Kalau cakap tentang steamboat wahhh... meleleh air liur... Kalau suka makan apa kata kita try buat sendiri kan seronok. Lagipun kalau buat sendiri puas hati sikit kan...
Bahan-bahan :
1. Bebola pelbagai jenis
2. Tomyam paste
3. Limau nipis
4. Cili api (beberapa ulas)
5. Kangkung
6. Sosej
7. Cendawan enoki
8. Cendawan butang
9. Mee Udon
10. Tahu pelampung
First sekali buat kuah steamboat dulu. Masukkan tomyam paste ke dalam kuali bersama air. Kemudian bila air start mendidih masukkan kesemua bahan ke dalam kuah tomyam. Untuk tambah rasa sedap masukkan beberapa ekor udang ke dalam air rebusan tomyam. Andaikata kurang rasa masam perahkan sedikit jus limau nipis ke dalam kuah tomyam. Letak secubit garam atau gula untuk menambahkan rasa.
Setelah itu pula masukkan mee udon ke dalam campuran steamboat. Akhir sekali masukkan kangkung. Bila kesemua bahan-bahan masak kini giliran untuk makan....
Rasa seronok nak mencuba buat masakan sendiri ni... Spaghetti ikut my style... ada yang suka pedas dan ada yang suka ala-ala Italian style. apa-apa sajalah yang penting bila masuk mulut sedap idok gituu... huhuuu...
Mungkin ramai yang tahu buat spaghetti dan mungkin tidak. Itu confirm...
Dulu selalu makan orang lain masak. Dan satu hari aku rasa nak buat sendiri. Mencuba itu jauh lebih baik... sedap ke tak sedap ke itu belakang cerita yang penting kena dengan tekak aku n rasa dia still spaghetti kann...
Bahan-bahan :
1. Lada benggala
2. Cendawan butang (beli yang dalam tin)
3. Cendawan enoki (jenis yang panjang)
4. Cheese
5. Lobak
6. Daging lembu (yang dicincang)
7. Bawang putih/ bawang merah
8. Sos spaghetti
9. Lastly Spaghetti (Masimo)
Cara-cara nak buat :
Pertama sekali racik, hiris, potong kesemua bahan-bahan ikut suka hati... ada yang suka potong ala-ala dadu yalah kut... aku potong ikut rasa saja hihii...
Kenapa aku guna lada benggala sebab nak buat nampak menarik that's it hahaa... and kenapa aku guna cendawan enoki sebab teksture dia agak moist and rasa dia sedap. Aku tambah cheese sebab nak likatkan kuah... itu resepi aku...
Bila semua bahan sudah dipotong dengan rupa yang sepatutnya jangan lupa basuh bahan-bahan tu... potong-potong jugak basuh jangan lupa.
Lepas bahan-bahan kat atas selesai dipotong sekarang giliran kita uli daging cincang yang boleh didapati di mana-mana kedai. Aku prefer guna daging lembu sebab dia buat rasa spaghetti tu rasa yang sepatutnya. Kalau ikut resepi kakak sepupu aku dia gaul sekali daging cincang tu dalam kuali dengan bahan-bahan dekat atas. Kalau ikut resepi member aku kita buat meat ball baru bestt... kan.
Untuk buat meat ball uli daging cincang sederhana besar. Nak make sure daging tu jadi bebola aku jerang air panas dan masukkan bebola daging yang sudah dibentuk. Ok mungkin ada yang tertanya-tanya tak tambah tepung ke? Tak letak secubit garam ke...? Tak payah susah-susah... uli daging jadi bebola and masuk dalam air panas dalam periuk yang sesuai.
Kalau nak rasa sedap lagi aku tambah cheese dalam bebola daging tu sebelum rebus dalam air panas. mybe cheese tu keluar dari bebola daging yang sedang di rebus. Jangan risau masakan mana ada yang perfect. Asalkan ada rasa, rupa itu dah ok.
Air rebusan daging tu jangan dibuang. Untuk buat kuah spaghetti yang penting adalah air rebusan daging tadi. Sebab itu yang menentukan rasa kuah spaghetti itu.
Seterusnya, panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit untuk menggoreng bahan-bahan tadi. Masukkan sos preggo(aku suka guna yang plus oregano and bawang putih) ala-ala Italian sikit. Setahu aku orang Itali paling suka guna bawang putih dalam masakan mereka. Bawang putih ni ada kelebihan dia sebab buatkan masakan bertambah wangi and sedap.
Bila semua dah tergaul sebati masukkan secawan air rebusan daging tadi ke dalam kuah spaghetti. Pastikan jangan masuk terlebih sebab nanti kuah nampak cair so nampak semacam pulak spaghetti aku nanti kan... dan jangan lupa gaulkan sekali bebola daging yang dah direbus.
Lastly... rebus mee spaghetti.
Dan ini Spaghetti yang siap untuk dimakan muhahaa...
Di sini ada ada video dari Youtube mybe boleh dijadikan rujukan...
SELAMAT MENCUBA... =)
This is one of MyHobby...
Le' Button ( 버튼 ...)
Mungkin orang kata ini macam hobby pelik. Aku suka create something yang menarik yang aku suka buat and yang paling penting CUTE!!! Orang Korea cakap kioptaa... hihiii... just gunakan tali and butang yang nampak cantik pada aku... bolehlahh... =)