Thursday, 10 March 2016

Cheese In the Trap_2016

Pada aku drama ni paling terbaik setakat 2016. Kepada siapa-siapa yang belajar di universiti kau orang akan faham apa maksud yang cuba disampaikan dalam drama ni. Drama ni disiarkan di TVN, salah satu channel TV di Korea. Aku suka tentang drama-drama dari channel TVN sebab idea-idea mereka yang di ketengahkan ke layar TV memang terbaik. Selalu kita akan nampak watak lelaki seolah-olah terlalu sempurna langsung tak ada cacat cela.

Dalam drama ni, Kim Hae Jin yang memainkan watak Yoo Jung memang lain dari yang lain. Kalau sesiapa yang baru menonton drama ni memang akan tertarik dengan personaliti mamat yang nampak cool ni. Pertama kali aku lihat watak Yoo Jung ni aku dah rasa lain macam. Yalah, dia nampak seorang yang alone, lonely bak kata orang putihnya. Pada aku, aku memang suka watak lelaki yang nampak cool, handsome. Tapi satu perkara yang penonton kena tahu, Yoo Jung ni seorang yang sangat misteri.



Ya, dia seorang yang sangat misteri.

Orang yang mula sedar tentang siapa Yoo Jung dalam drama ni ialah Hong Seol yang memegang watak utama wanita dalam drama ni. Hong Seol kalau pertama kali kita lihat dia berlakon, dia memang tak ada lawanya. Serius kut! Tapi... Hong Seol ni special sikit. Walaupun rambut dia ikal mayang macam tu dengan potongan rambut ponny di depan, dia nampak cute sangat-sangat.

Hong Seol pada aku dia seorang pelajar yang sangat diligent. Kalau boleh dia nak markah peperiksaan dia semuanya A. WOW!!! Aku ni nama saja masuk universiti, batang huruf A tu memang susah nak nampak, lagi-lagi kalau subject tough macam Engineering Mathematic, Micro-C, C++. Waa... sakit otak nak pikirkan balik. Tak apa, Seol dia bukan sama bidang pengajian macam aku ni. Dia ambik kos Business dalam drama ni.

Kalaulah  aku ni Seol, aku tak akan mengalah dengan masa depan aku. Watak Seol sebenarnya memang bagi inspirasi kepada aku yang baru kena renjatan elektrik. Padan muka. Faham-faham sajalah, bila kita nak berjaya dalam hidup bukannya mudah. Akan kita temui banyak manusia macam dalam Cheese in the Trap ni.

Bila tiba cerita assingment, aku dulu paling tak suka. Kalau assingment individu aku ok lagi, bila sampai berkumpulan, kau fikir sendirilah. Lagi-lagi aku ni tak ada kawan baik dalam kelas tu. Bukan aku tak nak bergaul mesra dengan budak-budak kelas aku, faham-faham sajalah, ya kau mengaku aku yang buat silap. Percaya sangat cakap orang, cepat sangat down tak tentu pasal, then suka menyalahkan orang lain. Aku ni bukan jenis yang bernasib baik. Dari bab keluarga, pelajaran, rupa paras, kawan-kawan dan orang yang aku suka, aku tak pernah bernasib baik.

Keluarga! Pada aku dulu... apalah sangat ada pada keluarga ni kan? Aku bukan orang senang. Tapi bila tiba masa aku susah, tak dapat nak bayar duit pengajian, bila kawan yang kita sangka akan sentiasa dekat dengan kita, masa tulah aku sedar yang keluargalah tempat aku minta pertolongan. Bukan aku tak nak berusaha, sebab aku rasa usaha aku tu kurang sebab itu aku mintak tolong keluarga aku tu.

Hong Seol. Keluarga dia tak adalah senang, sama halnya macam keluarga aku. Tapi aku respect dekat dia sebab duit untuk pengajian dia, dia usaha cari sendiri. Ini bukannya Korea banyak kerja part time, sini Melaka kut. Hurmm... (xmampu untuk berkata-kata)

Hidup ni, kalau kita mintak dekat Allah supaya sentiasa diberikan kekuatan, ya, Allah akan bagi kita kuat. Tapi cara yang Tuhan nak tunjuk kepada kita macam mana nak jadi kuat tu, sendiri tahulah jawapannya. Aku ni tak kuat mana pun. Bila terkena macam ni, buatkan aku sangat-sangat sedar banyak perkara.

          - Solat jangan pernah tinggal
          - Move on Suraya!!!
          - Jangan pernah mengharap bantuan orang lain Suraya
          - Jangan mudah percaya cakap-cakap orang kalau nak hidup aman
          - Cuba tepis perasaan negatif di sekeliling kita
          - Berdoa selalu minta dijauhkan daripada manusia yang ada hasad dengki dengan kita, yang cuba menjatuhkan kita, yang tak suka lihat kita senang hidup, yang tak suka lihat kita bahagia. Orang jenis macam ni patut kena singkirkan. Jangan simpan... campakan saja dalam laut.

Kemaafan! Bukan mudah untuk memaafkan lagi-lagi orang yang tak pernah sedar dia buat salah. Aku menangis semalam baca teks dia. Dia tu kawan baik aku yang lama dulu hampir aku singkirkan dalam memory aku ni. Kalau dia sedar baguslah... nak tunggu aku berterus-terang baru nak sedar diri. Kalau bab kawan aku memang lemah. Ah, jangan macam tu Suraya. Cukup-cukuplah tu. Kawan je kau nak lemah! No way!!!

Jangan mengharap! Aku tak akan biarkan orang pijak kepala aku. Aku diam tak bermakna aku terima apa yang kau buat dekat aku. Kali ni no more. Tak ada kawan pun aku bukan kisah. Allahkan ada. Selama hari ni aku terlalu mengharap pada bantuan manusia, sampai satu masa, Allah uji aku dengan kepercayaan yang aku percaya selama ni. Ternyata aku memang salah. Serius sangat-sangat!!! Jangan sekali kita cuba bergantung harap pada manusia ni. Jangan pernah. Kalau nak, usaha sendiri.

Sebab aku dah rasa apa itu perasaan cuba percaya bahawa kawan akan dapat tolong kita. Kawan konon... pergi mam***! Kenapalah aku selalu sangat berkawan dengan orang yang tak ada adab??? Suka pentingkan diri.

Aku nak jadi Hong Seol.

Pepatah Melayukan ada cakap,
BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
Tulah kau Suraya, tolong sangat orang senang-senang macam tu je. Bila kau susah, ada hantu nak menolong kau? Sumpah tak ada.

Lepas ni aku kena belajar untuk hidup snediri. Manusia nampak aku sendirian, tak apa... aku tak kisah. Allahkan ada. Dia selalu tengokan aku untuk keluarga aku.

Kenapa aku nak jadi Seol, aku nak jadi dia sebab, lagi baki 3 semester dekat universiti ni, aku nak kerja kuat sebagai seorang pelajar universiti yang sebenar. Datang awal ke kelas awal, on time, bangun awal pagi itu yang patutnya.

Aku dari sem satu mengimpikan anugerah Dekan. Aku... nak sangat! Attitude kena ubah Suraya. Jangan mengeluh dengan apa yang berlaku dan jangan nak menuding jari pada orang lain. Aku pun bukan nak menyalahkan diri sendiri, cuma aku nak cuba berjaya dalam hidup aku ni.

Tak lama pun Suraya, kau kena kuat! Biarlah orang lain nak habis on time, apa yang aku fikirkan, aku tak macam mereka. Aku nak dapatkan pointer yang bagus supaya lepas aku keluar nanti aku dapat pekerjaan yang bagus-bagus. Nak dilihat pointer aku sekarang, memang taklah weh. Sem ni 60% FINAL kau tahu!!! Susah macam mana, USAHA! Jangan mengeluh. Biarlah orang nak gred on time, aku tak mampu nak buat macam tu. Aku tahu limit aku tahap mana.

Demi membalas budi mak, mak lang n ayah aku... aku kena kerja keras. Rezeki boleh dicari wehh.. percayalah rezeki tu ada cuma kau kena suaha lebih. Sebab aku tahu aku ni bukan jenis bernasib baik, kalau tak usaha, mana mungkin aku sampai ke universiti ni.

Aku kena kuat! No worries!
Dean List semester ni... boleh tak Suraya.
Percaya, usaha, never give up, FIGHTING!!!
Demi sebuah kerjaya yang terbaik, aku akan usaha walau macam manapun.

Tapi... Hong Seol at least ada orang nak dekat dia. Aku ni... tak apalah.
Tak semua yang kita nak kita akan dapat.
Akan datang, mungkin.

 

No comments:

Post a Comment