Episode 13 Drama Korea “W”, waktu tu Oh Yoen Joo tengah tunggu Kang Chul
depan rumah pintu pagar rumah ayah dia. Scene di mana Kang Chul sedang
tersenyum gembira kerana dia akan berjumpa Oh Young Joo di rumah bapa Oh Yoen
Joo. Waktu scene tu... the reason why I had crush on him because of the sudden
smile. Kalaulah kau tak tersenyum indah, senyum se sweet... macam tu ke arah
aku, tak perlulah aku nak ada perasaan begini dekat kau. Ya aku sedar actually
aku memang tak ada apa-apa perasaan dekat kau even sebelum ni pun memang aku
tak ada perasaan nak tahu tentang kau pun, sebab tak berminat nak tahu. Tapi...
senyuman pada suatu hari tu, senyuman kau buat aku rasa aku nak chasing ke mana
saja kau pergi, kalau boleh aku nak ikut ke mana saja kau pergi.
Hanya dengan senyuman tu buat aku nak tahu tentang kau. Aku jadi
tertanya-tanya kenapa, kenapa, kenapa... aku sukakan kau? Kau nak tahu
something, dalam banyak-banyak orang yang aku suka, tak pernah lagi ada someone
yang akan senyum indah macam kau. Tak, aku TIPU! Dulu ada someone, aku pernah
crush dekat dia masa zaman sekolah menengah, dan kerana senyuman dia aku tak
sudah-sudah nak chasing dia kemana saja dia pergi. Kalau boleh, senyuman dia tu
aku nak selalu wujud untuk aku. Kenapa aku suka senyuman dia? Selain dia yang
bernama lelaki, aku tak pernah tengok ada orang yang akan senyum begitu dekat
aku. Bermacam-macam cara kawan aku cuba burukkan pasal dia dekat aku, perkara
yang hanya aku tahu, aku suka dekat dia memang kerana senyuman dia. Aku baru
sedar sekarang kenapa aku boleh jatuh suka dekat seseorang.
Dan perasaan tu wujud semula. Kenapa bila aku dah 4th year, kenapa
sekarang!!!? Kalau boleh aku nak hapuskan perasaan ni. Bukan sebab aku tak
suka, sebab aku takut aku akan suka dia lebih dari tu. Sampaikan aku dah
bayangkan dia tengah berjabat tangan tok kadi masa pernikahan kami. Aku
sekarang dah tanam impian untuk hidup dengan dia. Aku tahu, kalau ada sesiapa
yang baca ni mesti kata aku gila. Kenapa sampai boleh fikir sejauh ni. Bila aku
sukakan someone, aku akan cari reason kenapa aku suka dia. Dan alasan menyukai
kau tu muncul tiba-tiba, air mata aku bergenang. Aku menangis. Someone seperti
aku memang macam ni.
Actually, bila kita sukakan seseorang, tak perlu ada alasan kenapa kita
suka dekat seseorang tu. Perasaan tu wujud tanpa sebab. Tak perlu mencari
alasan kenapa aku suka, kenapa aku suka, why, why, why... semua tu tak ada
gunanya. Naluri untuk menyukai seseorang yang berlawanan jenis tu natural.
Kenapa perlu kita tidakkan. Dan, aku rasa alasan kenapa aku menyukai dia pun
puas aku cari. Bukan kerana dia adalah dia yang selama ni aku pandang dari
jauh, bukan kerana latar belakang dia, bukan kerana dia anak orang berada macam
mana budak lelaki kelas aku cakap dekat aku. Ah, peduli pulak aku dengan harta
dia! Bukan sebab every sem dia bawak kereta berbeza-beza dan semestinya kereta
import. Itu bukan alasan kenapa aku suka dia. Dan atas alasan-alasan tu bukan
penyebab aku sukakan dia. Aku hanya nak sukakan dia saja. Kalau boleh aku nak
dia senyum selalu dekat aku.
Patutlah aku macam orang angau tiba-tiba, rupa-rupanya apa yang aku cari
dekat dia hanya sebuah senyuman. Aku pusing belakang dekat deret budak lelaki
nak pandang dia, bukan sebab aku rindu dekat dialah, aku just nak tengok dia
senyum. Tu jew. Cukup saja dia staring dekat aku dan tersenyum sesweet....
macam tu, cukup buat aku gembira. Ada sekali aku tengah tunggu kelas signals
and systems, masa tu tengah berdiri depan bilik kuliah 1, aku berdiri menyandar
depan bilik kuliah tu, then insting aku cakap sila pandang pintu, then aku
terdengar pintu terbukak, dia masuk guna pintu tu, entah mana aku nak sorokkan
senyuman aku ni. Pada aku dia biasa jew, then masa tu pun dia bukan tengah
tersenyum macama mana dia pernah senyum dulu, dia pandang aku, aku pandang dia,
tapi off courselah aku yang larikan pandangan aku dulu. Malulah. Tak perlu
mencari alasan untuk membenci dia, atau untuk halang/sekat perasaan aku ni.
Memang aku cakap dekat Aisyah Che Ramli yang perasaan aku ni esok lusa aku
mesti akan lupa pasal dia. Ah, semua tu tipu! Perasaan yang muncul tanpa kita
buat-buat suka tu berbeza tau, macam aku suka dekat abang ngah a.k.a Khair
Ikhwan tu. Bila aku fikirkan balik, tak ada apa yang menarik dekat dia. Fake
gila aku nikan. Hahaa.. aku suka jew bukan dia tahu pun. Suka tak salah. Dan
aku tak minta berbalaspun.
Aku tak mengharapkan apa-apa dari perasaan aku ni, aku nak tengok senyuman
dia jew, bukan benda lain. Kes aku ni dah macam nak jadi drama Korea “Secret
Garden” pulak. Mana aku pergi, seolah-olah dia tengah berjalan tepi aku. Atau
pun masa aku tengah duduk makan dekat kafe, bayangan dia datang duduk depan aku
dekat meja tu sambil tersenyum buat aku bingung tetiba. Aku betul-betul tengah
berangan keterlaluan sangat ni.
Tipu kalau cakap aku tak jealous tengok budak girl kelas aku bercakap
dengan dia. Aku tak mampu. Aku mampu pandang dia dari jauh, dari belakang dia.
Sumpah jealous. Siapa suruh suka dia? Kan dah payah. Lagi-lagi perasaan ni dah
melebih-lebih. Ada jugak aku pernah rasa nak peluk lengan dia. Nak pegang
tangan dia... Ah, sudah!!! Susah kalau suka one sided nih. Apa-apa pun good
luck lah eh, good luck to you! Aku benci dengan diri aku, kenapa aku perlu ada
perasaan macam ni. Istighfar banyak-banyak wehh... setan ni kadang-kadang
keterlaluan sangat cipta angan-angan palsu untuk aku. Aku lemah bab perasaan
ni. Selalunya, perasaan suka aku ni akan cepat berakhir. Tak yang long lasting.
Tipu kalau cakap tak jealous tengok member girl aku yang dah kahwin then ada
baby. Mak aku cakap, habiskan belajar dulu then bari fikir pasal kahwin.
Entahlah. Anak member-member aku cute sangat. Dia orang selalu post gambar anak
dia orang macam Soraya post gambar baby dia Sayyid Ar’Rayyan. Sumpah, giler
cute. Mana tak cute tengok pulak mak dia kan... untung dah ada baby. Tapi
actually apa yang dia untung sebab dia ada someone yang sayangkan dia, sanggup
take care pasal dia, yang akan jaga dia untuk seumur hidup, in-sya-Allah.
Semoga jodoh kau orang berkekalan bahagia sampai Jannah. Aku? Aku tak sure
tentang diri aku. Aku jugak nak kena sayang, nak ada someone yang sayang pada
aku. Kalaulah ada someone macam Jung Won. Serius, aku memang fall in love
dengan watak mamat sowang ni. Carming dia lain macam. Even dia kaya, dia tak
sombong, friendly, over take care. Yang penting dia suka senyum dan senyuman
dia memang something. Oh no... I’m sick of his smile.
Kalau wujud mister smile macam dia orang, rosak hati
aku