Thursday, 22 October 2015

Dia yang aku tunggu

Aku ni normal sama macam manusia lain. Nak rasa bahagia. Tapi apa yang dimaksudkan dengan bahagia? Setahu aku bahagia tu bila ada duit dalam tangan. Mampu membeli apa sahaja, pergi beli barang yang kita nak walaupun harganya agak mahal. Dapat beli makanan yang aku nak. Dapat beli pakaian yang aku nak pakai dan idam-idamkan selama ni. Ya.. DUIT! Segalanya duit.

Apa ertinya bahagia tanpa istilah duit.
Ada orang cakap aku ni materialistic. Hurmm.. aku tak marah pun. Itu suka kau lah nak label aku macam mana. Aku memang suka duit. Tapi duit tu aku yang usahakan, memang milik aku atau parents aku yang kasi itu duit yang aku suka. Bukan minta pada orang yang aku tak tahu siapa. Aku kalau ada boyfriend aku tak suka nak tadah tangan. Sebab aku tak pernah diajar untuk ambil duit orang lain.

Banyak member aku cakap, inilah masanya kau nak gunakan bf kau tu.
          "Mintak topup ke... minta belanja makan kew..." ini apa yang member aku pernah cakap.
          "Aku tak retilah nak mintak duit orang... even dia boyfriend aku." ini jawapan aku.

I'm materialistic person! Aku mengaku. Siapa nak hidup susah? Aku nak hidup senang. Sampai bila nak hidup susah. Keluarga aku bukan orang senang. Aku bukanlah impikan dapat putera raja yang dapat ubah nasib aku dalam sekelip mata. Itu cerita fantasi boleh lah cara... ini real life kut...

Aku nak mengembara dengan duit aku. Aku ni memang minat sangat-sangat dengan drama Korea. Dari zaman sekolah menengah aku selalu kena kecam dengan orang sekeliling. Hello aku ni tak pelik pun. Kau tu je yang terlalu duduk dalam dunia kau sampai perkara luar kau tak ambik kisah. Bila sampai turn aku kau kata aku pelik. What the.... what ever.

Drama Korea. Berbanding drama Melayu aku prefer dengan drama Korea. Story line dia buat aku rasa aku nak hidup macam tu. Seorang lelaki yang menyukai kita dan sanggup buat apa sahaja. Itulah namanya effort. Ya.. aku memang nak kahwin dengan lelaki Korea. Wow... tingginya cita-cita. Lepas tu bangkit isu 'Lelaki Korea tak sunat!' Apalah typical Malay mind sangat kau ni.... Yhaa!!! Cuba kau imbas balik kisah-kisah pejuang Islam. Asal mereka yang hebat-hebat yang memperjuangkan Islam semuanya kebanyakkan bukan orang beragama Islam then sebab kesucian agama itu sendiri mereka menjadi seorang yang hebat lepas masuk Islam. So apa masalahnya. Aku percaya setiap manusia Allah kasi peluang untuk memperbaiki setiap kesilapan yang kita buat.

Tak bermaksud kau totally Islam kau mampu bimbing aku. Banyaknya kelaut adalah. Banyak yang aku tengok.

Dia handsome. tinggi, seorang yang berdedikasi, caring, loving. Mampukah aku? Dia yang aku tunggu. Aku malas nak fikir orang yang tak pernah nak letakkan aku pada hatinya. Maybe selama ni aku yang terlalu over mengenangkan dia. Dia bukan jodoh aku. Kalau dia nak aku dia harus ada effort. Aku bukanlah teruk sangat. Apa orang cakap... orang perempuan ni memanglah dia cakap ank handsome, tinggi, kaya blah blah.... last-last orang perempuan ni dia akan pilih yang ada effort nak dekat dia. Aku nak lihat kesungguhan bukan kebangangan kau. Jangan cakap ayat romantis sebab aku tak layan ayat ala-ala cheesy ni. Serius.

Kau yang aku tunggu...
Allah jauh lebih mengetahui...
> <

No comments:

Post a Comment