Hari ni punya cerita. Ok aku lupa nak bawak duit so baki duit jual Kimbap aku.. aku gunalah. Start my day with this. Serius ingatkan ada kelas hari ni. Inilah payahnya tak ada internet. Yalah kalau duit sekadar untuk hidup dalam sem ni aku memang tak pakai internet lah jawabnya. Selagi aku boleh jimat aku jimat.
Sabtu lepas masa nak balik rumah sewa.. hujan turun. Alhamdulillah. Tapi tulah pasal.. aku tak bawak payung. Faham-fahamlah.. kalau tak bawak payung maksudnya aku berhujan. Hahaa... Tapi yang paling best balik aku terus tidur lepas salin pakaian. Akibatnya bila bangun tidur kepala aku macam nak......
OMG!!!
Malam tu satu badan menggigil macam malaikat maut nak tarik nyawa aku. Dengan kipas terpasang atas kepala sebab consider member rumah tengah tengok cerita dekat ruang tamu... aku tidur dengan berselubung selimut. Allah saja tahu. Dengan kepala sakit, demam panas, rasa sejuk tiba-tiba lepas tu menggigil. Serius taubat.
Tulah payah. Kalau demam aku memang teruk. Orang lain demam ok lagi aku kalau demam macam nak mampus. Sepanjang berselubung dengan selimut gigi aku atas bawah berlaga-laga. Dua kali mandi pun tetap macam tu. Aduh... masa tulah terkenangkan rumah. Yalah bila demam selalunya dekat rumah aku pakai selimut tebal-tebal. Ini dekat rumah sewa selimut satu jew. Dah lah kat luar hujan, kipas terpasang, tidur bawah kipas pusing 5 memang maut aku. Aku ingat masa tu aku dah nak mati dah sebab dekat 2jam aku menggigil. Macam-macam surah aku baca sebab tak tahan demam keterlaluan. Ubat yang aku makam setakat penadol 2 biji. Mana jalan.
Aku kalau demam yang nak kurangkan demam tu just makan panadol soluble je. ini dengan kaki tak berstokin, ubat dah habis sabar sajalah.
Aku tak kisah orang tak tahu aku tak sihat... tapi aku kisah bila selimut tak ada masa aku kesejukkan. Waa.... masa tulah aku menangis. Air mata keluar bapak panas. Entah bila masa aku tertidur... jam 4 aku terjaga. Masa tu bangun kepala pening-pening lalat. Jalan pun kena pegang dinding. Aku minum air pun tak terasa.
Cerita dua jam masa fasa ala-ala nak kena serang demam.
Masa buat Macaroni Cheese aku suruh Hajar rasa. Dia mybe tak dengar sebab minah tu kalau dah fokus menghadap TV kau tak payah cakap. Wat sakit hati jew terpanggil-panggil. Last-last aku buat sendiri sebab fikir esok nak jual benda alah ni.
Lepas siap.. aku duduk dalam bilik. Masa tu tengah menghadap almari. Tiba-tiba... LIPAS!
"Lipas!" lipas tiba-tiba jatuh tepi aku.
Ain yang tengah duduk dekat dengan aku pandang lipas. "Mak.....! LIPAS....!!!!"
Dia berguling dengan aksi macam nak bersilat pun ada. Aku... memang takut lipas jugak. Tapi bila tengok reaksi Ain yang nampak jauh lebih takut sampai berguling-guling lepas tu langgar meja study aku dengan muka takutnya aku jadi... "Ya lipas..." Krik..Krik.... Yang tak boleh blah tu dia siap peluk meja study aku tak bergerak-gerak. Takut punya pasal. Hahaa... kelakar-kelakar.
"Alah Ain lipas jew kut. Kau silat je lipas tu.." Aku berseloroh sambil berjalan ke luar sebab nak ambik penyembur nyamuk. Serius lipas tu memang besar. Sebab jeritan Ain yang terlalu kuat macam kena kejar anjing dekat 4 orang jadi saksi. Semua pelik sebab tengok aksi guling-guling Ain. Mahu kau tak kecoh satu rumah. Sebab yang takut lipas a.k.a fobia bukan Ain je. Hajar pun sama. Nasib dia time tu tengah masak sambal nasi lemak. So kiranya dia selamat.
Lepas aku spray.. Zue ikut sama spray lipas besar tu. Aduh lipas.. lipas. Kau ni apasallah buat orang takut je.
Lepas kes lipas blah blah..... aku pun demam.
Esoknya... lepas tidur balik jam 4 tu aku terjaga pukul 7 lebih. Kepala aku berdenyut-denyut. Pening satu hal... Nak saja aku menangis. Kenapa soluble tak ada.....??????
Ada member pernah cakap tak baik ajar diri makan ubat. Hurmm... aku pernah try tak makan ubat. Tahu apa jadi.. macam kes sekarang nilah aku separuh nak mati. Jangan dibuat main oiii. Apa-apa pun aku ikhtiar nak makan ubat sebab last-last Allah je tempat mengadu sebab sakit kepala punya pasal masa demam.

No comments:
Post a Comment