Monday, 20 February 2017

relationship goal

Seram bila cakap pasal relay ni. Bukan apa, kalau tak kena gaya kau try nak kenal someone, alamatnya makan sumpah lah oii. Itu yang terjadi dekat aku. I'am feeling deeply lonely. Serius! Maybe masa tu jiwa rasa kekosongan macam nak berteman. Bila scroll fb satu hari tu, rata-rata kawan aku masa sekolah, matrik dah tunangan orang, baik girl or boy. Jelus? Tak pun. Aku bukan jenis jelus tak kena tempat. Orang mudah salah tanggap dengan aku. Kadang-kadang dia orang siap tolong fikirkan apa yang aku tak pernah fikir. Mudahnya kau orang jatuhkan hukum. Nampak sangat kau orang tak kenal siapa Suraya ni.

Aku tak mintak pun kenal aku deeply. Jangan cepat judge orang tu maksud aku. Luaran nampak kasar, tapi bila dah kena pujuk hati ni cepat jew sejuk. Tak macam sesetengah kawan aku yang nampak lembut luaran, tapi bila kita buat salah, dia merajuk... ambik kau sebijik. Kau buat tarian kPop gangnam style tu pun belum tentu dia nak pandang even kau buat aksi paling mengarut semata-mata nak pujuk dia punya pasal. Ini bukan aku try judge orang, sebab kebanyakkan kawan aku type ni. Aku kenal dia orang sebab tu aku berani cakap.

Okey, berbalik cerita pokok aku nak sampaikan.

Kenapa jantan keparat ni tak faham-faham bahasa?!!! Weh aku tak cakap bahasa Korea pun sampai kau tak faham apa aku cuba cakap. Mula-mula kesnya macam ni. Dia yang start mesej dulu. Tak habis-habis dengan ayat

Assalamualaikum sue...

Aku benci ayat ni. Siap dengana manusia yang hantar ayat ni sekali.

Bila aku cakap tak suka, apa yang otak kau faham hah?! ke neuron dalam kepala otak kau tu tak berfungsi dah sebab asyik nak bermain hati dengan anak dara orang. Cuba kau teneng sikit muka kau tu. Elok-elok aku hati baik, jam ni, saat ni aku rasa menyirap bila teringatkan wajah kau yang tak rupa orang tu. Cermin muka tu sikit boleh?!

Kau nak orang faham kau saja. Bila part aku kau let go. Yang tak boleh blah bila konon-konon aku yang bagi peluang dekat dia, konon aku terima dia dalam hidup. Aku bukan bagi peluang tapi bagi muka faham sebab mengenangkan kau tu mudah down bila cakap pasal pompuan. Dulu masa kau clash dengan si Shamira tu, kau sampai kena tendang poli apa hal? Sebab perempuan otak kau serabut.

Sekarang ni, dalam posisi aku as student kau nak kacau pulak. Memanglah aku cakap aku suka dengar suara kau, alah hormon tengah kacau layan jew lah. Kau pulak fikir sampai aku ni dah tangkap angau dengan kau. Berangan!!! Aku tak pernah sekuman pun suka dekat kau. Every time kau tanya aku yang kau nak jadikan aku wife kau, kau dah dapat jawapan daripada aku kan.

I said "TAK NAK"

Apasal dalam otak kau tu ha??

Aku bagi muka sebab kita kawan lama. Rugikan bila kawan dah lama, kau nak main perasaan dengan aku. Aku bukan jenis bagi muka dekat orang yang aku dah consider friend. Last-last kau yang cari masalah. Kan aku dah cakap dont try me, kau yang tak faham.

Aku bukan type mudah percaya cakap lelaki. Kau lelaki kenapa sweet talker sangat. Bebulu aku dengar ayat kau tu. Love you sue, malu... what the ****. Bila aku cakap, heleh... kau ingat aku cair dengar ayat kau.

Aku tengok cara kau nak approch aku nampak macam mendesak. Kau paksa aku untuk terima kau seadanya, sedangkan kau sikitpun tak pernah faham. Paling best kau mudah salah faham apa yang aku cakap. Bila aku mintak tolong something, wahh... dia. Dia buat dont know jew. Yalah, benda tak confirm buat apa nak beria kan. Tapi... meh sikit akak nak habak,

kata-kata tu tak ada makna selagi kau tak ada tindakan. So, u are NOTHING!!!

Kau suka cakap nak kahwin lah, dah plaining nak buat wedding kau macam nilah, nak pacak bunting wedding kau yang hanya angan-angan taik kucing tu. Cara kau text aku tu pun dah nampak kau tu gelojoh. Bukan nak cakap apa, meh sini aku nilai kau. Aku bab nilai orang ni tak suka, tapi kau lain. Kes kau ni bukanlah kira kes terpencil. Supaya perempuan single macam aku ni dekat luar sana tak terjerat dengan janji-janji manis manusia macam kau.

Asal single kau redah. Ingat aku tak ada taste? Ingat kau je boleh buat keputusan dalam hidup. Aku dah sampai rasa aku macam tak boleh buat decision every time kau bangkitkan soal nak kahwin dengan aku. Aku jadi blur sangat. Dengan kata mudah macam orang tak waras. Aku rasa kau ada buat something dekat aku. Aku bukan nak fitnah sbb manusia zaman sekarang senang ambil jalan mudah untuk capai apa dia orang nak.

Sebab banyak kali kena reject dengan girl, aku boleh agak what kind off man are you. Bak kata adik aku, yalah sebab dia dah kena reject banyak kali sebab tu dia main sebat je siapa yang datang. Memang tak salah lagi apa yang aku teka.

Aku paling tak suka nak main hati lagi-lagi dengan orang macam kau. Sejak aku block kau kat fb, ig, phone number and so on... mata aku sejak tu rasa sakit betul bila tengok orang tak ada brightness. Aku jadi stress sebab kena paksa. Maybe cara kau tu tak ovius, but I know it there is something wrong with you.

Bila aku dah malas nak balas text kau, tak nak layan kau tu sila faham lah. Bebal sangat dah kew bangang!!! Still keep trying every 3 month. Kau tah faham bahasa ke bangang!!! Kalau orang dah tak jawab semua text kau, maksudnya orang tu tak nak ada apa-apa relay dengan kau lah. Thats all. Kata banyak kali couple, tak kan bebal sangat. Aku yang tak pernah couple ni pun faham bahasa. Memang patut kau kena tinggal dengan perempuan sebab kau terlalu mendesak. Belum apa-apa kau dah terlalu tunjuk sikap miang kau tu. Shoot ayat-ayat cintan kau tu.

Tak mati punlah kalau kau tak sebut ayat tu. Bila kau sebut everytime, benda tu hanya cakap-cakap kosong saja. Kau species lelaki bermulut manis, kau cuma tahu apa yang kau suka cakap and at ones tak pernah sekali kau dengar apa yang aku cakap. Bangang tahap azali. Bila tak tahu nak letak hati pada tempat yang betul ini lah nasibnya. Ada ruang kosong kau shoot. Lagi sekali aku cakap, kau tu bukan taste aku, cermin sikit muka tu. Bukan nak cakap aku ni lawa ke apa, kadang-kadang cara kau tu sampai aku kena keluarkan kata-kata macam ni. Kau tu dah keterlaluan.

Bila kau tak pandai jaga hati kau, samalah maksudnya kau tak pandai jaga hubungan kau dengan Allah. Bila girl tinggalkan kau, kau salahkan kami. KOnon-konon kami yang salah. Pernah tak sekali kau fikir, apa salah kau? Kau tak reti erti serik. Nak kejar sangat cinta manusia sampai kau buta cinta Tuhan. Apa kau nak, kau dah dapat. Mendapat. Bila hati tak dijaga, solat kau tu entah ke mana. Aku ada baca satu blog apa entah nama blog tu 'Tarbiah Sentap' macam tu lah. Kalau tahu diri tu tak berkemampuan lagi, janganlah nak menanam janji tak pasti dekat anak dara orang. Bila buat macam tu sama sajalah tak ukur baju dekat badan sendiri. Kau rasa??!

At last kau cakap, kau give up.

HOOOORAYYYY......

Seronok aku...

Yahooo...
Jangan kecam aku. Sebab ini apa yang aku rasa. 

Happy single.



Thursday, 1 December 2016

Stress

Lately ni aku rasa tulang belakang aku sakit. Bila ada sesuatu yang menampung dekat belakang aku macam masa duduk dekat kerusi yang boleh hold belakang aku... serius aku rasa okey sikit. Sebenarnya aku tengah stress. Kes stress ni jangan dibuat2. Kalau xditangani dengan elok, aku yang merana nanti. Suka orang tanpa sebab pun boleh dikategori sebagai stress. Halnya sama macam aku tengah sakit belakang ni. Macam xda kaitankan.

Kalau sendiri rasa sendiri tahu. Sekarang ni dah jadi macam hobby sebab suka orang sebab dia senyum sweet sangat. Payahlah aku ni. Macam mana aku nak handle perasaan macam ni?! Aku stress dengan FYP lain pulak aku cari jalan. FYP FYP FYP faham x weh!

Rasa diri ni macam bongok pun ada.

Paling macam bangang, bila balik rumah a.k.a rumah sewa rasa macam tak dipedulikan. Paling ketara aku rasa semacam sunyi. I need someone (xda maksud pun). Bila cakap psl FYP ni, I need someone nak share stress ni. Aku rasa macam tak hidup. Betul cakap senior aku, kau akan rasa macam dunia ni tengah duduk dekat bahu kau, tekan kau sampai kau rasa semua orang macam nak turn down, block kau sampai kau padam.

Memang dari awal budak rumah aku xpedulikan aku. Dah nak masuk 3 sem aku satu rumah dengan dia orang. Salah aku. Salah aku!!! Ya semua salah aku. Even tidur aku bagai terganggu, aku kena tahan. Kalau dia orang gelak sama2 dengan perkara yang dowang rasa kelakar, aku duduk dekat meja tu acah2 seronok tengok drama, acah2 belajar, hakikatnya aku pendam rasa. Rasa tu aku sorang jew boleh describe macam mana.

Ini bukan zaman matrix lagi tau. Zaman matrix, kalau sorang ni kisah pasal kau, ramai lagi kau boleh nak bercakap. Bila cakap zaman matrix rindu masa tu. Manusia ni memang rugi bila cakap pasal masa. Akulah manusia yang selalu merungut nak kembali zaman tu. Sorrylah... zaman tu dah xda okey! Macam mana kau suka, kau xboleh nak undur.

Member aku semalam ada cakap, "duduk dekat universiti ni, aku makin jumpa ramai yang selfish, suka buat hal sendiri." Tapi yang paling sure ramai yang suka buat hal sendiri.

Sem before2 ni aku tak kisah kalau seorang2. Bila dah masuk sem baru ni, aku jadi... aku perlukan someone.

Cakap pasal budak rumah, even budak bilik aku. Seriuslah, consideration dia orang dekat aku sangat tinggi. Mana ada orang boleh tahan dengan sikap aku. Kenapa aku cakap macam ni, sebab aku xsudah nak buat perangai tolong orang lain dalam masa aku ignore someone else privacy. Memang patut aku kena ignore dengan dia orang. Ini balasan sebab bodohkan diri, tak pernah tanya diri, patut ke tak aku tolong orang macam ni? Memang kawan, tapi kalau bodoh macam BABI apa kejadahnya.

Aku bukan jenis senang tolak permintaan orang lagi2 orang tu aku consider as friend. Bila aku dah tolong... last2 aku dapat apa yang patut aku dapat. Aku memang suka merempat dengan orang yang xsuka kawan dengan aku. Tapi at least kau tahu, aku belajar something, makin usia kau bertambah makin tu kau akan jumpa ramai orang yang sangat suka lepaskan diri sendiri. Ayat paling okey nak describe orang macam ni, 'macam lepaskan anjing tersepit'! Aku dalam situasi ni lah sem lepas. Bila dah lepaskan anjing tersepit ni, kau kena bahananya. Dua kali weh... kali ketiga kalau aku bertahan jugak... agak2??? APA akan jadi dekat aku kalau aku terus biarkan anjing tersepit ni terlepas?

Dia gigit sikit2 hati kau. Ini bukan soal perasaan sayang yang makin mendalam tau. Ini cakap pasal hati yang makin kena guris2 dengan sikap manusia yang perangai dia jenis macam species anjing macam nilah. Kalau kau kata aku kawan kau, APA buktinya?! Aku saja yang boleh jadi kawan baik someone, tapi bila part dia, sikitpun xpernah consider.

Mybe sbb bila berkawan, aku bagi sepenuhnya dekat kawan2 aku tanpa limit. Aku ni bukannya punch beg kau?

Aku tak boleh nak marah kau, aku tak boleh nak luahkan bukan sebab aku BODOH!!!

Ada orang cakap aku bodoh sebab tak berterus-terang, xreti nak protect diri. Ya aku memang manusia jenis tak tahu bela diri bila part member perempuan buat aku macam ni. Consideration aku dekat girl tinggi. Kalau lelaki buat aku, cukup 2 3 kali, kau mati!

Allah letak aku dalam situasi macam ni, supaya aku yang diberikan akal fikiran dan hati ni lekas berfikir. Bila aku dah tak mampu nak bertahan, aku akan senyap, kau sila berambus dalam hidup aku. Kata-kata bukan satu ayat yang sesuai untuk aku luahkan dekat manusia macam kau. APA guna aku maki kau depan2. APA guna aku marah, apa guna aku blame manusia macam kau, kalau dari awal semuanya salah aku. Salah aku! Salah aku sebab bagi, bagi, bagi... last2 apa yang aku dapat. Hati aku sakit. Jiwa aku rasa macam nak memberontak.

Dah hampir nak habis tahun 2016, aku still xboleh nak lupakan apa yang kau dah buat dekat aku. Bukan buat, apa yang kau dah bagi dekat aku. AKu macam kena tusuk2 dengan pisau berkali2 tapi masih bernyawa. Kuat xkuat aku tahan.

Aku tahan selagi aku boleh, bila tiba masa aku senyap, bila kau yang mulakan xbercakap dengan aku, kau rasalah macam mana seorang manusia macam aku try baca apa yang kau tengah fikir tengah2 kau senyap xbercakap dgn manusia yang anggap kau tu kawan aku. Kau cubalah baca apa aku tengah fikirkan!

Benda paling SHIT dalam dunia ni bila terpaksa belakon "aku okey".

Lagi 29 hari nak masuk tahun 2017.

Tahun depan aku 25 tahun.

Sampai bila aku nak macam ni?!

Masa bukan satu programing yang boleh di undo2 berkali. Kalau kau salah type ayat dekat Fb, kau still boleh edit, tapi masa yang kau ambil untuk edit ayat kau tu dah xboleh nak diundur balik.

Antara usia 24 nak ke 25 ni, satu jew permintaan aku as doa paling aku mintak sangat.

"Semoga aku boleh terus bertahan dengan hidup, belajar pentingkan diri sendiri sebelum orang lain, jadi manusia yang low consideration dekat manusia2 jenis anjing tersepit ni, always bersyukur."

Okey skng hilang sikit stress hohoo..

(> ... <)   (-__-)  (o  ...  o)   (O  u   O)""

Tuesday, 18 October 2016

Kenapa dengan aku ni?


Orang cakap dari mata jatuh ke hati. HODOH!!! Maksud aku, aku yang hodoh. OMG!!! Apa yang tak kena dengan aku ni. Tolong....lah. Dia senyum jew kut. Senyum jew Suraya! Perlu ke sampai kau heran then jadi pelik. Apasal dengan mamat seorang ni huh.. agak-agak kalau dalam kepala otak dia tengah pikir something, tolong pkir balik sebab orang yang dia halakan senyuman tanpa sebab yang aku kurang pasti tu dah buat aku jadi miss tupai stalker.

Apa yang jauh tak boleh blah.... seriuslah.... aku xsure patut kew aku cakap yang.... "AKU DAH NAIK ANGAU!!!" rasa nak tampar je pipi sebab berangan lebih-lebih. Orang tu senyum dekat kita jew, entah2 maksud lain. Okey2... serius dalam kepala otak aku, aku tak pkir pun yang dia suka kat aku ke apa. Apa yang aku pkir, dah kenapa pulak aku yang pandang kau balik?!

Kisahnya hanya kerana satu senyuman ala-ala sweeet....... gitu. "CAIR" tanpa sebab. Yhaaa!!! Ingat muka ala-ala xda perasaan ni maksudnya xda jiwa langsung kew?! Owhh... tidak. Aku dah dilanda perasaan pelik. Aku dah jadi pelik. Dia senyum jew,,,,, kau dah kenapa.

Okey FINE!

Kalau betul dia ada hati dengan kau kan.... apa buktinya? Bukti? Sila jelaskan?! Why3???

1. Dia senyum tiba-tiba, dan tanpa sedar aku terpaku macam kena paku.
    "Entah2 masa tu dia senyum kat orang lain, sampai kesudah kau percaya yang dia senyum dekat kau. Tolong sedar cepat2."

2. Bila dia berjalan ke luar dari fakulti dengan member2 dia, dia toleh arah aku, then senyum lagi.
   "What the... Heck! Hohoo... something smell very fishy... Terus-terang aku memang buta bab perasaan ni, lagi buta bila orang tu aku ada sikit suka. Suka? Entah. Cakap member aku mmg btol, owg belaja tinggi ni, kalu bab perasaan dia mmg ZERO Rated. Kosong. Faham! Akulah tu."

3. Dalam lab, kelas, adakala masa mata aku tengah ke arah budak lelaki, dia macam tengah pandang aku. Masa tu aku perasan, dia kenapa?
  "Sebenarnya, kau yang pelik. Okey2.. dah nampak mcm nak buruk kan diri pulak. Terdetik kat hati kata... sebenarnya dia **** kat aku ke? Asal pulak?! Aku xlawa, xcun, xkurus, xda duit, xramai kawan, xpandai... okey... STOP hina diri sendiri... lelaki boleh suka kita dalam banyak sebab yang terlalu simple. Kan"

4. Last but not least, Aku rasa aku yang perasan sorang2.
    "Kalau dia dah ada awek, mati aku. Okey Fine. Aku rasa dia memang ada awek. Mustahil dia tak ada awek, actually aku suka style dia, body dia jenis fit okey... dah macam pervert pulak... tapi ada kala aku agak gerun dengan dia ni."

Apa2 ajalah. Itu semua akan berakhir jugak. Harap2 aku hanya berperasaan sendirian, sebab aku mmg jenis type cepat perasan. Tak pew lah,,, aku mmg macam ni. Esok lusa.... mybe... dia atau aku akan STOP kan semua ni. lagipun kami sama2 busy dengan hidup masing. Macam ada masa pulak nak sibuk hal perasaan ni. FYP tu jauh lebih penting, kalau dia ada effort, n btol2 suka kat aku, aku harap dia kne tunjuk something. Selama ni aku je yang suka kat orang lelaki, xpernah berbalas. Ah, tipu. kalau ada yang suka hanya nak amek kesempatan dan manusia2 macam tu aku dah reject pun. Gila Kejam aku ni kan. Xpew... dia just........... pandang. Meaningless lah weh. Selagi dia xshow apa2 interested, kau buat cool, wat bangang mcm xda apa2. Serius aku tgh senyum pkirkan dia sekarang.

Ada benda yang aku gusar, dia family kaya. Okey... kau jgn nak merepek, mcm dah jauh sgt cara aku pkir ni. Ada scene dlm kepala otak aku ni, dia tengah jabat tangan dengan pak cik KADI. OMG!!! Jauh dah kau ni. Imagination out off the box. Asal sampai assume tahap macam tu...? Aku xsure kenapa.

Apa yang aku harap, aku hanya nak apa yang terbaik buat aku.

Ya Allah, jika betul dia untuk aku, tunjukanlah antara kami sebaik2 jalan untuk kami bertemu dengan cara baik, andai kata... dia bukan jodohku, jauhkan lah dia dari pandangan ku, tutuplah jalan2 yang xsepatutnya kami bertemu kerana aku xsanggup lagi menangis kerana hati yang sering terluka menyukai seseorang yang bernama LELAKI.

                                                                   
                                                                    Aaamin.....

Thursday, 10 March 2016

Cheese In the Trap_2016

Pada aku drama ni paling terbaik setakat 2016. Kepada siapa-siapa yang belajar di universiti kau orang akan faham apa maksud yang cuba disampaikan dalam drama ni. Drama ni disiarkan di TVN, salah satu channel TV di Korea. Aku suka tentang drama-drama dari channel TVN sebab idea-idea mereka yang di ketengahkan ke layar TV memang terbaik. Selalu kita akan nampak watak lelaki seolah-olah terlalu sempurna langsung tak ada cacat cela.

Dalam drama ni, Kim Hae Jin yang memainkan watak Yoo Jung memang lain dari yang lain. Kalau sesiapa yang baru menonton drama ni memang akan tertarik dengan personaliti mamat yang nampak cool ni. Pertama kali aku lihat watak Yoo Jung ni aku dah rasa lain macam. Yalah, dia nampak seorang yang alone, lonely bak kata orang putihnya. Pada aku, aku memang suka watak lelaki yang nampak cool, handsome. Tapi satu perkara yang penonton kena tahu, Yoo Jung ni seorang yang sangat misteri.



Ya, dia seorang yang sangat misteri.

Orang yang mula sedar tentang siapa Yoo Jung dalam drama ni ialah Hong Seol yang memegang watak utama wanita dalam drama ni. Hong Seol kalau pertama kali kita lihat dia berlakon, dia memang tak ada lawanya. Serius kut! Tapi... Hong Seol ni special sikit. Walaupun rambut dia ikal mayang macam tu dengan potongan rambut ponny di depan, dia nampak cute sangat-sangat.

Hong Seol pada aku dia seorang pelajar yang sangat diligent. Kalau boleh dia nak markah peperiksaan dia semuanya A. WOW!!! Aku ni nama saja masuk universiti, batang huruf A tu memang susah nak nampak, lagi-lagi kalau subject tough macam Engineering Mathematic, Micro-C, C++. Waa... sakit otak nak pikirkan balik. Tak apa, Seol dia bukan sama bidang pengajian macam aku ni. Dia ambik kos Business dalam drama ni.

Kalaulah  aku ni Seol, aku tak akan mengalah dengan masa depan aku. Watak Seol sebenarnya memang bagi inspirasi kepada aku yang baru kena renjatan elektrik. Padan muka. Faham-faham sajalah, bila kita nak berjaya dalam hidup bukannya mudah. Akan kita temui banyak manusia macam dalam Cheese in the Trap ni.

Bila tiba cerita assingment, aku dulu paling tak suka. Kalau assingment individu aku ok lagi, bila sampai berkumpulan, kau fikir sendirilah. Lagi-lagi aku ni tak ada kawan baik dalam kelas tu. Bukan aku tak nak bergaul mesra dengan budak-budak kelas aku, faham-faham sajalah, ya kau mengaku aku yang buat silap. Percaya sangat cakap orang, cepat sangat down tak tentu pasal, then suka menyalahkan orang lain. Aku ni bukan jenis yang bernasib baik. Dari bab keluarga, pelajaran, rupa paras, kawan-kawan dan orang yang aku suka, aku tak pernah bernasib baik.

Keluarga! Pada aku dulu... apalah sangat ada pada keluarga ni kan? Aku bukan orang senang. Tapi bila tiba masa aku susah, tak dapat nak bayar duit pengajian, bila kawan yang kita sangka akan sentiasa dekat dengan kita, masa tulah aku sedar yang keluargalah tempat aku minta pertolongan. Bukan aku tak nak berusaha, sebab aku rasa usaha aku tu kurang sebab itu aku mintak tolong keluarga aku tu.

Hong Seol. Keluarga dia tak adalah senang, sama halnya macam keluarga aku. Tapi aku respect dekat dia sebab duit untuk pengajian dia, dia usaha cari sendiri. Ini bukannya Korea banyak kerja part time, sini Melaka kut. Hurmm... (xmampu untuk berkata-kata)

Hidup ni, kalau kita mintak dekat Allah supaya sentiasa diberikan kekuatan, ya, Allah akan bagi kita kuat. Tapi cara yang Tuhan nak tunjuk kepada kita macam mana nak jadi kuat tu, sendiri tahulah jawapannya. Aku ni tak kuat mana pun. Bila terkena macam ni, buatkan aku sangat-sangat sedar banyak perkara.

          - Solat jangan pernah tinggal
          - Move on Suraya!!!
          - Jangan pernah mengharap bantuan orang lain Suraya
          - Jangan mudah percaya cakap-cakap orang kalau nak hidup aman
          - Cuba tepis perasaan negatif di sekeliling kita
          - Berdoa selalu minta dijauhkan daripada manusia yang ada hasad dengki dengan kita, yang cuba menjatuhkan kita, yang tak suka lihat kita senang hidup, yang tak suka lihat kita bahagia. Orang jenis macam ni patut kena singkirkan. Jangan simpan... campakan saja dalam laut.

Kemaafan! Bukan mudah untuk memaafkan lagi-lagi orang yang tak pernah sedar dia buat salah. Aku menangis semalam baca teks dia. Dia tu kawan baik aku yang lama dulu hampir aku singkirkan dalam memory aku ni. Kalau dia sedar baguslah... nak tunggu aku berterus-terang baru nak sedar diri. Kalau bab kawan aku memang lemah. Ah, jangan macam tu Suraya. Cukup-cukuplah tu. Kawan je kau nak lemah! No way!!!

Jangan mengharap! Aku tak akan biarkan orang pijak kepala aku. Aku diam tak bermakna aku terima apa yang kau buat dekat aku. Kali ni no more. Tak ada kawan pun aku bukan kisah. Allahkan ada. Selama hari ni aku terlalu mengharap pada bantuan manusia, sampai satu masa, Allah uji aku dengan kepercayaan yang aku percaya selama ni. Ternyata aku memang salah. Serius sangat-sangat!!! Jangan sekali kita cuba bergantung harap pada manusia ni. Jangan pernah. Kalau nak, usaha sendiri.

Sebab aku dah rasa apa itu perasaan cuba percaya bahawa kawan akan dapat tolong kita. Kawan konon... pergi mam***! Kenapalah aku selalu sangat berkawan dengan orang yang tak ada adab??? Suka pentingkan diri.

Aku nak jadi Hong Seol.

Pepatah Melayukan ada cakap,
BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
Tulah kau Suraya, tolong sangat orang senang-senang macam tu je. Bila kau susah, ada hantu nak menolong kau? Sumpah tak ada.

Lepas ni aku kena belajar untuk hidup snediri. Manusia nampak aku sendirian, tak apa... aku tak kisah. Allahkan ada. Dia selalu tengokan aku untuk keluarga aku.

Kenapa aku nak jadi Seol, aku nak jadi dia sebab, lagi baki 3 semester dekat universiti ni, aku nak kerja kuat sebagai seorang pelajar universiti yang sebenar. Datang awal ke kelas awal, on time, bangun awal pagi itu yang patutnya.

Aku dari sem satu mengimpikan anugerah Dekan. Aku... nak sangat! Attitude kena ubah Suraya. Jangan mengeluh dengan apa yang berlaku dan jangan nak menuding jari pada orang lain. Aku pun bukan nak menyalahkan diri sendiri, cuma aku nak cuba berjaya dalam hidup aku ni.

Tak lama pun Suraya, kau kena kuat! Biarlah orang lain nak habis on time, apa yang aku fikirkan, aku tak macam mereka. Aku nak dapatkan pointer yang bagus supaya lepas aku keluar nanti aku dapat pekerjaan yang bagus-bagus. Nak dilihat pointer aku sekarang, memang taklah weh. Sem ni 60% FINAL kau tahu!!! Susah macam mana, USAHA! Jangan mengeluh. Biarlah orang nak gred on time, aku tak mampu nak buat macam tu. Aku tahu limit aku tahap mana.

Demi membalas budi mak, mak lang n ayah aku... aku kena kerja keras. Rezeki boleh dicari wehh.. percayalah rezeki tu ada cuma kau kena suaha lebih. Sebab aku tahu aku ni bukan jenis bernasib baik, kalau tak usaha, mana mungkin aku sampai ke universiti ni.

Aku kena kuat! No worries!
Dean List semester ni... boleh tak Suraya.
Percaya, usaha, never give up, FIGHTING!!!
Demi sebuah kerjaya yang terbaik, aku akan usaha walau macam manapun.

Tapi... Hong Seol at least ada orang nak dekat dia. Aku ni... tak apalah.
Tak semua yang kita nak kita akan dapat.
Akan datang, mungkin.

 

Wednesday, 2 March 2016

Siapalah aku

Lama tak update blog aku yang makin usang ni.
Terlalu baik, macam kena gunakan pulak,
Bila buat jahat sikit dikatakan aku ni melampau, tak tahu mana nak ukur tahap kebaikan aku.
Aku penatlah...
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Memang padan dengan muka aku! Kegemaran aku memang suka tolong orang... hahh memang kesukaan aku bila tolong orang lagi2 bangsa-bangsa yang nampak mula-mula macam pijak semut tak mati last last baik aku ni is nothing. Meaningless wehh!
Aku tak menyesal tolong orang, apa yang aku kesalkan orang tu sikitpun tak hargai pertolongan aku. Kenapa ya aku selalu sangat jumpa orang yang pada mulanya nampak nice, ala-ala sweet gitu, bila tiba aku susah, dia start buat toyol dengan aku??? Kenapa? Ini masalah aku tak reti limitkan pertolongan aku tu. Mungkin sebab aku tak pernah tunjuk bad side aku dekat dia. Aku ni satu benda je... selagi aku baik dengan seseorang tu dan orang tu buat baik dengan aku, selagi tu aku baik dengan dia. Ya aku tahu manusia banyak kelemahan, samalah macam aku ni jugak.
Ada seorang kawan pernah cakap macam ni dekat aku, "Suraya, kita bila berkawan ni, kita kena give and take. Kita cuba faham dia. Tak semua seperti apa yang kita harapkan..." kata seorang kawan aku ni. Aku tak lah seorang yang selfish... nak main jual-jual ikan ni aku tak retilah. Aku berkawan, mustahil aku tak cuba faham kawan aku. Selalu sangat, bila sampai turn aku semua macam nak menyalahkan aku kenapa dapat kawan macam itu, macam ini. Manalah aku tahu.
Aku berkawan dengan seseorang sebab aku rasa selesa nak berkawan dengan dia orang. Aku ni boleh tahan friendly orangnya. Dan aku ada jugak jahatnya. Cuma aku tak tunjuk. Sebab aku fikir kita kawan.
Tapi sampai masa, kau abaikan aku. Okey maksud mengabaikan bukan aku kata aku cemburu atau apa, kau kawan aku at least kalau kau ada masalah just cakap yang kau tak ada mood nak bercakap. Senyap tanpa bicara, kau ingat aku faham? Bila mesej aku, kau kata, "Aku tahu sejak tahun lepas kita macam stranger. Kau macam mana? Okey? Aku still care pasal kau.." what the ****
Ini ke kawan??? Stranger? Apa maksud kau? Apa yang cuba kau sampaikan dekat aku. Kau berdiam, aku cuba faham. Aku faham yang kau mungkin sedang ada masalah. Tapi, bila mana orang lain tegur kau, kau balas cakap dia orang, siapa aku yang sebenarnya? Aku ni bukan sejenis tunggul tau.
Kalau tunggul tu boleh bercakap, yang kau samakan aku macam dia, mesti dia marah. Sebab aku manusia yang ada hati. Sejak kita mula berkawan, aku perasan perangai kau memang annoying.
Aku nampak kau ni jenis suka sellfih, kau suka buat itu ini ikut kepala kau. Kau buat macam tu seolah-olah kau nak tunjuk protes dekat semua orang.
Aku kawan kau beb. Sampai hati kau buat aku macam ni.
Aku tak mitak sesen pun duit kau bila aku tolong kau.
Aku kawan kau, lagilah aku nak cuba tolong kau kalau kau ada masalah.
Tapi telahan hati aku yang awal dulu aku abaikan, dan menganggap kau bukan macam tu sebenarnya salah.
Aku tak nafikan bila ada masa aku susah kau tolong aku, memang kau baik hati.
Tapi bila sampai part aku betrul-betul susah, aku nampak macam sampah yang tengah tersangkut dekat kau dan masa tu kau tunjuk dekat aku, akulah manusia sampah yang patut kau orang campak jauh-jauh.
Bila kau rasa hidup kau semak dengan kesusahan aku, aku memang perasan yang kau cuba menghindar dari aku. Samalah macam tu jugak yang kau buat dekat someone.
Bila kau rasa kau perlukan aku, kau muncul.
Bila kau dah habis gunakan aku, kau pergi macam tu je.
Itu namanya kawan ke???
Aku still berfikir yang sifat baik kau tu banyak yang aku suka.
Kalaulah aku ni malaikat, aku mungkin tak akan menghukum kau.
Sebab aku ni manusia.
Kau dengan manusia yang aku dah campak ego aku jauh-jauh sebab atas nama kawan, kau dengan dia sama saja.
Bila kita dah jauh macam ni, bila aku ingatkan balik, kau dengan dia memang sama.
Kau orang ni jenis bila dah senang tak sedar diri.
Paling aku benci sikap suka mengabaikan perasaan aku.
Kau orang buat seolah-olah aku ni macam tak ada perasaan...
no more!!! Jangan mengharap.
Biarlah kau orang jauh dari aku.
Selama ni aku dah cukup rendahkan ego aku demi kau orang, bila sampai tahap limit tu dah keterlaluan, aku dah tak boleh tahan.
Cakap seorang kawan aku ni ada betulnya.
"Move on Suraya!!!"
Aku tahu aku tak kuat, tapi hanya pada Allah aku panjatkan doa jauhkan aku dari penganiayaan manusia-manusia macam kau orang ni.
Ego. Jangan ingat kau orang saja ada ego. Aku pun ada ego aku jugak. Kau orang buat aku macam-macam, sampai masa aku tunjuk sikit je bad side aku, kau orang menggelabah.
Bila aku dah jauh dari kau orang, aku cuma mintak satu je.
Hargai orang yang ada dekat dengan kita. Yang kisah pasal kita. Bila semua tu dah tak ada, kau orang fikirlah apa yang kau orang dah buat dekat aku.
Aku bukan bodoh... lama aku perhati kan kau orang tahu
Aku still bagi peluang... tapi sekarang jangan mengharap
Sekali kau capai tahap limit ego aku paling tinggi terancam, jangan harap ada peluang untuk putar balik. Manusia boleh buat silap. Tapi kalau benda yang sama kau orang buat berulang-ulang kali, apa kejadahnya tu.
Kau dengan dunia kau, aku dengan hidup aku.
Jangan cari aku lagi.
Aku hargai kawan yang ambik tahu pasal aku, dan tak pernah abaikan aku sebagai kawan.
"Thanks Azielah sebab jadi kawan yang baik dengan aku selama ni, kau yang selalu ingat dekat aku."

Sunday, 25 October 2015

She Was Pretty



https://openload.co/f/RD7LgEYdExA/She.Was.Pretty.E11.mp4

Aku rasa term pretty tu faham-faham sajalah. Mestilah watak utama cantik, kan? Kenapa drama always macam tu? Aku peminat drama Korea. Sebagai review drama 'She Was Pretty' aku try nak conclude kan berdasarkan kefahaman aku. Bukan senang untuk dicintai. Tapi kenapa drama always cakap pasal masa silam. Betul ke orang yang pernah kita suka masa zaman kecil akan stay dalam ingatan kita sampai ke besar?

Bila kita bercakap tentang ingatan. Selalu aku cakap pada kawan-kawan aku. 

       "Aku ingat jew semua member zaman sekolah rendah sampai sekarang. Kenapa orang tak ingat aku? Aku ni tak pernah penting sikit pun ke dalam hidup dia orang..?" 

Ada setengah orang cakap
       "Entah. Aku mana ingat dah member sekolah lama aku. Buat apa nak ingat. Buang masa je. Hahaa..."

Selama ni aku buat kerja sia-sia ke? Bila aku mula start perangai malas nak ambil kisah tentang orang.. orang cakap aku pentingkan diri. Aku penat nak ingat orang. Orang yang 1st aku suka sikitpun tak ingat aku. Ingat lagi masa zaman belajar dekat matrix. Aku baru tahu yang orang yang bertahun aku tunggu, cari, harap-harap aku akan terserempak dengan dia last-last tak ingat aku langsung.

Sebab aku tak cantik? Dari dulu sampai sekarang pada aku situasi sentiasa tak memihak pada aku. Tak ada mana-mana lelaki yang nak try approach aku. Walaupun sedikit. Semuanya terus mengalah bila kena reject direct dari aku. Bukan aku tak mahu... aku nak tengok effort korang. 

Ada certain member senang-senang je dapat bf. Aku! Ok what ever. Boyfriend aku kan kat Korea so dia tak jumpa aku lagilah... Opss.. bukan boyfriend tapi suami muahaaa....(gelak jahat)

Dalam drama ni pada aku watak Siwon paling aku suka. Dia nampak cool, suka kacau orang terutama suka mengacau watak utama yang sifatnya memang menggelabah. Pada pandangan aku watak Siwon ni boleh dikira macam typical Korean man punya watak. Selalu jadi orang tengah antara watak 1st lelaki.

Ekpresi wajah dia, effort dia untuk mendekati walaupun suka bergurau yang mengarut aku sokong. At least effort. Kita bila suka someone mesti ada effort. Ok namanya pun cerita. Tapi disebabkan bantuan Siwon watak girl hidup. Memang serius watak perempuan tak cantik... tapi dia cakap ...

        "Saya sedar saya tak cantik. Awak jangan nak main-mainkan saya boleh tak?" watak perempuan nampak kurang senang bila Siwon luahkan perasaan.

Kadang-kadang sedar tak kita gurauan tu kadang-kadang boleh jadi serius. Aku paling takut bila mimik muka lelaki tu mulanya bergurau.. tapi bab feeling dia jadi semacam. Aku admit benda macam ni aku kalau boleh memang nak mengelak. Bukan apa tak mahu tersalah pilih orang yang sepatutnya.

       "Pada saya awak jauh lebih cantik dari semua orang. Jacson coigodaa..." Siwon cakap dalam nada sederet tapi cool. Biasalah namanya pun watak cool.

Tapi ayat tu awal-awal sampai kat hati. Bila kita terhad membaca subtitle dengan reaksi wajah pelakon memang susah nak hayati cerita. Nasib aku ni boleh blah la faham gak apa dia orang cakap. So ekspresi wajah itu aku boleh nak tengok lagi.

Watak utama drama ni pada aku terlalu hambar. Hurmm... payah ni. Dia memang handsome. Aduhh....

Cerita DEMAM =(

Hari ni punya cerita. Ok aku lupa nak bawak duit so baki duit jual Kimbap aku.. aku gunalah. Start my day with this. Serius ingatkan ada kelas hari ni. Inilah payahnya tak ada internet. Yalah kalau duit sekadar untuk hidup dalam sem ni aku memang tak pakai internet lah jawabnya. Selagi aku boleh jimat aku jimat.

Sabtu lepas masa nak balik rumah sewa.. hujan turun. Alhamdulillah. Tapi tulah pasal.. aku tak bawak payung. Faham-fahamlah.. kalau tak bawak payung maksudnya aku berhujan. Hahaa... Tapi yang paling best balik aku terus tidur lepas salin pakaian. Akibatnya bila bangun tidur kepala aku macam nak......

OMG!!! 

Malam tu satu badan menggigil macam malaikat maut nak tarik nyawa aku. Dengan kipas terpasang atas kepala sebab consider member rumah tengah tengok cerita dekat ruang tamu... aku tidur dengan berselubung selimut. Allah saja tahu. Dengan kepala sakit, demam panas, rasa sejuk tiba-tiba lepas tu menggigil. Serius taubat.

Tulah payah. Kalau demam aku memang teruk. Orang lain demam ok lagi aku kalau demam macam nak mampus. Sepanjang berselubung dengan selimut gigi aku atas bawah berlaga-laga. Dua kali mandi pun tetap macam tu. Aduh... masa tulah terkenangkan rumah. Yalah bila demam selalunya dekat rumah aku pakai selimut tebal-tebal. Ini dekat rumah sewa selimut satu jew. Dah lah kat luar hujan, kipas terpasang, tidur bawah kipas pusing 5 memang maut aku. Aku ingat masa tu aku dah nak mati dah sebab dekat 2jam aku menggigil. Macam-macam surah aku baca sebab tak tahan demam keterlaluan. Ubat yang aku makam setakat penadol 2 biji. Mana jalan.

Aku kalau demam yang nak kurangkan demam tu just makan panadol soluble je. ini dengan kaki tak berstokin, ubat dah habis sabar sajalah.

Aku tak kisah orang tak tahu aku tak sihat... tapi aku kisah bila selimut tak ada masa aku kesejukkan. Waa.... masa tulah aku menangis. Air mata keluar bapak panas. Entah bila masa aku tertidur... jam 4 aku terjaga. Masa tu bangun kepala pening-pening lalat. Jalan pun kena pegang dinding. Aku minum air pun tak terasa. 

Cerita dua jam masa fasa ala-ala nak kena serang demam.

Masa buat Macaroni Cheese aku suruh Hajar rasa. Dia mybe tak dengar sebab minah tu kalau dah fokus menghadap TV kau tak payah cakap. Wat sakit hati jew terpanggil-panggil. Last-last aku buat sendiri sebab fikir esok nak jual benda alah ni.

Lepas siap.. aku duduk dalam bilik. Masa tu tengah menghadap almari. Tiba-tiba... LIPAS! 

            "Lipas!" lipas tiba-tiba jatuh tepi aku.
            Ain yang tengah duduk dekat dengan aku pandang lipas. "Mak.....! LIPAS....!!!!"

Dia berguling dengan aksi macam nak bersilat pun ada. Aku... memang takut lipas jugak. Tapi bila tengok reaksi Ain yang nampak jauh lebih takut sampai berguling-guling lepas tu langgar meja study aku dengan muka takutnya aku jadi... "Ya lipas..." Krik..Krik.... Yang tak boleh blah tu dia siap peluk meja study aku tak bergerak-gerak. Takut punya pasal. Hahaa... kelakar-kelakar.

             "Alah Ain lipas jew kut. Kau silat je lipas tu.." Aku berseloroh sambil berjalan ke luar sebab nak ambik penyembur nyamuk. Serius lipas tu memang besar. Sebab jeritan Ain yang terlalu kuat macam kena kejar anjing dekat 4 orang jadi saksi. Semua pelik sebab tengok aksi guling-guling Ain. Mahu kau tak kecoh satu rumah. Sebab yang takut lipas a.k.a fobia bukan Ain je. Hajar pun sama. Nasib dia time tu tengah masak sambal nasi lemak. So kiranya dia selamat. 

Lepas aku spray.. Zue ikut sama spray lipas besar tu. Aduh lipas.. lipas. Kau ni apasallah buat orang takut je. 

Lepas kes lipas blah blah..... aku pun demam. 

Esoknya... lepas tidur balik jam 4 tu aku terjaga pukul 7 lebih. Kepala aku berdenyut-denyut. Pening satu hal... Nak saja aku menangis. Kenapa soluble tak ada.....??????

Ada member pernah cakap tak baik ajar diri makan ubat. Hurmm... aku pernah try tak makan ubat. Tahu apa jadi.. macam kes sekarang nilah aku separuh nak mati. Jangan dibuat main oiii. Apa-apa pun aku ikhtiar nak makan ubat sebab last-last Allah je tempat mengadu sebab sakit kepala punya pasal masa demam. 
  




Thursday, 22 October 2015

Dia yang aku tunggu

Aku ni normal sama macam manusia lain. Nak rasa bahagia. Tapi apa yang dimaksudkan dengan bahagia? Setahu aku bahagia tu bila ada duit dalam tangan. Mampu membeli apa sahaja, pergi beli barang yang kita nak walaupun harganya agak mahal. Dapat beli makanan yang aku nak. Dapat beli pakaian yang aku nak pakai dan idam-idamkan selama ni. Ya.. DUIT! Segalanya duit.

Apa ertinya bahagia tanpa istilah duit.
Ada orang cakap aku ni materialistic. Hurmm.. aku tak marah pun. Itu suka kau lah nak label aku macam mana. Aku memang suka duit. Tapi duit tu aku yang usahakan, memang milik aku atau parents aku yang kasi itu duit yang aku suka. Bukan minta pada orang yang aku tak tahu siapa. Aku kalau ada boyfriend aku tak suka nak tadah tangan. Sebab aku tak pernah diajar untuk ambil duit orang lain.

Banyak member aku cakap, inilah masanya kau nak gunakan bf kau tu.
          "Mintak topup ke... minta belanja makan kew..." ini apa yang member aku pernah cakap.
          "Aku tak retilah nak mintak duit orang... even dia boyfriend aku." ini jawapan aku.

I'm materialistic person! Aku mengaku. Siapa nak hidup susah? Aku nak hidup senang. Sampai bila nak hidup susah. Keluarga aku bukan orang senang. Aku bukanlah impikan dapat putera raja yang dapat ubah nasib aku dalam sekelip mata. Itu cerita fantasi boleh lah cara... ini real life kut...

Aku nak mengembara dengan duit aku. Aku ni memang minat sangat-sangat dengan drama Korea. Dari zaman sekolah menengah aku selalu kena kecam dengan orang sekeliling. Hello aku ni tak pelik pun. Kau tu je yang terlalu duduk dalam dunia kau sampai perkara luar kau tak ambik kisah. Bila sampai turn aku kau kata aku pelik. What the.... what ever.

Drama Korea. Berbanding drama Melayu aku prefer dengan drama Korea. Story line dia buat aku rasa aku nak hidup macam tu. Seorang lelaki yang menyukai kita dan sanggup buat apa sahaja. Itulah namanya effort. Ya.. aku memang nak kahwin dengan lelaki Korea. Wow... tingginya cita-cita. Lepas tu bangkit isu 'Lelaki Korea tak sunat!' Apalah typical Malay mind sangat kau ni.... Yhaa!!! Cuba kau imbas balik kisah-kisah pejuang Islam. Asal mereka yang hebat-hebat yang memperjuangkan Islam semuanya kebanyakkan bukan orang beragama Islam then sebab kesucian agama itu sendiri mereka menjadi seorang yang hebat lepas masuk Islam. So apa masalahnya. Aku percaya setiap manusia Allah kasi peluang untuk memperbaiki setiap kesilapan yang kita buat.

Tak bermaksud kau totally Islam kau mampu bimbing aku. Banyaknya kelaut adalah. Banyak yang aku tengok.

Dia handsome. tinggi, seorang yang berdedikasi, caring, loving. Mampukah aku? Dia yang aku tunggu. Aku malas nak fikir orang yang tak pernah nak letakkan aku pada hatinya. Maybe selama ni aku yang terlalu over mengenangkan dia. Dia bukan jodoh aku. Kalau dia nak aku dia harus ada effort. Aku bukanlah teruk sangat. Apa orang cakap... orang perempuan ni memanglah dia cakap ank handsome, tinggi, kaya blah blah.... last-last orang perempuan ni dia akan pilih yang ada effort nak dekat dia. Aku nak lihat kesungguhan bukan kebangangan kau. Jangan cakap ayat romantis sebab aku tak layan ayat ala-ala cheesy ni. Serius.

Kau yang aku tunggu...
Allah jauh lebih mengetahui...
> <

My Best Friend

Entah apa yang aku fikirkan sejak dua menjak ni. Aku... urmmm....
Pagi tadi masa nak keluar rumah nyaris-nyaris tak kena langgar kereta. gara-gara sebab aku tengah sapu baju aku yang kotor terkena cat dinding rumah. Serius sebenarnya memang dah kena langgar separuh badan aku. Aku sempat mengelak cepat then tangan aku menepuk muka kereta tu kuat.

Masa tu aku terlalu terkejut sebab nak selamatkan diri. Kalau kata aku lalai mybe ya sebab aku tak sudah-sudah membersihkan kesan cat yang melekat kat baju lab kot aku nih. Syukur umur masih panjang Allah kasi kesempatan untuk hidup lagi.

Berapa lama lagi aku kena menangis? Aku fade up dengan semua ni. Ya aku tahu aku yang pilih jalan ni. Tapi yang pasti setiap pilihan tu Allah yang susunkan jalan-jalannya. Aku sebagai hamba... aku kadang-kadang macam putus harap. Apa yang terjadi pada aku.. aku tak sure dengan semua ni.

Member sekolah lama aku a.k.a my old best friend wants to get married. Aku... xmampu nak kata apa-apa. Pada dia impian perkahwinan dia sudah termakbul. Aku cuma mampu ucap happy dekat dia. Orang cakap jodoh dia dah tiba. Aku tak tahu nak cakap apa dengan dia. Lepas dia kata nak kahwin sebab someone masuk meminang aku jadi macam jauh dengan dia. Aku rasa dia bukan kawan aku yang dulu. Ya... aku tumpang bahagia untuk dia.

Pada dia.. dia nak kahwin sebab dia hidup susah. Kalau ada suami senanglah sikit nak tolong bayarkan hutang... duit sewa rumah, duit kereta... Pada aku itu statement orang yang hanya tahu nak bergantung harap pada orang lain. Aku terima kekurangan kawan aku. Cuma yang aku terkilan kenapa tiba-tiba. Semua ni macam tengah mimpi. Aku bukan cemburu... aku kisah tentang hidup dia sebab dia kawan baik aku. Aku tak nak dia menyesal dengan keputusan yang dia buat. Memang serius cakap dia bertuah sebab ada yang nak jadikan dia sebagai suri di hati.

Kau bertuah kawan.

Tapi kalau sampai buat loan sebab nak kahwin and nak capai impian perkahwinan kau orang tu... aku jadi serba tak terkata. Ceritanya sama sahajalah macam aku yang tengah belajar ni. Pada kau pinjam boleh bayar balik. Tahu tak apa maksud hutang? Berhutang sebab nak kahwin? OMG! Aku tak sanggup nak dengar. Kau baru masuk kerja lepas abah kau meninggal and kau pun baru lepas kemalangan jalan raya. Pada aku kau patut lunaskan kata-kata kau dulu. Bahagiakan mak kau yang tinggal seorang tu. Mana pergi cakap-cakap kau yang kata nak bahagiakan mak kau? Mybe kata-kata aku ni meaningless. Aku sebagai kawan ada kerisauan tersendiri.

Bila dah jadi bini orang ruang kau dengan family sendiri terhad. Tapi itu depends on suami kau. Pada aku semua benda boleh bincang samalah juga macam kau cakap. Semuanya terlalu rushing! Bila aku dengar suara kau nampak bahagia sebab ada orang masuk minang aku jadi tak mampu nak berkata-kata. Kau kawan aku. Susah senang kau aku dengar. Aku nak kau bahagia bukannya rasa susah sama-sama dengan suami kau. Kalau kau tahu orang tu makan cukup-cukup macam mana dengan kau nanti? Kau kata nanti bila kahwin senang nak minta duit dekat suami.

Tahu tak kau nanti hanya tahu menadah tangan. Ya itu suami kau. Memang tanggugjawab dia untuk beri nafkah zahir and batin pada kau. Tapi... kau kata nak hidup berdikari? Kau tengah buat cerita apa sekarang ni? Semoga kau bahagia. Aku sejak kau cakap pasal nak kahwin aku jadi takut entah kenapa. Kau layak untuk bahagia kawan. Aku tak mampu nak meluahkan kata-kata ni dekat kau. Semoga Allah selamatkan impian perkahwinan kau sampai ke akhirat sana . Aamin...

Wednesday, 21 October 2015

I"m not sure why???

Serius aku xtahu kenapa dengan aku ni...? Apa yang aku nak aku sendiri xtahu n tak pasti. kenapa??? Masuk 3rd year aku rasa makin tertekan. member mejoriti dah habis belajar already graduate from their studies. Me... what happens???
     
   Paling pressure bab duit. Entahlah.. apa yang aku usahakan bagaikan xmenjadi. Dulu segalanya boleh. Aku rasa dah macam hilang my own self confidence. Aku tahu kalau kita rasa susah serah pada Allah. Tapi kalau setakat berserah itu bukan aku. Aku kena usaha. Usaha entah apalah yang aku buat. Kenapa aku pilih Engineering? Aku lama dulu dah nak give up dengan study tapi bidang ini jugak jalan aku.

   Aku tak tahu kenapa jalan ini yang Allah pilih untuk aku. Ya aku yang pilih jalan ni , aku mintak Allah permudahkan segalanya tapi yang aku banyak rasa adalah rasa susah, Susah yang aku sendiri rasa. AKu mintak senang Allah kasi aku jalan yang nampak tenggelam timbul ni. Aku rasa blur sangat. Ada certain time aku rasa nak lepaskan apa yang aku ada sekarang. Kenapa bila hampir nak sudah study aku makin banyak halangannya. Itu ini datang macam biskut. Just dengan menangis aku hilangkan stress aku. Rasa bodoh yang aku sendiri xpasti kenapa dan kenapa. OK orang boleh judge aku macam-macam sebab dia orang tak ada dalam situasi aku sekarang. Yang menghadap semua ni aku. AKU!!!

   Banyak yang buat aku rasa tersekat. 3rd year betul-betul buat aku rasa tersekat. Kalau bercakap pasal AutoCAD aku asyik menangis mengenangkan laptop aku tak funtion bila nak install program AutoCAD dalam laptop aku. Itu tak apa lagi. Aku guna member punya laptop than attach pendrive aku dekat laptop dia nak buat kerja assingmants AutoCAD. Last-last bila nak bukak assingment aku dekat laptop aku .. laptop aku pulak ada masalah. Dia load terlalu lama. rupanya sebab virus dah masuk dalam laptop aku. Laptop kena format. RM60 aku kena bayar. Arr.. stress...

   AutoCAD!!! Kenapa!!! Aku kalau bab software jangan kasi aku. Aku serius lembap nak mampus. Kalau member kelas bapak laju guna aku pulak krik krik... apa benda nih... OK semua benda kena belajar sendiri. Aku tahu aku boleh survive tapi bukan macam nih,, Makin aku fikir makin otak aku fikir nak buat benda tak betul pun ada. Ada sekali member cerita ada member kepada member dia xada duit and cakap nak jual organ 'buah pinggang dia' OMG. Aku tak lah sampai tahap tu lagi.

   Patut ke aku give up?

Saturday, 1 August 2015

Kimbap (김밥)







Kali ni nak cuba pulak buat kimbap (김밥)... Kimbap adalah makanan yang agak popular di Korea. So... tak hairanlah kalau ramai orang bukan Korea terpengaruh dengan keasyikkan rupa dan rasa yang hampir menyamai macam makanan Jepun tu. 

          Tadi dok cakap pasal Maangchi rancangan masakan korea yang dihoskan oleh orang Korea di Youtube tapi menetap di Amerika. Kalau ikut resepi Maangchi konfirm boleh buat kimbap dengan seronoknya.

      Bahan-bahan:     
1. Gim (rumpai laut yang bersaiz sederhana)
2. Sesame oil
3. Carrot
4. Timun
5. Sosej
6. Beras

First sekali kita basuh beras. Kalau cakap pasal beras tak kisah guna beras apa asalkan beras. Tapi lebih elok kalau kita gunakan beras sumo yang Jepun selalu guna untuk buat sushi. Selepas itu, toskan air, beras dimasak seperti biasa ikut berapa banyak jumlah kimbap yang ingin dibuat.

Bahan-bahan seperti lobak dan timun kita potong memanjang atau potong racik. Untuk bahan-bahan seperti sosej biasa dan ketam kita rebus. Lepas rebus kita potong secara memanjang.

  

Gim kita letakkan pada tempat yang rata untuk memudahkan gulungan kimbap kita nanti. Letakkan sesenduk nasi yang digaulkan bersama sesami oil (2sudu) dan secubit garam dalam dan ratakan di atas gim. Ambil sayuran dan sosej yang telah dipotong panjang dan letakkan di atas nasi yang telah diratakan di atas gim. 









Perlahan-lahan kita gulung gim. Pastikan setiap gulungan kita buat rata dan padat. Walaupun tidak menggunakan alat penggulung still kita boleh gulung gim dengan menggunakan tangan.




Pada gulungan yang terakhir letakkan sedikit nasi untuk membalut gim dengan lebih kemas. 







Yang terakhir, sapukan kimbap yang telah siap dengan sesami oil seluruhnya sebelum kimbap sedia untuk dipotong dan dihidangkan.    













Selamat Mencuba... =)