Saturday, 1 August 2015

Kimbap (김밥)







Kali ni nak cuba pulak buat kimbap (김밥)... Kimbap adalah makanan yang agak popular di Korea. So... tak hairanlah kalau ramai orang bukan Korea terpengaruh dengan keasyikkan rupa dan rasa yang hampir menyamai macam makanan Jepun tu. 

          Tadi dok cakap pasal Maangchi rancangan masakan korea yang dihoskan oleh orang Korea di Youtube tapi menetap di Amerika. Kalau ikut resepi Maangchi konfirm boleh buat kimbap dengan seronoknya.

      Bahan-bahan:     
1. Gim (rumpai laut yang bersaiz sederhana)
2. Sesame oil
3. Carrot
4. Timun
5. Sosej
6. Beras

First sekali kita basuh beras. Kalau cakap pasal beras tak kisah guna beras apa asalkan beras. Tapi lebih elok kalau kita gunakan beras sumo yang Jepun selalu guna untuk buat sushi. Selepas itu, toskan air, beras dimasak seperti biasa ikut berapa banyak jumlah kimbap yang ingin dibuat.

Bahan-bahan seperti lobak dan timun kita potong memanjang atau potong racik. Untuk bahan-bahan seperti sosej biasa dan ketam kita rebus. Lepas rebus kita potong secara memanjang.

  

Gim kita letakkan pada tempat yang rata untuk memudahkan gulungan kimbap kita nanti. Letakkan sesenduk nasi yang digaulkan bersama sesami oil (2sudu) dan secubit garam dalam dan ratakan di atas gim. Ambil sayuran dan sosej yang telah dipotong panjang dan letakkan di atas nasi yang telah diratakan di atas gim. 









Perlahan-lahan kita gulung gim. Pastikan setiap gulungan kita buat rata dan padat. Walaupun tidak menggunakan alat penggulung still kita boleh gulung gim dengan menggunakan tangan.




Pada gulungan yang terakhir letakkan sedikit nasi untuk membalut gim dengan lebih kemas. 







Yang terakhir, sapukan kimbap yang telah siap dengan sesami oil seluruhnya sebelum kimbap sedia untuk dipotong dan dihidangkan.    













Selamat Mencuba... =)









No comments:

Post a Comment