Monday, 8 May 2017

Mimpi ngeri aku

Tadi budak-budak rumah buat prank birthday untuk salah seorang budak rumah sewa aku. Siap belikan kek and tiup lilin lagi. Wahh bestnya...

Lama dah tak ada orang wish birthday untuk aku. Lama sangat. Last aku rasa entah, rasanya masa zaman sekolah teknik dulu kut. Aku suka birthday, aku suka sambut dan aku suka wish dekat kawan-kawan. Bab kalau mengingat tarikh lahir kawan-kawan aku memang suka. Tapi tu dulu... lama dah.

Kisah hitam aku bermula masa aku form 2. Aku ingat lagi moment moment masa tu. Sampai hati orang yang aku anggap kawan sanggup buat aku macam tu. Entah apa dalam kepala otak dia pikir masa tu aku tak sure. Bila teringat aku jadi fadeup. Mungkin pada orang yang mendengar kisah aku menganggap itu hal budak-budak. Biasalah budak-budakkan tak matang. Habis, perasaan aku macam mana? Kalau cakap soal tak matang itu bukan perkara pokok nak dicakapkan. Aku pun tak matang tapi aku tak sewenang-wenangnya buat orang sampai tergamak buat kawan baik macam tu.

Tapi dia tak.

Ingat lagi masa tu waktu nak balik sekolah. Dan pada hari tu, hari pertama Ramadhan. Masa nak jalan keluar dari kelas ke pintu gate sekolah selalunya kami budak-budak kelas girl akan jalan sama-sama. Tapi petang tu lain sangat. Dia orang macam sengaja pinggirkan aku. Aku tak sure. Bila ada yang jalan dekat dengan aku dia orang tarik. Seolah-olah macam tengah ada benda yang dia orang tak pekenan dekat aku.

Tiba-tiba kawan aku bersuara.

"Weh Suraya, aku dah tak nak kawan dengan kau lagi. Kau tu dah lah suka cakap lepas. Suka menyakitkan hati orang bla bla bla... (aku tak berapa nak ingat ayat dia)."

Perghh.. masa tu Allah saja yang tahu rasa hati aku. YAAA!!! aku pun memang dah lama nak cakap aku pun makan hati dengan kau selama ni. Yalah, selama nikan budak-budak kelas suka kawan dengan kau. Apa-apa saja nak buat sikit-sikit Izyan. Sikit-sikit kau. Aku?! Mana orang nak suka sebab angkara mulut kau. Aku tak tahulah kenapa aku bodoh sangat still kawan masa tu dengan kau. Bertabahnya aku even kau buat tak endah dengan aku. Tapi still aku anggap kau kawan. Macam-macam kau buat dekat aku. Kalau bab menempik aku kau nombor satu. Malu muka aku mana aku nak letak. Pemikiran kawan-kawan masa sebaya aku masa tu semestinya kata siapa yang kena tempik tu suka buat perangai and memang patut kena tempik. Padan dengan muka aku. Aku tahan saja rasa hati aku. Sikitpun aku tak pernah cerita dekat mak aku. Lagipun mak kerja, dia busy dengan kerja. Kawan-kawan orang terdekat aku luah perasaan and berbual.

Masa dia cakap macam tu, mata aku dah belinang dengan air mata. Aku pandang dia orang termasuk Izyan. Hari yang aku nanti dah tiba rupanya. Aku ingatkan ayat tu aku yang patut luahkan. Tak sangka dia yang ucapkan dulu. Masa tu jugak aku cakap ayat yang sama dekat dia dengan beraninya.

"Ya, memang selama ni aku memang nak cakap aku dah tak nak kawan dengan kau. Tapi aku pendam." Masa tu muka-muka ala-ala macam nak bersengkongkol dengan minah tu nampak berubah ketara sangat. Dah satu kelas budak perempuan kelas aku dekat side dia mana aku tak hilang akal masa tu terus luah ayat tu. Then aku ingat lagi, aku terus blah dari situ selaju yang mampu.

Muka dia tak tahu nak cakap nampak macam orang terperanjat. Masa nak naik bas, Anis tegur. 

"Sue.. Tadi tu Izyan gurau ajelah. Kenapa kau cakap macam tu? Dia orang saja nak kenakan kau, tak sangka pulak kau cakap macam tu."

"Tak.. dia dah cakap tak nak kawan dengan aku lagi." Aku naik bas tahan nangis.

Masa sampai rumah aku terus lari masuk bilik belakang dan nangis sepuas-puasnya. Esoknya, aku ingat semua orang dah tak nak kawan dengan aku. Tiba-tiba kawan yang lain datang tanya aku okey ke tak? Gila kau okey?! Memang tak okey lah jawabnya. Aku terus menangis terduduk dekat tapak perhimpunan pagi masa tu. Entahlah... 

Izyan try mintak maaf dengan aku lepas Atiqah pujuk. Kau yang buat salah masih EGO. Itulah nama manusia yang Ego gila tu. Kau ingat bila dah cakap depan semua orang acah-acah nak prank birthday aku, so aku akan maafkan. Putus kawan wehh.. siapa boleh terima?!!! Dalam banyak-banyak hal nak prank kawan, kau ucapkan ayat tu dekat aku depan kawan-kawan?? Manusia apa kau ni??

Kononnya, alasan kenapa dia cakap ayat tu sebab si Zulaikha a.k.a musuh aku yang bagi cadangan supaya buat prank macam tu. Habis tu kau ikut jugak even kau tahu itu tak patut buat?!!! Yalah kan.. budak-budak... mana nak mengaku salah. Habis dulu aku bukan budak juga ke?

Masa birthday, aku putus kawan. Masa birthday aku dimalukan. Kau rasa. Even kau ucap kata maaf, tak mampu untuk aku kata apa lagi. Lagipun kita dah tak rapat dah. Peluang? Manusia mana tak buat silap. Aku jugak tak sempurna. Tapi kerana kawan aku rendahkan ego aku. Tapi kau? Kau tak pernah layan aku macam kawan. Seolah-olah aku ni macam sampah tengah serabutkan kau. Ayat best, aku saja yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan kau.

Cemburu lihat ada orang wish birthday. Aku tengok kek hari jadipun dah tak nak. Sebabkan tarikh tu jugak aku dimalukan, aku putus kawan. Pada sesiapa yang pernah wish tak sengaja tahu tarikh lahir aku, tq sebab ringan mulut nak wish.

My bithday, my nightmare!!!


Tuesday, 2 May 2017

Lost in TIME

Yes, serius sangat dah kes aku ni. Aku memang tak boleh nak plan apa-apa tentang masa depan aku. Ya, aku 25 tahun. Umur sahaja 25 tapi tak boleh nak berfikir secara matang. Apa patut buat, apa patut tak payah buat. Bila budak-budak kelas update status dekat Fb masa dia orang pergi annual grand dinner yang aku tak nak pergi tu, aku jadi semak. Aku tak pergi sebab rasa tak function.

Pernah tak rasa diri macam loser? Aku kerap memikirkan kemana hilangnya semangat aku yang dulu bermotivasi sesangat untuk belajar. Berada di tahun akhir berstatus pelajar engineering ni terkadang buat aku terasa nak give up. Bendanya dah nak habis dah, aku ni je apa entah aku fikir. Bila bersendirian macam ni, segalanya aku buat sendiri tanpa ada melibatkan kata nasihat dari mana-mana pihak. Segalanya aku buat ikut rasional aku.

Tak best pun bila dah final year langsung tak ada kawan baik. Paling malang aku langsung tak ada memori indah tatkala berada di sini. Tak habis-habis terkenangkan memori masa dekat Matrix Kuala Pilah dulu. Even ada pahit, manisnya lagi banyak. Kawan-kawan susah senang ada sahaja yang menasihat, bagi galakan. Dekat uni, aku tak pernah pulak dengar ada orang nasihat aku belajar sungguh-sungguh. Aku lost and found.

Masa banyak terbazir dengan perkara-kara yang melalaikan. Kalau tak pasal Korean Drama bukan Suraya lah jawabnya kan hahhaa... Kenang apa saja yang tinggal dekat aku sepanjang belajar dekat uni ni? Esok kalau dah habis belajar nak jugak imbau balik kenangan. Tapi kisahnya tak ada apa yang menyeronokkan. Pahitnya aku telan seorang. Tak perlu ada kawan sebab kerana ada orang dengan aku, hidup aku musnah. Mimpi semalam jadi terkubur. Aku terpaksa undo apa silap yang dah aku buat. Kalau silap tu bukan semata-mata datang dari aku, aku tak akan rasa sakit macam ni.

Bestfriend? Pergi mati.

Kasarkan bahasa aku?! Duduk dekat tempat aku, dan kau boleh judge aku macam mana. Mimpi semalam masih berbekas sebab tak ada kata maaf langsung dari dia.

Sekarang banyak masa aku luangkan dengan diri sendiri. Banyak habiskan masa dengan masa aku. Samada aku buang masa atau aku hargai masa, tak ada melibatkan sesiapa. Habis belajar lepas ni, aku nak kerja apa? Dengan pointer ala-ala. Aku tak confident langsung akan diterima bekerja. Apa yang terlintas dalam kepala otak aku ni, sepanjang pengalaman dekat uni ni aku kutip jadikan panduan untuk masa depan.

Adik aku tanya, "Habis belajar ni kau memang nak jadi engieer ke?"

Aku, "...Gulp...?" speechless.

Aku angguk salah, aku geleng salah. Semua serba salah. Aku dah buat sehabis boleh lawan nafsu buruk aku ni, lawan kemalasan diri sendiri, try baiki diri sediri, terkadang tiap-tiap hari aku belajar untuk terima kenyataan bahawa hidup pada usia 25 tahun bukan seindah yang aku rancang.

Allah sebaik-baik perencana. Siapa aku untuk pertikaikan masa depan aku yang mendatang. Cuma yang aku fikir, aku nak kerja cari duit. Tak kisah kerja apa pun. Apa dah jadi biarkan pergi. Apa yang berguna jadikan ikhtibar untuk aku cekal masa depan.

Mungkin Allah letak aku pada satu tempat yang mana manusia akan sering meninggalkan aku. Membenci aku tanpa sebab. Paling best no one willing to protect you. Allah nak tunjuk yang kebergantungan sebenar aku hanyalah pada dia. Melupakan dia umpama aku hilang arah. Masa untuk aku mencari apa yang terbaik untuk diri.

Hidup berdasarkan realiti.