tidur malam ni kalau
masing-masing larikan diri.” Dari telahan Zarran itu cukup membuatkan mereka
berdua mula berfikir.
Ketika mereka sedang saling
merungkai masalah yang dihadapi bodyguard yang mengejar Zarra tadi sedang
berada di luar kafe sambil memandang ke arah sekeliling. Zarra yang baru
menoleh ke arah luar cermin kafe nampak cemas. Cepat-cepat dia alihkan
pandangan ke arah Zarran.
“Alamak dia orang ada
dekat sinilah!” Zarra tunjuk sedikit tangannya menghala ke arah luar di mana
bodyguard yang sedang berdiri di luar sana. Zarran dan Karl lantas menghalakan
pandangan ke luar cermin. Tahulah mereka berdua siapa manusia yang mengejar
Zarra ketika dia menelefon Zarran dalam keadaan cemas tadi.
“Jom kita pulang. Cik muda
tak ada dekat sinipun. Tadi aku tanya orang yang baru ke luar dari kafe ni, dia
cakap tak nampakpun ada budak perempuan pakai baju gaun putih dekat dalam.”
kata salah seorang rakannya memaklumkan kepada rakan setugasnya yang lain
ketika mereka berkumpul di luar kafe.
“Heii masaklah kita
lepas ni.” Salah seorang mereka mula merungut dengan nasib yang bakal mereka
tempuh nanti.
Mereka terus beredar
ketika beberapa buah kereta berwarna hitam berhenti di tepi jalan untuk
mengambil mereka. Lega sedikit hati Zarra setelah mereka pergi dari sana. Kalau
dia dapat ditangkap oleh mereka memang malang nasibnya nanti. Pastinya dia akan
kena bebel oleh mama dan papa dengan teruk.
Hukuman tidak dibenar
ke luar dari rumah serta merta akan menjadikan hidupnya serba tidak kena.
Inilah akibatnya kalau melarikan diri dari majlis pertunangannya sendiri. Siapa
yang mahu bertunang kalau kena paksa. Orang yang akan ditunangkan bersamanya
juga melarikan diri apatah lagi dia.
“Aku tanya kau orang ni
mana kau orang nak tidur malam ni?” Zarran memecahkan suasana sunyi antara
mereka yang berdiam diri setelah bodyguard yang mengejar Zarra tadi berlalu
pergi. Rimas pula dia tiada yang menjawab pertanyaannya tadi. Zarra dan Karl
saling berpandangan.
“Kalau setakat nak cari
tempat tinggal aku tak ada masalah. Yang bermasalah orang tepi kau tu. Aku
boleh tempah hotel tidur malam ni.” Karl nampak yakin dalam kata-katanya. Zarra
buat muka menyampahnya kalau bukan Karl sedang perli dirinya.
“You tak payah nak
berlagak sangatlah. Entah-entah your mom dah sekat kad you tu. Fikir sikitlah
jangan nak berlagak sangat!” Zarra cuba menyedarkan Karl yang terlihat angkuh
di hadapannya. Sedangkan dirinya yang melarikan diripun tidak bawa apa-apa duit
bersama inikan pula Karl. Sebab dia pasti mama Karl pasti akan buat sesuatu.
Mana mungkin Madam
Narsya akan mendiamkan diri begitu sahaja dan begitu juga keluarganya.
“Kau tak payah nak
pedulikan pasal aku. Patutnya kau kisahkan nasib kau tu. Aku awal-awal lagi dah
prepare semua ni. Aku taklah bodoh macam kau larikan diri macam itu aje.” Karl
separuh ketawa dengan percakapannya yang cukup sinis sejak tadi.
Zarra makin panas hati.
Zarran pula jadi pendengar setia sejak tadi. Dia tidak mahu mencelah antara mereka
yang nampak tidak senang antara satu sama lain. Melihatkan ketegangan antara
mereka berdua Zarran sedikit pasti antara mereka seperti ada konflik yang
terjadi.
Tapi dia kurang pasti
kenapa. Cara cakap Karl yang nampak sinis sejak tadi hanya mahu menyakitkan
hati Zarra saja. Karl bangun dari kerusi untuk beredar dari sana tetapi
langkahnya ditahan oleh Zarran.
“Sebelum kau nak balik
baik kau hantar aku balik rumah dulu. Setidaknya kau jangan lupa tanggungjawab
kau bayar duit ganti rugi yang kau beria sangat nak bayar petang tadi.” Zarran
mengingatkan kembali matlamat asal Karl datang ke rumah Arya lewat petang tadi.
Dalam segala hal yang terjadi tadi Karl hampir-hampir terlupa. Setelah Zarran
mengingatkannya baru dia tersedar bahawa ada hutang yang masih perlu dia
lunaskan.
Kereta terus bergerak
laju meninggalkan kawasan di mana mereka bertemu Zarra sebentar tadi. Zarra
yang duduk di tempat duduk belakang hampir terkulai layu kerana rasa penat
akibat melarikan diri sejak petang tadi. Bodyguard yang mengekorinya tidak
sudah-sudah membuat dia terus berlari tanpa henti.
Pada cermin pandang
belakang Karl pandang Zarra yang sudah terlentok. Zarran di sebelahnya senyap
saja sejak mereka masuk ke dalam kereta tadi. Lagipun antara mereka tiada apa
yang perlu dibincangkan lagi. Hendak berbual tajuk apa pula yang sesuai mahu
mereka bicarakan.
No comments:
Post a Comment