Sunday, 25 October 2015

She Was Pretty



https://openload.co/f/RD7LgEYdExA/She.Was.Pretty.E11.mp4

Aku rasa term pretty tu faham-faham sajalah. Mestilah watak utama cantik, kan? Kenapa drama always macam tu? Aku peminat drama Korea. Sebagai review drama 'She Was Pretty' aku try nak conclude kan berdasarkan kefahaman aku. Bukan senang untuk dicintai. Tapi kenapa drama always cakap pasal masa silam. Betul ke orang yang pernah kita suka masa zaman kecil akan stay dalam ingatan kita sampai ke besar?

Bila kita bercakap tentang ingatan. Selalu aku cakap pada kawan-kawan aku. 

       "Aku ingat jew semua member zaman sekolah rendah sampai sekarang. Kenapa orang tak ingat aku? Aku ni tak pernah penting sikit pun ke dalam hidup dia orang..?" 

Ada setengah orang cakap
       "Entah. Aku mana ingat dah member sekolah lama aku. Buat apa nak ingat. Buang masa je. Hahaa..."

Selama ni aku buat kerja sia-sia ke? Bila aku mula start perangai malas nak ambil kisah tentang orang.. orang cakap aku pentingkan diri. Aku penat nak ingat orang. Orang yang 1st aku suka sikitpun tak ingat aku. Ingat lagi masa zaman belajar dekat matrix. Aku baru tahu yang orang yang bertahun aku tunggu, cari, harap-harap aku akan terserempak dengan dia last-last tak ingat aku langsung.

Sebab aku tak cantik? Dari dulu sampai sekarang pada aku situasi sentiasa tak memihak pada aku. Tak ada mana-mana lelaki yang nak try approach aku. Walaupun sedikit. Semuanya terus mengalah bila kena reject direct dari aku. Bukan aku tak mahu... aku nak tengok effort korang. 

Ada certain member senang-senang je dapat bf. Aku! Ok what ever. Boyfriend aku kan kat Korea so dia tak jumpa aku lagilah... Opss.. bukan boyfriend tapi suami muahaaa....(gelak jahat)

Dalam drama ni pada aku watak Siwon paling aku suka. Dia nampak cool, suka kacau orang terutama suka mengacau watak utama yang sifatnya memang menggelabah. Pada pandangan aku watak Siwon ni boleh dikira macam typical Korean man punya watak. Selalu jadi orang tengah antara watak 1st lelaki.

Ekpresi wajah dia, effort dia untuk mendekati walaupun suka bergurau yang mengarut aku sokong. At least effort. Kita bila suka someone mesti ada effort. Ok namanya pun cerita. Tapi disebabkan bantuan Siwon watak girl hidup. Memang serius watak perempuan tak cantik... tapi dia cakap ...

        "Saya sedar saya tak cantik. Awak jangan nak main-mainkan saya boleh tak?" watak perempuan nampak kurang senang bila Siwon luahkan perasaan.

Kadang-kadang sedar tak kita gurauan tu kadang-kadang boleh jadi serius. Aku paling takut bila mimik muka lelaki tu mulanya bergurau.. tapi bab feeling dia jadi semacam. Aku admit benda macam ni aku kalau boleh memang nak mengelak. Bukan apa tak mahu tersalah pilih orang yang sepatutnya.

       "Pada saya awak jauh lebih cantik dari semua orang. Jacson coigodaa..." Siwon cakap dalam nada sederet tapi cool. Biasalah namanya pun watak cool.

Tapi ayat tu awal-awal sampai kat hati. Bila kita terhad membaca subtitle dengan reaksi wajah pelakon memang susah nak hayati cerita. Nasib aku ni boleh blah la faham gak apa dia orang cakap. So ekspresi wajah itu aku boleh nak tengok lagi.

Watak utama drama ni pada aku terlalu hambar. Hurmm... payah ni. Dia memang handsome. Aduhh....

No comments:

Post a Comment