Thursday, 10 March 2016

Cheese In the Trap_2016

Pada aku drama ni paling terbaik setakat 2016. Kepada siapa-siapa yang belajar di universiti kau orang akan faham apa maksud yang cuba disampaikan dalam drama ni. Drama ni disiarkan di TVN, salah satu channel TV di Korea. Aku suka tentang drama-drama dari channel TVN sebab idea-idea mereka yang di ketengahkan ke layar TV memang terbaik. Selalu kita akan nampak watak lelaki seolah-olah terlalu sempurna langsung tak ada cacat cela.

Dalam drama ni, Kim Hae Jin yang memainkan watak Yoo Jung memang lain dari yang lain. Kalau sesiapa yang baru menonton drama ni memang akan tertarik dengan personaliti mamat yang nampak cool ni. Pertama kali aku lihat watak Yoo Jung ni aku dah rasa lain macam. Yalah, dia nampak seorang yang alone, lonely bak kata orang putihnya. Pada aku, aku memang suka watak lelaki yang nampak cool, handsome. Tapi satu perkara yang penonton kena tahu, Yoo Jung ni seorang yang sangat misteri.



Ya, dia seorang yang sangat misteri.

Orang yang mula sedar tentang siapa Yoo Jung dalam drama ni ialah Hong Seol yang memegang watak utama wanita dalam drama ni. Hong Seol kalau pertama kali kita lihat dia berlakon, dia memang tak ada lawanya. Serius kut! Tapi... Hong Seol ni special sikit. Walaupun rambut dia ikal mayang macam tu dengan potongan rambut ponny di depan, dia nampak cute sangat-sangat.

Hong Seol pada aku dia seorang pelajar yang sangat diligent. Kalau boleh dia nak markah peperiksaan dia semuanya A. WOW!!! Aku ni nama saja masuk universiti, batang huruf A tu memang susah nak nampak, lagi-lagi kalau subject tough macam Engineering Mathematic, Micro-C, C++. Waa... sakit otak nak pikirkan balik. Tak apa, Seol dia bukan sama bidang pengajian macam aku ni. Dia ambik kos Business dalam drama ni.

Kalaulah  aku ni Seol, aku tak akan mengalah dengan masa depan aku. Watak Seol sebenarnya memang bagi inspirasi kepada aku yang baru kena renjatan elektrik. Padan muka. Faham-faham sajalah, bila kita nak berjaya dalam hidup bukannya mudah. Akan kita temui banyak manusia macam dalam Cheese in the Trap ni.

Bila tiba cerita assingment, aku dulu paling tak suka. Kalau assingment individu aku ok lagi, bila sampai berkumpulan, kau fikir sendirilah. Lagi-lagi aku ni tak ada kawan baik dalam kelas tu. Bukan aku tak nak bergaul mesra dengan budak-budak kelas aku, faham-faham sajalah, ya kau mengaku aku yang buat silap. Percaya sangat cakap orang, cepat sangat down tak tentu pasal, then suka menyalahkan orang lain. Aku ni bukan jenis yang bernasib baik. Dari bab keluarga, pelajaran, rupa paras, kawan-kawan dan orang yang aku suka, aku tak pernah bernasib baik.

Keluarga! Pada aku dulu... apalah sangat ada pada keluarga ni kan? Aku bukan orang senang. Tapi bila tiba masa aku susah, tak dapat nak bayar duit pengajian, bila kawan yang kita sangka akan sentiasa dekat dengan kita, masa tulah aku sedar yang keluargalah tempat aku minta pertolongan. Bukan aku tak nak berusaha, sebab aku rasa usaha aku tu kurang sebab itu aku mintak tolong keluarga aku tu.

Hong Seol. Keluarga dia tak adalah senang, sama halnya macam keluarga aku. Tapi aku respect dekat dia sebab duit untuk pengajian dia, dia usaha cari sendiri. Ini bukannya Korea banyak kerja part time, sini Melaka kut. Hurmm... (xmampu untuk berkata-kata)

Hidup ni, kalau kita mintak dekat Allah supaya sentiasa diberikan kekuatan, ya, Allah akan bagi kita kuat. Tapi cara yang Tuhan nak tunjuk kepada kita macam mana nak jadi kuat tu, sendiri tahulah jawapannya. Aku ni tak kuat mana pun. Bila terkena macam ni, buatkan aku sangat-sangat sedar banyak perkara.

          - Solat jangan pernah tinggal
          - Move on Suraya!!!
          - Jangan pernah mengharap bantuan orang lain Suraya
          - Jangan mudah percaya cakap-cakap orang kalau nak hidup aman
          - Cuba tepis perasaan negatif di sekeliling kita
          - Berdoa selalu minta dijauhkan daripada manusia yang ada hasad dengki dengan kita, yang cuba menjatuhkan kita, yang tak suka lihat kita senang hidup, yang tak suka lihat kita bahagia. Orang jenis macam ni patut kena singkirkan. Jangan simpan... campakan saja dalam laut.

Kemaafan! Bukan mudah untuk memaafkan lagi-lagi orang yang tak pernah sedar dia buat salah. Aku menangis semalam baca teks dia. Dia tu kawan baik aku yang lama dulu hampir aku singkirkan dalam memory aku ni. Kalau dia sedar baguslah... nak tunggu aku berterus-terang baru nak sedar diri. Kalau bab kawan aku memang lemah. Ah, jangan macam tu Suraya. Cukup-cukuplah tu. Kawan je kau nak lemah! No way!!!

Jangan mengharap! Aku tak akan biarkan orang pijak kepala aku. Aku diam tak bermakna aku terima apa yang kau buat dekat aku. Kali ni no more. Tak ada kawan pun aku bukan kisah. Allahkan ada. Selama hari ni aku terlalu mengharap pada bantuan manusia, sampai satu masa, Allah uji aku dengan kepercayaan yang aku percaya selama ni. Ternyata aku memang salah. Serius sangat-sangat!!! Jangan sekali kita cuba bergantung harap pada manusia ni. Jangan pernah. Kalau nak, usaha sendiri.

Sebab aku dah rasa apa itu perasaan cuba percaya bahawa kawan akan dapat tolong kita. Kawan konon... pergi mam***! Kenapalah aku selalu sangat berkawan dengan orang yang tak ada adab??? Suka pentingkan diri.

Aku nak jadi Hong Seol.

Pepatah Melayukan ada cakap,
BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
Tulah kau Suraya, tolong sangat orang senang-senang macam tu je. Bila kau susah, ada hantu nak menolong kau? Sumpah tak ada.

Lepas ni aku kena belajar untuk hidup snediri. Manusia nampak aku sendirian, tak apa... aku tak kisah. Allahkan ada. Dia selalu tengokan aku untuk keluarga aku.

Kenapa aku nak jadi Seol, aku nak jadi dia sebab, lagi baki 3 semester dekat universiti ni, aku nak kerja kuat sebagai seorang pelajar universiti yang sebenar. Datang awal ke kelas awal, on time, bangun awal pagi itu yang patutnya.

Aku dari sem satu mengimpikan anugerah Dekan. Aku... nak sangat! Attitude kena ubah Suraya. Jangan mengeluh dengan apa yang berlaku dan jangan nak menuding jari pada orang lain. Aku pun bukan nak menyalahkan diri sendiri, cuma aku nak cuba berjaya dalam hidup aku ni.

Tak lama pun Suraya, kau kena kuat! Biarlah orang lain nak habis on time, apa yang aku fikirkan, aku tak macam mereka. Aku nak dapatkan pointer yang bagus supaya lepas aku keluar nanti aku dapat pekerjaan yang bagus-bagus. Nak dilihat pointer aku sekarang, memang taklah weh. Sem ni 60% FINAL kau tahu!!! Susah macam mana, USAHA! Jangan mengeluh. Biarlah orang nak gred on time, aku tak mampu nak buat macam tu. Aku tahu limit aku tahap mana.

Demi membalas budi mak, mak lang n ayah aku... aku kena kerja keras. Rezeki boleh dicari wehh.. percayalah rezeki tu ada cuma kau kena suaha lebih. Sebab aku tahu aku ni bukan jenis bernasib baik, kalau tak usaha, mana mungkin aku sampai ke universiti ni.

Aku kena kuat! No worries!
Dean List semester ni... boleh tak Suraya.
Percaya, usaha, never give up, FIGHTING!!!
Demi sebuah kerjaya yang terbaik, aku akan usaha walau macam manapun.

Tapi... Hong Seol at least ada orang nak dekat dia. Aku ni... tak apalah.
Tak semua yang kita nak kita akan dapat.
Akan datang, mungkin.

 

Wednesday, 2 March 2016

Siapalah aku

Lama tak update blog aku yang makin usang ni.
Terlalu baik, macam kena gunakan pulak,
Bila buat jahat sikit dikatakan aku ni melampau, tak tahu mana nak ukur tahap kebaikan aku.
Aku penatlah...
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Memang padan dengan muka aku! Kegemaran aku memang suka tolong orang... hahh memang kesukaan aku bila tolong orang lagi2 bangsa-bangsa yang nampak mula-mula macam pijak semut tak mati last last baik aku ni is nothing. Meaningless wehh!
Aku tak menyesal tolong orang, apa yang aku kesalkan orang tu sikitpun tak hargai pertolongan aku. Kenapa ya aku selalu sangat jumpa orang yang pada mulanya nampak nice, ala-ala sweet gitu, bila tiba aku susah, dia start buat toyol dengan aku??? Kenapa? Ini masalah aku tak reti limitkan pertolongan aku tu. Mungkin sebab aku tak pernah tunjuk bad side aku dekat dia. Aku ni satu benda je... selagi aku baik dengan seseorang tu dan orang tu buat baik dengan aku, selagi tu aku baik dengan dia. Ya aku tahu manusia banyak kelemahan, samalah macam aku ni jugak.
Ada seorang kawan pernah cakap macam ni dekat aku, "Suraya, kita bila berkawan ni, kita kena give and take. Kita cuba faham dia. Tak semua seperti apa yang kita harapkan..." kata seorang kawan aku ni. Aku tak lah seorang yang selfish... nak main jual-jual ikan ni aku tak retilah. Aku berkawan, mustahil aku tak cuba faham kawan aku. Selalu sangat, bila sampai turn aku semua macam nak menyalahkan aku kenapa dapat kawan macam itu, macam ini. Manalah aku tahu.
Aku berkawan dengan seseorang sebab aku rasa selesa nak berkawan dengan dia orang. Aku ni boleh tahan friendly orangnya. Dan aku ada jugak jahatnya. Cuma aku tak tunjuk. Sebab aku fikir kita kawan.
Tapi sampai masa, kau abaikan aku. Okey maksud mengabaikan bukan aku kata aku cemburu atau apa, kau kawan aku at least kalau kau ada masalah just cakap yang kau tak ada mood nak bercakap. Senyap tanpa bicara, kau ingat aku faham? Bila mesej aku, kau kata, "Aku tahu sejak tahun lepas kita macam stranger. Kau macam mana? Okey? Aku still care pasal kau.." what the ****
Ini ke kawan??? Stranger? Apa maksud kau? Apa yang cuba kau sampaikan dekat aku. Kau berdiam, aku cuba faham. Aku faham yang kau mungkin sedang ada masalah. Tapi, bila mana orang lain tegur kau, kau balas cakap dia orang, siapa aku yang sebenarnya? Aku ni bukan sejenis tunggul tau.
Kalau tunggul tu boleh bercakap, yang kau samakan aku macam dia, mesti dia marah. Sebab aku manusia yang ada hati. Sejak kita mula berkawan, aku perasan perangai kau memang annoying.
Aku nampak kau ni jenis suka sellfih, kau suka buat itu ini ikut kepala kau. Kau buat macam tu seolah-olah kau nak tunjuk protes dekat semua orang.
Aku kawan kau beb. Sampai hati kau buat aku macam ni.
Aku tak mitak sesen pun duit kau bila aku tolong kau.
Aku kawan kau, lagilah aku nak cuba tolong kau kalau kau ada masalah.
Tapi telahan hati aku yang awal dulu aku abaikan, dan menganggap kau bukan macam tu sebenarnya salah.
Aku tak nafikan bila ada masa aku susah kau tolong aku, memang kau baik hati.
Tapi bila sampai part aku betrul-betul susah, aku nampak macam sampah yang tengah tersangkut dekat kau dan masa tu kau tunjuk dekat aku, akulah manusia sampah yang patut kau orang campak jauh-jauh.
Bila kau rasa hidup kau semak dengan kesusahan aku, aku memang perasan yang kau cuba menghindar dari aku. Samalah macam tu jugak yang kau buat dekat someone.
Bila kau rasa kau perlukan aku, kau muncul.
Bila kau dah habis gunakan aku, kau pergi macam tu je.
Itu namanya kawan ke???
Aku still berfikir yang sifat baik kau tu banyak yang aku suka.
Kalaulah aku ni malaikat, aku mungkin tak akan menghukum kau.
Sebab aku ni manusia.
Kau dengan manusia yang aku dah campak ego aku jauh-jauh sebab atas nama kawan, kau dengan dia sama saja.
Bila kita dah jauh macam ni, bila aku ingatkan balik, kau dengan dia memang sama.
Kau orang ni jenis bila dah senang tak sedar diri.
Paling aku benci sikap suka mengabaikan perasaan aku.
Kau orang buat seolah-olah aku ni macam tak ada perasaan...
no more!!! Jangan mengharap.
Biarlah kau orang jauh dari aku.
Selama ni aku dah cukup rendahkan ego aku demi kau orang, bila sampai tahap limit tu dah keterlaluan, aku dah tak boleh tahan.
Cakap seorang kawan aku ni ada betulnya.
"Move on Suraya!!!"
Aku tahu aku tak kuat, tapi hanya pada Allah aku panjatkan doa jauhkan aku dari penganiayaan manusia-manusia macam kau orang ni.
Ego. Jangan ingat kau orang saja ada ego. Aku pun ada ego aku jugak. Kau orang buat aku macam-macam, sampai masa aku tunjuk sikit je bad side aku, kau orang menggelabah.
Bila aku dah jauh dari kau orang, aku cuma mintak satu je.
Hargai orang yang ada dekat dengan kita. Yang kisah pasal kita. Bila semua tu dah tak ada, kau orang fikirlah apa yang kau orang dah buat dekat aku.
Aku bukan bodoh... lama aku perhati kan kau orang tahu
Aku still bagi peluang... tapi sekarang jangan mengharap
Sekali kau capai tahap limit ego aku paling tinggi terancam, jangan harap ada peluang untuk putar balik. Manusia boleh buat silap. Tapi kalau benda yang sama kau orang buat berulang-ulang kali, apa kejadahnya tu.
Kau dengan dunia kau, aku dengan hidup aku.
Jangan cari aku lagi.
Aku hargai kawan yang ambik tahu pasal aku, dan tak pernah abaikan aku sebagai kawan.
"Thanks Azielah sebab jadi kawan yang baik dengan aku selama ni, kau yang selalu ingat dekat aku."