Lately ni aku rasa tulang belakang aku sakit. Bila ada sesuatu yang menampung dekat belakang aku macam masa duduk dekat kerusi yang boleh hold belakang aku... serius aku rasa okey sikit. Sebenarnya aku tengah stress. Kes stress ni jangan dibuat2. Kalau xditangani dengan elok, aku yang merana nanti. Suka orang tanpa sebab pun boleh dikategori sebagai stress. Halnya sama macam aku tengah sakit belakang ni. Macam xda kaitankan.
Kalau sendiri rasa sendiri tahu. Sekarang ni dah jadi macam hobby sebab suka orang sebab dia senyum sweet sangat. Payahlah aku ni. Macam mana aku nak handle perasaan macam ni?! Aku stress dengan FYP lain pulak aku cari jalan. FYP FYP FYP faham x weh!
Rasa diri ni macam bongok pun ada.
Paling macam bangang, bila balik rumah a.k.a rumah sewa rasa macam tak dipedulikan. Paling ketara aku rasa semacam sunyi. I need someone (xda maksud pun). Bila cakap psl FYP ni, I need someone nak share stress ni. Aku rasa macam tak hidup. Betul cakap senior aku, kau akan rasa macam dunia ni tengah duduk dekat bahu kau, tekan kau sampai kau rasa semua orang macam nak turn down, block kau sampai kau padam.
Memang dari awal budak rumah aku xpedulikan aku. Dah nak masuk 3 sem aku satu rumah dengan dia orang. Salah aku. Salah aku!!! Ya semua salah aku. Even tidur aku bagai terganggu, aku kena tahan. Kalau dia orang gelak sama2 dengan perkara yang dowang rasa kelakar, aku duduk dekat meja tu acah2 seronok tengok drama, acah2 belajar, hakikatnya aku pendam rasa. Rasa tu aku sorang jew boleh describe macam mana.
Ini bukan zaman matrix lagi tau. Zaman matrix, kalau sorang ni kisah pasal kau, ramai lagi kau boleh nak bercakap. Bila cakap zaman matrix rindu masa tu. Manusia ni memang rugi bila cakap pasal masa. Akulah manusia yang selalu merungut nak kembali zaman tu. Sorrylah... zaman tu dah xda okey! Macam mana kau suka, kau xboleh nak undur.
Member aku semalam ada cakap, "duduk dekat universiti ni, aku makin jumpa ramai yang selfish, suka buat hal sendiri." Tapi yang paling sure ramai yang suka buat hal sendiri.
Sem before2 ni aku tak kisah kalau seorang2. Bila dah masuk sem baru ni, aku jadi... aku perlukan someone.
Cakap pasal budak rumah, even budak bilik aku. Seriuslah, consideration dia orang dekat aku sangat tinggi. Mana ada orang boleh tahan dengan sikap aku. Kenapa aku cakap macam ni, sebab aku xsudah nak buat perangai tolong orang lain dalam masa aku ignore someone else privacy. Memang patut aku kena ignore dengan dia orang. Ini balasan sebab bodohkan diri, tak pernah tanya diri, patut ke tak aku tolong orang macam ni? Memang kawan, tapi kalau bodoh macam BABI apa kejadahnya.
Aku bukan jenis senang tolak permintaan orang lagi2 orang tu aku consider as friend. Bila aku dah tolong... last2 aku dapat apa yang patut aku dapat. Aku memang suka merempat dengan orang yang xsuka kawan dengan aku. Tapi at least kau tahu, aku belajar something, makin usia kau bertambah makin tu kau akan jumpa ramai orang yang sangat suka lepaskan diri sendiri. Ayat paling okey nak describe orang macam ni, 'macam lepaskan anjing tersepit'! Aku dalam situasi ni lah sem lepas. Bila dah lepaskan anjing tersepit ni, kau kena bahananya. Dua kali weh... kali ketiga kalau aku bertahan jugak... agak2??? APA akan jadi dekat aku kalau aku terus biarkan anjing tersepit ni terlepas?
Dia gigit sikit2 hati kau. Ini bukan soal perasaan sayang yang makin mendalam tau. Ini cakap pasal hati yang makin kena guris2 dengan sikap manusia yang perangai dia jenis macam species anjing macam nilah. Kalau kau kata aku kawan kau, APA buktinya?! Aku saja yang boleh jadi kawan baik someone, tapi bila part dia, sikitpun xpernah consider.
Mybe sbb bila berkawan, aku bagi sepenuhnya dekat kawan2 aku tanpa limit. Aku ni bukannya punch beg kau?
Aku tak boleh nak marah kau, aku tak boleh nak luahkan bukan sebab aku BODOH!!!
Ada orang cakap aku bodoh sebab tak berterus-terang, xreti nak protect diri. Ya aku memang manusia jenis tak tahu bela diri bila part member perempuan buat aku macam ni. Consideration aku dekat girl tinggi. Kalau lelaki buat aku, cukup 2 3 kali, kau mati!
Allah letak aku dalam situasi macam ni, supaya aku yang diberikan akal fikiran dan hati ni lekas berfikir. Bila aku dah tak mampu nak bertahan, aku akan senyap, kau sila berambus dalam hidup aku. Kata-kata bukan satu ayat yang sesuai untuk aku luahkan dekat manusia macam kau. APA guna aku maki kau depan2. APA guna aku marah, apa guna aku blame manusia macam kau, kalau dari awal semuanya salah aku. Salah aku! Salah aku sebab bagi, bagi, bagi... last2 apa yang aku dapat. Hati aku sakit. Jiwa aku rasa macam nak memberontak.
Dah hampir nak habis tahun 2016, aku still xboleh nak lupakan apa yang kau dah buat dekat aku. Bukan buat, apa yang kau dah bagi dekat aku. AKu macam kena tusuk2 dengan pisau berkali2 tapi masih bernyawa. Kuat xkuat aku tahan.
Aku tahan selagi aku boleh, bila tiba masa aku senyap, bila kau yang mulakan xbercakap dengan aku, kau rasalah macam mana seorang manusia macam aku try baca apa yang kau tengah fikir tengah2 kau senyap xbercakap dgn manusia yang anggap kau tu kawan aku. Kau cubalah baca apa aku tengah fikirkan!
Benda paling SHIT dalam dunia ni bila terpaksa belakon "aku okey".
Lagi 29 hari nak masuk tahun 2017.
Tahun depan aku 25 tahun.
Sampai bila aku nak macam ni?!
Masa bukan satu programing yang boleh di undo2 berkali. Kalau kau salah type ayat dekat Fb, kau still boleh edit, tapi masa yang kau ambil untuk edit ayat kau tu dah xboleh nak diundur balik.
Antara usia 24 nak ke 25 ni, satu jew permintaan aku as doa paling aku mintak sangat.
"Semoga aku boleh terus bertahan dengan hidup, belajar pentingkan diri sendiri sebelum orang lain, jadi manusia yang low consideration dekat manusia2 jenis anjing tersepit ni, always bersyukur."
Okey skng hilang sikit stress hohoo..
(> ... <) (-__-) (o ... o) (O u O)""