Tuesday, 2 May 2017

Lost in TIME

Yes, serius sangat dah kes aku ni. Aku memang tak boleh nak plan apa-apa tentang masa depan aku. Ya, aku 25 tahun. Umur sahaja 25 tapi tak boleh nak berfikir secara matang. Apa patut buat, apa patut tak payah buat. Bila budak-budak kelas update status dekat Fb masa dia orang pergi annual grand dinner yang aku tak nak pergi tu, aku jadi semak. Aku tak pergi sebab rasa tak function.

Pernah tak rasa diri macam loser? Aku kerap memikirkan kemana hilangnya semangat aku yang dulu bermotivasi sesangat untuk belajar. Berada di tahun akhir berstatus pelajar engineering ni terkadang buat aku terasa nak give up. Bendanya dah nak habis dah, aku ni je apa entah aku fikir. Bila bersendirian macam ni, segalanya aku buat sendiri tanpa ada melibatkan kata nasihat dari mana-mana pihak. Segalanya aku buat ikut rasional aku.

Tak best pun bila dah final year langsung tak ada kawan baik. Paling malang aku langsung tak ada memori indah tatkala berada di sini. Tak habis-habis terkenangkan memori masa dekat Matrix Kuala Pilah dulu. Even ada pahit, manisnya lagi banyak. Kawan-kawan susah senang ada sahaja yang menasihat, bagi galakan. Dekat uni, aku tak pernah pulak dengar ada orang nasihat aku belajar sungguh-sungguh. Aku lost and found.

Masa banyak terbazir dengan perkara-kara yang melalaikan. Kalau tak pasal Korean Drama bukan Suraya lah jawabnya kan hahhaa... Kenang apa saja yang tinggal dekat aku sepanjang belajar dekat uni ni? Esok kalau dah habis belajar nak jugak imbau balik kenangan. Tapi kisahnya tak ada apa yang menyeronokkan. Pahitnya aku telan seorang. Tak perlu ada kawan sebab kerana ada orang dengan aku, hidup aku musnah. Mimpi semalam jadi terkubur. Aku terpaksa undo apa silap yang dah aku buat. Kalau silap tu bukan semata-mata datang dari aku, aku tak akan rasa sakit macam ni.

Bestfriend? Pergi mati.

Kasarkan bahasa aku?! Duduk dekat tempat aku, dan kau boleh judge aku macam mana. Mimpi semalam masih berbekas sebab tak ada kata maaf langsung dari dia.

Sekarang banyak masa aku luangkan dengan diri sendiri. Banyak habiskan masa dengan masa aku. Samada aku buang masa atau aku hargai masa, tak ada melibatkan sesiapa. Habis belajar lepas ni, aku nak kerja apa? Dengan pointer ala-ala. Aku tak confident langsung akan diterima bekerja. Apa yang terlintas dalam kepala otak aku ni, sepanjang pengalaman dekat uni ni aku kutip jadikan panduan untuk masa depan.

Adik aku tanya, "Habis belajar ni kau memang nak jadi engieer ke?"

Aku, "...Gulp...?" speechless.

Aku angguk salah, aku geleng salah. Semua serba salah. Aku dah buat sehabis boleh lawan nafsu buruk aku ni, lawan kemalasan diri sendiri, try baiki diri sediri, terkadang tiap-tiap hari aku belajar untuk terima kenyataan bahawa hidup pada usia 25 tahun bukan seindah yang aku rancang.

Allah sebaik-baik perencana. Siapa aku untuk pertikaikan masa depan aku yang mendatang. Cuma yang aku fikir, aku nak kerja cari duit. Tak kisah kerja apa pun. Apa dah jadi biarkan pergi. Apa yang berguna jadikan ikhtibar untuk aku cekal masa depan.

Mungkin Allah letak aku pada satu tempat yang mana manusia akan sering meninggalkan aku. Membenci aku tanpa sebab. Paling best no one willing to protect you. Allah nak tunjuk yang kebergantungan sebenar aku hanyalah pada dia. Melupakan dia umpama aku hilang arah. Masa untuk aku mencari apa yang terbaik untuk diri.

Hidup berdasarkan realiti.

No comments:

Post a Comment