Dari drama ni aku tak bagi apa - apa expectation. Ha Ji Won antara pelakon wanita yang paling aku admire selepas Gong Hyo Jin. So kalau nampak Ha Ji Won new drama aku pasti akan tonton.
Episod 01 Chocolate bawa aku kepada satu watak budak lelaki kecil yang nak kenenkan mak dia dengan seorang lelaki nelayan. His brighter smile totally hidupkan mood aku nak layan drama ni pada awal - awal cerita. Mak dia seorang tukang masak di restorannya sendiri so si budak lelaki yang bernama Lee Kang ni memang minat sama untuk masak. Apa yang menarik hubungan mak dan anak ni nampak bahagia sangat - sangat saat menghidangkan makanan kepada tetamu di restoran mereka. Bahagia. Dari situ Lee Kang memang sudah tanam minat untuk jadi tukang masak sama macam mak dia. Masakan sama dengan kebahagiaan.
Bila watak budak perempuan Ha Ji Won (kecil) muncul tengah makan kerepek yang tengah dijemur di belakang restoran, Lee Kang (kecil) muncul dan mengatakan kerepek itu untuk diberi makan lembu. Yang ada di atas kerusi duduk ini untuk manusia makan. Ayat Lee Kang (kecil) "kau boleh datang bila-bila masa untuk makan dekat sini" beri aku sedikit tanggapan yang dia gembira bila lihat orang lain datang makan di restoran mak dia.
Bila tiba - tiba muncul watak nenek Lee Kang ni aku jadi tak best. Dia langsung tak hargai mak Lee Kang dan mengatakan anak dia mati sia - sia lepas kahwin dengan anak pembantu rumah. Jadinya dia nak Lee Kang menjadi pewaris hospitalnya instead of anak cucu lelaki dia yang seorang lagi ni. Dekat situ dah mula ada pertikaian.
Setahun berlalu, Ha Ji Won (kecil) datang balik ke restoran tu, yang hanya tinggal restoran yang dah tutup. Pak cik nelayan yang baik dengan keluarga Lee Kang mengatakan Lee Kang (kecil) tunggu Ha Ji Won (kecil) untuk rasa coklat Sha Sha yang dia dah buat sampai tangannya melecur dek kena air panas.
Bertahun berlalu. Lee Kang dan Moon Cha Yong jumpa kembali. Moon Cha Yong kenal Lee Kang lepas curi makan makanan atas kerusi kayu dekat hospital. Ini gara - gara dia lapar lepas pembedahan apendik. Dia ingat makanan tu sudah tak bertuan. Lee Kang muncul dan masa tu Moon Cha Yong tersedak dan minta air dari Lee Kang. (Antara scene yang aku suka) Kang muka serius semacam. Maybe bengang sebab makanannya kena ambil dekat orang. Masa tengah tersedak, Cha Yong ternampak nama tulisan Lee Kang pada kad nama yang Lee Kang pakai.
Dan dari situ Cha Yong ekori Lee Kang macam tupai stalker dekat hospital. Sehinggalah dia tertangkap lepas bekas cecair IV yang dia bawak ke hulu ke hilir jatuh depan lif masa dia mahu mengelak tertangkap. Haha. Part ni memang win. Bila lubang tiub ada kesan darah, Lee Kang tolong gantikan dengan tiub yang baru untuk elak infection. Masa tu Lee Kang cakap dekat Moon Cha Yong (Ha Ji Won) "saya tak minat untuk bercinta, saya harap awak faham". Perghh, semacam kena reject.
Apa yang Moon Cha Yong fikirkan masa itu lain.
Bila Cha Yong dapat tahu Lee Kang mati dekat Libya lepas terkena bom, muncul seorang lelaki tengah menangis dekat tempat Cha Yong mula - mula jumpa Lee Kang. Dia tinggalkan tisu dekat lelaki tu.
Dan dari situ kawan kepada Lee Kang, Lee Te O nama sebenar, nama dalam drama aku tak ingat muncul dekat restoran Cha Yong bekerja. Aku paling suka senyuman dia. Bila dia approach Cha Yong paling aku suka. Eyes gazing dia dekat Cha Yong 100% fall in love with her. Dia ni new character yang pada aku lain sangat - sangat. Even dengan kawan baik dia Lee Kang, aku tak sangka dia akan caring sangat. I mean karakter dia bawak tu ikhlas sesangat. If I could have someone that can carish me, crying for me ah that's all insane. That kind of friend totally 1 in 1000.
Bila saat Cha Yong terima kawan baik Lee Kang as boyfriend, Lee Kang muncul. And that day was a Christmas. Salji turun dan macam tu juga aku menangis sebak untuk Cha Yong. Two episodes enough!! Mata aku dah bengkak sangat sebab menangis. Ost dia memang terbaik dan match sangat.
Aku harap dia dengan kawan Lee Kang, oh noo!!! Next episode cried hard lagi!! ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
