Monday, 20 February 2017

relationship goal

Seram bila cakap pasal relay ni. Bukan apa, kalau tak kena gaya kau try nak kenal someone, alamatnya makan sumpah lah oii. Itu yang terjadi dekat aku. I'am feeling deeply lonely. Serius! Maybe masa tu jiwa rasa kekosongan macam nak berteman. Bila scroll fb satu hari tu, rata-rata kawan aku masa sekolah, matrik dah tunangan orang, baik girl or boy. Jelus? Tak pun. Aku bukan jenis jelus tak kena tempat. Orang mudah salah tanggap dengan aku. Kadang-kadang dia orang siap tolong fikirkan apa yang aku tak pernah fikir. Mudahnya kau orang jatuhkan hukum. Nampak sangat kau orang tak kenal siapa Suraya ni.

Aku tak mintak pun kenal aku deeply. Jangan cepat judge orang tu maksud aku. Luaran nampak kasar, tapi bila dah kena pujuk hati ni cepat jew sejuk. Tak macam sesetengah kawan aku yang nampak lembut luaran, tapi bila kita buat salah, dia merajuk... ambik kau sebijik. Kau buat tarian kPop gangnam style tu pun belum tentu dia nak pandang even kau buat aksi paling mengarut semata-mata nak pujuk dia punya pasal. Ini bukan aku try judge orang, sebab kebanyakkan kawan aku type ni. Aku kenal dia orang sebab tu aku berani cakap.

Okey, berbalik cerita pokok aku nak sampaikan.

Kenapa jantan keparat ni tak faham-faham bahasa?!!! Weh aku tak cakap bahasa Korea pun sampai kau tak faham apa aku cuba cakap. Mula-mula kesnya macam ni. Dia yang start mesej dulu. Tak habis-habis dengan ayat

Assalamualaikum sue...

Aku benci ayat ni. Siap dengana manusia yang hantar ayat ni sekali.

Bila aku cakap tak suka, apa yang otak kau faham hah?! ke neuron dalam kepala otak kau tu tak berfungsi dah sebab asyik nak bermain hati dengan anak dara orang. Cuba kau teneng sikit muka kau tu. Elok-elok aku hati baik, jam ni, saat ni aku rasa menyirap bila teringatkan wajah kau yang tak rupa orang tu. Cermin muka tu sikit boleh?!

Kau nak orang faham kau saja. Bila part aku kau let go. Yang tak boleh blah bila konon-konon aku yang bagi peluang dekat dia, konon aku terima dia dalam hidup. Aku bukan bagi peluang tapi bagi muka faham sebab mengenangkan kau tu mudah down bila cakap pasal pompuan. Dulu masa kau clash dengan si Shamira tu, kau sampai kena tendang poli apa hal? Sebab perempuan otak kau serabut.

Sekarang ni, dalam posisi aku as student kau nak kacau pulak. Memanglah aku cakap aku suka dengar suara kau, alah hormon tengah kacau layan jew lah. Kau pulak fikir sampai aku ni dah tangkap angau dengan kau. Berangan!!! Aku tak pernah sekuman pun suka dekat kau. Every time kau tanya aku yang kau nak jadikan aku wife kau, kau dah dapat jawapan daripada aku kan.

I said "TAK NAK"

Apasal dalam otak kau tu ha??

Aku bagi muka sebab kita kawan lama. Rugikan bila kawan dah lama, kau nak main perasaan dengan aku. Aku bukan jenis bagi muka dekat orang yang aku dah consider friend. Last-last kau yang cari masalah. Kan aku dah cakap dont try me, kau yang tak faham.

Aku bukan type mudah percaya cakap lelaki. Kau lelaki kenapa sweet talker sangat. Bebulu aku dengar ayat kau tu. Love you sue, malu... what the ****. Bila aku cakap, heleh... kau ingat aku cair dengar ayat kau.

Aku tengok cara kau nak approch aku nampak macam mendesak. Kau paksa aku untuk terima kau seadanya, sedangkan kau sikitpun tak pernah faham. Paling best kau mudah salah faham apa yang aku cakap. Bila aku mintak tolong something, wahh... dia. Dia buat dont know jew. Yalah, benda tak confirm buat apa nak beria kan. Tapi... meh sikit akak nak habak,

kata-kata tu tak ada makna selagi kau tak ada tindakan. So, u are NOTHING!!!

Kau suka cakap nak kahwin lah, dah plaining nak buat wedding kau macam nilah, nak pacak bunting wedding kau yang hanya angan-angan taik kucing tu. Cara kau text aku tu pun dah nampak kau tu gelojoh. Bukan nak cakap apa, meh sini aku nilai kau. Aku bab nilai orang ni tak suka, tapi kau lain. Kes kau ni bukanlah kira kes terpencil. Supaya perempuan single macam aku ni dekat luar sana tak terjerat dengan janji-janji manis manusia macam kau.

Asal single kau redah. Ingat aku tak ada taste? Ingat kau je boleh buat keputusan dalam hidup. Aku dah sampai rasa aku macam tak boleh buat decision every time kau bangkitkan soal nak kahwin dengan aku. Aku jadi blur sangat. Dengan kata mudah macam orang tak waras. Aku rasa kau ada buat something dekat aku. Aku bukan nak fitnah sbb manusia zaman sekarang senang ambil jalan mudah untuk capai apa dia orang nak.

Sebab banyak kali kena reject dengan girl, aku boleh agak what kind off man are you. Bak kata adik aku, yalah sebab dia dah kena reject banyak kali sebab tu dia main sebat je siapa yang datang. Memang tak salah lagi apa yang aku teka.

Aku paling tak suka nak main hati lagi-lagi dengan orang macam kau. Sejak aku block kau kat fb, ig, phone number and so on... mata aku sejak tu rasa sakit betul bila tengok orang tak ada brightness. Aku jadi stress sebab kena paksa. Maybe cara kau tu tak ovius, but I know it there is something wrong with you.

Bila aku dah malas nak balas text kau, tak nak layan kau tu sila faham lah. Bebal sangat dah kew bangang!!! Still keep trying every 3 month. Kau tah faham bahasa ke bangang!!! Kalau orang dah tak jawab semua text kau, maksudnya orang tu tak nak ada apa-apa relay dengan kau lah. Thats all. Kata banyak kali couple, tak kan bebal sangat. Aku yang tak pernah couple ni pun faham bahasa. Memang patut kau kena tinggal dengan perempuan sebab kau terlalu mendesak. Belum apa-apa kau dah terlalu tunjuk sikap miang kau tu. Shoot ayat-ayat cintan kau tu.

Tak mati punlah kalau kau tak sebut ayat tu. Bila kau sebut everytime, benda tu hanya cakap-cakap kosong saja. Kau species lelaki bermulut manis, kau cuma tahu apa yang kau suka cakap and at ones tak pernah sekali kau dengar apa yang aku cakap. Bangang tahap azali. Bila tak tahu nak letak hati pada tempat yang betul ini lah nasibnya. Ada ruang kosong kau shoot. Lagi sekali aku cakap, kau tu bukan taste aku, cermin sikit muka tu. Bukan nak cakap aku ni lawa ke apa, kadang-kadang cara kau tu sampai aku kena keluarkan kata-kata macam ni. Kau tu dah keterlaluan.

Bila kau tak pandai jaga hati kau, samalah maksudnya kau tak pandai jaga hubungan kau dengan Allah. Bila girl tinggalkan kau, kau salahkan kami. KOnon-konon kami yang salah. Pernah tak sekali kau fikir, apa salah kau? Kau tak reti erti serik. Nak kejar sangat cinta manusia sampai kau buta cinta Tuhan. Apa kau nak, kau dah dapat. Mendapat. Bila hati tak dijaga, solat kau tu entah ke mana. Aku ada baca satu blog apa entah nama blog tu 'Tarbiah Sentap' macam tu lah. Kalau tahu diri tu tak berkemampuan lagi, janganlah nak menanam janji tak pasti dekat anak dara orang. Bila buat macam tu sama sajalah tak ukur baju dekat badan sendiri. Kau rasa??!

At last kau cakap, kau give up.

HOOOORAYYYY......

Seronok aku...

Yahooo...
Jangan kecam aku. Sebab ini apa yang aku rasa. 

Happy single.