Kalau cakap tentang steamboat wahhh... meleleh air liur... Kalau suka makan apa kata kita try buat sendiri kan seronok. Lagipun kalau buat sendiri puas hati sikit kan...
Bahan-bahan :
1. Bebola pelbagai jenis
2. Tomyam paste
3. Limau nipis
4. Cili api (beberapa ulas)
5. Kangkung
6. Sosej
7. Cendawan enoki
8. Cendawan butang
9. Mee Udon
10. Tahu pelampung
First sekali buat kuah steamboat dulu. Masukkan tomyam paste ke dalam kuali bersama air. Kemudian bila air start mendidih masukkan kesemua bahan ke dalam kuah tomyam. Untuk tambah rasa sedap masukkan beberapa ekor udang ke dalam air rebusan tomyam. Andaikata kurang rasa masam perahkan sedikit jus limau nipis ke dalam kuah tomyam. Letak secubit garam atau gula untuk menambahkan rasa.
Setelah itu pula masukkan mee udon ke dalam campuran steamboat. Akhir sekali masukkan kangkung. Bila kesemua bahan-bahan masak kini giliran untuk makan....
wahhh... sedap-sedap
Selamat mencuba... =)


No comments:
Post a Comment